Showing posts with label Baby MFU. Show all posts
Showing posts with label Baby MFU. Show all posts

September 24, 2021

Happy Birthday Edan 3 Tahun

September 24, 2021 3 Comments
Happy Birthday Edan 3 Tahun

Bismillah
Assalamualaikum

Genap hari ini edan umur 3 tahun, Alhamdulilah besar dah edan kan..cepatnya masa berlalu, umie ingat lagi waktu nak bersalinkan edan 3 tahun lepas, pergi hospital 2x cek bukaan, kali pertama sebab rasa kontraksi sakit sangat pada 22hb pergi cek bukaan baru 2 cm doktor suruh balik, pada besok nya pula 23hb sama juga bukaan 2cm mau pigi 3cm macam tu kena warded pun sebab umie time tu demam


Alhamdulillah, edan anak yang baik dengar cakap umie dan sekarang try jadi abang yang baik untuk eshal cuma itulah adik beradik kan..bergaduh tu memang kecil punya hal, tapi umie terharu bila eshal tiada depan mata nya confirm dia tanya sishal? Sayang sebenarnya dia dengan adiknya, umie ingat lagi lepas balik dari hospital waktu bersalinkan eshal, biras sha pangku eshal, edan suruh sha ambil adiknya dia tidak mahu orang lain pegang adiknya..Allahu...kecil kecil lagi dah faham ya..


Macam biasa kek umie buat 2 sebab tahun ni rumah kita ramai orang kalau buat 1 kek takut cukup, birthday eshal pun macam tu juga..lagipun edan suka makan kek..umie suka buat kek terutamanya bila edan dan adik suka makan..

Umie baba doakan edan jadi anak yang soleh,  Abang yang baik sebab jadi anak sulung ni berat tanggungjawab nya, macam baba, baba anak sulung, insyaallah bila edan besar nanti selalulah baca blog umie..semua cerita edan dan eshal umie kongsi sini..

Terima kasih acik yaya, tolong umie masak mee dan goreng ayam, tq baba sponser pizza

Doa yang baik2 untuk mu anak mama, selamat hari lahir yang ke 3 tahun edan, membesar dengan sihat ya..


June 25, 2021

Temujanji Terapi Speech Delay di Pemulihan CaraKerja

June 25, 2021 6 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum

Temujanji Terapi Speech Delay di Pemulihan CaraKerja | Berhubung dengan analisis dengan doktor klinik desa pada entry sebelum ini, doktor mendapati edan ada masalah speech delay atau dalam bahasa melayu nya lambat bercakap disebabkan umur dia mahu dekat 3 tahun pada bulan september ini, bilang doktor edan masih awal lagi kalau nak refer pakar, tapi adalah lebih baik hantar awal sebab kita boleh catch up dalam sesi terapi speech delay nanti.




Kalau mama ada kerisauan dengan perkembangan anak contoh macam lambat bercakap, mama boleh refer dengan nurse mama waktu temujanji anak 2 tahun 6 bulan, actually sha memang sudah bagitahu siap-siap dekat nurse edan lambat bercakap waktu umur dia 2 tahun tapi nurse bagitahu 2 tahun masih awal lagi kalau nak refer pakar. So nurse bagi sha temu janji untuk berjumpa dengan doktor klinik desa.

Sebelum doktor klinik desa refer terapi speech delay, dia akan buat analisis dengan bertanya banyak soalan, jadi lebih baik mama yang temankan anak jumpa doktor kerana mama lebih tahu serba serbi anak jadi doktor klinik desa buat temujanji refer kepada 3 bahagian speech delay di hospital dutchess of kent sandakan iaitu 2 bahagian di audiolagy dan pertuturan tingkat 3,  1 bahagian lagi di klinik JPL bahagian pemulihan carakerja.

Bulan 4 yang lepas, temujanji pertama edan di pemulihan carakerja, sesudah nama edan dipanggil kami masuk bilik no. 12 masuk ja bilik edan dah meronta nak main sebab doktor memang sediakan mainan dalam bilik tu, edan main, sha dan doktor buat analisis di meja sebelah, banyak sangat soalan yang doktor tanya untuk memastikan edan betul-betul speech delay

Memang betul edan lambat 3 4 bulan dari budak lain, pandai sebut perkataan tapi belum pandai bina 5 ayat, sepatutnya umur edan pada ketika itu 2 tahun 8 bulan sudah pandai menyambungkan ayat sehingga 5 patah perkataan, paling sikit pun 3 patah perkataan

Temujanji pertama doktor cuma buat analisis dan report sikit bagitahu dimana tahap lambat edan dalam perkembangan bercakapnya. Temujanji ni sekejap ja dalam 20 minit setiap sesi dan balik.

Temu janji kedua di pemulihan cara kerja Bulan Mei

Untuk speech delay bahagian pemulihan carakerja, setiap bulan kena jumpa doktor yang sama, temujanji kedua ni doktor ajar sha cara urut bahagian mulut edan dan cara urut tangan. Urutan ini untuk regangan pada mulut dan tangan membantu dalam pertuturan edan

Macam biasa doktor akan buat lagi beberapa analisis, dan ianya menunjukkan edan adalah picky eater ataupun dalam bahasa melayunya memilih makanan, ianya salah satu punca juga edan lambat bercakap

Dan sha perasan edan sangat tidak suka mengunyah benda yang liat macam ayam dan benda yang besar, doktor cadangkan makan lolipop herba ada dijual di shopee katanya, lagi pula mama boleh buat sendiri lolipop atau aiskrim yang tiada gula, boleh merancang saraf sekitar mulut. Sha sebenarnya tidak pernah bagi edan lolipop atau candy, benda yang manis dan keropok, untuk menjaga giginya dan habit dia makan jajan yang kurang penting untuk pertumbuhanya.

Selain urutan, sha di beri tugasan untuk ajar edan meniup dan menghisap, sejujurnya edan belum pandai meniup dan sha sekarang dalam proses mengajar dia meniup wisel, ingatkan senang, susah juga rupanya kan haha..ambil masa 2 hari baru edan pandai meniup wisel alhamdulilah..mungkin sebab sha amalkan urutan pada mulut tu.

Dalam analisis temujanji speech delay tu juga, doktor suruh sha ajar edan mengenal warna, umur 2 tahun lebih edan belum kenal warna lagi huhu, sekarang sha slowly ajar dia 1 hari 1 warna sekarang dia dah kenal 2 warna iaitu red and yellow.

Sha pasti ramai anak diluar sana mengalami masalah speech delay macam edan tapi tidak atau malas mahu refer tpakar untuk buat terapi, sha ada jumpa malah ianya dalam kalangan keluarga sha juga, kesian dekat anak, pergi sekolah masih dalam keadaan pelat, kawan sekolah mengherdik percakapannya, anak umur 7 tahun, ibu bapa pun langsung tak ambil peduli. Kesian kan. So kalau mama ada anak 2 tahun tapi masih belum pandai bercakap 3 patah perkataan sha sarankan mama rujuk nurse dekat klinik desa.

Entry selepas ini sha akan share untuk temujanji edan di klinik pakar audiologi pulak, yang ni ada seram sikit sebab berkaitan telinga. InsyaAllah semoga perkongsian ini bermanfaat buat mama yang punya anak masalah speech delay.

October 25, 2020

Edan Suka Kacau Orang Solat

October 25, 2020 11 Comments
Bismillah
Assalamualaikum


Edan Suka Kacau Orang Solat | Sejak dah dapat kaki ni, kerja edan memang suka kacau orang solat terutamanya baba, bila dengar baba laungkan Allahuakhbar, dia punya laju berlari then berdiri di depan baba tunggu masa baba sujud terus naik atas badan hahaha..

Ada sampai time sha solat dia tarik telekung sampai nampak rambut..edan oh edab nasib rakaat pertama, ada pula tu time kami solat berjemaah, dia masuk dalam kain baba, habis batal solat kami sebab tak tahan ketawa..belum lagi cerita time solat terawih edan nampak hp baba sebab baba guna untuk baca doa terawih tu kan, dia pijak dan hempas sampai screen hp tercabut, memang ngam juga time tu hp baba macam nyawa nyawa ikan..seharian baba tak pakai hp..edan edan

Tapi beberapa hari ni, edan kurang kacau orang solat, dia macam tau2 ja magrib nak masuk, dia ambil sejadah kecil dan songkok baba, macam dalam gambar atas tu, begitula dia asal nak masuk magrib,(eh edan dah ambil air wuduk ka ni?😆) amboi macam dia nak jadi imam pula malam ni kan, bila baba mula solat dia pun solat juga dibelakang, konon nak jadi makmum, bila baba ruku dia ruku juga walaupun tangan tak sampai lutut kaki nya tak tegak..bila sujud pula dah macam katak sha nampak hahaha ikut sebiji macam baba solat, terfikirla juga selama ni dia duk asyik kacau orang solat rupanya itu cara dia nak belajar sesuatu kan..untuk umur edan 2 tahun 1 bulan umie bersyukur ada peningkatan dalam apa yang umie dan baba buat hari2 terutamanya solat sebagai tiang agama..

Edan nanti besar jangan malas2 solat ya nak, ajar adik solat sama, biar kita sederhana yang penting solat kena jaga

Entry untuk edan bila besar nanti edan pasti akan faham..sayang edan dan eshal


October 24, 2020

Edan Demam dan Swab Test

October 24, 2020 8 Comments
Bismillah,
Assalamualaikum




Edan Demam dan Swab Test | Ceritanya bermula lepas sehari PRN berlangsung, cuaca sangat panas, dan edan kurang minum air, memandangkan sha masih di kampung, sha kurang hirau dengan edan yang kurang minum air, tapi kekal aktif bermain dengan sepupunya, memang salah sha..lagi2 bila air botol edan selalu guna tertinggal dekat rumah, so nak minum air kena amik gelas dan tuang sedikit sebab takut edan tersedak, itupun berapa kali ja dia minum, nasib dia tak demam time kami di kampung, kalau tak susah hati sha macam mana nak jaga dia dan adiknya, eshal

Bila edan sakit, memang perlu banyak perhatian, nasib eshal bagi kerjasama sepanjang edan demam, selepas kami balik dari kampung, badan edan start panas 37c, sha penat dan tertidur, baba edan yang baru balik dari beluran, lepas ja mandi kejutkan sha, edan demam panas, malam tu kami memang tak tidur, suhu menjangkau 38.6c bergilir kami lap badan edan guna tuala, bagi dia makan, bagi dia minun baru bole makan ubat itu pun terpaksa dengar jeritan nya tengah malam

Bila cek balik suhu alhamdulilah suhu dah turun, dan subuh tu kami pun tidur kepenatan, secara jujurnya merawat anak sakit ni memang perlu emosi yang kuat, edan dalam tempoh dia sakit tiada selera makan, nampak betul dia kurus, rindu pula time dia sihat makan non stop, tapi bagi sha asal dia kuat minum air, itu sudah cukup untuk hidrat kan diri nya

2 hari sebelum swab test, baba bawa edan pergi klinik kerajaan memandangkan klinik swasta semua tutup, peliknya demam edan pagi surut lepas asar akan tinggi balik, makan ubat turun balik..sha pun heran, tiada jalan lain pergilah hospital, doktor lebih tahu keadaan nya. Kebetulan pula area rumah kami ada beberapa orang positif covid19, so siapa yang bergejala akan di ambil swab test, ngerikan dengar swab test, sedangkan ambil darah pun edan teriak gegar 1 hospital apatah lagi swab test melalui hidung tak dapat sha nak gambarkan.

Sehari sebelum swab test, hati ibu mana yang senang melihat anak nya sakit demam, mata lesu, pipi cengkung, tiada nafsu makan, subuh tu sha google semua website yang ada, ada terjumpa 1 entry yang boleh menyebabkan demam adalah tonsil, so sha terfikir nak belikan dia ais krim vanila..itu ja ubat mujarab bagi sakit tonsil, doktor ada bagitau yang tonsil edan ada merah sikit, tapi tak bagi ubat langsung, so pagi tu juga sha siap2 pergi beli ais krim vanila..pulang ja lepas mandi terus sha bagi edan makan, dalam 2 3 gelas juga..tak apa la nak..makan ja asal edan sembuh

Petang tu dia dah boleh minum air dengan banyak, malam pula dia start makan nasi, alhamdulilah syukur ya Allah malam tu edan tiada demam, tidur lena dan pampers penuh..Allah mendengar rintihan seorang ibu, ais krim vanila tu asbab edan sihat

Swab test
Awal pagi edan bangun macam dia tahu dia nak jalan pergi hospital untuk swab test haha, maklumlah lama dah edan tak keluar rumah haha, dalam hati sha nanti edan sampai klinik edan akan teriak berabis, sebab swab test tu sangat menyakitkan, kakak sha pernah diarah untuk swab test, jadi dia ada bagitahu benda tu sangat sakit, tapi edan masih kecil belum tahu apa itu swab test, pagi tu sha pakaikan dia baju, baba yang teman dia, sha jaga eshal di rumah, sebab eshal fully breastfeed, hati sha memang tak keruan di buatnya memikirkan edan akan karau menangis sebelum dan selepas menjalani swab test tersebut, dan sha memang tak mampu lihat anak sha menangis begitu, jadi memang baba yang akan temankan edan, even cucuk darah pun baba yang teman kan sha takut tengok huhu

Bila siap dan edan balik, terus pergi mandi baba cerita edan orang ketiga lakukan swab test, memandangkan sandakan antara daerah yang banyak kena positif di sabah, so keadaan kawasan klinik tersebut sangat sesak dipenuhi oleh orang ramai, nasib saja baba datang awal, so bole balik awal, dari nama edan kena panggil sampai dia selesai swab test, dia menangis tak henti sampai tidur pun teresak2 kesian, bila sampai rumah macam tiada apa yang berlaku, maka edan pun jalani tempoh kaurantin di rumah selama 14 hari, alhamdulilah keputusan negatif sebab pihak hospital tiada call selama 14hari tersebut..

Semoga edan dan eshal sentiasa sihat hendakNya, semoga juga Malaysia dan dunia kita cepat2 sembuh dari penyakit covid 19 ni..aminn

October 2, 2020

Buat Sendiri Kek Hari Jadi Edan 2 Tahun

October 02, 2020 4 Comments
Bismillah,
Assalamualaikum


Buat Sendiri Kek Hari Jadi Edan 2 Tahun | sha teringin sangat nak buat kek hari jadi sendiri di rumah, plan last minit ini akhirnya menjadi bila sha dan ipar sha pergi membeli barang baking dan bahan-bahan 1 hari sebelum tarikh hari jadi edan, so agak mencabar jugalah mana lagi kena belajar sendiri dekat youtube cara buat kek, dan dekorasi nya, syukur sha di bantu oleh ipar sha, thanks sarah

Yeah edan sudah memasuki usia 2 tahun, alhamdulilah edan masih lagi sampai sekarang menyusu badan, entah bila lah dia nak wean off, seusia edan 2 tahun dia sudah mempunyai seorang adik perempuan usia 2 bulan hihi, menjadi seorang abang pada masa sekarang sangat mencabar baginya terpaksa berbagi kasih yang dia sendiri belum puas, kesian edan tapi rezeki dapat adik tu Allah tentukan so kena didik edan jadi abang yang baik. 

Dan akhirnya, cabaran diterima dan sha berjaya hasilkan satu kek yang sha pun tak pasti berapa beratnya tapi kek ini agak besar juga untuk makan 5 orang, decorasi simple saja itupun ipar sha tolong deko, sha tukang buat kek, dan letak whipping cream pada kek, best sebenarnya buat kek sendiri ini, satu kepuasan bila dapat hasilnya walaupun tak berapa cantik haha.

Resepi kek coklat moist bakar guna oven dan hanya guna blender sukatan cawan sha buat menggunakan resepi ini


Actually sha plan nak beli kek pocoyo, ala kartun pocoyo, itu antara kartun kegemaran edan, google punya google macam susah ja kalau nak buat sendiri haha, ada ja orang boleh tolong buatkan tapi harga RM50+ half KG dan print gambar pocoyo tu, baba edan nak yang main lukis punya, so plan beli kek memang cancel, so sha buat kek simple ja la asal ada nama edan dah cukup hihi

Baba edan tak expect sha mampu buat kek sebegitu indah hahaha, sebab ulang tahun edan yang pertama buat kek buah, tak cantik, membazir buah ja, untuk menyelamatkan kek tu, baba edan beli 1 kek biasa itu pun RM30+ kan sangat membazir, so bila dia pulang kerja tengok kek yang sha dah adik dia buat, he was like wow..haha at least jimat duit dia sikit kan

Buat Sendiri Kek Hari Jadi Edan 2 Tahun



So dekorasi untuk majlis, haha sedangkan kami 4 anak beranak, 2 ipar sha,6 orang ja sambut, sha memang awal-awal beli belon dekat shopee, ipar sha tiup belon dan sha tampal dekat dinding, awal kami buat jam 3 petang sementara tunggu kek sejuk baru lepas dari masak dekat oven, sekali jam 5 dah tercabut dah tu belon haha, jadi nya lintang pukang lah belon tu, itu tak termasuk belon yang edan tarik, dah lah sha ni takut belon, edan sengaja tau bagi dekat sha belon tu, terkeluar suara jantan sha hahaha.

Tips buat kek hari jadi last minit haha


Sedia kan barang dan bahan, setkan kek yang macam mana korang nak buat, perisa apa, dan dekorasi macam mana, barang utama kena ada, macam oven, mixer, dan paling penting nak buat deko kek adalah turntable cake contoh dalam gmbar warna pink atas kek, dengan ada benda tu, senang kerja korang ratakan whipping cream, dan lagi senang kalau nak letak krim tu gunakan pipping bag, baru ratakan.

Selain itu boleh juga try guna resepi kek marble koko untuk buat kek hari jadi, pasti jadi punya


Alhamdulilah youtube sangat membantu, even last minit haha, sha tak ingat acc mana tapi sha belajar semua dari youtube, dari buat kek sampai dekorasi nya, walaupun hasilnya taklah sehebat orang lain buat, tapi cukup membuatkan orang yang makan terasa nak lagi haha, dan syukur majlis kecilan hari jadi edan berjalan lancar pada 24 September 2020.