Assalamualaikum
Pada hari rabu yang lalu, anak sha, Fyirdhan pergi ke kelas KAFA seperti biasa, jam 7 pagi, sha dan adiknya hantar sampailah dia masuk ke dalam masjid, jadi sha pun balik, bila tiba dirumah, sha terkejut ustazah yang mengajar di KAFA menelepon sha, memang sha sudah syak mesti ada hal yang berlaku ni kalau sudah ustazah nya sendiri menelepon, dan betul ; anak sha yang baru dihantar tadi jatuh dengan kesan darah di baju. Sebagai mak, sha terfikir juga macam mana boleh jatuh sampai berdarah?
Jadi, sha up entry ini bukan untuk menyalahkan sesiapa tapi untuk berkongsi apa sebenarnya telah berlaku pada anak sha dan apa yang kita sama-sama boleh ambil dari kisah ini sebagai pengajaran.
Kronologi Kejadian
Selepas sha hantar anak ke KAFA di Masjid, dia dan kawannya pergi ke kedai untuk membeli makanan, dalam perjalanan balik ke Masjid, Fyirdhan dan kawanya berlari sampaikan Fyirdhan terjatuh masuk dalam longkang yang sepatunya bertutup tapi pecah, kata Fyirdhan dia termasuk dalam longkang dan ditarik keluar oleh kawannya yang berlari tadi. Kesan dari jatuh tadi, kakinya biru dan kepalanya luka, mungkin terhantuk bucu simen yang pecah.
Kata Ustazahnya, dia dan kawannya ada minta kebenaran keluar untuk membeli makanan dan ustazahnya benarkan juga. Selepas masuk Masjid, dia tengok fyirdhan berlumuran darah dan kepalanya ditutup dengan kopiah. Dia bergegas menelepon sha dan memberitahu yang dia akan bawa sha sekali untuk pergi ke klinik berhampiran untuk rawatan lanjut.
Tapi time tu sha belum mandi lagi, jadi sha cakap dekat ustazah biar sha sendiri hantar Fyirdhan ke klinik lagipun luka tadi tidaklah teruk yang sha sangka kan, namun perlu di periksa juga memandangkan lukanya di kepala.
Selepas Kejadian
Sha hargai sikap ustazah yang pantas dalam mengendalikan situasi sebegini. Namun dalam masa yang sama, sha tak dapat menafikan bahawa kejadian ini sedikit sebanyak menggusarkan hati. Lagi-lagi bila mana ianya mengakibatkan kecederaan seperti ini.
Selepas kejadian tersebut, suami sha bercadang untuk tidak hantar Fyirdhan ke KAFA buat sementara ini, sebelum dia bersua muka dengan ustazahnya berkenaan kejadian ini memandangkan waktu kejadian berlaku adalah tempoh pengawasan pihak KAFA yang mana tidak sewenangnya membenarkan anak-anak murid keluar hanya untuk membeli makanan. Tapi itu yang sha dengar dari anak sha, dan sha belum lagi menanya mengenainya dengan ustazah tersebut, mungkin perlu masa untuk atur tutur bicara untuk memastikan perkara ini tidak bernada emosi.
Cadangan yang perlu di ambil kira
Niat sha bukan untuk memburukkan mana-mana pihak KAFA, dan sha percaya tiada siapa mahu perkara seperti begini terjadi, tapi sebagai ibu bapa, guru dan pengurusan, rasanya kita patut peka dengan keadaan sekeliling..melihat dari aspek keselamatan, dan sha cadangkan tiada anak murid yang keluar dari masjid semasa pembelajaran bermula, pastikan kunci pintu dan pagar masjid, sebab sha pun tahu ramai murid di KAFA jadi mungkin kurang pengawasan.
Hal ini juga, sha tidak mahu berlaku kepada anak murid yang lain, bayangkan jika masih diberi kebenaran untuk keluar dan tidak balik ke KAFA, hilang atau dilanggar kenderaan memandangkan masjid berada dekat dengan laluan kereta, Allahuakhbar..minta dijauhkan
Sha bersyukur juga sebab kecederaan anak sha tidak serius. Tapi kejadian ini tetap menjadi satu pengalaman yang membuka mata. Moga insiden ini menjadi titik tolak untuk kita lebih peka terhadap keselamatan anak-anak di mana-mana institusi, termasuklah KAFA.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)