Tutorial Edit Link Domain Baru Di Blog Dengan Cepat

Bismillah, 
Assalamualaikum


Tutorial Edit Link Domain Baru Di Blog Dengan Cepat | Baru-baru ini sha ada memohon adsense untuk domain baru, 2 3 kali submit domain baru tapi kena reject, mungkin sebab link domain yang lama masih ada dekat page atau entry yang sebelum ini, sha terfikir nak edit balik tapi itu mesti makan masa, maklumlah banyak sangat backlink terutamanya pada pages.

So sha terfikir ada satu cara yang mudah untuk edit link domain baru di blog dengan cepat itupun kalau nak edit pada pages atau pada entry yang banyak backlink, maksud backlink adalah korang masukkan link entry korang pada post entry yang lain contohnya korang boleh tengok pada gambar di atas, cara tukar FB chat kepada hello kitty dan teddy bear itu adalah entry sha yang lama, guna domain yang lama iaitu www.opzzpinky.my sha dah tukar kepada domain baru www.opzzpinky.com untung sha hanya tukar .my ke .com hihi 

Jadinya sha edit pages atau entry yang menghimpunkan segala backlink yang ada dan pergi ke simbol pensel dibahagian kiri dibawah tajuk, klik HTML view dan tekan ctrl + f

korang taip domain lama dan ianya akan berwarna kuning, edit dan ulang sampai siap semuanya.

Senang bukan? 

tapi bila dah tukar domain baru, nak apply adsense banyak kerja lagi, ada sesetengah blog makan masa 2 3 bulan juga baru adsense approved, ada yang 2 minggu dah boleh letak iklan, dari adsense juga sampai mana tahap korang follow rules nya hihi, leceh juga tapi korang sabar ya, rezeki tak kemana, maybe lepas tukar domain korang boleh edit entry lama yang tidak sampai 500 patah perkataan tu,

atau ada broken link yang korang boleh perbaharui macam tutorial yang sha tunjukkan ni la, ini lah broken link sebab kalau kita klik link itu, keluar error 404 itu yang kena cari puncanya balik. Bayangkan kalau orang yang datang blog kita, khusyuk punya baca tajuk klik pula link itu tak dapat nak baca sebab broken link, malas dah orang nak cari tajuk tadi tu, lalu dia pun say good bye pada blog kita hihi..sayang trafik kan..

itu adalah antara masalah tukar domain, so korang kalau nak tukar domain fikir 2 3 kali ya, jangan suka-suka tukar sebab ianya sangat menganggu masa lalu blog kita hihi, tapi kalau nak tukar dari blogspot ke dot com boleh saja, sha sarankan korang ada domain sendiri lagi bagus, baik untuk bina trust client kalau nak berkolabrasi dengan blog kamu, sebab kalau guna blogspot rasa macam tak serius ja kan.

mudah-mudahan dengan tips yang tak berapa sha berikan ini dapat membantu mereka yang tengah buntu nak buat apa lepas tukar domain, ialah dah tukar domain sesuka hati, nak menyesal pun tak berguna kan blog lama view bukan main hebat bila dah tukar domain jatuh rundum habis, menangis sebelah bucu katil, sekali gus kalau ada buat job dengan client memang terjejas teruk view entry, sha cakap diri sha ya, hahaha..harap jadi ikhtibar buat semua blogger

Tutorial Edit Link Domain Baru Di Blog Dengan Cepat sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk mempercepatkan langkah korang untuk edit balik link yang ada, doakan sha lepas set up semua adsense approved iklan dalam blog sha, sayang ja banyak view tapi iklan adsense tiada hihi






5 Comments

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Previous Post Next Post