Video Peminat KPOP Dicium dan dipeluk diatas pentas !!



Kuala Lumpur : "Semua yang berlaku ini adalah punca tindakan kita yang membuka ruang kebebasan yang terlalu luas hingga lupa nilai agama ada pada diri kita," kata pendakwah dan penceramah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

Beliau mengulas penyebaran beberapa gambar dan video memaparkan beberapa orang gadis melayu bertudung dicium serta dipeluk oleh artis Kpop menjadi bahan sensasi dan kritikan orang ramai di internet.

Difahamkan, gadis terbabit dicium dan dipeluk oleh beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur semalam yang dianjurkan oleh syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

Ahmad Dusuki berkata, keruntuhan sosial adalah cabaran dan masalah paling besar yang dihadapi ketika ini disebabkan umat Islam dilihat sudah semakin lupa dengan ajaran agama.

"Kita berhadapan masalah besar sekarang, sosial kita runtuh, ekonomi runtuh, agama sudah tidak ada. Apabila agama sudah tidak ada, segala-galanya juga sudah tidak ada," katanya.

Cubaan Harian Metro menghubungi penganjur konsert tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak dijawab.



Astagfirullah...terkejut dengan video tadi, kerana terlalu taksub dengan korea sampai hilang akal peluk bagai...perempuan tu yang pertama peluk pinggang lelaki tu, aduhai..sha tengok pun malu la...sha pun gila korea juga..memang tak pernah jumpa korean artis tapi taklah sampai nak buat macam tu..ish..ish..ishh

Sampaikan MC berbangsa Cina pun halang dia buat macam tu, dia pukul MC tu..apa nak jadi entah perempuan2 tu..



5 Comments

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

  1. gila joo..bertudung lagi tuh perempuan tu..

    ReplyDelete
  2. Dah buat jugak entri ni... sedih jugak dengan peel adik2 kita yang taksub Kpop.. ada yang betul2 cinta mati...

    ReplyDelete
  3. timm pun ada tgk video ni semlm..serius terkjut n malu sgt..mmg nmpk yg diorg peluk dgn rela hati..malu larr..

    ReplyDelete
  4. Sedih dan malu lihat perilaku Ank muda skrg ni .makin byk trpesong, moga mereka sedar akan kesilapan mereka

    ReplyDelete
  5. sedih melihat fenomema ini.

    saya pun tak mahu komen apa.

    yang terjadi tetap terjadi.

    Ibu bapa, adik abang kena tengok anak adik kakak dan sama-sama saling nasihat satu sama lain

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Previous Post Next Post