December 8, 2017

59 Senarai Homestay di Kundasang, Sabah

December 08, 2017 6 Comments
59 Senarai Homestay di Kundasang, Sabah | Assalamualaikum dan selamt bercuti sakan korang,  maklumlah bulan disember merupakan bulan bersantai bersama keluarga, sha pun teringin nak bercuti lagi di bumi Kundasang, mungkin kali ini bercuti berdua dengan orang baru, hahaha..inilah ni sha nak senaraikan homestay yang ada disekitar Kundasang, Ranau.

Kundasang merupakan salah satu pusat percutian yang menghimpunkan pelbagai tempat menarik untuk korang kunjungi, rugilah kalau pergi Sabah, kalau tidak singgah ke Kundasang, entry seterusnya sha akan ceritakan tempat menarik berkenaan.

Kalau sha travel ke sini, memang akan stay rumah kawan Blogger Ira, itulah kata orang untung ada kawan ramai, mana-mana pun boleh sandar yang penting pandai jaga diri, tapi lepas ni memang sha akan stay homestay dah lah, sebab dah berdua kan hahaha.


1. SINURAMBI HOMESTAY : 013-8832994, 013-8661615, 019-8615764, 1 bilik king dan single Rm200, 1 bilik king dan queen Rm250, 2 rumah (2 bilik) : Rm300 satu rumah.
Lokasi berdekatan jalan raya bertar kawasan landai naik bukit selepas D'IZZ HOMESTAY.

2. D'IZZ LODGE & HOMESTAY : 012-8669626
0128669616
0178019626
088889626
Family pakej 3bilik rm350
Deluxe Standard / Twin Superior RM150
Kemudahan:
Kedai runcit
Wifi
BbQ
Dewan
Kapasiti 80org
Karaoke
Katering
Transportation

3. KUNDASANG INN : 088-888097, 014-5526406, 014-6524020,
013-8689264, Bilik Rm100.

4. ZURAINI HOMESTAY : 013-8938356, 019-8952178, bilik harga dalam Rm120-190, Lokasinya naik sikit selepas D'IZZ HOMESTAY berdekatan jambatan.

5. AMULA HOMESTAY : 013-8706692, 012-8148898, 013-8935947, lokasinya bersebelahan dengan KUNDASANG INN.

6. SURYATI HOMESTAY : 014-8557598, 014-8665551, 014-8573155, lokasinya bersebelahan dengan KUNDASANG INN,

7. WALAI TOKOU HOMESTAY : 013-5539459, 019-8328680, lokasinya bersebelahan dengan KINABALU PINE RESORT dan tepi jalan utama Ranau - Kota Kinabalu, harga boleh tawar, (macam2 jenis bilik), bilik 3 katil sederhana Rm180, bilik 2 katil sederhana Rm90, bilik 1 katil besar dan tambahan bilik kecil untuk 1 katil bertingkat Rm90.

8. D'OLUNDUS VIEW : 014-2010070, 088-888824, lokasinya berhadapan gerai sayur di tepi jalan utama Ranau - Kota Kinabalu, 1 bilik Rm170, 1 rumah (2 bilik) RM340.

9. WALAI TOKOU HOMESTAY Julianah@Julia : 019-8718071, 010-7888071, lokasinya bersebelahan KINABALU PINE RESORT.

10. KINABALU PINE RESORT : 088-3867751, 088-389957.

11. U-MERLIN RESORT : 088-889366, 1 bilik Rm100,
lokasinya tepi jalan utama Kota Kinabalu - Kundasang.

12. FAIRY RESORT : 088-889688, lokasinya tepi jalan utama Kota Kinabalu - Kundasang,

13. SONNY VILLAGE : 088-888161, 088-889277, bilik single/double bed Rm120-180, lokasinya tepi jalan utama Kota Kinabalu - Kundasang.

14. WAYN ZEN ROSE CABIN HOTEL : 088-889233, lokasinya tepi jalan utama Kota Kinabalu - Kundasang.

15. MOUNTAIN REST HOUSE (budget hotel) : 016-8374060, 011-24258739, Dorm (2 katil bertingkat utk 4 orang) Rm20, harga bilik ada Rm60, 70, 80,.... lokasi berdekatan dengan National Park tepi jalan utam

16. Nagai Homestay No tel : 0128364888. 0198950665 / 0198413313. 1.8km dr pekan kundasang, jln ke SRK KUNDASANG.
1 rumah 5 bilik Rm350
1 Rumah 3 bilik rm250
1 bilik Rm75 - Rm120.
Kemudahan :-
1. Dapur
2. Astro
3.waterheater
4. Set karaoke.
5. BBQ

17. Dh Homestay. Kundasang lama. 0198933313
18. Debbies Homestay kg kundasang lama. 0198950665/0146579969
19. Ilmieza Stay ( kg muhibah)-014-5607983 -Azimie Kawasa
20. Cinta villa homestay mesilau - cvh (019-8610202) - Affendy
21. Wafa inap desa. ( 0138561751 )

22. Aura Homestay kundasang- 0138788065/0168446056

23. Zoraini Homestay.
Kg cinta Mata kundasang
0138938356/0178351781

24. UMIES HOMESTAY Kg Cinta Mata Kundasang 0146775311 & 0138115311

25. SERIBU1 HOMESTAY KUNDASANG 
0198319482.

26. Kopstay Walai Tokou Homestay Berhad. 
0198426002..Sabrinah Sail.

27. Kundasang Greenhill Homestay.
01119576164/0195820394

28. KUNDASANG TWIN HOMESTAY 
0198719670 / 0198608153

29. SINURAMBI Homestay 
0138992994 / 0138832994

30. PUNCAK HOMESTAY 0198700616/0195388820

31. Famyle homestay kundasang 0138703117

32. Ning's homestay kundasang 0198990785

33. D'arsyha homestay kundasang.
Tel: 0135504032/ 0108785618

34. Saniom Homestay 0198093075
35. Satinah Homestay 0138724900

36. D Loquat Lodge
0138743935/0198312574

37. Jb Hidayah Inn
Call Juraidah 0132368539

38.Dahlan homestay
Kg.cinta mata kundasang
*Room ..rm60-rm80
0138878442 (Dahlan)

39. Teratak Indah Kundasang
0146783074 (Marliana)

40. Dahlia Homestay Pn. Sitilah 0143748169
41. Jainah Homestay Pn. Jainah 0138679193
42. Jilinieja Homestay En. Sazilin 012- 230 6160
43. Qistina Inap Desa En. Ginus +6013-859 7191
44. Julaini Homestay En. Julaini +6017 866 5192

45. Mid Village Homestay En. Samsul +6019- 840 7065
46. Anjung Rehat Jamsari En. Khairi +6010- 947 7878
47CT Bayu Homestay Pn. Astilinah 016- 240 1588
48. Dahlan Homestay Pn. Ajiah +6019- 253 8810
49. Teratak Indah Kundasang Pn. Marlina +6014- 6783074

50Big Rock Homestay Pn. Loziah +6019- 862 5806 / danial 0135541353
51. Ulul Homestay En. Ulul +6011- 3158 9859
52Azeylla Homestay Pn. Esyanie +6017- 869 4775
53. Muhibbah Homestay Pn. Sitidah +6019- 802 0850
54. Hello Kitty Homestay 0128281110

55. Rama-rama Homestay 0135481199/ 01125141958
Fb: rama-rama homestay kundasang

56. KIRAM's Village
Kg Mesilau, Kundasang.
0166950057, 0138874236

57. ALPINE D'Bayu
0146720324
Kg Mesilao

58. Liwagu Lodge 088-875603 (Reception) 0133804166 (Whatsapp)

59. KINABALU HOMESTAY KUNDASANG
0133723497 -WANIE

Credit to FB : Sayang Sabah
P/S : Kemungkinan ada perubahan harga dimusim cuti sekolah.

December 6, 2017

Tips untuk Mencerahkan Ruang Rumah Anda

December 06, 2017 4 Comments
Tips untuk Mencerahkan Ruang Rumah Anda | Assalamualaikum, Rumahku adalah Syurgaku, rumah adalah tempat untuk kita melepaskan lelah selepas seharian bekerja. Memang benar apabila orang mengatakan persekitaran rumah sangat memainkan peranan penting dalam menimbulkan suasana yang indah kepada penghuninya. Lebih-Lebih lagi bagi korang yang menghabiskan masa berada dirumah sepanjang hari. 
Tidak kira korang tinggal rumah besar ataupun pangsapuri kecil dengan hanya mempunyai sebuah tingkap, pasti ada cara untuk mencerahkan ruang tersebut sekaligus membuatkan rumah korang kelihatan indah dan damai untuk didiami. Adakah korang merancang untuk membeli harta korang sendiri? Terdapat banyak hartanah di Cyberjaya klik properties in Cyberjaya untuk maklumat lanjut yang korang boleh usha-usha. Entry ini akan membantu korang yang dalam kebuntuhan melalui beberapa tips untuk mencerahkan ruang rumah. 

1. Memilih warna cat yang betul ataupun dalam istilah English Choosing the right paint mampu menampakkan hasil yang besar. Penggunaan cat yang betul serta-merta memulihkan dan mencerahkan ruang rumah korang yang pada awalnya membosankan. Oleh itu, pilihlah warna yang akan mencerahkan ataupun warna kegemaran yang menambahkan lagi sentuhan untuk ruang rumah korang. Selepas berpenatan diluar, korang lebih tenang bersantai dirumah ditambahkan lagi dengan suasana rumah yang cerah dan besar, pasti mengembalikan aroma mood yang indah. Pastikan korang hanya menggunakan cat yang berkualiti serta melindungi ruang rumah korang dan pemilihan cat yang betul akan bertahan untuk beberapa tahun akan datang. Sekiranya korang tidak pasti warna apa yang hendak dipilih, korang boleh meminta nasihat dari kedai-kedai cat berhampiran, kerana kebanyakan kedai tersebut menawarkan pelbagai jenis warna dan mereka akan memberikan cadangan mengenai padanan warna yang sesuai dengan tema rumah korang. 
2. Menggunakan kontras. Gunakan alatan memasak, aksesori dan hiasan yang korang suka. Korang juga boleh memilih untuk menggunakan backsplash mozek berwarna untuk melengkapi perabot korang di rumah dan menambah kecerahan kecil ke ruang tersebut. 
3. Meletakkan cermin dikatakan boleh membuat ruang kelihatan lebih besar dan lebih terang daripada yang sebenarnya. Walaubagaimanapun, ianya tidak sama fungsi seperti cermin yang diletakkan di ruang-ruang yang redup seperti bilik air kerana tidak ada cahaya matahari langsung untuk tujuan refleksi. Sebaliknya, korang boleh menggunakan beberapa cermin berbingkai untuk menjadikan bilik mandi anda lebih cerah. Bukan sahaja cermin ini membuat bilik korang kelihatan lebih besar, ianya juga boleh memancarkan cahaya masuk membuatkan ruang rumah automatiknya menjadi cerah. 
4. Tingkap baru. Jika rumah korang redup,adalah lebih baik korang menambah tingkap baru untuk menyerlahkan kecerahan ruang rumah korang. Di samping itu juga, ianya dapat menjimatkan bil elektrik daripada korang masih terus menghidupkan lampu pada disiang hari untuk kekalkan kecerahan. 
5. Menghilangkan silau. Walaupun cahaya yang terlampau masuk ke dalam ruang rumah korang dapat mencerahkan persekitaran tapi kesannya sangat bahaya untuk korang. Oleh itu, korang boleh mempertimbangkan dengan meletakkan beberapa lampu LED kabinet untuk membuatkan cahaya yang sedap di lihat. Namun gunakan pencahayaan yang sesuai untuk ruang kerja korang. Lampu yang malap adalah tidak sesuai untuk mata. 
6. Ubah suai Tingkap. Jangan anggap tingkap yang kurang obstruktif seperti tingkap semata-mata berfungsi hanya untuk memancarkan cahaya matahari maksimum ke rumah korang. Sebaliknya boleh digantikan dengan tingkap pemadam kebakaran Venetian yang boleh dibuka pada siang hari dan ditutup pada waktu malam. 
7. Lihat persekitaran luar rumah. Boleh rujuk link Trim the bushes of the trees outside your houseBersihkan semak-semak dari tumbuhan di luar rumah korang kerana pokok-pokok yang terbiar atau semak yang ditumbuhi semulajadi adalah satu sebab mengapa cahaya matahari terhalang daripada memancar ke rumah korang. 
8. Gantikan pintu. Korang boleh mempertimbangkan untuk menggantikan pintu depan berkayu dengan pintu kaca yang berwarna untuk membolehkan cahaya matahari menerangi rumah korang. Jika tidak, korang juga masih boleh memilih pintu berwarna terang, seperti putih untuk mencerahkan ruang rumah korang. 
9. Bersihkan tingkap. Cara yang paling asas dan termudah untuk menjaga ruang rumah adalah membersihkan rumah sepanjang masa. Pastikan tingkap korang dalam keadaan bersih didalam dan diluar untuk membolehkan cahaya matahari maksimum menembusi melalui tingkap ke rumah. Debu juga menghalang cahaya masuk ke dalam ruang rumah korang. 
Sedikit petua pembersihan tingkap yang mudah, jangan gunakan alat pembersihan tingkap dengan tuala seperti yang kita biasa lakukan. Sebaliknya, gunakan span dan sabun. Selepas itu, lap tingkap menggunakan squeegee dan polish menggunakan chamois lembut. 
Kesimpulannya, ini adalah beberapa tip yang boleh korang ikuti untuk mencerahkan ruang rumah korang sekaligus menjadikan tempat yang indah. Paling penting, perbelanjaan pastinya berpatutan dan tidak memerlukan pengubahsuaian utama yang akan menganggu dompet korang hihi. Korang akan mendapati berapa banyak perbezaan yang besar yang dapat dibuat jika korang mengikuti semua tips ini. Terdapat juga banyak artikel mengenai bagaimana korang boleh mencerahkan ruang korang, korang boleh baca di link how you can brighten up your space.

December 1, 2017

5 Entry Paling Menyengat November 2017

December 01, 2017 3 Comments
5 Entry Paling Menyengat November 2017 | Assalamualaikum dan selamat datang bulan kelahiran sha iaitu bulan Disember, dalam bulan ini juga adalah bulan sha akan melangsungkan perkahwinan yeahhh...bila tu? meh baca entry Blogger Opzzpinky bakal kahwin disember ini, tak sabarnyaaaa..

Dan bulan november adalah bulan kesibukan sha sebagai seorang cikgu yang telah menamatkan perkhidmatannya pada hujung bulan tersebut sob sob, jadi sha pun bertungkus lumus memastikan Majlis konvokesyen anak-anak murid sha berjalan selancarnya, Alhamdulilah semua sudah berlalu dengan jayanya.

Namun banyak entry bulan lepas masih draft, belum sempat mengarang, banyak sangat idea :D, nanti sha bereskan satu persatu.


Ok, bulan November walaupun sibuk, sha gigihkan juga update entry menjadikan 9 entry kesemuanya hahaha..naik 2 tangga dari entry bulan oktober dan sebanyak 17k page view dihasilkan bulan lalu..wow..

 5 Entry Paling Menyengat November 2017

Lagu berunsurkan agama, antara entry yg banyak cariaan google, setiap hari ada ja orang cari lagu ni, sha suka dan sha jadikan lagu ini antara lagu persembahan dalam majlis konvo tempoh hari, best.

Sha baru habis hadiri kursus dan dah dapat sijil, rushing tauu nak kahwin ni haha..dalam kursus ni banyak sangat ilmu 'menarik' korang wajib ikut hahaha.

Bye Nuffnang, blog sha dah melabuhkan tirai untuk menyimpan iklan dari nuffnang hihi, yang banyak dapat email notification, jenuh nak delete..errrr

Contest by sis hawa dah tamat ya, rugi korang tak join, hadiah semua best hihihi

Tahniah sha hahaha.

Dan untuk Top Refferal bulan lalu adalah Sofie dari http://www.sofinahlamudin.com/, tahniah, sha telah letakkan feed percuma blog akak di bahagian Footer

Terima kasih pembaca setia blog opzzpinky, semoga entry-entry yang dihasilkan bermanfaat untuk dunia dan akhirat, amin...

Salam sayang
Opzzpinky :)




November 30, 2017

Potret Kartun Hasil Tangan Sophee Studio

November 30, 2017 0 Comments
Potret Kartun Hasil Tangan Sophee Studio | Assalmaulaikum, terharu dapat potret ala-ala kartun dari blogger Sofie sebab sha ada join GA beliau iaitu Segmen Suai Kenal Blogger Seluruh Malaysia akan berakhir pada 1hb Disember 2017, besok guys..so korang kena rushing buat entry kalau nak dapat potret kartun exclusive dari blogger sabahan ini.


Comel bah kan ! sha, kalau ada orang lukis wajah sha, sha teramatlah excited level 300%, sebab sha kagum sangat hasil tangan dorang jika nak dibandingkan dengan tangan kayu sha ini, langsung nda pandai melukis, kesiannn hahaha.

Apapun semua yang join, good luck dan jangan lupa join ya :)

Blogger Opzzpinky Bakal Kahwin Disember ini

November 30, 2017 4 Comments
Blogger Opzzpinky Bakal Kahwin Disember ini | Assalamualaikum, tajuk entry dah macam blogger terkenal pula, haha. Alhamdulilah tinggal beberapa hari lagi untuk menghabiskan masa-masa bujang yang ada sebelum bertukar status bini orang. Debarannya sudah terasa :P


Yeah akhirnya, sha akan menamatkan zaman yang terlalu bujang untuk melangkah dunia berdua lebih baik..haha, alhamdulilah hampir 2 tahun menempuhi zaman pertunangan bukanlah sangat mudah, eh sha dah ada tunang ya? hihi, pandai tak sha sembunyi? Hebatnya dugaan bertunang, kata Nabi S.A.W sembunyikan pertunangan, hebahkan perkahwinan dan sha minta maaf kepada sesiapa yang merajuk sebab sha buat majlis pertunangan dalam keadaan tertutup bulan 2 2016 yang lalu.

Di kesempatan ini, sha nak menjemput semua pembaca setia blog sha, untuk datang memeriahkan majlis perkahwinan seorang blogger comel bertempat di Sandakan, manalah tahu ada blogger yang sedang bercuti ditempat berdekatan boleh singgah ke rumah, makan nasi minyak hihi..save the date ya !!




November 17, 2017

COMEL BLOGGER CONTEST

November 17, 2017 10 Comments
COMEL BLOGGER CONTEST | Assalamualaikum, lamanya sha nda update blog, rindu rasanya, sha busy dengan urusan konvo dan event besar yang bakal tiba, insyaAllah sha bagitahu nanti hakss..so hari ini sempat online sekejap support rakan blogger untuk join contest mereka..jom kita join Comel Blogger Contest



Klik banner kalau nak join ya :)

Good Luck

November 7, 2017

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

November 07, 2017 7 Comments
GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN | Assalamualaikum dan tahniah Mia Kassim dot com Blog Akak Mia kita sudah mencecah usia 10 tahun..pasti sudah banyak liku-liku dalam dunia blogging ditempuhi, tidak juga kurangnya ilmu blogging makin bertambah, kira macam senior gituu.



Macam mana bisa kenal? Macam ayat Blogger Cla pulak ya :D sejujurnya sha baru mengenali kak mia, rasanya kak mia pun begitu, maklumlah sha ini blogger siring-siring saja bah. hahaha. Mula kenal dengan kak mia, setelah meriahnya kehadiran beliau dengan ahli Sabahan Blogger yang lain di Group Whatsapp. 

(ANDA BLOGGER SABAHAN? EMAIL SHA DI opzzpinky@yahoo.com KAMI SEDANG MENGUMPULKAN BLOGGER NEGERI DIBAWAH BAYU, JOM JOIN KAMI)

Kawan alam maya menjadi nyata apabila kami merancang untuk bersua muka di acara Food Fiesta and Cultural Night anjuran BTC Inanam bersama rakan blogger yang lain, duduk semeja, sudah jumpa, gaya macam kenal dah 10 tahun, haha..

Berapa tahun pun usia blog kak mia, sha harap semangat tetap kental untuk terus menyumbangkan ilmu di halaman google, sha pasti bukan mudah untuk berdiri seperti mana blog akak sekarang,  yang dikenali ramai macam artis gitu..hihi

Semoga terus success dan selamat ulang tahun kelahiran Blog tersayang, MiaKassim.com



November 5, 2017

Kursus Pra Perkahwinan Daerah Tuaran

November 05, 2017 8 Comments
Kursus Pra Perkahwinan Daerah Tuaran | Assalamualaikum, sha baru ada masa mengurus kursus ni, sha pun baru tahu kursus pra perkahwinan daerah tuaran pun ada, aishh rugi nda urus awal-awal..kalau nda, dah boleh kahwin dah hahaha


Langkah pertama yang perlu korang urus adalah pergi ambil borang dekat MUIS di Urus Setia Daerah Tuaran, tingkat 3. Borang kursus pra perkahwinan akan diberikan beserta borang kebenaraan kahwin berharga RM5.

Hanya borang kursus pra perkahwinan yang perlu diisi dengan lengkap dan dikembalikan kepada pihak MUIS berkenaan dengan membayar RM100 untuk pembayaran kursus tersebut. Mereka akan memberitahu tarikh yang masih kosong dan memberikan satu resit pengesahan penyertaan kursus tersebut.

Kursus berlangsung pada setiap hari selasa dan rabu bertempat di Dewan Kuliah, Masjid An'Nur, Tuaran. Masa kursus berkenaan bermula jam 8 pagi hingga 5.30 petang, tapi disarankan datang awal untuk proses pendaftaraan.

Sha sudah urus untuk tempah tarikh kursus, namun tarikh yang kosong kena pada hujung bulan ini, 28&29 November 2017, sha bernasib baik, kerana masa itu sudah bermula cuti sekolah.

Untuk pertanyaan mengenai kursus tersebut korang boleh hubungi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Daerah Tuaran

Tel : 088-788235 / 788236

Semoga Allah permudahkan urusan mendirikan masjid, insyaAllah :)

November 4, 2017

Selamat Tinggal Nuffnang

November 04, 2017 11 Comments
Selamat Tinggal Nuffnang | Assalamualaikum, banyak blogger mengadu Nuffnang sudah tidak semegah dulu, beri earning bagai syok sendiri, dan kini Nuffnang sudah semakin tidak kelihatan di blog yang lain.


Dan sha mengambil keputusan untuk 'membuang' Nuffnang bukan atas dasar kacang lupakan kulit, tapi sha sudah move on dengan kekecewaan yang telah Nuffnang lakukan, mempermainkan blogger cute seperti sha amatlah menyakitkan haha, adakah patut BE dah bagi cun, sekali amount sen saja? kedekut sangat tauuu...

Terlalu banyak kenangan bersama Nuffnang sepanjang sha berblog ini, antaranya sha yang dahulunya rajin buat entry mengenai BE yang telah diberikan oleh Nuffnang, tutorial letak iklan khas buat Nuffnang sampailah ke cerita tentang Cashout dari Nuffnang sebanyak 3 kali.

Namun bagi sha itu hanyalah kenangan masa lalu, seseorang perlu beredar mencari sesuatu yang lebih menjana pendapatan yang cerah untuk masa depan haha..apapun berlaku, terima kasih atas rezeki yang telah engkau curahkan walaupun hakikatnya, iklan yang telah engkau timbulkan diblog ini sangat hebat ! haha..

Selamat Tinggal Nuffnang

Ex Nuffnangger,
Opzzpinky :P

November 3, 2017

Lirik Lagu Mari Solat (Aisyah)

November 03, 2017 1 Comments
Lirik Lagu Mari Solat Parodi dari Lagu Aisyah | Assalamualaikum, sudah solat ka belum? Kalau ada malas-malas tu, mari cikgu sha nak korang nyanyi lagu Mari Solat.

Lirik lagu ini dapat memberi kesan pada anak-anak daripada nyanyi lagu yang melalaikan. Lagu ini sha nak buat untuk persembahan masa konvo tadika nanti, tengah buat latihan untuk budak 6 tahun. Wah excitednya dorang..hihi



Lalalalla. Aku solat.
5 waktu sehari, semalam. 
Subuh zohor dan asar, maghrib juga isya'.

Satu dua tiga mari solat
Klu kau tak nak diazab diakhirat
Kita solat
Allah sayang sangat
Kitakan selamat

Kawan
Solat berjemaah 27 darjat
Jgn kau tak buat kita wajib solat
Jangan seronok sangat
Kiamat pon dah dekat 
Kau belum terlambat

Kawan
Ayah ajak solat, kau kata kau penat
Ibu suruh solat, kau kata dah buat
Allah Maha Melihat
Malaikat mencatat
Kau kan kena sebat

Allah
Aku janji aku takkan tinggal solat
Aku janji ibu ayah aku hormat
Aku kesal sangat
Apa ku dah buat
Ku ingin bertaubat

Allah
Aku tak nak dosa, aku nak pahala
Ku tak nak neraka, aku ingin syurga
Ku harap bahagia
Ku ingin gembira
Aku cuma hambaaaaaaa

Ya Allahu ya rahman ya rahim......

Sumber : Facebook