Showing posts with label Baby MFU. Show all posts
Showing posts with label Baby MFU. Show all posts
Bismillah, 
Assalamualaikum

Temujanji Terapi Speech Delay di Pemulihan CaraKerja | Berhubung dengan analisis dengan doktor klinik desa pada entry sebelum ini, doktor mendapati edan ada masalah speech delay atau dalam bahasa melayu nya lambat bercakap disebabkan umur dia mahu dekat 3 tahun pada bulan september ini, bilang doktor edan masih awal lagi kalau nak refer pakar, tapi adalah lebih baik hantar awal sebab kita boleh catch up dalam sesi terapi speech delay nanti.




Kalau mama ada kerisauan dengan perkembangan anak contoh macam lambat bercakap, mama boleh refer dengan nurse mama waktu temujanji anak 2 tahun 6 bulan, actually sha memang sudah bagitahu siap-siap dekat nurse edan lambat bercakap waktu umur dia 2 tahun tapi nurse bagitahu 2 tahun masih awal lagi kalau nak refer pakar. So nurse bagi sha temu janji untuk berjumpa dengan doktor klinik desa.

Sebelum doktor klinik desa refer terapi speech delay, dia akan buat analisis dengan bertanya banyak soalan, jadi lebih baik mama yang temankan anak jumpa doktor kerana mama lebih tahu serba serbi anak jadi doktor klinik desa buat temujanji refer kepada 3 bahagian speech delay di hospital dutchess of kent sandakan iaitu 2 bahagian di audiolagy dan pertuturan tingkat 3,  1 bahagian lagi di klinik JPL bahagian pemulihan carakerja.

Bulan 4 yang lepas, temujanji pertama edan di pemulihan carakerja, sesudah nama edan dipanggil kami masuk bilik no. 12 masuk ja bilik edan dah meronta nak main sebab doktor memang sediakan mainan dalam bilik tu, edan main, sha dan doktor buat analisis di meja sebelah, banyak sangat soalan yang doktor tanya untuk memastikan edan betul-betul speech delay

Memang betul edan lambat 3 4 bulan dari budak lain, pandai sebut perkataan tapi belum pandai bina 5 ayat, sepatutnya umur edan pada ketika itu 2 tahun 8 bulan sudah pandai menyambungkan ayat sehingga 5 patah perkataan, paling sikit pun 3 patah perkataan

Temujanji pertama doktor cuma buat analisis dan report sikit bagitahu dimana tahap lambat edan dalam perkembangan bercakapnya. Temujanji ni sekejap ja dalam 20 minit setiap sesi dan balik.

Temu janji kedua di pemulihan cara kerja Bulan Mei

Untuk speech delay bahagian pemulihan carakerja, setiap bulan kena jumpa doktor yang sama, temujanji kedua ni doktor ajar sha cara urut bahagian mulut edan dan cara urut tangan. Urutan ini untuk regangan pada mulut dan tangan membantu dalam pertuturan edan

Macam biasa doktor akan buat lagi beberapa analisis, dan ianya menunjukkan edan adalah picky eater ataupun dalam bahasa melayunya memilih makanan, ianya salah satu punca juga edan lambat bercakap

Dan sha perasan edan sangat tidak suka mengunyah benda yang liat macam ayam dan benda yang besar, doktor cadangkan makan lolipop herba ada dijual di shopee katanya, lagi pula mama boleh buat sendiri lolipop atau aiskrim yang tiada gula, boleh merancang saraf sekitar mulut. Sha sebenarnya tidak pernah bagi edan lolipop atau candy, benda yang manis dan keropok, untuk menjaga giginya dan habit dia makan jajan yang kurang penting untuk pertumbuhanya.

Selain urutan, sha di beri tugasan untuk ajar edan meniup dan menghisap, sejujurnya edan belum pandai meniup dan sha sekarang dalam proses mengajar dia meniup wisel, ingatkan senang, susah juga rupanya kan haha..ambil masa 2 hari baru edan pandai meniup wisel alhamdulilah..mungkin sebab sha amalkan urutan pada mulut tu.

Dalam analisis temujanji speech delay tu juga, doktor suruh sha ajar edan mengenal warna, umur 2 tahun lebih edan belum kenal warna lagi huhu, sekarang sha slowly ajar dia 1 hari 1 warna sekarang dia dah kenal 2 warna iaitu red and yellow.

Sha pasti ramai anak diluar sana mengalami masalah speech delay macam edan tapi tidak atau malas mahu refer tpakar untuk buat terapi, sha ada jumpa malah ianya dalam kalangan keluarga sha juga, kesian dekat anak, pergi sekolah masih dalam keadaan pelat, kawan sekolah mengherdik percakapannya, anak umur 7 tahun, ibu bapa pun langsung tak ambil peduli. Kesian kan. So kalau mama ada anak 2 tahun tapi masih belum pandai bercakap 3 patah perkataan sha sarankan mama rujuk nurse dekat klinik desa.

Entry selepas ini sha akan share untuk temujanji edan di klinik pakar audiologi pulak, yang ni ada seram sikit sebab berkaitan telinga. InsyaAllah semoga perkongsian ini bermanfaat buat mama yang punya anak masalah speech delay.
Bismillah
Assalamualaikum


Edan Suka Kacau Orang Solat | Sejak dah dapat kaki ni, kerja edan memang suka kacau orang solat terutamanya baba, bila dengar baba laungkan Allahuakhbar, dia punya laju berlari then berdiri di depan baba tunggu masa baba sujud terus naik atas badan hahaha..

Ada sampai time sha solat dia tarik telekung sampai nampak rambut..edan oh edab nasib rakaat pertama, ada pula tu time kami solat berjemaah, dia masuk dalam kain baba, habis batal solat kami sebab tak tahan ketawa..belum lagi cerita time solat terawih edan nampak hp baba sebab baba guna untuk baca doa terawih tu kan, dia pijak dan hempas sampai screen hp tercabut, memang ngam juga time tu hp baba macam nyawa nyawa ikan..seharian baba tak pakai hp..edan edan

Tapi beberapa hari ni, edan kurang kacau orang solat, dia macam tau2 ja magrib nak masuk, dia ambil sejadah kecil dan songkok baba, macam dalam gambar atas tu, begitula dia asal nak masuk magrib,(eh edan dah ambil air wuduk ka ni?πŸ˜†) amboi macam dia nak jadi imam pula malam ni kan, bila baba mula solat dia pun solat juga dibelakang, konon nak jadi makmum, bila baba ruku dia ruku juga walaupun tangan tak sampai lutut kaki nya tak tegak..bila sujud pula dah macam katak sha nampak hahaha ikut sebiji macam baba solat, terfikirla juga selama ni dia duk asyik kacau orang solat rupanya itu cara dia nak belajar sesuatu kan..untuk umur edan 2 tahun 1 bulan umie bersyukur ada peningkatan dalam apa yang umie dan baba buat hari2 terutamanya solat sebagai tiang agama..

Edan nanti besar jangan malas2 solat ya nak, ajar adik solat sama, biar kita sederhana yang penting solat kena jaga

Entry untuk edan bila besar nanti edan pasti akan faham..sayang edan dan eshal


Bismillah,
Assalamualaikum




Edan Demam dan Swab Test | Ceritanya bermula lepas sehari PRN berlangsung, cuaca sangat panas, dan edan kurang minum air, memandangkan sha masih di kampung, sha kurang hirau dengan edan yang kurang minum air, tapi kekal aktif bermain dengan sepupunya, memang salah sha..lagi2 bila air botol edan selalu guna tertinggal dekat rumah, so nak minum air kena amik gelas dan tuang sedikit sebab takut edan tersedak, itupun berapa kali ja dia minum, nasib dia tak demam time kami di kampung, kalau tak susah hati sha macam mana nak jaga dia dan adiknya, eshal

Bila edan sakit, memang perlu banyak perhatian, nasib eshal bagi kerjasama sepanjang edan demam, selepas kami balik dari kampung, badan edan start panas 37c, sha penat dan tertidur, baba edan yang baru balik dari beluran, lepas ja mandi kejutkan sha, edan demam panas, malam tu kami memang tak tidur, suhu menjangkau 38.6c bergilir kami lap badan edan guna tuala, bagi dia makan, bagi dia minun baru bole makan ubat itu pun terpaksa dengar jeritan nya tengah malam

Bila cek balik suhu alhamdulilah suhu dah turun, dan subuh tu kami pun tidur kepenatan, secara jujurnya merawat anak sakit ni memang perlu emosi yang kuat, edan dalam tempoh dia sakit tiada selera makan, nampak betul dia kurus, rindu pula time dia sihat makan non stop, tapi bagi sha asal dia kuat minum air, itu sudah cukup untuk hidrat kan diri nya

2 hari sebelum swab test, baba bawa edan pergi klinik kerajaan memandangkan klinik swasta semua tutup, peliknya demam edan pagi surut lepas asar akan tinggi balik, makan ubat turun balik..sha pun heran, tiada jalan lain pergilah hospital, doktor lebih tahu keadaan nya. Kebetulan pula area rumah kami ada beberapa orang positif covid19, so siapa yang bergejala akan di ambil swab test, ngerikan dengar swab test, sedangkan ambil darah pun edan teriak gegar 1 hospital apatah lagi swab test melalui hidung tak dapat sha nak gambarkan.

Sehari sebelum swab test, hati ibu mana yang senang melihat anak nya sakit demam, mata lesu, pipi cengkung, tiada nafsu makan, subuh tu sha google semua website yang ada, ada terjumpa 1 entry yang boleh menyebabkan demam adalah tonsil, so sha terfikir nak belikan dia ais krim vanila..itu ja ubat mujarab bagi sakit tonsil, doktor ada bagitau yang tonsil edan ada merah sikit, tapi tak bagi ubat langsung, so pagi tu juga sha siap2 pergi beli ais krim vanila..pulang ja lepas mandi terus sha bagi edan makan, dalam 2 3 gelas juga..tak apa la nak..makan ja asal edan sembuh

Petang tu dia dah boleh minum air dengan banyak, malam pula dia start makan nasi, alhamdulilah syukur ya Allah malam tu edan tiada demam, tidur lena dan pampers penuh..Allah mendengar rintihan seorang ibu, ais krim vanila tu asbab edan sihat

Swab test
Awal pagi edan bangun macam dia tahu dia nak jalan pergi hospital untuk swab test haha, maklumlah lama dah edan tak keluar rumah haha, dalam hati sha nanti edan sampai klinik edan akan teriak berabis, sebab swab test tu sangat menyakitkan, kakak sha pernah diarah untuk swab test, jadi dia ada bagitahu benda tu sangat sakit, tapi edan masih kecil belum tahu apa itu swab test, pagi tu sha pakaikan dia baju, baba yang teman dia, sha jaga eshal di rumah, sebab eshal fully breastfeed, hati sha memang tak keruan di buatnya memikirkan edan akan karau menangis sebelum dan selepas menjalani swab test tersebut, dan sha memang tak mampu lihat anak sha menangis begitu, jadi memang baba yang akan temankan edan, even cucuk darah pun baba yang teman kan sha takut tengok huhu

Bila siap dan edan balik, terus pergi mandi baba cerita edan orang ketiga lakukan swab test, memandangkan sandakan antara daerah yang banyak kena positif di sabah, so keadaan kawasan klinik tersebut sangat sesak dipenuhi oleh orang ramai, nasib saja baba datang awal, so bole balik awal, dari nama edan kena panggil sampai dia selesai swab test, dia menangis tak henti sampai tidur pun teresak2 kesian, bila sampai rumah macam tiada apa yang berlaku, maka edan pun jalani tempoh kaurantin di rumah selama 14 hari, alhamdulilah keputusan negatif sebab pihak hospital tiada call selama 14hari tersebut..

Semoga edan dan eshal sentiasa sihat hendakNya, semoga juga Malaysia dan dunia kita cepat2 sembuh dari penyakit covid 19 ni..aminn

Edan Demam dan Swab Test

by on October 24, 2020
Bismillah, Assalamualaikum Edan Demam dan Swab Test | Ceritanya bermula lepas sehari PRN berlangsung, cuaca sangat panas, dan edan kurang m...
Bismillah,
Assalamualaikum


Buat Sendiri Kek Hari Jadi Edan 2 Tahun | sha teringin sangat nak buat kek hari jadi sendiri di rumah, plan last minit ini akhirnya menjadi bila sha dan ipar sha pergi membeli barang baking dan bahan-bahan 1 hari sebelum tarikh hari jadi edan, so agak mencabar jugalah mana lagi kena belajar sendiri dekat youtube cara buat kek, dan dekorasi nya, syukur sha di bantu oleh ipar sha, thanks sarah

Yeah edan sudah memasuki usia 2 tahun, alhamdulilah edan masih lagi sampai sekarang menyusu badan, entah bila lah dia nak wean off, seusia edan 2 tahun dia sudah mempunyai seorang adik perempuan usia 2 bulan hihi, menjadi seorang abang pada masa sekarang sangat mencabar baginya terpaksa berbagi kasih yang dia sendiri belum puas, kesian edan tapi rezeki dapat adik tu Allah tentukan so kena didik edan jadi abang yang baik. 

Dan akhirnya, cabaran diterima dan sha berjaya hasilkan satu kek yang sha pun tak pasti berapa beratnya tapi kek ini agak besar juga untuk makan 5 orang, decorasi simple saja itupun ipar sha tolong deko, sha tukang buat kek, dan letak whipping cream pada kek, best sebenarnya buat kek sendiri ini, satu kepuasan bila dapat hasilnya walaupun tak berapa cantik haha.

Resepi kek coklat moist bakar guna oven dan hanya guna blender sukatan cawan sha buat menggunakan resepi ini


Actually sha plan nak beli kek pocoyo, ala kartun pocoyo, itu antara kartun kegemaran edan, google punya google macam susah ja kalau nak buat sendiri haha, ada ja orang boleh tolong buatkan tapi harga RM50+ half KG dan print gambar pocoyo tu, baba edan nak yang main lukis punya, so plan beli kek memang cancel, so sha buat kek simple ja la asal ada nama edan dah cukup hihi

Baba edan tak expect sha mampu buat kek sebegitu indah hahaha, sebab ulang tahun edan yang pertama buat kek buah, tak cantik, membazir buah ja, untuk menyelamatkan kek tu, baba edan beli 1 kek biasa itu pun RM30+ kan sangat membazir, so bila dia pulang kerja tengok kek yang sha dah adik dia buat, he was like wow..haha at least jimat duit dia sikit kan

Buat Sendiri Kek Hari Jadi Edan 2 Tahun



So dekorasi untuk majlis, haha sedangkan kami 4 anak beranak, 2 ipar sha,6 orang ja sambut, sha memang awal-awal beli belon dekat shopee, ipar sha tiup belon dan sha tampal dekat dinding, awal kami buat jam 3 petang sementara tunggu kek sejuk baru lepas dari masak dekat oven, sekali jam 5 dah tercabut dah tu belon haha, jadi nya lintang pukang lah belon tu, itu tak termasuk belon yang edan tarik, dah lah sha ni takut belon, edan sengaja tau bagi dekat sha belon tu, terkeluar suara jantan sha hahaha.

Tips buat kek hari jadi last minit haha


Sedia kan barang dan bahan, setkan kek yang macam mana korang nak buat, perisa apa, dan dekorasi macam mana, barang utama kena ada, macam oven, mixer, dan paling penting nak buat deko kek adalah turntable cake contoh dalam gmbar warna pink atas kek, dengan ada benda tu, senang kerja korang ratakan whipping cream, dan lagi senang kalau nak letak krim tu gunakan pipping bag, baru ratakan.

Selain itu boleh juga try guna resepi kek marble koko untuk buat kek hari jadi, pasti jadi punya


Alhamdulilah youtube sangat membantu, even last minit haha, sha tak ingat acc mana tapi sha belajar semua dari youtube, dari buat kek sampai dekorasi nya, walaupun hasilnya taklah sehebat orang lain buat, tapi cukup membuatkan orang yang makan terasa nak lagi haha, dan syukur majlis kecilan hari jadi edan berjalan lancar pada 24 September 2020.



Bila Masa Sesuai Untuk Anak Potty Training | Assalamualaikum, sha dengar-dengar cerita orang, nak ajar anak bebas pampers ni memang mencabar juga dari segi emosi terutamanya, ala bagi ja la dia pakai pampers sampai dia besar sikit, senang cerita..aipp pampers sekarang bukan main mahal tau, kadang ada juga parent nak cut kos lagi-lagi bila dah nak dapat adik baru..actually sha belum ada pengalaman mengenai topik ini, tapi ada terbaca dekat laman facebook, rasa macam excited pula nak share dekat korang agak-agak bila masa sesuai untuk anak potty training, sudah ready kah tidak parent diluar sana termasuk sha hihihi..

Maksud Potty Trainning - Bahasa pasarnya, ajar anak pergi tandas untuk kencing dan buang air besar tanpa menggunakan lampin pakai buang seharian, kira macam mereka sudah bersedia untuk diajar menjadi seperti orang dewasa yang tidak memakai lampin haha..

Berdasarkan apa yang sha baca dekat laman facebook seorang doktor kanak-kanak yang memberitahu bahawa terlalu sukar untuk train anak sendiri menggunakan tandas berbanding menggunakan lampin pakai buang. Ia perlu kebijaksanaan ibubapa, teknik, masa serta kesabaran yg tinggi. 

Dan bilakah agaknya masa terbaik untuk start latihan menggunakan tandas kepada anak-anak kita?
1. Ia bergantung kepada perkembangan milestone anak, fisikal & tingkahlaku kanak-kanan tersebut. INGAT IA BUKAN BERGANTUNG PADA USIA mereka!! 

2. Ramai juga kanak-kanak yang sudah bersedia antara umur 18 bulan ke 3 tahun. (umur edan dah rasanya dah boleh, tapi sha belum try lagi). Ada juga yang lebih daripada umur yang disebutkan, macam anak buah sha, Firas, dia off pamper seharian tapi bila nak buang air besar dia minta pakaikan pampers, umurnya dalam 4 tahun

Jangan paksa anak dalam latihan ini kalau mereka belum bersedia. Kalau tak anak korang akan TANTRUM dan ibu bapanya juga akan mengalami STRESS!!So guys jangan tergesa-gesa ya, Take your time.
Baca : Fasa Edan Tantrum Bermula

3. Point dibawah ini membuat korang rasa anak korang sudah bersedia untuk diajar latihan tandas, maksudnya c baby sudah menunjukkan ciri-ciri yang dia sudah boleh diajar..
a) Anak anda sudah faham & mengikut ARAHAN ASAS daripada ibu bapa, ini PENTING ya, kalau mereka tak faham, korang boleh lupakan sekejap sesi ini..haha
b) Anak anda pandai tanggal & pakai semula seluarnya selepas buang air. 
c) Boleh kah tidak, anak anda memberitahu bahawa mereka ingin membuang air?
d) Kalau anak anda tidak berak atau kencing dalam pampers/lampin lebihi 2-3 jam, anda dah boleh train anak anda Potty Training. 
e) Harap anak anda boleh duduk atas mangkuk tandas. Kalau tidak boleh, belikan dia tandas mainan mengikut saiz punggung mereka. 

3. Ibu Bapa sendiri sudahkah anda BERSEDIA tak nak ajar latihan tandas anak mereka??? 
1. Klu emak ayah sibuk siang mlm.... bila le nak latih anda bertandas??πŸ₯΄πŸ₯΄πŸ€ͺπŸ€ͺ 
2. Tau tak klu anda rancang latihan tandas untk anak anda, ia amat perlu penumpuan anda, masa & tenaga untk konsisten setiap hari. Kadang2 memakan masa bbrp minggu & bulan krn setiap anak tak sama kecerdasan mereka.πŸ€“ 
3. Emak ayah yg panas baran..... Doc nasihat baik pi rendam diri dlm air ais🀣🀣🀣..... Cool down, control your tempers dulu.... baru jadi guru yg penuh sabar, didik dgn kasih sayang dan bukan mcm harimau lapar..... Takut2 akhirnya abda masuk lokap krn kes DERA anak pula. 😱😱πŸ€ͺπŸ€ͺπŸ€ͺ. Ingat!!! ia perlu MASA dan KESABARAN yg tinggi. 

Bila anak anda sudah ready, Parent pun ready, maka its time to START POTTY TRANING:
1. Bila saja anak buang najis besar/berak di tandas.... Guna satu perkataan untuk menggantikan "buang air besar" tu, kadang kita selalu dengar orang cakap mahu uuukk kepada budak-budak kan
2. Sama juga seperti buang air kecil, biasanya orang akan cakap nncisss, ikut bahasa korang lah hahaha
Ini dikatakan sebagai CONDITIONAL REFLEX dalam Perubatan. Ia amat berkesan sekali dgn reflex anak nak berak atau kencing. 
3. Masa terbaik untuk ajar latihan tandas kanak-kanak itu sebelum tidur, setelah bangun pagi atau selepas tidur. 
4. Walaupun kadang-kadang  anak anda hanya duduk dibangku tandas, berikan pujian untuk memberi dorongan sebab mereka sudah mencuba dan ingatkan anak anda bahawa dia boleh mencubanya kemudian. 
5. Kalau anak anda beri isyarat atau pandai berkata nak buang air... Anda cepat-cepat membawanya ke tandas untuk membuang. Ucap Terima Kasih & puji  mereka setiap kali mereka beritahu anda sebelum mereka berak/kencing. 

Parent yang baru nak plan atau sedang train anak tu, sha doakan semoga dipermudahkan urusan korang, ingat bukan senang nak ajar, kesabaran level tinggi diperlukan, bila dah berjaya bolehlah save sikit duit pampers tu untuk beli barangan lain pula..hihi..

Sha belum lagi plan nak buat dekat edan, bagus juga sha train sekarang kan, musim pkp ini baba banyak luangkan masa dengan edan, so membantu sikit kerja sha, ok apa-apa nanti sha update hahaha..

Bila Masa Sesuai Untuk Anak Potty Training ini sha petik dari Laman facebook Dr. Abdul Rahim, Penang



Edan Berklinik 18 Bulan | Assalamualaikum, hari ini adalah hari pertama umie dan edan keluar rumah setelah sekian lamanya kami terperuk dalam rumah sejak PKP ni, tapi perasaan kali ni tak bestlah, bukan seronok keluar pun, takut ja ada, takut sangat-sangat, rasa mau cepat ja pulang rumah, lagi-lagi sorang ja boleh masuk klinik tadi, husband tunggu dalam kereta

Sampai ja kami di klinik terus kepala kena tembak dengan alat periksa suhu, kalau tak demam lepas lah, then dalam klinik pun tak boleh duduk dekat, jarak pun kena jaga, husband balik-balik ingatkan sha, jangan biarkan edan sentuh apa-apa, budak ni dah dapat kaki manalah dia faham erti duduk dia..kira lama jugalah sha tunggu tadi hampir sejam -.- edan dah meragam kena lagi time tu dia punya jadual tidur, maka sha lah yang terpaksa angkat dia ke hulu hilir dengan perut sha dah nak masuk 6 bulan tapi macam kecil ja hihi..

Tinggi edan 79.5cm berat pula 9.8kg, hari ini dia dapat 1 suntikan di lengan, karau dia menangis tadi..lepas tu turn sha pula berklinik, sepatutnya hari khamis ni, tapi malas mau keluar lagi sekali pergi klinik boleh ja kata nurse tu sekalikan dengan anak haha..lega hati sha..lepas settel semua terus sha balik..tak macam selalunya sha berklinik seorang diri, edan duk rumah dengan baba, sha akan stay dulu bungkus makanan then makan dalam klinik..hari ni tak boleh 3 beranak kebulur haha..

Semoga cepatlah sembuh dari wabak Covid ni, sha nak bersalin July nanti, semoga dipermudahkan semuanya..amin..
Fasa Edan Tantrum Bermula | Assalamualaikum dan salam ahad, hari ni duk rumah ja, baba edan ada mesyuarat peladang..edan tengah tidur sekarang jadi umie curi masa sekejap borak pasal fasa baru nak up iaitu TANTRUM



Apa bah sebenarnya maksud tantrum ni, actually bahasa mudahnya ialah buat perangai haha..anak umuran edan biasanya akan lalui fasa ini, memang ibu bapa tak lari dari fasa ni, ini adalah fasa mereka menunjukkan ketidakpuashatian haha..ialah mau perhatian lebih macam tu..

So, sha mula perasan edan ni dalam bulan lalu, ketika umurnya 1 tahun 4 bulan dia mulai memberontak, kalau tak dapat benda yang dia mahu dia akan pergi dinding dan hantuk kepalanya, lepas tu baru-baru ni sha perasan dia hantuk kepala pula di lantai..menangis tak ingat dunia bagai dipukul pula dia..aishh geram pula umie ni ahh..

Apa yang sha buat bila edan dalam keadaan begitu, sha tak biar dia hantuk kepala nya..sakit tu..sha pujuk dia..tanya dia apa mau, kalau tak jalan juga memang biar dia menangis sampai dia penat..sha malas sebenarnya layan edan menangis..haha..lastly dia sendiri diam..

Jangan main dengan hormon orang mengandung ni..pantang dengar bising-bising terus hang..kadang termarah juga..tapi bila fikir balik..alahai anak ni masih tak tahu apa-apa kan..biasanya edan tantrum dirumah, tak pernah lagi dia buang tebiat di luar..sha belum ready lagi kalau dia buat hal di luar..haha..harapnya taklah kan

So, ibu-ibu mesti pernah jadi dekat anak kan? apa yang korang buat ya untuk redahkan tantrum budak ni? and sampai umur berapa dorang ni buang tebiat?

hahaha
Ok kah anak lelaki? | Assalamualaikum guys tengah free ni memang curi masa update blog, anak dah semakin aktif memang susah sikit buka laptop..so hari tu, cousin sha datang kenduri tahlil mak..borak punya borak isterinya dah masuk 9 bulan mengandung..sha dan dia ni kahwin pada tahun yang sama..lahirkan anak pertama pun pada tahun yang sama..beza anak dia perempuan lahir bulan 8, edan lelaki lahir bulan 9, insyallah anak kedua pun tahun yang sama haha..baby 2020 la kata kan..

So sha tanya dia dah scan ka? dia cakap dah anak lelaki, alhamdulilah kalau betul dah dapat sepasang kan..so dia tanya sha, macam mana jaga anak lelaki? Ok kah anak lelaki? kiranya dia mau tahu lah dari segi dalaman dan luaran bila dapat anak lelaki..sebab anak sebelum ni kan dia dapat perempuan..memang bezalah kan..hihi..


So sha jawab dengan pantas kuat menyusu dan aktif, walaupun sha ni baru ja dapat baby boy..orang tanya sha..sha jawab ja la haha..memang dari dulu lagi edan memang kuat menyusu..kebanyakan orang tua-tua pun cakap begitu..sampai suggest sha suruh selang seli kan dengan susu formula..nanti tak angkat kalau harapkan susu badan ja..tapi sha ni degil sikit haha..sampai sekarang edan masih susu badan ahhh..tak tahu lah sha nak sedih or gembira haha..

Aktif pula..yes memang aktif sejak dia dah 'dapat kaki' ni tak terlayan penat dia asyik ke sana sini ja dia..dah tu dapat tangan pula asyik mengambur ja kerja..terutamanya barang dekat kabinet dan paling sadis sekali pakaian yang sudah dilipat..warggghhhh 

Ni dari mata kasar sha lah..kot-kotlah dalam kandungan sha ni anak perempuan terus 'closed' buat sementara waktu haha..rehat dulu bah..mana la tahu kan...membesarkan anak perempuan dan lelaki ni lebih kurang lasak nya..istigfar umie setiap hari haha

Sha nak tanya juga pendapat ibu-ibu diluar sana..apa komen korang...beza kah tak anak lelaki dan perempuan..betulkah anak lelaki ni kuat menyusu?

Assalamualaikum guys, sha baru berpeluang nak update entry hahaha..memandangkan masa tidur edan lama sikit hari ini..so jom baca blog sha jap ya..


So entry kali ini pasal berus gigi edan, kalau korang nak tahu, sha start berus gigi edan pada umur 5 bulan, sebulan sebelum dia makan dan sebulan sebelum dia tumbuh gigi, sha guna berus gigi silicone putih yang sha beli dekat shopee harga 90sen 😍sahaja..so beli 4 sekali gus..senang nanti setiap 2 bulan boleh tukar.

Kenapa sha berus gigi dia seawal 5bulan 😱, ok ini sha ada baca dekat laman web parenting, sha berus gigi dia awal sebab mau biasakan dengan dia rutin harian, setiap pagi dan petang, akan ada benda masuk dalam mulut dia untuk berus gusi nya..

Untuk pengetahuan ibu bapa sekalian, cara awal ini boleh mengelakkan gigi anak rosak awal usia mereka 😎 , nanti lepas dorang sudah makan, gigi akan cepat kuning dan berkarat, so time ini lah korang kena rajin dan cekalkan hati untuk terus lakukan rutin harian ini pada bayi korang


Awalnya mereka akan menangis, berdrama  πŸ˜‘ sebab tak selesa benda masuk dalam mulut dorang..haha..sha guna silicon tu kena masukkan jari telunjuk..edan memang akan tutup mulut..gigi tak berus, bibir dia yang jadi putih..kadang sha guna juga ganas2 sikit..hahah tapi mostly memang akam dapat gosok sikit


Sha baru ja tukar berus gigi nya kepada berus gigi macam orang dewasa tapi kecil comel..muat2 ja dengan saiz gigi depan nya 😝

Apa yang sha nampak..berus gigi comel ni memang padan dengan edan..dia jadi senang mau berus gigi..edan tak meragam dan selesa ja..gigi jadi putih..menyesal tak tukar awal haha πŸ˜‚

So yang mana belum tukar..tukar cepat..dekat mydin rm2.70 ja..sha berus gigi edan guna berus gigi ja tanpa ubat gigi..lepas tu rendam dalam air panas sekejap..then simpan elok2..

Selamat mencuba guys

Berus gigi Edan

by on November 08, 2019
Assalamualaikum guys, sha baru berpeluang nak update entry hahaha..memandangkan masa tidur edan lama sikit hari ini..so jom baca blog sha j...
Anak dah Setahun, Tapi tak Pandai Jalan? Assalamualaikum, hi, macam stress ja tajuk entry ni, haha, alhamdulilah edan dah setahun, tapi edan belum pandai jalan huhu..someone boleh teriak dekat telinga umie tak yang it's a normal until umurnya 18 bulan..gelisah betul anak belum pandai jalan ni..haha..dont push sangat, kesian baby..

Image may contain: 2 people, baby and close-up

Edan sekarang sha tengah selalu urut perlahan, secara bulatan dekat lutut dia, sebab ada dengar orang tua kata nak cepat berjalan setiap pagi urut lutut, alhamdulilah sejak sha buat tu, memang tunjukkan yang dia dah pandai berdiri, berpaut pada almari dan cuba lepaskan tangan dia, kadang2 kita sebagai ibu kena ransang juga anggota badan dan emosi dia, penat dia berdiri, kadang malas dia mau berjalan sebab badan tak stabil kan..

Tapi bila dengar mak mak yang anak dia dah pandai berjalan, tak menang tangan dan kaki kejar anak-anak terus sha angguk kepala haha..tadi nak sangat anak pandai berjalan, sekarang dah berjalan ahh rasa kau, kejar sampai kurus umie dibuatnya haha

Anyway, umie tenggah tunggu baby carrier order dekat shopee, wargghh tak larat nak angkat edan tanpa baby carrier, macam pikul beras 10kilo naik tangga 3 tingkat, baby carrier lama hilang entah ke mana. hoeply sampai besok ya..hihi

So, cepat ka lambat ka milestone anak masing-masing, just alert sampai tahap mana perlu jumpa doktor, jangan dengar sangat bawangan orang, yang ada cuma sakit jiwa haha..remind to myself haha..edan pandai jalan sikit masa ja lagi..haha..umie yang positif haha..






Edan Ke Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang| Assalamualaikum guys..hari tu edan ikut hantar makcik nya pergi sambung belajar dekat UMS kk, so singgah dekat kundasang, 1 tempat dimana memang menjadi favourite place umie iaitu tempat lembu2 new zealand berada hihi..dah berkali kali jugalah umie singgah sini tak pernah jemu..kali ni dengan baba dan edan


Sadly masa mau pergi kk, edan sakit, selesma, batuk dan demam..so edan xbole lama2 dekat sini cuaca pun tak bagus sangat..tapi niat umie nak bawa edan jalan2 tengok lembu pada bulan 9 ni tercapai hihi bulan kelahiran edan tau bulan ni..alhamdulilah..lepas ni nak jalan2 pergi Kk lagi bulan 12 ni sempena birthday sha dan 2nd anniversary

Adik ipar sha yang sambung belajar tu..gud luck sarah

Edan dan keluarga sebelah baba..

Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang xpernah mengecewakan pengunjungnya..balik dari sini mesti dapat banyak gambar menarik dengan view yang sangat cantik..banyak lagi tempat korang boleh kunjung di kundasang ni..



Assalamualaikum guys, budak edan umur 9 bulan dah tumbuh 6 biji gigi, 4 di atas, 2 dibawah, seingat sha umur dia 6 bulan lepas injik dia tumbuh gigi 2 sekali gus dekat bawah, mula-mula memang syak dia tumbuh gigi sebab timbul putih2 dekat gusi nya, kuat mengigit tu jangan cakap lah haha, umie dia ja teriak menangis tiap malam kena gigit time menyusu, lagipun dia kuat berliur..memang ramai yang cakap dia akan tumbuh gigi..sebab dah banyak tanda2 menunjukkan dia mau tumbuh gigi

gambar edan 10 bulan

Ada satu kakak di facebook share satu petua iaitu, sapu gusi nya dengan jari telunjuk dengan selawat ke atas Nabi 3x gusi atas dan bawah, sebab? mau mengelakkan dia dari meragam, sakit demam dan cirit birit..alhamdulilah memang sha amalkan petua ni berbanding dari petua orang tua yang lain, entah mengarut ka tak sapu emas di gusi nya? jap binggung sha nak buat haha..ada lagi minum minyak ular untuk elakkan dia demam hihi..setakat ni 2 ja yang sha dengar, sha tak follow sangat, iyakan saja..

Demam tu perkara biasa bagi bayi yang tumbuh gigi, itu refleksi kepada perubahan, jangan risau sangat, cek suhu ja..jangan sampai 37 keatas itu kena jumpa doktor, edan setakat ini belum pernah minum ubat demam, kalau boleh elakkan lah sebab baby bawah 2 tahun kan, kesian tengok dorang makan ubat, that's why sangat penting susu ibu..

Edan asal tumbuh gigi memang akan tumbuh 2 ketul sekali..tapi kali kedua tumbuh gigi besar dia jarang pula hahaha..sha ada google sebab edan belum jumpa doktor gigi lagi, katanya, mommy jangan risau, gigi susu tak kekal, dewasa nanti gigi akan rapat..kata mama sha ok apa gigi jarang lambat buruk..iyaka?

Assalamualaikum, sha baru keluar ward kemarin sebab edan demam panas dan cirit birit berdarah sejak selasa tu.


Al kisahnya ini kali pertama edan demam mencecah 37.6, disertai dengan cirit birit lebih dari 8kali sehari, lagi teruk terdapat sedikit lendiri bercampur darah dekat najis edan..ibu mana tidak risau walaupun ramai yang cakap edan dalam proses nak ringan kan badan memandangkan dia sudah mula bertiarap dan mau masuk umur 6 bulan

Pengalaman pertama kali warded sangat pahit buat umie dan edan, bila nampak edan kena jarum ambil darah kedua2 tanganya dan edan sangat trauma bila nurse mula pegang tangan nya..manatah nya 4x edan kena jarum, nak salahkan nurse tak pandai ambil darah pun susah nak cakap, sha lagi suka pakar yang buat..steady ja edan..

Maafkan umie nak, umie terlalu careless bab makan sedangkan umie masih breastfeed edan sepenuhnya, dan juga careless dalam kebersihan mainan edan..memandangkan edan sudah mula suka memasukkan semua benda kedakam mulut.

Doktor syak edan ada jangkitan kuman menyebabkan cirit birit yang kerap..maafkan umie nak..ermm

Sehingga hari ini edan masih berak, tapi warna najis sudah bertukar warna kuning..kesian anus edan merah dan berbadas..

Korang ada petua tak untuk hilangkan cirit birit dan sembuhkan badas ni?

Doktor memang sarankan kerapkan bfeeding..dan minum air garam tuk gantikan air yang hilang dalam badan edan dan ada bekalkan cream khas untuk badas.

Hopely edan cepat sembuh nak.
Anakku Ikut Muka Babanya | Assalamualaikum hi guys hihi, lagi cerita pasal edan, sejak lahir lagi semua orang cakap muka edan sebijik macam muka babanya, kecuali lesung pipit dikedua pipinya, itu ikut umie haha, baba dulu masa lahir pun putih, tapi lawan lah putih dengan umie :P so memang orang akan cakap putih edan ikut umie, tapi nyata lagi bersuluh, anakku ikut muka babanya huhu



Sha tak kisahlah edan ikut muka babanya, jangan ikut muka song jong ki pula, kang marah baba nanti haha, ala sha bukannya suka tengok korea pun time mengandungkan edan, tapi sha suka tengok mawar rasyid, sampai sekarang suka tengok dia..cantik kan dia, alhamdulilah sekarang dia pun tengah mengandung, dia suka tengok sha tak time dia mengandung? hahaha kenal pun takk :P

Berbalik pada topik muka ikut baba nya, ada sesetengah bangsa dekat Sabah mengatakan kalau anak lelaki sama muka dengan baba nya = panas, dalam pemahaman sha, anak akan ikut perangai bapanya, kalau bapa seorang pemarah maka mewarisilah sifat tersebut, maafkan sha kalau maksud tak sama, hihi, jadi diorang cakap anak tadi tu kena jual dekat orang, macam contohnya edan ni kan sama muka dengan baba, jadi sha jual edan dekat aunty edan dengan harga RM1, untuk kasih lepas syarat ja, tapi sha tak pasti pula kalau betul ka tidak nya haha, sha belum try lagi 

Dan ada juga sha dengar kalau anak ikut muka babanya, maksudnya cinta baba tu lebih kuat dekat umie hahaha, gelak jantan jap..tapi kalau betul pun apa salahnya kan, bagus lagi cinta baba kuat dekat umie dari dekat orang lain?? ahh naya kauu..

Update edan hari ni dah 2bulan 2 minggu, berat dah 6kg hahaha, tapi kan best tau ada anak ni, rasa sejuk ja hati tengok dia membesar, lagi-lagi edan ni dah besar sikit banyak ragam buat kita tercuit hati, sekarang dah pandai berbual, tengok siling pun boleh ketawa sendiri apatah lagi time tidur pun boleh senyum, alahai anakk..

Sekarang pun tengah senyum-senyum dalam tidur, kantoi eh umie sedang membawang edan hahaha..kalau edan besar nanti boleh baca blog umie, umie sayang edan sangat-sangat..

Anakku Ikut Muka Babanya

by on December 08, 2018
Anakku Ikut Muka Babanya | Assalamualaikum hi guys hihi, lagi cerita pasal edan, sejak lahir lagi semua orang cakap muka edan sebijik mac...
Rezeki Mengandung Serentak 3 Kawan Baik | Assalamualaikum macam funny ja tajuk entry sha tapi korang..betul tauu mengandung secara serentak 3 kawab baik ni kira macan bff goals la kann..ka terjangkit? Ni sha nak share dekat korang bukan story orang tau..ini happen dekat sha dan kawan kawan hahaha

Kisah ini adalah benar ya..sha dan kawan lepas ja sha kahwin terus pergi berurut..jadi kami pergi bertiga..dorang dua ni dah memang kahwin dulu dari sha..yang tengah tu nama daya..yang tepi dia nama is, daya dah 3 anak..lama dah kahwin anak bungsu pun dah 2tahun time tu..is pula kahwin awal 4bulan dari sha. Jadi planning pergi berurut tempat bidan tak silap sha awal tahun tu sebab sha kahwin bulan 12 tahun lalu. Nak perbetulkan rahim kononnya hahaha..

Nak dijadikan cerita awal bulan 2 sha dapat tahu sha mengandung..lepas beberapa minggu pula khabar gembira dari is pun mengandung juga haha..masih ok lagi tu..then terkejut pula daya turut join kami sama haha..rezeki Allah alhamdulilah..

Kalau ada siapa2 nak cuba khidmat bidan ni tuk iktihar mengandung..dengan izin Allah..area sandakan sabah boleh pm sha ya.

Dan kini kami bertiga selamat melahirkan anak berderet ja edan bulan 9, sazie bulan 10, adrian bulan 11..haha..semua baby boy tauu..semoga mereka ini sihat walafiat dan jadi anak yg soleh dan sekali gus jadi bff macam mommy mereka insyaAllah

Releks ja edan kena ambil gambar hahaha
Muhd Fyirdhan Uthman Genap Sebulan | Assalamualaikum guys, lama betul sha nda bersiaran, well hari rabu yang lalu genaplah usia edan sebulan, nda kesedaran kan, aishh cepat betul masa berlalu, teringat waktu dapat tahu umie mengandungkan edan..segar masih dalam ingatan umie..tauu


Maafkan umie lambat update entry haha..maklumla sejak jadi mak mak ni..semuanya nak cepat ja..haha πŸ˜‚ takut sangat dengar jeritan vocal edan 

Edan dah ada buku klinik..yeahhh..di usia sebulan ni berat dia naik dari 3.36kg sekarang dah 4.1kg..perghh aaanak kuat betul kau menyusu kan haha..panjang pun ikut keturunan babanya.. lahir hari tu 49cm sekarang 56cm..jenis yang tinggi..oklah ikut juga genetik baba..kalau ikut umie..comel kemetotla jawabnya haha..nurse cakap BMI edan xngam dengan berat badan dia sebab over tinggi..so nurse cakap edan kena kuat susu..ok sekarang dia tengah sahut cabaran nurse πŸ˜‚

Umie dengan baba berusaha jadi parent yang terbaik untuk edan walaupun bukan mudah..kena bergilir untuk berjaga malam..nda bole sambil lewa tentang penyusuan bayi terutamanya susu badan..baba lah yang banyak remind umie dalam semua perkara..kadang umie rasa annoying tapi hakikatnya itula yang terbaik untuk edan..baba kata kalau dia ada susu untuk bagi edan..umie bole tidur lena hahaha..😍 thanks b sama-sama bertanggungjawab jaga edan dan jaga umie juga time berpantang ni walaupun siang b kerja..love u..aisheeey romantiklah pulakk

Edan selama sebulan banyak benda yang buat umie sebak..melihat dia membesar depan mata umie dengan ragam nya..riak muka nya..membuatkan umie sayang sama edan..of kosla anak umie kannn..

Edan ikut muka baba..ok harus terima hakikat sebab semua pun cakap macam tu..umie ingat lagi time umie 3rd trimester umie kerap cakap baba hensem..baba xjugala hensem..haha tapi ntahlah umie suka tengok muka baba..kata orang tua kepayingan..then keluarla muka copy paste baba kecuali lesung pipi ikut umie hahah..boleh lah ampit sikit kann haha

Umie doakan edan membesar dengan sihat depan mata umie..walaupun baba kerja..umie nda mau baba rugi xtengok muka anak dia hari hari..zaman sekarang kan canggih setiap hari umie hantar gambar edan dan video call dekat baba..bukan apa..umie ni sejak dua menjak pandai rindu pulakk haha

Oklah panjang lebar umie celoteh..eh best pula ada anak..semua part nak cerita kan..dan ketika umie update blog menggunakan handphone edan tengah menyusukan umie..dah kenyang tapi tetap nak susu..saja ja tu tuk cukupkan syarat nak tidor dalam pangkuan umie..nasib umie dah mandi hahaha..

Wassalam..love u edan dan baba ❤



Tembuni Putus Selepas Melahirkan Edan | Assalamualaikum hi guys, seram tak tajuk entry ni, seram sejuk ja sha nak story dekat korang, tembuni putus selepas melahirkan edan, ini adalah sambungan dari cerita edan dilahirkan dalam entry ini, pengorbanan ibu harungi sakitnya kontraksi, sakitnya melahirkan seorang anak, tak tahulah kenapa pembuangan bayi masih berleluasa huhu.



Selepas baby edan dilahirkan, anduh bah comelnya baby edan lahir 3.36kg, panjangnya 49cm hahaha, putih bersih dia lahir, angkat ja terus berak baby edan, diletakkan didada sha untuk sesi perkenalan dengan umie dia, "assalamualaikum baby" sejuk hati umie bila tengok baby dalam kandungan 38minggu 4hari keluar dari perut umie dan berdepan mata dengan umie, moment terindah guyss..alhamdulilah..syukur nikmat Allah selamat juga sha melahirkan..walaupun sakit itu masih ada, sha yakin sakit itu penghapus dosa.

Tapi selepas sesi perkenalan dengan baby edan, baby pun diangkat untuk dimandikan, dan mulalah proses mengeluarkan tembuni, tiba-tiba bidan cakap tembuni halus, susah nak pegang, bila tarik tembuni putus, Ya Allah, tak tahu nak cakap apa, bidan careless atau apa, sha dah tengah layan perasaan lega melahirkan sebab taklah sakit sangat, tiba-tiba kena berdepan dengan masalah tembuni putus. Jadi sedaya upaya bidan mengeluarkan tembuni tu, apalagi dia celuklah masuk dalam, sha pun dah lupa berapa lama proses pengeluaran tembuni tu, sha follow ja bidan tu suruh berdehem dengan kuat sambil dia tekan perut sha, bila dah keluar masalah pendarahan pula.

Banyak darah sha keluar, sebab koyak besar kan, so kena hentikan pendarahan baru boleh jahit, dalam labour room pun sha tinggal sorang ja, doktor silih ganti tengok keadaan sha, baby edan senyap ja tunggu umie dia dekat katil pemanas lampu biru.

Bila sudah selesai, sesi menjahit pula, aduhai, dijahit hidup-hidup, sha dahlah lemas lepas bersalin, kena meraung sekali lagi sebab sakitnya dijahit 3 lapisan, lapisan terakhir of course bahagian luar tu punyalah sakit, gas penyedut tu pun tak tahu berapa kali sha sedut, Allah sahaja yang tahu bertapa sakitnya dijahit, sha teriak berkali-kali suruh doktor berhenti sebab sakit sangat, sekarang pun masih terasa sakitnya, huhu..doktor tak layan sha, sebab doktor tu memang bengis, sha faham dia mau cepat habiskan menjahit, mesti dia kesian tengok sha dijahit tanpa bius, bila sha minta dibius dia cakap tak boleh takut kena jangkitan dengan redhanya sha tunggu sampai doktor habis menjahit dengan meraung tak henti-henti.

Alhamdulilah azab dijahit hidup hidup sudah selesai, 3 doktor bersilih ganti menjahit bahagian sulit sha, tak apalah yang penting selamat dan tak mahu dijahit sudah, dari jam 4.20 pagi lepas lahirkan edan, sha keluar labour room jam 7.00 pagi, masa melawat dah habis, husband sha dari semalam tak henti call, sha pun dah lupa nak bagitahu dia yang sha dah bersalin.

Sampai ja dikatil, sha nak tidur sangat, 1 malam sha tiada tidur sebab melayan sakitnya kontraksi, tapi sha belum jumpa baby edan lagi, tunggu punya tunggu, baby edan terpaksa ditahan sebab nak cek darah untuk gula, sampai ja baby sha rasa penat semua hilang, hi baby..panggil husband azan kan baby, bila nampak husband takut-takut nak pegang baby kali pertama, terjatuh air mata sha, "b dah jadi seorang ayah, sayang pun dah jadi seorang umie, semoga kita jadi ibu bapa yang terbaik untuk anak kita" 

Husband namakan baby edan dengan nama Muhammad Fyirdhan Uthman Bin Mohd Azrin dengan maksudnya, Sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang Istimewa, semoga baby edan membesar dengan sihat walafiat, dipermudahkan rezeki, jadi anak yang soleh, dengar cakap umie sama baba..

Terima kasih kepada doktor dan nurse yang terlibat dalam proses kelahiran baby edan pada 24 September 2018 di Hospital Dutchess Of Kent, Sandakan..edan sayang korang sangat-sangat



Assalamualaikum guys..sha dah bersalin..alhamdulilah dah boleh gelar diri sendiri ummie..sha nak sharing story kelahiran putera sulung sha..fuhh sememangnya proses kelahiran itu bukan nya mudah..dan sangat sakit..hahaha..ampun makk..ceritanya begini..

Baca : Pengalaman melahirkan anak kedua secara induce

Sha start sakit kontraksi pada 22/9/18 pagi..tunggu husband pulang untuk hantar sha pergi hospital, sampai hospital cek bukaan 2cm..sakit begitu 2 cm ja buka guyss..so sha pun disuruh pulang sebab lama lagi nak sampai 10cm kan..tapi pengalaman kena celuk kali pertama amatlah mengerikan..ampun mak sekali lagi...sakit sangat hahahaha..sakitnya sampai keesokkan hari tauu huhu..darah balik2 mengalir..

23/9/18 - 5am
sha batuk, terkencing sikit..tapi sha syak air ketuban yang keluar..sakit kontraksi macam biasa tapi jarak agak lama..sha sempat bawa husband jalan jalan keliling perumahan hihi.. tengah hari sha start kontraksi lagi..sakit sangat..sha start buat senaman ketuk ketampi..smpai jam 3 lebih tahan sakit, terus pergi hospital..sampai hospital sha demam. Takut baby dalam perut kena jangkitan sebab air ketuban dah leaking..cek bukaan tapi tak sakit dari yang pertama..bukaan 3cm so sha pun kena masuk wad jam 4.

23/9/18 - 10pm
Allah ja tahu bertapa sakitna kontraksi yang sha alami..datang every 5min dan makin kerap sha dah tak tahan nak cek bukaan almost 4cm tapi labour room penuh..mulut sha dah kumat kamit baca zikir nabi yunus..sakit makin kerap then 10.30 sha masuk labour room.bukaan 4 cm sakit gilaaa..tapi katil depan bukaan 8cm tenang ja pun tiada meraung raung hahaha..

24/9/18 - 12am
Sakit makin sakit..air ketuban belum pecah lagi..darah mengalir banyak..orang cakap kalau darah keluar dulu memang sakit..ampun makkk..begini rupanya sakit nak bersalin..sedut gas pun rasa sakit tak hilang..tapi disebabkan overdos sha adalah sikit sikit terlelap sekejap..jam 2 pagi sha dah start sakit teramat sangat..sikit2 nak mengajan sebab terlampau sakit sangat..cek bukaan dah 8cm ya allah alhamdulilah lagi 2 cm nak melahirkan..sha strat mengajan rasa nak terberak pula haha..malu nak cakap tapi hakikatnya sha dah buang air besar..malu dekat doktor tolong bersihkan huhu..

24/9/18 - 3.30am
Sha dah tak tahan..meraung dekat doktor suruh cek bukaan sebab sha dah nak push..tapi doktor cakap tak boleh sebab masih 8cm dorang jangka jam 4 dah boleh beranak..tapi sha nak juga dorang cek bukaan..mungkin doktor tu dah fade up dengan sha jadi jam 3 50am dia cek..dah rasa selaput kepala baby..tengokkkk.. sha dah cakap kan..huhu..jadi doktor pun pecahkan ketuban dan dorang prepare peralatan semua sha dah bersedia nak teran..doktor puji sha..sha pandai teran tapi disebabkan baby besar 3kg lebih, anu sha kecil dan keras terpaksa gunting sebab baby dah nak keluar..time kena gunting tu terdengar koyakan tapi sakit kontraksi menguasai

24/9/18 - 4.20am
Teran punya teran alhamdulilah lahirlah baby boy seberat 3.36kg panjang 49cm lahir pada sebelum azan subuh..hari isnin sama dengan babanya pn lahir hari isnin juga..hihi lahir dengan selamat dan terus nampak najis baby..terus doktor letak baby didada sha..syukur nikmat Allah nampak baby sendiri keluar dari rahim yang dikandung selama 9 bulan..comel dan bersih anak ummie..alhamdulilah tapi belum lega lagi..ada lagi cerita nak sha kongsikan..

Pengalaman sadis dijahit hidup hidup nanti sha share next entry..baby dah menangis nak susu ni..

Baca : Tembuni Putus selepas melahirkan edan

Terima kasih Allah untuk kurniaan yang telah Engkau berikan kepada ku dan suami..akan aku jaga amanat ini sebaik mungkin

Wangi bau baby..