Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts
Bismillah, 
Assalamualaikum


Resepi Ayam Bakar Padu | Tak lama lagi nak puasa, mesti ramai cari menu buka puasa yang memukau, sebelum ni sha ada kongsikan resepi ayam berempah, memang resepi tu kegemaran sekeluarga, senang nak buat dan bahan pun senang dapat


So kali ini sha nak kongsikan pula resepi ayam bakar, cakap pasal bakar, mesti kerja leceh nak kena memanggang, mana nak cari ranting pokok, sha duk dalam flat ja haha, alahailah cik akaka, sekarang dah moden..oven kan ada..resepi ni guna oven guys..tak ada oven boleh pinjam oven jiran, dia tengah rajin buat tempahan kuih raya, amboi awal sangat hihi..tuk buat teaser la akak

Resepi ayam bakar ni bukan untuj juadah berbuka saja, mana yang berniat nak menjual semasa bulan puasa, di alu-alukan menggunakan resepi ini, cuma kuantiti ayam dan bahan kenalah selari ya..insyaAllah laris manis jualan, kalau bakar di tamu nanti pasti semerbak bau ayam bakar ni sebab bahan-bahan memang padu, sangat sesuai untuk jualan juga.

Ok sha dah panjang lebar macam sha nak ja menjual ayam bakar ni haha mana lah tau kan kot ada rezeki menjual ayam bakar di kampung suami time puasa nanti, insyAllah..jomlah semua pakat salin resepi ni

Bahan A
1/2 ekor ayam, cuci bersih & toskan

Bahan B
1 batang serai
5 ulas bawang putih
Sedikit halia

Bahan B ni boleh kisar atau tumbuk.

Bahan C (kuantiti sesuai selera ya) 
Sedikit sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Serbuk kunyit
Lada hitam serbuk
Lada hitam hancur
Sedikit lada putih
Garam
Sedikit minyak masak @ minyak bijan
Lebih kurang 1 sudu besar planta 

Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C, masukkan bahan B gaul sebati kemudian perap pada ayam sekurangnya 30min.

Bahan D
Gula atau madu. Boleh skip kalau x suka, sy letak madu supaya tak de la nnt rasa masin je. Kalau guna gula terus masuk & kacau bersama dalam bahan perap td.

Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10-15min nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.

Bakar dalam oven ikut suhu masing² ye. Sy guna suhu bawah 180, atas 150. Lebih kurang 1 jam 30min.

Perkongsian resepi ini dari Duang Promlikit

Korang memang kena cuba resepi ayam bakar ni, mana yang baru berjinak-jinak menggunakan oven, bukan sahaja boleh bakar kek dan biskut ya, oven juga boleh bakar ayam, so alang dah rajin, boleh lah cuba resepi ayam bakar ini..
Bismillah, 
Assalamualaikum



Resepi Ayam Goreng Berempah | Pertama kali sha makan ayam goreng berempah ni masa sha menghadiri konvokesyen di UiTM Shah Alam, selama di Sabah, sejujurnya sha belum pernah rasa ayam goreng berempah ni, mungkin tidak berminat haha, tapi bila cuba ayam goreng berempah di negeri orang eh, sedap pula kan, sebab time tu ada satu kedai makan yang sangat popular dengan nasi kukus ayam goreng berempah, sha dah lupa nama kedai, tapi masakannya memang padu.

Bila dah mula datang rajin begini terasa nak makan menu yang jarang dibuat, untuk resepi ayam goreng berempah ini memang sangat sesuai dihidangkan bersama nasi minyak atau nasi lemak. Keistimewaan resepi ayam goreng berempah ni pada serai yang ditumbuk berasingan menjadikan tekstur serdak dan bertali membuatkan nya sedap dan rangup apabila digoreng. 

Untuk pengetahuan, ayam ni sebelum digoreng mestilah diperap semalaman untuk memastikan rasa bahan-bahan sebati pada ayam tersebut.

Bahan-Bahan Resepi Ayam Goreng Berempah 

Masa Penyediaan: 1 jam
Masa Memasak:20 minit, 
Jumlah Hidangan:10 orang
Resepi Oleh: Che' Nom
  • 1 ekor ayam
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 2 sudu besar serbuk cili * saya guna cili giling puteri
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar*
  • 1 sudu besar jintan manis*
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih*
  • 5 batang serai, potong panjang 1 inci dan tumbuk halus garam secukup rasa
  • 5 tangkai daun kari

Bahan-bahan untuk kisar halus:
  • 6 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 3 inci halia

Cara Penyediaan Resepi Ayam Goreng Berempah 

  1. Bersihkan ayam dan toskan.
  2. Untuk bahan bertanda (*), kalau tak ada serbuk boleh guna yang biji dan kisar halus bersama bahan-bahan lain.
  3. Gaul ayam bersama kesemua bahan termasuk bahan kisar halus. Perap selama minimum satu jam. Lagi lama diperap lagi sedap rasa ayam.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam di atas api sederhana sehingga masak.
Tips
  1. Kalau nak pastikan ayam masak dengan sempurna, semasa menggoreng ayam tutup kuali dengan penutup seketika. sehingga masak.
  2. Goreng di atas api sederhana kerana jika api kuat nanti ayam masak hitam di luar tetapi di dalamnya masih mentah.
Resepi credit to Che Nom 
Bismillah,
Assalamualaikum

Resepi Kek Coklat Moist Bakar Guna Blender | Sejak dua menjak ni, sha teringin makan yang manis-manis, kalau menu nasi akhir trimester ni dah tiada selera nak makan, proses dalam pengurangan berat badan mungkin, so disebabkan sha besok kena BSP, start kontrol benda manis, memang kena kontrol lah takut baby dalam rahim besar pula kan lagipun 5hb ni dah nak masuk wad seram nya bila baca pengalaman mommies kena induce. Jadi nak dipendekkan cerita, sha nak makan juga kek, tak kira kek apa hihi so bagus buat sendiri kan, jimat, boleh kurangkan manis dan orang lain pun boleh makan sekali.

Happynya bila husband cakap kek sha buat ni sedap, hihi dah boleh buat bisnes katanya, hihi ntahlah sejak pregnancy kedua ni, sha rajin sangat buat benda yang tak pernah sha buat, memalukan kan ini sha baru terjinak nak melangkah masuk dapur buat kek biskut tu semua haha, tapi belum terlambat bah kan. oh iya, sha juga suka tanam bunga viral tu, ada 1 pasu ja haha, next nak tanam serai pula haha..macam-macam ragam ibu mengandung kan.


So mari sha share dekat korang resepi kek coklat moist bakar di oven dan adunan hanya menggunakan blender sebab sha belum beli mixer lagi haha, dan paling penting sukatan pakai cawan ja, bahan pun senang dapat..korang bolehlah try sendiri dirumah ya..walaupun sha bukan baker tegar, tapi sedikit sebanyak boleh lah bantu korang yang tengah mengidam kek coklat haha...

Resepi Kek Coklat Moist Bakar Guna Blender

Bahan A 
1 cawan tepung gandung
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Ayak bahan A dan ketepikan

Bahan B 
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan gula
1 cawan koko
3 biji telur

Baca : Resepi kek marble koko

Bahan B korang masukkan dalam blender, dan putar sampai sebati, kalau nak kurangkan manis, boleh kurangkan gula dan susu pekat kepada 1/2 cawan saja

kemudian korang masukkan bahan yang suda di blender ke dalam bekas dan masukkan sedikit demi sedikit bahan A tadi, gaul sampai sebati

Dalam loyang apa jenis pun korang sapukan minyak ataupun majerin, ratakan supaya kek tidak melekat dan letakkan kertas minyak dalam loyang tersebut. Masukkan adunan tadi dan hentak 2 3 kali untuk merata kan nya.

Kemudian panaskan oven 10 minit 180'c, ikutlah oven masing-masing, ceh macam ayat baker tegar ja kan haha, lepas tu masak lah kek coklat korang tadi pada suhu yang sama api atas bawah selama 20-25 minit sehingga masak, nak cek masak ka tidak guna lidi, kalau tidak meletak pada lidi maksudnya masak lah tu, rehatkan sekejap

Cara Buat Topping/Ganache Coklat

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
2 sudu majerin
3 sudu koko

Panaskan bahan diatas dengan api kecil sehingga pekat dan letakkan pada atas kek coklat tadi, taburkan coklat chip atau apa apa jenis yang korang suka

Siap untuk dimakan, senang kan, selamat mencuba :)



Resepi Biskut Semperit 3 Warna Guna 3 Bahan Sahaja | Assalamualaikum tahun ni ramadhan agak berbeza sedikit, pkp membataskan kita untuk keluar pergi bekerja, tapi hikmat disebalik pkp tu banyak sangat sebenarnya, bukan saja dapat berbuka puasa dengan keluarga, malah kita sebagai ibu atau isteri ada banyak masa untuk mencuba resepi baru, so apalagi jom kita cuba resepi biskut semperit 3 warna guna 3 bahan sahaja

Baca : Resepi kek sarang semut

Minggu terakhir ramadhan ni, bolehlah habiskan masa dengan ajak family membuat kuih raya, meskipun kita tidak dibenarkan berkunjung ke rumah orang lain, kuih raya yang ada bolehlah makan bersama keluarga dirumah sambil tengok tv..opss kuih raya wajib ada tau, hihi

Kadang kita ni pula malas mahu buat, takut pula nanti buat kuih tak jadi, akhirnya masuk dalam tong sampah, siapa pernah angkat tangan hahah, jangan risau, resepi kali ini sangat mudah dan  jimat sebab resepi biskut semperit 3 warna guna 3 bahan sahaja


Semperit adalah kuih raya yang sangat popular dizaman dulu kala, membuatnya juga tidak susah..jom kita cuba resepi biskut semperit 3 warna guna 3 bahan sahaja

resepi biskut semperit 3 warna guna 3 bahan sahaja


Bahan-bahan
5 cawan tepung jagung
1 cawan susu pekat
1 cawan majerin

2 titik pewarna hijau dan pink
*warna lain pun boleh
Coklat chip

Caranya
Adun sebati susu pekat dan majerin, kemudian masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga habis, adun menggunakan tangan dan pastikan adunan tidak melekat di tangan tandanya adunan sudah boleh d uli.

Bahagikan kepada 3, titiskan 2 pewarna kepada 2 bahagian dan biarkan 1 bahagian dengan warna yang asli.

Corakkan menggunakan acuan bunga, susun pada loyang dan letakkan coklat chip di atasnya


Panaskan oven 10minit, bakar kuih dengan suhu 150'c 20minit mengikut oven masing-masing

Senang bukan? Penyediaan juga memakan masa 2-3 jam sahaja, selepas itu korang boleh sambung resepi kuih raya yang lain pula. Itulah dia resepi biskut semperit 3 warna guna 3 bahan sahaja


18 Resepi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu | Assalamualaikum, biskut raya orang dulu-dulu memang sedap, siapa setuju? resepinya sampai sekarang sangat popular apatah lagi sekarang dah boleh cari melalui online, yang baru pertama kali membuat kuih juga pasti akan berjaya jika ikut sukatan dan cara dengan betul, so entry ini sha himpunkan 18 Resepi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu supaya korang senang nak rujuk, maklumlah minggu depan dah start raya, cukuplah 4-5 jenis biskut raya, untuk makan sendiri kan..

18 Resepi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu ini adalah perkongsian daripada pemilik facebook page Resepi Masakan, korang boleh like page dia, memang banyak resepi selain dari Biskut raya.  selamat mencuba :)

1. BISKUT KACANG HIJAU

BAHAN-BAHAN:
110gm marjerin | dicairkan
100gm tepung gandum | diayak
75gm tepung jagung
45gm gula halus
1/2 cawan kacang hijau | tumbuk halus
1 sudu teh esen vanila
2 biji kuning telur
Sedikit pewarna hijau
Sedikit putih telur | hiasan

CARA MEMASAK:
Pukul telur bersama gula. Apabila sebati, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan kacang hijau tumbuk. Gaul rata.
Masukkan marjerin dan esen vanila sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan sebati dan tekstur doh seakan boleh dicanai.
Canai adunan doh dan terap menggunakan acuan kegemaran. Susun biskut diatas dulang pembakar yang telah disapu sedikit marjerin.
Bakar biskut dalam ketuhar pada suhu 160C selama 15-20 minit atau sehingga biskut masak.
Info chef: Jika adunan terlalu lembik, tambah sedikit tepung. Jika adunan terlalu keras, tambah sedikit marjerin.


2. BISKUT BUNGA KACANG TANAH

BAHAN-BAHAN:
185gm marjerin
250gm tepung gandum
185gm tepung jagung
95gm gula halus
60gm kacang tanah tumbuk
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur kuning | hiasan
Sedikit kacang tanah | digoreng untuk hiasan

CARA MEMASAK:
Pukul telur bersama gula. Kemudian masukkan marjerin namun jangan dipukul hingga kembang.
Masukkan tepung gandum, tepung jagung, kacang tanah tumbuk dan esen vanila. Gaul rata hingga sebati.
Keluarkan doh dari mangkuk adunan dan canai sederhana tebal.
Terap doh mengikut acuan kegemaran dan susun di atas loyang pembakar.
Sapu telur kuning diatas biskut dan hiaskan dengan kacang tanah goreng.
Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit.
Sejukkan dan simpan di dalam balang kedap udara.

3. BISKUT BIJAN

BAHAN-BAHAN:
100gm marjerin
120gm tepung gandum
70gm gula kastor
40gm tepung kastad
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
Bijan dan kuning telur secukupnya | hiasan

CARA MEMASAK:
Satukan mentega, gula, kuning telur dan esen vanila. Kacau hingga rata.
Masukkan kesemua tepung. Uli hingga sebati.
Canai dan terap dengan acuan yang bersesuaian.
Sapu kuning telur dan taburkan bijan sebagai hiasan.
Bakar di dalam ketuhar selama 15-20 minit pada suhu 160C.
Info chef: Biskut hendaklah disejukkan sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam balang bagi mengelakkan ia menjadi lemau.

4. BISKUT DURIAN BELANDA

BAHAN-BAHAN:
375gm tepung gandum
200gm marjerin
75gm gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Sedikit pewarna hijau
Jem nanas secukupnya

 CARA MEMASAK:
Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Setelah itu masukkan telur serta esen vanila. Pukul hingga sebati.
Masukkan pewarna hijau. Serta tepung gandum. Gaul lagi sehingga adunan rata.
Ambil adunan dan leperkan. Kemudian isikan jem nanas didalamnya. Bentukkan seperti bentuk buah durian belanda.
Sapu permukaan biskut yang telah dibentuk tadi dengan kuning telur. Sususn di atas dulang pembakar dan biarkan selama 20 minit.
Dengan menggunakan gunting bermuncung tirus, gunting permukaan kuih membentuk seakan duri buah durian belanda.
Bakar biskut pada suhu 160C selama 20-25 minit.
Info chef: Jika suka, boleh mencucuk bunga cengkih pada kuih bagi membentuk tangkai buah durian belanda.

5. BISKUT BUAH KANA

BAHAN-BAHAN:
150gm gula halus
175gm marjerin
300gm tepung gandum
1 biji kuning telur
1/4 sudu teh serbuk penaik
Sedikit esen vanila
2 sudu makan serbuk koko
Sedikit jem

CARA MEMASAK:
Ayak tepung bersama serbuk penaik. Ketepikan.
Pukul mentega bersama gula sehingga putih. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi hingga kembang.
Masukkan esen vanila dan serbuk adunan. Pukul hingga rata sambil dimasukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli hingga sebati.
Ambil sedikit adunan dan tekan Ke dalam acuan buah kana.. Ketuk acuan bagi mengeluarkan kuih dan susun di dalam dulang pembakar.
Bakar pada suhu 160C selama 15-20 atau sehingga masak.
Apabila biskut telah sejuk, sapukan jem dan cantumkan. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Pastikan acuan buah kana ditabur sedikit tepung bagi memudahkan kuih dikeluarkan dari acuan.

6. BISKUT BUNGA CINA

BAHAN-BAHAN:
185gm tepung gandum
190gm gula halus
95gm marjerin
30gm tepung jagung
1 suduteh esen vanila
Sedikit kismis hitam | hiasan

CARA MEMASAK:
Pukul mentega dan gula halus sehingga berkrim. MAsukkan esen vanila dan kacau rata.
Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan gaul sehingga adunan sebati.
Isi adunan ke dalam acuan. Terapkan bentuk bunga di atas dulang pembakar. Hiaskan dengan kismis.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga masak.

7. BISKUT SUJI

BAHAN-BAHAN:
125gm minyak sapi
125gm gula halus
250gm tepung gandum
Ceri merah secukupnya | dipotong kecil

CARA MEMASAK:
Pukul gula halus dan minyak sapi sehingga hancur dan putih.
Setelah itu masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli sehingga adunan tidak melekat.
Bentukkan adunan menjadi bulat dan hiaskan ceri merah diatasnya.
Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160C selama 15-20 minit.
Info chef: Waktu membakar mungkin berbeza bergantung kepada jenis ketuhar. Tambah waktu membakar jika biskut anda kelihatan belum masak dan begitu juga sebaliknya.


8. BISKUT BINTANG

BAHAN-BAHAN:
100gm marjerin | dicairkan
90gm tepung gandum
20gm tepung kastad
90gm tepung jagung
40gm gula halus
1 sudu teh esen vanila
2 biji kuning telur
1 biji kuning telur | hiasan
Ceri hijau secukupnya | hiasan

CARA MEMASAK:
Pukul gula dan telur sehingga sedikit kembang. Kemudian masukkan kesemua tepung. Gaul rata.
Kemudian masukkan marjerin sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang boleh dicanai.
Terap doh menggunakan acuan berbentuk bintang dan susun diatas dulang pembakar.
Sapukan kuning telur dan hiaskan dengan ceri  hijau.
Bakar dalam ketuhar bersuhu 155C selama 20 minit.

9. BISKUT BUAH GAJUS

BAHAN-BAHAN:
100gm tepung gandum
120gm marjerin | dicairkan
110gm tepung jagung
45gm gula halus
2 biji kuning telur
50gm kacang gajus | ditumbuk hancur
1 sudu teh esen vanila
1 biji kuning telur | hiasan
Sedikit biji gajus panggang | hiasan

CARA MEMASAK:
Pukul gula bersama kuning telur sehingga larut. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung  jagung, gajus tumbuk dan esen vanila. Gaul hingga sebati dan rata.
Masukkan marjerin sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan boleh dicanai.
Terap doh menggunakan acuan berbentuk buah gajus.
Hiaskan dengan biji gajus dan sapukan kuning telur dipermukaan biskut.
Bakar selama 20 minit menggunakan suhu 160C.
Info chef: Pastikan biskut mempunyai ketebalan yang sama bagi memastikan ia masak sekata.


10. BISKUT MILO

BAHAN-BAHAN:
125gm tepung agndum
105gm tepung jagung
50gm gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
40gm milo
95gm marjerin | dicairkan

CARA MEMASAK:
Ayak tepung gandum, tepung jagung dan milo hingga rata.
Pukul gula dan telur secara sederhana kemudian masukkan esen vanila dan juga tepung dan milo yang diayak bersama tadi. Gaul sebati.
Masukkan marjerin sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan boleh diterap.
Terap menggunakan acuan pilihan dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit.

11. BISKUT SARANG SEMUT

BAHAN-BAHAN:
185gm tepung gandum
95gm gula
125gm marjerin
86gm tepung kastad
1/2 sudu teh vanila
Coklat urai secukupnya
Cawan kertas secukupnya
Pemarut berlubang kecil

CARA MEMASAK:
Pukul marjerin, gula dan esen vanila hingga hancur dan sedikit kembang.
Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung kastad. Uli hingga sebati.
Ambil sedikit adunan, kepalkan dan parut menggunakan pemarut ke dalam dulang.
Isikan parutan doh ke dalam cawan kertas dan taburkan coklat urai dengan secukupnya.
Bakar selama 29-25 dengan suhu 160C.
Info chef: Bagi memudahkan proses memarut, doh boleh dikepal, dibalut plastik dan disimpan seketika di dalam peti sejuk. Doh yang sedikit keras mudah diparut dan tidak lembik.

12.BISKUT TAT NANGKA

BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum
135gm marjerin sejuk
180ml air berais
1/2 sudu teh garam
Jem nangka secukupnya
Kuning telur secukupnya

CARA MEMASAK:
Ramas marjerin di dalam tepung gandum sehingga menjadi seakan serbuk roti.
Tambah air berais sedikit demi sedikit dan uli tepung sehingga menjadi doh. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
Ambil sedikit doh dan terapkan ke dalam acuan tat yang telah disapu dengan sedikit marjerin.
Sudukan sedikit jem dan tutup permukaan tat dengan lebihan doh yang diterap mengikut kreativiti anda. Sapukan sedikit kuning telur di permukaan tat.
Bakar pada suhu 190C selama 40-45 minit atau sehingga masak.

13. BISKUT MAKMUR

BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum
50gm gula aising
1/2 tin kecil minyak sapi
BAHAN INTI:
100gm kacang tanah | digoreng tanpa minyak
65gm gula aising
BAHAN SALUTAN:
Gula aising secukupnya 

CARA MEMASAK:
Masukkan tepung ke dalam kuali. Sangai seketika kemudian ayak bersama gula aising.
Gaul campuran tepung bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.
bagi menyediakan inti, kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula aising.
Ambil doh, leperkan dan sudukan inti kacang di tengahnya. Bentukkan doh menjadi bentuk bujur.
Susun biskut di atas loyang dan bakar selama 15 minit pada suhu 160C.
Sejukkan biskut seketika dan salutkan dengan gula aising.
Sedia untuk dinikmati.

14. BISKUT BANGKIT KELAPA

BAHAN-BAHAN:
160gm tepung ubi
30gm tepung gandum
100gm gula halus
1 biji kuning telur
90gm santan pekat
1/4 sudu teh serbuk penaik

CARA MEMASAK:
Goreng tepung ubi dan tepung gandum seketika.
Kemudian campurkan tepung tadi bersama gula dan juga serbuk penaik.
Pukul kuning telur sehingga kembang lalu dimasukkan ke dalam bekas berisi tepung. Masukkan juga santan sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh lembut.
Canai doh dan terap mengikut acuan yang digemari.
Bakar pada suhu 160C lebih kurang selama 20-25 minit.
Info chef: Tepung digoreng bagi mendapatkan tekstur yang ringan.

15. BISKUT TAT RAGA NANAS

BAHAN-BAHAN:
125gm marjerin
185gm tepung gandum
100gm gula
86gm tepung kastad
1/2 sudu teh esn vanila
Jem nanas secukupnya
Sedikit kuning telur | hiasan

CARA MEMASAK:
Pukul gula dan marjerin sehingga sedikit kembang. Masukkan tepung gandum, tepung kastad dan esen vanila. Gaul hingga sebati.
Canai dan terap doh menggunakan acuan tat. Letakkan jem nanas di tengahnya.
Potong sedikit doh menjadi bentuk memanjang dan letakkan di atas jem. Sapu sedikit kuning telur.
Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit.
Info chef: Simpan di dalam bekas kedap uadar bagi memastikan biskut kekal rangup dalam tempoh yang lama.

16. BISKUT BUAH CAMPUR

BAHAN-BAHAN:
95gm marjerin
125gm tepung gandum
105gm tepung jagung
60gm gula
1/2 sudu teh esen vanila
2 biji telur
80gm buah-buahan kering campuran
Sedikit kuning telur | hiasan

CARA MEMASAK:
Putar mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur dan pukul seketika. Kemudian masukkan esen vanila dan buah-buahan kering.
Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Uli hingga sebati.
Ambil sedikit adunan, bulatkan dan susun di atas dulang pembakar. Tekan sedikit menggunakan garfu dan sapu sedikit kuning telur.
Bakar biskut selama 20 minit dengan suhu 160C.
Info chef: Guna buah-buahan kering yang berlainan warna untuk mendapatkan warna biskut yang menarik.

17. BISKUT ULAS LIMAU

BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum
210gm tepung jagung
185gm marjerin
95gm gula halus
1 sudu teh esen vanila
50ml jus limau Sunkist
Sedikit pewarna kuning
4 biji telur kuning
1 biji telur | sapuan pada biskut

CARA MEMASAK:
Pukul marjerin dan gula sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanila. Gaul rata.
Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul dan masukkan jus limau Sunkist. Uli hingga sebati.
Titiskan sedikit pewarna kuning untuk mendapatkan warna yang cantik.
Canai doh dan terapkan acuan berbentuk ulas limau.
Bakar pada suhu 160C selama 20 minit.
Info chef: Jika suka, boleh ditambah sedikit parutan kulit limau di dalam doh.

18.BISKUT BEBOLA CORNFLAKES

BAHAN-BAHAN:
95gm marjerin
105gm tepung jagung
90gm tepung gandum
95gm gula kastor
1 sudu teh esen vanila
2 biji kuning telur
80gm cornflakes | dikisar kasar
100gm conflakes | salutan

CARA MEMASAK:
Pukul mentea, gula, telur dan esen vanila sehingga sebati.
Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung dan cornflakes kisar. Uli hingga semua bahan sekata.
Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan. Golek di dalam mangkuk berisi conflakes dan susun diatas dulang pembakar.
Bakar pada suhu 160C selama 20 minit.


Resepi Kuih Makmur Cornflakes Sedap dan Crunchy | Assalamualaikum, dah nak dekat raya ni, mesti ramai ibu-ibu sudah mula buat kuih raya, bila ditanya pertama buat kuih apa, mesti jawapannya adalah makmur, sebabnya makmur adalah kuih yang paling senang nak buat dan bahan pun mudah saja, teringat dulu arwah mak, 15 ramadhan dia dah mula buat kuih raya, macam yang sha cakap, kuih makmur ni lah dia buat pertama, dia akan adun kuih ini selepas makan sahur, bulatkan dan bakar sebelah pagi, kadang tu, dia adun sha lah tolong bulatkan dan bakar, tahun ini sha yang buat sendirian..tapi tak samalah dengan resepi arwah mak, kacang stok habis, sha gantikan dengan cornflakes, sedap juga tau..

Oh iya resepi ni sha dapat dari best friend sha, Noramima, dia memang buat kuih makmur cornflakes ni tiap tahun, malah dia buat niaga jual dekat customernya, adalah untung sikit katanya, paling best kuih makmur ini tidak begitu manis..jom kita try buat

Resepi Kuih Makmur Cornflakes Sedap dan Crunchy


Bahan-bahan
1kg tepung gandum
1tin minyak sapi Ghee 400g
2pcs kuning telur gred A
2 cawan Cornflakes  
Susu tepung Eveyday
Gula 

Jom Try Resepi Biskut Opzzpinky


Caranya
1. Sangai tepung sampai naik bau, cairkan minyak sapi, hancurkan cornflakes menggunakan cawan, dan satukan semuanya sekali dengan kuning telur, sehingga adunan tidak melekat ditangan dan senang untuk di bulatkan
2. Bulatkan adunan dan susun dalam loyang
3. Panaskan Oven 10 minit 150'c api bawah mengikut oven masing-masing
4. Bakar selama 20 minit, periksa bawah kuih tadi, kalau warna kekuningan bolehlah angkat, kalau belum tambah lagi 5-10minit
5. Sejukkan selama 5 minit dan satukan susu tepung dan gula yang sudah diblend halus, agak-agak manis, dan gaulkan adunan tadi dan masukkan dalam balang

Untuk 1kg tepung boleh dapat 1 balang panjang, agak-agak dalam 90pcs, tapi sha bulatkan adunan besar sikit puas masuk dalam mulut, husband suka betul makan, sebab agak crunchy kan, dia jenis yang tak suka kacang..jadi korang bolehkan cuba dirumah..gud luck


Resepi Juadah Kuih Berbuka Puasa | Assalamualaikum dan salam ramadhan, kita masih dalam PKP, dan sha pasti ibu ibu di luar sana sudah mencuba pelbagai resepi kuih muih untuk dijadikan santapan berbuka puasa bersama keluarga tersayang, bagi yang belum dan masih terfikir nak masak apa hari ini..di entry ini sha kumpulkan beberapa juadah kuih untuk berbuka puada , bahan bahan dan cara penyediaan..selamat mencuba.

Kuih Puteri Ayu Cheese

Oleh : Aini Binte Madon

Bahan-Bahan:

2 biji telur
1 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan atau susu cair
1 sudu teh ovalette
Pewarna pilihan
Sedikit esen vanilla atau perisa pilihan

Bahan Cream Cheese

250 gm cream cheese
80 gm gula castor
25 ml air
20 gm tepung gandum
1 biji telur
**Satukan kesemua bahan cheese dan pukul hingga licin dan sebati. Ketepikan.

Cara-Cara
1. Pukul telur, esen vanilla dan gula hingga kembang. Masukkan ovalette dan pukul lagi hingga pekat dan gebu.
2. Masukkan santan atau susu cair & tepung dan pukul lagi hingga sebati. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
3. Jika nak perisa yang berlainan, boleh letakkan perisa untuk setiap bahagian.
4. Sediakan acuan puteri ayu secukupnya. Oleskan acuan dengan sedikit minyak masak.
5. Didihkan air di dalam kukusan. Isikan adunan cream cheese ke dalam acuan dan kukus selama 2 minit dengan api sederhana.
6. Setelah itu, letakkan adunan berwarna hingga penuh dan kukus lagi lebih kurang 7-10 minit dengan api sederhana. Setelah masak, keluarkan dari acuan. Hidangkan.

Tips:
1. Jangan lupa untuk balut tutup kukusan supaya air kukusan tidak menitis atas kuih.
2. Gunakan api yang sederhana untuk mendapatkan kuih puteri ayu yang lembut, cantik dan gebu.
3. Masukkan adunan tepung dan adunan cheese ke dalam piping bag supaya mudah dan cepat untuk isi ke dalam acuan.

Mari Cuba Resepi popia Nestum yang Mudah dan Sedap [Link]




Kuih Kusui/Kaswi

Oleh: Azie Kitchen
Loyang saiz 10” x 10”

Bahan bahan: 
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
2 keping gula Melaka - saya guna 2 1/4 kpg saiz sederhana
1 cawan gula pasir - saya tambah 1 sudu besar
7 cawan air
1 sudu kecil kapur – bancuh dengan sedikit air

Bahan lain:
Kelapa parut muda
Sedikit garam

Cara-Cara:
1. Masak air dengan gula Melaka dan gula pasir sehingga gula hancur. Sejukkan sehingga agak agak air gula suam.
2. Masukkan tepung gandum dan tepung ubi yang telah disatukan ke dalamnya. Kacau sebati. Masa ini, boleh rasakan sedikit adunan dan jika belum cukup manis, boleh tambah sedikit gula pasir. 
3. Akhir sekali, masukkan air kapur dan kacau rata. Tapis adunan ke dalam jug bermuncung.
4. Panaskan periuk pengukus dan masukkan loyang. Saya guna loyang bulat saiz 9 inci. Setelah loyang panas, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak selama 45 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api yang besar. Saya kukus dalam 1 jam. 
5. Sekali sekala, lapkan penutup pengukus atau balut penutup dengan tuala. Bila telah masak, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup seketika untuk mengeringkan air di permukaan kuih, jika ada.
6. Setelah betul betul sejuk, baru dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.


Kuih Onde-Onde/Puteri Mandi

Oleh : Nurul Ayne

Bahan-Bahan
500 gm Tepung pulut
120 gm Tepung Gandum
2 sudu makan Gula
1 sudu teh Garam
450 ml Air
Sedikit Pewarna Hijau

Inti
150 gm Gula Merah
50 gm Gula putih

Salutan
400 gm Kelapa Parut (Anggaran)
2 sudu teh Garam

Air Rendaman
1L Air
1 sudu makan Minyak Makan

Cara-Cara
1. Sediakan bahan. Kisar kasar gula merah bersama gula putih kemudian ketepikan. Dalam mangkuk lain, campurkan kelapa parut dengan sedikit garam, gaul rata kemudian ketepikan. 
2. Selepas itu panaskan 1 liter air bersama sedikit minyak didalam belangga sehingga mendidih, sambil kita boleh mula membuat doh.
3. Campurkan semua bahan ramuan dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh sedikit keras dan tidak melekat di tangan.
4. Kemudian ambil sedikit doh anggaran 30gm dan bentukkan bulat kemudian buat lubang di tengah dan masukkan gula. Tutup dengan berhati-hati agar gula tidak terkeluar dan doh tidak pecah.
5. Setelah siap, masukkan doh ke dalam air yang mendidih tadi dan masak sehingga doh timbul dan lembut. Kemudian angkat dan ulitkan ke dalam kelapa parut tadi satu persatu sehingga siap.





Kuih Seri Muka

Oleh : My Kuali

Lapisan Bawah:
1 1/2 cawan pulut
1 1/2 cawan santan cair (saya letak 1 cwn je..bergantung pada jenis pulut)
sedikit garam

Cara Penyediaan
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Lapikkan plastik dalam loyang bulat 10 inci.
3. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak...dlm 30 minit.
4. Setelah masak, angkat dan tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
**Sapu plastik dengan sedikit minyak, ratakan dan tekan2 pulut supaya mampat.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula
4 1/2 cawan santan sederhana pekat
1 sudu kecil garam
sedikit pewarna hijau dan perisa pandan

Cara Penyediaan
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.

Tiada idea nak buat kuih raya? Jom try Biskut Raya Opzzpinky [Link]


Pulut Panggang


Oleh : Aznie Khasri

Bahan-Bahan
250 g beras pulut (rendam selama 6 jam)
2 cawan santan
sedikit garam

Cara-Cara
Kukus beras pulut selama 20 minit..
Kemudian keluarkan dan gaulkan bersama santan yg telah dicampur sedikit garam, kukus lg selama 20 minit.

Inti Pulut Panggang @ Inti Cucur Badak
1 biji kelapa
2 batang serai
7 tangkai cili kering }lebih pn boleh ikut suka)
150 g udang kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 helai daun kunyit }hiris
sedikit asam jawa }bancuh ngan sedikit air
gula secukup rasa
garam secukup rasa

Cara untuk membuat serunding kelapa.
Cili kering, bawang besar, bawang putih, serai & udang kering dikisar hingga halus....
Bahan2 yg dikisar di gaul bersama ngan kelapa parut didalam kuali....
Masukkan air asam jawa, gula & garam secukup rasa....
Hidupkan api & gaul hingga sebati..... jgn bubuh minyak ye....
masukkan hirisan daun kunyit.. gaul.sebati.. kacau hingga kering..

Cara penyediaan..
Ambil satu sedu besar pulut.. ratakan.. dan bubuh la inti diatasnya.. kemudian gulung ngan kemas..bole la distepper @ semat ngan lidi....buat hingga habis..
Kemudian bole la dibakar diatas kuali leper... balik2kan ia.. Siap...


Kuih Tepung Pelita

Oleh : Malina LiNa Pg 

Bahan-Bahan 
Bahan B (Bawah)
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air (*)
4 helai daun pandan kisar dgn sedikit air (*)
1 sudu kecil air kapur
LiNa Pg tambah Sedikit pewarna hijau epal
sedikit garam

Bahan A (Atas)
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
2 sb tepung ubi (LiNa Pg guna tepung jagung)
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 sk garam
Gula  sudu besar (LiNa Pg tambah rcp asal xde)

Bahan C
Gula utk ditabur ditengah lapisan 
Bekas kecil/daun pisang dibentuk sampan

Cara Cara Bahagian A
Satukan semua bahan A, lakukan proses yang sama seperti Bahagian Bawah tadi.Kacau hingga masak berkilat dan ada letupan kecil.Refer pada gambar
Kemudian tuang ke atas bahagian hijau tadi.
Sejukkan ke dalam peti ais, Enak dimakansejuk2 dari peti ais...Yummy...Selamat Mencuba


Popia Nestum | Assalamualaikum, petang macam ni ntah nak buat apa, mulut asyik mengunyah ja..siapa macam sha kita genk haha, teringat hari tu ada suruh husband beli popia, nak habiskan menggulung sebungkus popia ni ambil masa 3 hari tau haha, maklumlah ada anak kecil, bila dia tidur baru kita hampar popia ni gulung depan tv bila bangun kemas balik masuk dalam peti sejuk, itu yang jadi 3 hari tu

Simple ja bahan bahan kali ini, 

Popia 1 bungkus potong kecil dan gulung, kemudian jemur sampai keras
Nestum 1 cawan 
Gula 1/2 cawan (kurangkan kalau tidak mau manis)

blend gula dan nestum jadi halus, lepas goreng popia salutkan pada nestum dan letak dalam balang, senang kan? boleh lah tahan 2 hari, sha sikit ja makan macam manis pula, takut nanti result minum air gula tinggi, so husband yang habiskan..terfikir nak buat balik tapi tak mau nestum dah, next time guna balado..lagi sedap dan pedas haha..

Popia Nestum

by on April 22, 2020
Popia Nestum | Assalamualaikum, petang macam ni ntah nak buat apa, mulut asyik mengunyah ja..siapa macam sha kita genk haha, teringat h...

Mudahnya Buat Ais Krim Sendiri Dirumah | Assalamualaikum, Salam PKP fasa ke 3, sha pasti semuanya sudah sebati duduk rumah, haha, mesti rajin ke dapur dan buka buku resepi kan, sha 2 3 hari ini kena ulser, mungkin sebab musim panas, kurang minum air, so terfikir mau makan ais krim untuk melegakan anak tekak yang tengah sakit ini, maka sha decide untuk buat ais krim sendiri dirumah..memandangkan payah mau keluar rumah..ais krim sha buat ni siap boleh control tahap kemanisan nya lagi, maklumlah sha kan pregnant hahah..so jomlah kita buat ais krim sendiri ya.

Resepinya mudah saja, sha buat tengah malam, jadi besok boleh terus ngap, tak perlu tunggu lama dah haha..hanya gunakan blender saja, sha tak pasti kalau guna mixer tapi korang bolehlah try and error ya.

Bahan-Bahan untuk buat Ais Krim

1 tin susu cair
1 sudu besar ovelatte
5 sudu besar susu pekat (resepi asal setengah tin, tapi sha kurangkan, ini pun dah cukup manis bagi sha, boleh kurangkan kepada 3 or 4 sudu)
2 penutup esen vanilla
1 sudu kecil tepung jagung

Satukan semua bahan kedalam blender, dan putarlah semampu yang boleh haha, kalau nak gebu gebas boleh ulang banyak kali, ala tekan on off ja pada button blender tu, make sure gap dalam 2 min nanti meletop pula blender korang haha..

Kalau rasa dah puas hati dengan kegebuan nya, letak pada bekas dan masukkan dalam peti sejuk, tunggu sampai tengah hari baru boleh makan sambil tengok tv, kalau nak tambah pewarna lain pun boleh ikut suka koranglah kan..haha

Memang puas hati, sha selagi tak habis ais krim dalam peti sejuk tu, memang rajin betul makan, haha maklumlah musim panas kan..eh lupa pula nanti kena minum air gula buat kedua kalinya -.-' awas musim pkp ni semua benda dimakan, harapnya stabil la gula sha hihi..

Lepas ni sha akan kongsikan biskut 2 bahan, stay tune...


Pan Cake Simple Untuk Anak | Assalamualaikum, sejak kawalan pergerakan ni bermula memang para isterilah yang paling bingung nak sediakan makanan untuk ahli keluarga kan..apatah lagi kerja bapa dengan anak asyik lapar ja..haha..stok biskut dah kurang, jadi apa kata kita cuba pula resepi pan cake yang simple untuk anak, eh untuk anak ja ka? aip..boleh makan satu keluarga kalau pan cake begini punya sedap haha..

Bahan-bahan pun senang dapat, sha guna susu dugro coklat edan, sebab dia masih setia dengan susu badan, dia tolak dengan tegas minum susu coklat ni, sayang pula mau buang kan, so terlintas dipikiran buat pan cake, boleh ja korang gantikan dengan milo, tapi milo manis..

Bahan-Bahan

2 Cawan Tepung Gandum
2 Cawan Susu Tepung Coklat 
1 Sudu Kecil Garam
1 Sudu Kecil Soda Bikarbonat

Caranya - Campurkan semua bahan dalam satu bekas, letakkan air masak, jangan bagi cair adunan tu, agak-agak macam buat pan cake biasa juga..then masak di kuali dengan sedikit minyak..siap

Biasanya pagi-pagi edan akan bangun jam 6 pagi sebab lapar, bila stok biskut dia dah habis, so ini  antara menu sarapan yang cepat sha buat supaya dia tak mengamuk sebab lapar..haha..bukan setakat anak ja boleh makan tau, bapa dia pun makan sekali..sedap dan tak manis, korang try la ya..

Resepi Kek Marble Koko | Assalamualaikum, lapar tak? jom buat kek haha..rasa nak makan kek pula, mau beli diluar masih lagi kawalan pergerakan..apa kata buat sendiri, kurang gula, banyak dan puas hati yang penting sedap bebenor tauu haha

Kalau korang jarang-jarang sangat rajin masuk dapur buat kek, hihi kita sama la..sha pun ini dah second try..1st try ari tu failed..ngok ngek ja buat kek time birthday edan hari tu..tu la pandai sangat ubah resepi orang dah tak jadi..so sekarang sha follow ketat-ketat resepi ini..dan hasilnya..sedappp sangat

Resepi Kek Marble Koko

Bahan-Bahan
(a)
2 cawan tepung gandung
1 sudu kecil baking powder

(b)
1 1/2 cawan majerin
1 cawan gula (boleh kurangkan ke 1/4 cawan)
1 sudu kecil esen vanila

5 biji telur
2 sudu besar serbuk koko

Cara-Cara
1. Mixkan bahan b hingga kembang/gebu (10-15 minit)
2. Masuk telur 1 per 1 sampai habis. Mix hingga sebati.
3. Masukkan tepung sikit² hingga habis. Mix sebati.
4. Bahagikan kepada 2 bahagian. 1 campurkan 2 sudu kecil serbuk koko. 1 lagi biarkan tiada warna.
Masukkan selang seli 2 adunan ni ke dalam loyang sampai abes. Boleh taburkan coklat cip bagi cantik, sha tiada bahan hahah..
Panas kan oven 200c 15minit (kenali oven memasing)
5. Bakar 180c 40-50 minit. Untuk pastikan sudah masak, cucuk pakai lidi kalau tak melekat itu dah masak

Resepi ni sha ambil dari FB Jom belajar buat kek credit :Tina Jair

Selamat mencuba ya.


Resepi Donut Gebu Dan Simple | Assalamualaikum, boring nya, masuk dapur pun ntah apa mau makan..haha..so sha try lah cari dekat FB resepi donut, baby dalam perut nak makan donut pula..ok ok umie beranikan diri try ya, sebab 1st try hari tu failed haha..kena try juga ni sebab sampai bila kan..so pagi tu suruh husband beli barang dan pakai barang dekat dapur ja.

Resepi Donut Gebu Dan Simple

Bahan 1:
- 2 sudu besar yis mauripan
- 1 sudu besar susu pekat
- 1 sudu besar gula
- 1/2 cawan air suam
*campur bahan ini dan biarkan kembang selama 10minit

Bahan 2:
-2 cawan tepung gandum
-2 sudu besar minyak masak
-1 sudu teh garam

Cara-cara:

1- Gaulkn bahan (2) sehingga menjadi mcm serbuk roti, kemudian campur bahan (1) dan uli sampai tepung tak melekat di tangan

2-Masuk dlm bekas dan biarkan kembang (tutup dalam bekas selama 15minit)

3-Selepas 15minit keluarkan doh dan tumbuk2 doh

4-Bulatkan donut, dapat dalam 12 biji dan masa nak menggoreng baru lubangkan donut terus goreng dengan api perlahan dan rehatkan suam2 baru salut gula..

Resepi asal dari FB ‎Norain Che Yop‎  tapi sha ada ubah sikit-sikit sebab tiada bahan haha..tapi jadi juga tau, husband puji sedap dan edan makan tambah 3x tahu..so korang kena try juga..hihi..selamat mencuba..


Mari lihat 30 Makanan Tradisional Melayu Paling Popular di Malaysia




Resepi Kek Sarang Semut Menggunakan Periuk Cuckoo | Assalamualaikum, 10 hari terakhir berpuasa, pasti ibu ibu sangat sibuk menyediakan persiapan raya, terutamanya buat kuih raya, sehari boleh siapkan 2 jenis kuih, amboi raya sakan kamu ya hihi, memandangkan masih dalam kawalan pergerakan, tidak salah untuk kita menghidupkan suasana raya tersebut, jadi buatkan kuih dan persiapan mengikut kemampuan ya, dekat nak Raya ni bolehlahcuba resepi simple kek sarang semut aka kek gula hangus, kali ni sha menggunakan periuk Black HN10 Cuckoo, hebat sekejap ja dah masak tau, hasil nya memang terbaik..terima kasih Cuckoo

Bahan-bahan
Gula hangus 1 cawan
Tepung 1 cawan stgh
Susu pekat 1 tin 
3 sudu mkn majerin
1 sudu mkn soda 
1 sudu mkn baking
1 cawan air
4 biji telur

Caranya
1. Hanguskan gula guna api sederhana perlahan. 
2. Bila sudah cair dan perang, masukkan air  
3. Bila gula sudah larut, tutup api dan masukkan butter, biarkan sejuk pada suhu bilik. 
4. Blender telur 10 minit atau kacau sampai sebati. 
5. Masukkan susu pekat kacau hingga sebati. 
6. Masukkan soda bikarbonat dan baking powder.
7. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, kacau sampai sebati (guna mixer pun boleh). 
8. Akhir skali masukkan air gula yg sudah disejukkan, kacau higga sebati atau smpai tidak berketul (guna mixer). 

Kemudian masukkan dalam periuk cuckoo dan set kan button oven, set masa 20minit dan siap

# untuk periuk ini, ada button khas untuk kek, tapi kalau nak ranggup diatas kek guna button oven..simple kan..nasib ada cuckoo..hihi
Resepi Berbuka Puasa - Burger Sardin | Assalamualaikum, hi korang selamat berpuasa, alhamdulilah hari ini sudah puasa yang ke 15, tidak terasa cepatnya ramadhan berlalu, bagi korang yang masih tidak putus untuk membuat resepi berbuka puasa didapur sendiri, tahniahh, bukan mudah untuk tahankan hati lagi-lagi nak beli belah dekat bazaar ramadhan, maklumlah setahun sekali kan..hihi so hari ini sha nak kongsikan Resepi Berbuka Puasa - Burger Sardin


Comel kan? kalau korang nak tahu, ini adalah kali pertama sha buat makanan kegemaran sha ini, hihi dah berlaki baru nak berjinak-jinak buat kuih hasil tangan sendiri nak bagi suami makan lah kan..dapat pahala hihi. Ok sha kalau pergi bazaar mesti akan beli RM1 kuih burger sardin ini, tapi sha buat kuih ni memang puas hati, inti sardin banyak dan timun fresh punya, lagi kriuk kriuk bila dimakan hahaha.

Bahan-Bahan :-

4 cawan Tepung gandum
1/2 paket yis mauripan yang telah dikembangkan dengan air suam 
3 sudu gula pasir (blend gula biasa)
1 sudu majerin (sha pakai minyak masak)
2 sudu susu tepung (sha pakai susu cap junjung)
Sedikit garam 
Sedikit air untuk mencanai doh

Untuk inti sardin; Masak sardin bersama bawang putih, bawang besar dan sedikit garam


Cara buat :-
  • Campurkan dan kacau sehingga larut yis bersama gula pasir, biarkan sehingga berbuih
  • Masukkan tepung, buatkan satu lubang ditengah tepung tadi, masukkan majerin, susu tepung, garam, adunkan dengan sedikit air untuk menjadikan satu doh 
  • Biarkan sehingga 30-40minit, selepas itu, tumbuk perlahan doh tersebut untuk hilangkan angin
  • Buat bentuk mengikut saiz kesukaan sendiri dan biarkan doh mengembang.
  • Panaskan minyak dan goreng burger dengan api perlahan
  • Apabila kekuningan, toskan burger tunggu sehingga sejuk baru belah 2 (jangan belah sehingga putus)
  • Masukkan inti sardin dan timun


Untuk satu doh boleh buat sehingga 10-15 biji burger, so puas hati bila masak sendiri kan..jom try..selamat berpuasa :)


Resepi Ikan Bakar Berkuah Philips Air Fryer | Assalamualaikum hi guys, dah lunch ke belum? mari sha nak share satu resepi mudah untuk korang yang tidak cukup masa untuk ketuk-ketuk didapur ataupun bagi korang yang suka masakan sihat tanpa lemak.



Ikan Bakar Berkuah, macam pelik ja kan? haha actually sejak mengandung ni sha suka makan makanan yang berkuah dan sup, lagi-lagi suka makan ikan, nyum nyum, jadi resepi yang sha nak share dekat korang senang sahaja, bahan pun mudah dapat yang penting korang ada air fryer, kalau oven sha tak pasti suhu berapa, korang boleh try and error ja, kan..

Resepi Ikan Bakar Berkuah Philips Air Fryer
1. Ikan 
2. 4 ulas Bawang Putih dihiris panjang
3. 1 saiz ibu jari Halia dihiris panjang 
4. Setengah gelas air asam
5. 2 sudu makan sos tiram 
6. Garam dan Ajinamoto secukup rasa

Masukkan ikan yang telah dipotong dua dan dihiris sedikit pada ekor dan kepala kedalam besen kecil, masukkan kesemua bahan-bahan tadi dan gaulkan sama rata, masukkan bahan tadi juga kedalam hirisan ikan bagi menimbulkan rasa pada ikan.

Kemudian masukkan ikan bersama bahan tadi ke dalam aluminium foil, tuangkan kuah dan pastikan tidak tumpah. Masak pada suhu 170c selama 15minit

Selamat mencuba :)


Resepi Mudah Tempoyak Durian Merah | Assalamualaikum, musim durian merah datang lagi, tapi sayangnya dua tiga tahun kebelakangan ini, musim buahan, durian merah amnya sangat sukar untuk ditemui mungkin cuaca yang tidak stabil membuatkan terbantutnya pertumbuhan buah ini. Tapi itu bukan alasan untuk tidak dapat makan, malah disini sha berkongsi Resepi memasak dengan cara mudah Tempoyak Durian Merah.

Kelihatan kelibat penjual durian merah area Sandakan sudah memunculkan diri, ianya mulai bertapak disekitar Jalan Batu 7, depan Pejabat hinggalah depan Masjid Pengeran, untuk harga sekilo agak mahal tapi berbaloi untuk menghilangkan rasa ingin makan durian merah. Sekilo RM35


Durian merah sangat popular di sekitar Borneo, mempunyai bentuk fizikal sama seperti durian biasa, namun perbezaan warna pada isi dan kulitnya. Rasa isi durian merah kurang manis dan berlemak. Ianya sesuai untuk dibuat tempoyak.

Resepi Mudah Tempoyak Durian Merah


  • Tumis bawang besar dengan durian merah yang sudah masak (tips memilih buah durian merah yang masa; kulitnya terbuka dan isi kemerahan) bersama biji durian merah, letakkan sedikit garam dan gaul sehingga baunya naik.


Kebanyakan pengemar durian putih secara automatiknya akan suka dengan durian merah ini, namun tidak kurangnya juga ada yang tidak suka makan durian putih tapi obses dengan durian merah, namun bagi sha agak malang bila seseorang tidak suka merasa kenikmatan kedua-dua durian ini, suami sha terutamanya hahaha, it's ok b, nda juga habis tempoyak durian merah sayang haha




Haha, tajuk biskut nama blog sendiri..biskut ni budak2 suka makan sebab manis dan yummy..so sha nak share satu resepi dimana resepi ni sha dapat idea dari isteri Ajak Shiro waktu tengok TV cerita RESEPI PIKAT SUAMI macam tu lah..tapi sha ubahlah bahan2 dia sikit dan ianya mudah sahaja..

~Resepi Biskut Opzzpinky~

Bahan-Bahan
1. 1 Pek Nestum (untuk sukatan 2 balang kuih )
2. 1 Gelas Kecil Majerin Cair 
3. 4 Pek Coklat Masakan Putih yang harga RM5.50
4. 1/2 Penutup Pewarna (pink or apa2 pun boleh)
5. 1 Gelas Minyak Jagung (boleh letakkan lagi jika coklat belum cair)
6. Paper Cup
7. Hiasan manik/coklat/badam or apa2 ja yang sesuai

Cara Menyediakan
1. Gaulkan bahan 1 dan 2 sehingga sebati, masukkan dalam paper cup dan bakar dalam oven dengan suhu 160 darjah celcius dan 10-15 minit 
2. Campurkan bahan 3, 4 dan 5, kemudian panaskan coklat tersebut menggunakan double boil
3. Letakkan coklat yang telah cair ke dalam paper cup dan hias dengan hiasaan anda
4. Tunggu sehingga coklat dalam paper cup sejuk baru letakkan ke dalam balang

#coklat akan cepat keras, so kerapkan double boil coklat tersebut

Simple kan? so korang boleh buat dirumah, memandangkan raya dah nak dekat harap resepi ini dapat membantu..selamat mencuba..



roti ni kami panggil roti paun..tapi kalau di semenanjung panggil roti bangali kan?

buat kek ni senang ja..bahan-bahan pun senang dapat..siapa pengemar kek macam MR.A boleh lah buat try buat kek ni dirumah..mungkin dah ramai mama-mama diluar sana tahu..tapi sha nak kongsi kan juga hehe..

Bahan-bahan

6 biji telur
1 buku roti paun
1/2 buku majerin 
1 tin susu cair
1 tin susu pekat (susu junjung)

Cara menyediakan


blender semua bahan diatas


hasilnya seperti acuan ini


kemudian bakar pada 180 0C dan 60 minit...kalau belum masak tambahkan minit sehingga bahagian atas kek kelihatan berwarna coklat..


dan siap untuk dihidang :)

Resepi Kek Roti Paun

by on November 25, 2012
roti ni kami panggil roti paun..tapi kalau di semenanjung panggil roti bangali kan? buat kek ni senang ja..bahan-bahan pun senang dapat...