Terkesan Pandemik 2021, RichWorks Prihatin Bantu Usahawan Bangkit Bersama

Terkesan Pandemik 2021, RichWorks Prihatin Bantu Usahawan Bangkit Bersama


Terkesan Pandemik 2021, RichWorks Prihatin Bantu Usahawan Bangkit Bersama | siapapun memang terkesan dengan pandemik yang melanda seluruh dunia, tidak kurang juga bagi usahawan yang baru memulakan perniagaan setelah kerajaan mengumumkan untuk menutup beberapa sektor perniagaan pada tempoh perintah kawalan pergerakan. 


Perniagaan beku sementara stok rosak dan mengalami kerugian yang teruk dan usahawan terpaksa membayar sewa premis dimana tiada langsung urusan jual beli ketika itu. Ini menyebabkan beberapa premis terpaksa gulung tikar dan banyak pekerja hilang pekerjaan.



Tidak hanya pandemik Covid19, 2021 juga melabuhkan tirainya dengan musibah banjir yang agak teruk, tidak dengan itu RichWorks juga turut terkesan dengan bencana banjir yang melanda dibeberapa negeri akhir Disember 2021. 

Siapa RichWorks Dan Pengasasnya 


Richworks adalah sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar di Malaysia dan yang paling berjaya khususnya dalam bidang penjenamaan dan pemasaran serta kepimpinan. RichWorks International telah melahirkan ramai usahawan berjaya dan dikenali.


Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). Maka dengan itu, RichWorks memang tidak asing lagi dalam kalangan usahawan.


Segala prestasi usahawan yang telah terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan sahaja. 


Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.


Berikutan pandemik yang melanda, Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19. Malangnya, Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan. Dan alhamdulilah keadaan beliau semakin baik.



Begitu kental semangat Dr Azizan, selepas beliau keluar dari hospital dan sedang dalam proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang. Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan. Well done, Dr.


Terkesan Pandemik 2021, RichWorks Prihatin Bantu Usahawan Bangkit Bersama dengan membuka peluang kepada orang ramai untuk mengikuti program yang dilaksanakan secara percuma bagi tingkatkan ilmu usahawan dikalangan rakyat Malaysia, sehubungan dengan itu, Richworks melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk 13 program percuma, business bootcamp, RichWell dan banyak lagi. Ianya bertujuan untuk membimbing orang ramai berdepan dengan pandemik sekali gus mengharunginya hingga berjaya.


Terkesan Pandemik 2021, RichWorks Prihatin Bantu Usahawan Bangkit Bersama



Antara Kisah Perjalanan Richworks yang membanggakan pada tahun 2021


  1. RichWorks prihatin membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu.

  2. Wanita Bangkit Berniaga (WBB) telah mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

  3. Richworks bantu rakyat dengan menubuhkan Kebajikan RichWell (RichWell). Ia telah berjaya mengumpul dana untuk membantu lebih dari 2000 keluarga.

  1. Sumbangan kilat berjumlah RM 500,000 dikumpulkan daripada Richworks dan usahawan dibawahnya, untuk mangsa banjir di Selangor pada Disember tahun lepas.

  2. RichWorks International Sdn Bhd bersama usahawan didikannya, ahli Titanium dan Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban

  3. Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.


Perjalanan RichWorks 2021, Inspirasi Buat Semua


Video mengenai perjalanan Richworks International Sdn Bhd sepanjang tahun 2021, korang boleh tengok melalui video Youtube ini.


Melihat sendiri pencapaian team Richworks, sha jadi terinspirasi untuk membuat benda baik walaupun hanya menyumbang beberapa ringgit, siapa tahu dengan sumbangan tersebut dapat meringankan beban mangsa yang terkesan. 


Berkat Usaha Team Richworks pada tahun lalu sedikit sebanyak memberi sinar baru untuk usahawan bangkit bersama dan Sha harap sangat artikel ini juga menjadi inspirasi kepada semua pembaca untuk sentiasa membantu semampu yang boleh, insyaAllah suatu hari jika kita susah, pasti ada yang turut membantu. Usaha murni Richworks ini patut dicontohi oleh semua pihak


2 Comments

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

  1. Tahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Previous Post Next Post