Selamat Tahun Baru 2019 - Azam 2018 Tercapai

Selamat Tahun Baru 2019 - Azam 2018 Tercapai | Assalamualaikum tahun baru, macam biasa lambat update haha, sha agak busy kebelakangan ni memandangkan mertua sha datang rumah time cuti sekolah ni, memang tiada masa nak buka laptop..apapun masih belum terlambat untuk say happy new year guys, sekejap ja dah 2019 kan, azam 2018 korang tercapai ka?


Alhamdulilah, 3 tahun azam besar sha tercapai, azam-azam sebelum ni sha pernah ceritakan di sini--> LINK, tahun 2018 Allah makbulkan doa sha yang nak sangat ada baby selepas kahwin, maka lahirlah Muhammad Fyirdhan Uthman, sekarang dah 3bulan 1 minggu, terima kasih ya Allah, syukur sangat walaupun keperluaan belum mewah tapi cukup untuk kami bertiga.

Kenangan 2018 paling terkesan adalah pemergian adik sha menghadap Ilahi pada 6.10.18 seminggu selepas edan dilahirkan, sakit kanser darah acute, Allah lebih menyayangi arwah, semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman, sha masih tetap juga perlu meneruskan hidup..

Azam tahun ini, semoga dipermudahkan sha dan husband mencari rezeki, moga rezeki tersebut dapat bantu keluarga sha dan keluarga husband, orang-orang miskin..diberikan kesihatan yang baik, edan membesar dengan sihat, untuk blog, macam tahun-tahun yang sudah, insyaAllah akan tetap aktif berblog, alhamdulilah awal tahun rezeki ada job datang.

Amin :)

1 Comments

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Previous Post Next Post