Showing posts sorted by relevance for query resepi. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query resepi. Sort by date Show all posts

March 28, 2021

Resepi Ayam Bakar Padu

March 28, 2021 2 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Resepi Ayam Bakar Padu | Tak lama lagi nak puasa, mesti ramai cari menu buka puasa yang memukau, sebelum ni sha ada kongsikan resepi ayam berempah, memang resepi tu kegemaran sekeluarga, senang nak buat dan bahan pun senang dapat


So kali ini sha nak kongsikan pula resepi ayam bakar, cakap pasal bakar, mesti kerja leceh nak kena memanggang, mana nak cari ranting pokok, sha duk dalam flat ja haha, alahailah cik akaka, sekarang dah moden..oven kan ada..resepi ni guna oven guys..tak ada oven boleh pinjam oven jiran, dia tengah rajin buat tempahan kuih raya, amboi awal sangat hihi..tuk buat teaser la akak

Resepi ayam bakar ni bukan untuj juadah berbuka saja, mana yang berniat nak menjual semasa bulan puasa, di alu-alukan menggunakan resepi ini, cuma kuantiti ayam dan bahan kenalah selari ya..insyaAllah laris manis jualan, kalau bakar di tamu nanti pasti semerbak bau ayam bakar ni sebab bahan-bahan memang padu, sangat sesuai untuk jualan juga.

Ok sha dah panjang lebar macam sha nak ja menjual ayam bakar ni haha mana lah tau kan kot ada rezeki menjual ayam bakar di kampung suami time puasa nanti, insyAllah..jomlah semua pakat salin resepi ni

Bahan A
1/2 ekor ayam, cuci bersih & toskan

Bahan B
1 batang serai
5 ulas bawang putih
Sedikit halia

Bahan B ni boleh kisar atau tumbuk.

Bahan C (kuantiti sesuai selera ya) 
Sedikit sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Serbuk kunyit
Lada hitam serbuk
Lada hitam hancur
Sedikit lada putih
Garam
Sedikit minyak masak @ minyak bijan
Lebih kurang 1 sudu besar planta 

Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C, masukkan bahan B gaul sebati kemudian perap pada ayam sekurangnya 30min.

Bahan D
Gula atau madu. Boleh skip kalau x suka, sy letak madu supaya tak de la nnt rasa masin je. Kalau guna gula terus masuk & kacau bersama dalam bahan perap td.

Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10-15min nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.

Bakar dalam oven ikut suhu masing² ye. Sy guna suhu bawah 180, atas 150. Lebih kurang 1 jam 30min.

Perkongsian resepi ini dari Duang Promlikit

Korang memang kena cuba resepi ayam bakar ni, mana yang baru berjinak-jinak menggunakan oven, bukan sahaja boleh bakar kek dan biskut ya, oven juga boleh bakar ayam, so alang dah rajin, boleh lah cuba resepi ayam bakar ini..

May 19, 2020

Resepi Biskut Semperit 3 Warna Guna 3 Bahan Sahaja

May 19, 2020 3 Comments

Resepi Biskut Semperit 3 Warna Guna 3 Bahan Sahaja | Assalamualaikum tahun ni ramadhan agak berbeza sedikit, pkp membataskan kita untuk keluar pergi bekerja, tapi hikmat disebalik pkp tu banyak sangat sebenarnya, bukan saja dapat berbuka puasa dengan keluarga, malah kita sebagai ibu atau isteri ada banyak masa untuk mencuba resepi baru, so apalagi jom kita cuba resepi biskut semperit 3 warna guna 3 bahan sahaja

Baca : Resepi kek sarang semut

Minggu terakhir ramadhan ni, bolehlah habiskan masa dengan ajak family membuat kuih raya, meskipun kita tidak dibenarkan berkunjung ke rumah orang lain, kuih raya yang ada bolehlah makan bersama keluarga dirumah sambil tengok tv..opss kuih raya wajib ada tau, hihi

Kadang kita ni pula malas mahu buat, takut pula nanti buat kuih tak jadi, akhirnya masuk dalam tong sampah, siapa pernah angkat tangan hahah, jangan risau, resepi kali ini sangat mudah dan  jimat sebab resepi biskut semperit 3 warna guna 3 bahan sahaja


Semperit adalah kuih raya yang sangat popular dizaman dulu kala, membuatnya juga tidak susah..jom kita cuba resepi biskut semperit 3 warna guna 3 bahan sahaja

resepi biskut semperit 3 warna guna 3 bahan sahaja


Bahan-bahan
5 cawan tepung jagung
1 cawan susu pekat
1 cawan majerin

2 titik pewarna hijau dan pink
*warna lain pun boleh
Coklat chip

Caranya
Adun sebati susu pekat dan majerin, kemudian masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga habis, adun menggunakan tangan dan pastikan adunan tidak melekat di tangan tandanya adunan sudah boleh d uli.

Bahagikan kepada 3, titiskan 2 pewarna kepada 2 bahagian dan biarkan 1 bahagian dengan warna yang asli.

Corakkan menggunakan acuan bunga, susun pada loyang dan letakkan coklat chip di atasnya


Panaskan oven 10minit, bakar kuih dengan suhu 150'c 20minit mengikut oven masing-masing

Senang bukan? Penyediaan juga memakan masa 2-3 jam sahaja, selepas itu korang boleh sambung resepi kuih raya yang lain pula. Itulah dia resepi biskut semperit 3 warna guna 3 bahan sahaja

February 12, 2021

Resepi Ayam Goreng Berempah

February 12, 2021 13 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum



Resepi Ayam Goreng Berempah | Pertama kali sha makan ayam goreng berempah ni masa sha menghadiri konvokesyen di UiTM Shah Alam, selama di Sabah, sejujurnya sha belum pernah rasa ayam goreng berempah ni, mungkin tidak berminat haha, tapi bila cuba ayam goreng berempah di negeri orang eh, sedap pula kan, sebab time tu ada satu kedai makan yang sangat popular dengan nasi kukus ayam goreng berempah, sha dah lupa nama kedai, tapi masakannya memang padu.

Bila dah mula datang rajin begini terasa nak makan menu yang jarang dibuat, untuk resepi ayam goreng berempah ini memang sangat sesuai dihidangkan bersama nasi minyak atau nasi lemak. Keistimewaan resepi ayam goreng berempah ni pada serai yang ditumbuk berasingan menjadikan tekstur serdak dan bertali membuatkan nya sedap dan rangup apabila digoreng. 

Untuk pengetahuan, ayam ni sebelum digoreng mestilah diperap semalaman untuk memastikan rasa bahan-bahan sebati pada ayam tersebut.

Bahan-Bahan Resepi Ayam Goreng Berempah 

Masa Penyediaan: 1 jam
Masa Memasak:20 minit, 
Jumlah Hidangan:10 orang
Resepi Oleh: Che' Nom
  • 1 ekor ayam
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 2 sudu besar serbuk cili * saya guna cili giling puteri
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar*
  • 1 sudu besar jintan manis*
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih*
  • 5 batang serai, potong panjang 1 inci dan tumbuk halus garam secukup rasa
  • 5 tangkai daun kari

Bahan-bahan untuk kisar halus:
  • 6 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 3 inci halia

Cara Penyediaan Resepi Ayam Goreng Berempah 

  1. Bersihkan ayam dan toskan.
  2. Untuk bahan bertanda (*), kalau tak ada serbuk boleh guna yang biji dan kisar halus bersama bahan-bahan lain.
  3. Gaul ayam bersama kesemua bahan termasuk bahan kisar halus. Perap selama minimum satu jam. Lagi lama diperap lagi sedap rasa ayam.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam di atas api sederhana sehingga masak.
Tips
  1. Kalau nak pastikan ayam masak dengan sempurna, semasa menggoreng ayam tutup kuali dengan penutup seketika. sehingga masak.
  2. Goreng di atas api sederhana kerana jika api kuat nanti ayam masak hitam di luar tetapi di dalamnya masih mentah.
Resepi credit to Che Nom 

April 25, 2022

Resepi Raya Biskut Koko

April 25, 2022 0 Comments

Assalamualaikum, masuk hari ni dah ramadhan yang ke 23, sha pasti ramai ibu-ibu dah mula buat biskut raya, ini biskut raya sha yang kedua, of coz yang adalah kuih makmur, dah jadi kebiasaan sha akan buat kuih makmur dulu hihi 

Resepi makmur conflakes rangup :- 
https://www.opzzpinky.com/2020/05/resepi-kuih-makmur-cornflakes-sedap-dan.html

Biskut kali ini simple ja bahan-bahan nya semua senang dapat dan tak perlu cari jauh jauh, tapi kebelakangan ni telur kurang jadi korang kena beli siap siap..sha susah sangat nak dapat telur..dan resepi ni hanya guna 1 butir telur

Ok seperti yang dijanjikan ini adalah resepi raya biskut koko

Butter 1cawan 
1 Kuning telur 
Gula halus 1 cawan 
1 sudu kecil esen vanila
Pukul hingga sebati, sha guna mixer, tapi kalau guna tangan pun boleh.

Ayak dan masukkan
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan serbuk koko

Gaul sekali menggunakan tangan sehingga tak melekat pada tangan

Uli dan cetak menggunakan bentuk yang disuka , sha lebih suka bentuk awan/bunga..bintang oun boleh..senang ja biskut ni cetak terus dapat banyak..masukkan dalam loyang

Panaskan oven 160'c 10 minit ikutla oven masing-masing ya. Api atas bawah, fan on.

Sementara tu dah siap cetak, korang sapu guna lebihan telur tadi pakai putih telur untuk gam rice coklat atau sprinkle..letak dibahagian tengah ja ya..sikit tak perlu banyak..sekadar hiasan semata..hihi

Masukkan dalam oven masak selama 20-30minit..bila dah masak rehatkan 5 minit baru ngap..eh puasala hahaha..susun la dalam balang seal elok-elok nanti habis pula anak makan..hihi

Simple kan..lepas ni sha nak buat biskut semperit pula..ini lagi senang guna 3 bahan ja..boleh buat 3 warna..colorful..

resepi biskut semperit 3 warna guna 3 bahan :-
https://www.opzzpinky.com/2020/05/resepi-biskut-semperit-3-warna-guna-3.html?m=1

Selamat mencuba

April 21, 2020

Segment Share Resepi Perintah Berkurung by Mamapipie & Cariblogger

April 21, 2020 2 Comments

Segment Share Resepi Perintah Berkurung by Mamapipie & Cariblogger 


Syarat-syarat penyertaan:

1. Mestilah blogger yang mempunyai akaun bank Malaysia (senang nak bank in hadiah)
2. Wajib letak blog http://www.mamapipie.com & https://cariblogger.com di dalam bloglist korang
4. Pilih satu resepi dalam blog korang yg korang nak share dgn mama dan paste perkataan beserta link ni di bawah post resepi korang tu.

5.. Buat satu blog post penyertaan dan pastikan dalam post tu ada banner di atas dan link ke post ini. Letak link resepi korang tu dlm post penyertaan ni.
6. Tinggalkanlink penyertaan korang di pust ini. Tu je,, Senang kan.

Tarikh tutup penyertaan pada 5 May 2020


Resepi yang sha nak share adalah resepi donut gebu yang simple..klik sini

Hadiah:

4 orang pemenang akan dipilih. Setiap pemenang akan memenangi RM 50 setiap sorang. Mama akan buat undian, insya Allah.

Jemput ye sama-sama memeriahkan segment ni.

March 17, 2021

Top 28 Lifestyle Bloggers in Malaysia in 2021

March 17, 2021 6 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Top 28 Lifestyle Bloggers in Malaysia in 2021 | lifestyle blog adalah salah satu skop terbesar yang blogger pilih dalam dunia blogging termasuk sha, blog sha ada macam-macam jenis cerita mengenai gaya hidup sha dari sha masuk universiti, bujang dan dapat kerja, sehinggalah berkahwin dan dapat 2 sepasang anak, edan dan eshal, lifestyle blog sangat luas, korang boleh menulis dan menaip apa sahaja yang terlintas difikiran. bagi sha memandangkan ianya skop yang luas, maka itu orang akan tertarik untuk membaca nya, lagi-lagi gaya hidup itu menjadi rujukan orang lain, contoh macam pengalaman mengandung, tanda-tanda mengandung dan alahan, jika diolah dengan baik, insyaAllah sangat bermanfaat buat orang yang membaca

Oh iya, sebelum ni sha ada senaraikan blogger ibu-ibu di Malaysia yang paling best untuk korang singgah dan kaut ilmu parenting dengan dorang menang tidak rugi, senarai itu korang boleg tengok pada link --> 26 mommy blogger yang paling best 2021

So kali sha rajin senaraikan 28 lifestyle blogger pula, marilah baca mana tau blog korang tersenarai hihi.

Top 28 Lifestyle Bloggers in Malaysia in 2021


1. Siti Awadah - www.sishawa.com
4 tahun, bermula 2017
Blog lifestyle, parenting dan ilmu blogging. Ibu kepada 6 anak. 
Suka kongsi pelbagai info dan panduan sebagai rujukan

2. Eyqa Hasnan - www.eyqahasnan.com
11 tahun, bermula 2012
Blog lifestyle, tips dan personal. Berkeyakinan dalam pelbagai bentuk untuk membina networking bersama.

3. Ciktom - www.ciktom.com
11 tahun, bermula 2010
Blog lifestyle, parenting & tips.

4. Ardini Humaira - www.ilhamdini.com
13 tahun, bermula 2008
Blog lifestyle, beauty, parenting, personal, tips, review, masakan

5. Azlinda - www.azlindaalin.com
8 thn, bermula 2012
Lifestyle Blogger suka menulis di blog tentang dekorasi rumah, make over rumah, travel, masak-masak, pengalaman yang pelbagai aspek

6. Nabiha Mohd Mashut (Bie Mohd) - www.biemohd.com
14 tahun, bermula 2006
Blog Islamic Fashion & Parenting Lifestyle sebagai Wanita bekerjaya dan ibu kepada 3 orang anak yang suka berkongsi aktiviti DIY, fesyen dan aktiviti kekeluargaan sebagai panduan ibu moden masakini yang selalu meletakkan "Family First" dalam hidup dan kekal cantik bergaya dalam apa jua keadaan.

7. Fuzy Rahamah Hamid - www.iamfuzy.com
15 tahun bermula 2006 Lifestyle blog berkongsi pelbagai cerita tentang kerjaya, keluarga, masakan 

8. Alia Farhan - www.aliafarhan.com
13 tahun bermula 2008
Lifestyle blog.. Sharing about everything from cooking, parenting, travelling, deco n DIY

9. Wan Rokiah (Wawa) - www.mommywawa.com
Blog lifestyle, parenting, personal tips, tips kesihatan, kecantikan 

10. Chaza Xiaojie - www.cxopportunities.com
10 Tahun bermula June 2011
Blog Lifestyle, parenting, food, beauty.  Suka berkongsi pengalaman hidup, resipi, keluarga dan tips kesihatan.  Kini minat tertumpu kepada photography.  Suka ambil gambar cantik-cantik agar orang suka tengok hasil kita dan boleh kongsi di blog sendiri. Cx juga berkongsi review produk dan drama juga filem. 

11. Yaya Azura - www.yayaazura.com
11 Tahun bermula Jan 2010
Lifestyle, parenting blogger. Juga suka berkongsi pelbagai resepi dan tips. Ibu kepada 2 cahayamata. Mula berblog sebagai diari menceritakan hal anak-anak dan kemudiannya menjadikan blog sebagai sumber menambah pendapatan.

12. Bonde Zaidalifah - www.bondezaidalifah.com
11 tahun, bermula 2010
blog mengenai lifestyle ,travel, resepi, review novel, review drama dan review produk

13. Sii Nurul - www.siinurul.com
6 tahun bermula 2015
Blog perkongsian lifestyle, blogging, tips & panduan kerjaya, review dan pengalaman hidup

14. Meksah - www.meksah.com
8 bulan, bermula 2020
Lifestyle Blog, berkongsi pengalaman dan informasi. Ibu kepada seorang anak Lelaki berumur 3tahun.

15. Messarah - www.messarah.com
8 tahun blogging, mula 2013
Seorang peminat tegar local skincare (#supportlocal) berumur 20an yang suka menulis tentang skincare tips (beauty), banyak menghabiskan masanya di Twitter, gemar menonton Netflix dan anime, dan adakala berkongsi hasil lukisannya di instagram @/saraewyd. Pernah berkongsi pengalaman belajar di universiti, bekerja di kafe, panduan membeli-belah dan sebagainya.

16. Abang Rock - www.abangrock.com
4 tahun, mula mei 2017
Blog lifestyle dari pandangan seorang lelaki dan suami. Berkongsi kisah semasa dan panduan tentang kehidupan, gaya hidup lelaki, perhubungan dan perkara berkaitan Islam

17. Marina Bashah - www.marinabashah.com
mula bergiat aktif 2 tahun yang lepas, pada tahun 2019.
Lifestyle, parenting, food, beauty, hotel, travel. seorang wanita yang bekerjaya. kerja hakiki kadang kala kena travel. Alang-alang travel pergilah bercuti sekali dan share tempat makan, hotel dan tempat bercuti. 

18. Rozita - www.ceritaita.com
13 tahun,  mula tahun 2008
Blog lifestyle. Banyak cerita pasal personal life,  kisah anak-anak, pendapat tentang isu semasa, tempat bercuti, kisah masakan dan resepi,  kerjaya,  dan  petua

19. Fadzi Razak - www.fadzirazak.com
6 tahun, bermula 2014
Blog Malaysian Family Lifestyle termasuk tentang kekeluargaan, parenting, resipi, travel, organization, how to, tips dan review.

20. Zati Salim - www.zatisalim.com
10 tahun, mula Dec 2011
blog lifestyle , berkongsi tentang isu semasa,tips,resepi,tutorial blog.

21. Hawa Hassan - www.hawahassan.com
3 tahun, bermula 2018
Blog lifestyle. Suka kongsi tentang susun atur, projek DIY, aktiviti berkebun, resipi mudah serta pelbagai tips dan panduan kehidupan.

22. Eswati azni - modernmumthingy.com
4 tahun , 2017
Lifestyle,  Travel, kesihatan, beauty dan drama 

23. Bonda Chanteq - www.bondachanteq.com
2 tahun 10 bulan, mula Mac 2018
Blog Lifestyle, info kesihatan, tips, resepi, kisah benar 

24. Aida Hanafiah - www.adianiez.com
11 tahun 9 bulan
Blog tentang kehidupan, kesihatan, makanan, keluarga dan hobi. Tidak kurang juga menulis tentang dekorasi rumah, berkebun dan percutian.

25. Norhana Rosmida - www.hannamaruku.com
4 tahun, since 2017
Ibu kepada 2 orang anak, sorang HR practitioner di pejabat dan part time blogger. Hobi suka menulis dari zaman University dan banyak blog pasal resipi, travel dan anak-anak. Seorang Young Living Distributor juga, suka share pasal pengalaman sendiri guna natural remedies untuk wellness anak-anak.

26. Zaza Azman - www.zazaazman8.com
1 tahun, Jan 2020
Dikenali sebagai Mama Monsta. Blog berbahasa inggeris. Gemar Kongsi resipi simple2, kongsi tempat2 makan menarik. Suka review brg kecantikan dan kesihatan. Suka share psl hal anak2, general knowledge dan tips2. Blog niche lifestyle, parenting, beauty and food. 

27. Azhafizah - www.azhafizah.com
12 tahun, Nov 2009
Perkongsian resepi mudah dan enak masak cara tersendiri. Terdapat juga tip-tip dan petua masakan yang boleh diguna pakai. Resepi tidak terhad pada resepi sendiri, ada juga perkongsian masakan orang lain.

28. Bella Jamal - www.bellajamal.com
5 tahun, start April 2016
I writes about a wide variety of reviews and information about food, pet and travel. Product reviews are provided for the public to read about and you can check out some tips from the homecooking recipes.

Ramai senior blogger termasuk sha sudah 11 tahun berblogging, ramai juga dalam senarai ini yang masih baru dalam blogging, apapun skop blog korang sha doakan kita sebagai blogger dapat menghasilkan entry yang bermanfaat buat pembaca.

July 26, 2014

Resepi Biskut Opzzpinky

July 26, 2014 8 Comments


Haha, tajuk biskut nama blog sendiri..biskut ni budak2 suka makan sebab manis dan yummy..so sha nak share satu resepi dimana resepi ni sha dapat idea dari isteri Ajak Shiro waktu tengok TV cerita RESEPI PIKAT SUAMI macam tu lah..tapi sha ubahlah bahan2 dia sikit dan ianya mudah sahaja..

~Resepi Biskut Opzzpinky~

Bahan-Bahan
1. 1 Pek Nestum (untuk sukatan 2 balang kuih )
2. 1 Gelas Kecil Majerin Cair 
3. 4 Pek Coklat Masakan Putih yang harga RM5.50
4. 1/2 Penutup Pewarna (pink or apa2 pun boleh)
5. 1 Gelas Minyak Jagung (boleh letakkan lagi jika coklat belum cair)
6. Paper Cup
7. Hiasan manik/coklat/badam or apa2 ja yang sesuai

Cara Menyediakan
1. Gaulkan bahan 1 dan 2 sehingga sebati, masukkan dalam paper cup dan bakar dalam oven dengan suhu 160 darjah celcius dan 10-15 minit 
2. Campurkan bahan 3, 4 dan 5, kemudian panaskan coklat tersebut menggunakan double boil
3. Letakkan coklat yang telah cair ke dalam paper cup dan hias dengan hiasaan anda
4. Tunggu sehingga coklat dalam paper cup sejuk baru letakkan ke dalam balang

#coklat akan cepat keras, so kerapkan double boil coklat tersebut

Simple kan? so korang boleh buat dirumah, memandangkan raya dah nak dekat harap resepi ini dapat membantu..selamat mencuba..


July 1, 2020

Resepi Kek Coklat Moist Bakar Guna Blender

July 01, 2020 5 Comments
Bismillah,
Assalamualaikum

Resepi Kek Coklat Moist Bakar Guna Blender | Sejak dua menjak ni, sha teringin makan yang manis-manis, kalau menu nasi akhir trimester ni dah tiada selera nak makan, proses dalam pengurangan berat badan mungkin, so disebabkan sha besok kena BSP, start kontrol benda manis, memang kena kontrol lah takut baby dalam rahim besar pula kan lagipun 5hb ni dah nak masuk wad seram nya bila baca pengalaman mommies kena induce. Jadi nak dipendekkan cerita, sha nak makan juga kek, tak kira kek apa hihi so bagus buat sendiri kan, jimat, boleh kurangkan manis dan orang lain pun boleh makan sekali.

Happynya bila husband cakap kek sha buat ni sedap, hihi dah boleh buat bisnes katanya, hihi ntahlah sejak pregnancy kedua ni, sha rajin sangat buat benda yang tak pernah sha buat, memalukan kan ini sha baru terjinak nak melangkah masuk dapur buat kek biskut tu semua haha, tapi belum terlambat bah kan. oh iya, sha juga suka tanam bunga viral tu, ada 1 pasu ja haha, next nak tanam serai pula haha..macam-macam ragam ibu mengandung kan.


So mari sha share dekat korang resepi kek coklat moist bakar di oven dan adunan hanya menggunakan blender sebab sha belum beli mixer lagi haha, dan paling penting sukatan pakai cawan ja, bahan pun senang dapat..korang bolehlah try sendiri dirumah ya..walaupun sha bukan baker tegar, tapi sedikit sebanyak boleh lah bantu korang yang tengah mengidam kek coklat haha...

Resepi Kek Coklat Moist Bakar Guna Blender

Bahan A 
1 cawan tepung gandung
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Ayak bahan A dan ketepikan

Bahan B 
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan gula
1 cawan koko
3 biji telur

Baca : Resepi kek marble koko

Bahan B korang masukkan dalam blender, dan putar sampai sebati, kalau nak kurangkan manis, boleh kurangkan gula dan susu pekat kepada 1/2 cawan saja

kemudian korang masukkan bahan yang suda di blender ke dalam bekas dan masukkan sedikit demi sedikit bahan A tadi, gaul sampai sebati

Dalam loyang apa jenis pun korang sapukan minyak ataupun majerin, ratakan supaya kek tidak melekat dan letakkan kertas minyak dalam loyang tersebut. Masukkan adunan tadi dan hentak 2 3 kali untuk merata kan nya.

Kemudian panaskan oven 10 minit 180'c, ikutlah oven masing-masing, ceh macam ayat baker tegar ja kan haha, lepas tu masak lah kek coklat korang tadi pada suhu yang sama api atas bawah selama 20-25 minit sehingga masak, nak cek masak ka tidak guna lidi, kalau tidak meletak pada lidi maksudnya masak lah tu, rehatkan sekejap

Cara Buat Topping/Ganache Coklat

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
2 sudu majerin
3 sudu koko

Panaskan bahan diatas dengan api kecil sehingga pekat dan letakkan pada atas kek coklat tadi, taburkan coklat chip atau apa apa jenis yang korang suka

Siap untuk dimakan, senang kan, selamat mencuba :)


March 25, 2020

Resepi Kek Marble Koko

March 25, 2020 1 Comments

Resepi Kek Marble Koko | Assalamualaikum, lapar tak? jom buat kek haha..rasa nak makan kek pula, mau beli diluar masih lagi kawalan pergerakan..apa kata buat sendiri, kurang gula, banyak dan puas hati yang penting sedap bebenor tauu haha

Kalau korang jarang-jarang sangat rajin masuk dapur buat kek, hihi kita sama la..sha pun ini dah second try..1st try ari tu failed..ngok ngek ja buat kek time birthday edan hari tu..tu la pandai sangat ubah resepi orang dah tak jadi..so sekarang sha follow ketat-ketat resepi ini..dan hasilnya..sedappp sangat

Resepi Kek Marble Koko

Bahan-Bahan
(a)
2 cawan tepung gandung
1 sudu kecil baking powder

(b)
1 1/2 cawan majerin
1 cawan gula (boleh kurangkan ke 1/4 cawan)
1 sudu kecil esen vanila

5 biji telur
2 sudu besar serbuk koko

Cara-Cara
1. Mixkan bahan b hingga kembang/gebu (10-15 minit)
2. Masuk telur 1 per 1 sampai habis. Mix hingga sebati.
3. Masukkan tepung sikit² hingga habis. Mix sebati.
4. Bahagikan kepada 2 bahagian. 1 campurkan 2 sudu kecil serbuk koko. 1 lagi biarkan tiada warna.
Masukkan selang seli 2 adunan ni ke dalam loyang sampai abes. Boleh taburkan coklat cip bagi cantik, sha tiada bahan hahah..
Panas kan oven 200c 15minit (kenali oven memasing)
5. Bakar 180c 40-50 minit. Untuk pastikan sudah masak, cucuk pakai lidi kalau tak melekat itu dah masak

Resepi ni sha ambil dari FB Jom belajar buat kek credit :Tina Jair

Selamat mencuba ya.

May 15, 2020

Resepi Kuih Makmur Cornflakes Sedap dan Crunchy

May 15, 2020 5 Comments


Resepi Kuih Makmur Cornflakes Sedap dan Crunchy | Assalamualaikum, dah nak dekat raya ni, mesti ramai ibu-ibu sudah mula buat kuih raya, bila ditanya pertama buat kuih apa, mesti jawapannya adalah makmur, sebabnya makmur adalah kuih yang paling senang nak buat dan bahan pun mudah saja, teringat dulu arwah mak, 15 ramadhan dia dah mula buat kuih raya, macam yang sha cakap, kuih makmur ni lah dia buat pertama, dia akan adun kuih ini selepas makan sahur, bulatkan dan bakar sebelah pagi, kadang tu, dia adun sha lah tolong bulatkan dan bakar, tahun ini sha yang buat sendirian..tapi tak samalah dengan resepi arwah mak, kacang stok habis, sha gantikan dengan cornflakes, sedap juga tau..

Oh iya resepi ni sha dapat dari best friend sha, Noramima, dia memang buat kuih makmur cornflakes ni tiap tahun, malah dia buat niaga jual dekat customernya, adalah untung sikit katanya, paling best kuih makmur ini tidak begitu manis..jom kita try buat

Resepi Kuih Makmur Cornflakes Sedap dan Crunchy


Bahan-bahan
1kg tepung gandum
1tin minyak sapi Ghee 400g
2pcs kuning telur gred A
2 cawan Cornflakes  
Susu tepung Eveyday
Gula 

Jom Try Resepi Biskut Opzzpinky


Caranya
1. Sangai tepung sampai naik bau, cairkan minyak sapi, hancurkan cornflakes menggunakan cawan, dan satukan semuanya sekali dengan kuning telur, sehingga adunan tidak melekat ditangan dan senang untuk di bulatkan
2. Bulatkan adunan dan susun dalam loyang
3. Panaskan Oven 10 minit 150'c api bawah mengikut oven masing-masing
4. Bakar selama 20 minit, periksa bawah kuih tadi, kalau warna kekuningan bolehlah angkat, kalau belum tambah lagi 5-10minit
5. Sejukkan selama 5 minit dan satukan susu tepung dan gula yang sudah diblend halus, agak-agak manis, dan gaulkan adunan tadi dan masukkan dalam balang

Untuk 1kg tepung boleh dapat 1 balang panjang, agak-agak dalam 90pcs, tapi sha bulatkan adunan besar sikit puas masuk dalam mulut, husband suka betul makan, sebab agak crunchy kan, dia jenis yang tak suka kacang..jadi korang bolehkan cuba dirumah..gud luck

March 17, 2018

Resepi Ikan Bakar Berkuah Philips Air Fryer

March 17, 2018 5 Comments
Resepi Ikan Bakar Berkuah Philips Air Fryer | Assalamualaikum hi guys, dah lunch ke belum? mari sha nak share satu resepi mudah untuk korang yang tidak cukup masa untuk ketuk-ketuk didapur ataupun bagi korang yang suka masakan sihat tanpa lemak.



Ikan Bakar Berkuah, macam pelik ja kan? haha actually sejak mengandung ni sha suka makan makanan yang berkuah dan sup, lagi-lagi suka makan ikan, nyum nyum, jadi resepi yang sha nak share dekat korang senang sahaja, bahan pun mudah dapat yang penting korang ada air fryer, kalau oven sha tak pasti suhu berapa, korang boleh try and error ja, kan..

Resepi Ikan Bakar Berkuah Philips Air Fryer
1. Ikan 
2. 4 ulas Bawang Putih dihiris panjang
3. 1 saiz ibu jari Halia dihiris panjang 
4. Setengah gelas air asam
5. 2 sudu makan sos tiram 
6. Garam dan Ajinamoto secukup rasa

Masukkan ikan yang telah dipotong dua dan dihiris sedikit pada ekor dan kepala kedalam besen kecil, masukkan kesemua bahan-bahan tadi dan gaulkan sama rata, masukkan bahan tadi juga kedalam hirisan ikan bagi menimbulkan rasa pada ikan.

Kemudian masukkan ikan bersama bahan tadi ke dalam aluminium foil, tuangkan kuah dan pastikan tidak tumpah. Masak pada suhu 170c selama 15minit

Selamat mencuba :)


March 24, 2020

Resepi Donut Gebu Dan Simple

March 24, 2020 2 Comments


Resepi Donut Gebu Dan Simple | Assalamualaikum, boring nya, masuk dapur pun ntah apa mau makan..haha..so sha try lah cari dekat FB resepi donut, baby dalam perut nak makan donut pula..ok ok umie beranikan diri try ya, sebab 1st try hari tu failed haha..kena try juga ni sebab sampai bila kan..so pagi tu suruh husband beli barang dan pakai barang dekat dapur ja.

Resepi Donut Gebu Dan Simple

Bahan 1:
- 2 sudu besar yis mauripan
- 1 sudu besar susu pekat
- 1 sudu besar gula
- 1/2 cawan air suam
*campur bahan ini dan biarkan kembang selama 10minit

Bahan 2:
-2 cawan tepung gandum
-2 sudu besar minyak masak
-1 sudu teh garam

Cara-cara:

1- Gaulkn bahan (2) sehingga menjadi mcm serbuk roti, kemudian campur bahan (1) dan uli sampai tepung tak melekat di tangan

2-Masuk dlm bekas dan biarkan kembang (tutup dalam bekas selama 15minit)

3-Selepas 15minit keluarkan doh dan tumbuk2 doh

4-Bulatkan donut, dapat dalam 12 biji dan masa nak menggoreng baru lubangkan donut terus goreng dengan api perlahan dan rehatkan suam2 baru salut gula..

Resepi asal dari FB ‎Norain Che Yop‎  tapi sha ada ubah sikit-sikit sebab tiada bahan haha..tapi jadi juga tau, husband puji sedap dan edan makan tambah 3x tahu..so korang kena try juga..hihi..selamat mencuba..


Mari lihat 30 Makanan Tradisional Melayu Paling Popular di Malaysia


September 8, 2021

Doh Roti Tidak Kembang, Ini Penyelesaiannya

September 08, 2021 3 Comments
Doh Roti Tidak Kembang, Ini Penyelesaiannya

Bismillah,
Assalamualaikum

Doh Roti Tidak Kembang, Ini Penyelesaiannya | Cuaca mendung begini, sedap makan roti dengan teh tarik panas, nak beli malas pula, jadinya gigih cari resepi dekat you tube, banyak sangat resepinya entah jadi entah tidak haha..sha ingat lagi pertama kali buat roti, resepi tu sha google ja hasilnya keras sangat, lempar dinding pun. Boleh retak..haha sayang ja bahan tapi boleh lah nice try..mood rajin tu ada..itu yang penting

So kali kedua try, sha beli tepung ready made, tinggal campur telur, butter, yis dan air rasanya. Tepung tu dalam RM6 lebih sha beli dekat mydin, ini untuk yang teringin makan roti tapi degil mau buat sendiri boleh try yang ini..ada resepi disediakan, tepung 900g dapatlah buat 2 3 kali, puas hati macam beli dekat kedai.

Hari ini sha try lagi tapi sha guna resepi yang sha belajar online, ini group berbayar ya..pjj punya, bahan ringkas senang dapat. Boleh guna minyak, kira kalau jadi jual ni save banyak, tepung 500g agak2 dalam 1 kg lebih juga doh, uli guna tangan sebab sha tak ada bread maker, boleh lah bagi tegap sikit tangan haha..

30minit sha perap doh tak kembang, aish tak kan tak jadi kan, hari tu jadi pula ini tak jadi, down sikit. Sha search dalam youtube, mungkin sebab yis tak aktif, ada betulnya juga..sedih lah time tu rasa macam mau buang ja doh tadi..tapi sayangnya doh tu banyak..anak sha dah ambil piring nak makan roti..huhu

Search pula dalam group berbayar tadi, katanya kalau buat doh time cuaca mendung, yis memang lambat aktif, lah iyaka lambat aktif ingatkan tak jadi tadi hahaha..memang mendung hari ini..

So, Doh Roti Tidak Kembang, Ini Penyelesaiannya

Dalam group tu cakap kalau doh tak kembang, sila panaskan oven 10 minit, bila bunyi ting, letak doh atas oven 10 minit confirm doh akan kembang bak bunga mekar, terima kasih group pjj buat roti, senang hati sha..tengok anak makan roti buatan sendiri

Oh iya group pjj ni dulu sha join RM10 ja yuran nya. Dia kasih masuk dalam group private fb, sha tak dapatlah share resepi buat roti dekat sini, kalau nak join boleh roger sha..banyak lagi group nya hari tu sha join group kek, brownies dan roti promosi RM25 ja, lama dah join tapi baru mencuba hahaha rajin lambat datang..




February 7, 2021

26 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Untuk 2021

February 07, 2021 26 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum 


26 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Untuk 2021 | Mommy blogger, nampak macam kerja senang ja kan, hakikatnya kena pandai curi masa hanya untuk menghadap laptop, bila dah berada depan laptop pula terkaku sebentar nak fikir nak post apa hari ini, anak dah tidur dah, terfikir pula tadi anak anak belum tidur, menyempat pula melayan karenah si anak bermain lego yang baru beli dekat kedai duahinggit, terus terlintas dalam otak yang sarat dengan info dan list kerja nak buat, ok mommy nak update lah tajuk post hari ini adalah Kebaikan bermain lego pada budak umur 2 tahun, hahaha siapa mommy yang related? 

Sha start blogging 2010, time tu blog pun biasa-biasa saja, start aktif blog pula 2014, bila masuk 2017 slow down sebab banyak hal kena settel, maklumlah time tu sha dah nak kahwin, bila punya anak 1 sha terus aktif kembali untuk share pengalaman jadi parenting, anak 2 sha dah rasa macam susah ja nak update blog, berperang dengan perasaan mengantuk biasanya, haha, so dalam entry ini sha akan listkan  blog mereka yang tersenarai..jom cek blog siapa yang kena :)

26 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Untuk 2021

1. Siti Awadah - www.sishawa.com
Blog Berusia 4 tahun, bermula 2017
Ibu kepada 6 anak. Surirumah sepenuh masa, jana income dengan Adsense 

2. Ardini Humaira - www.ilhamdini.com
Blog Berusia  13 tahun, bermula 2008
Ibu kepada 2orang cahaya mata, keguguran 5x, berhenti kerja untuk keluarga ketika mengandung anak kedua (selepas 5x keguguran), minat menulis sejak zaman sekolah. Buat blog sekadar suka suka macam diari awal 2008, serius berkecimpung dalam bidang blogger sejak 2010

3. Nabiha Mohd Mashut - www.biemohd.com
Blog Berusia  14 tahun, bermula 2006
Blog ini bermula dengan perkongsian sebagai BRIDE-TO-BE, hingga MAMA-TO-BE kepada 3 orang cahaya mata yang masih suka dengan aktiviti DIY bersama keluarga dan anak-anak untuk menjimatkan kos. Sekaligus memberikan inspirasi kepada ibu bapa diluar sana yang sedang mencari idea untuk aktiviti DIY (hari jadi, akikah,dll) untuk anak-anak mereka.

4. Mrs Pip - www.mrspip.com
Blog Berusia 6 tahun, Bermula 2015
Ibu kepada 3 anak, surirumah sepenuh masa, suka layan KDrama, berhenti kerja untuk jaga anak sejak tahun 2013.

5. Lea Razali - www.eksplorasilea.com
Blog Berusia 7 tahun, bermula 2013
Ibu kepada 2 orang anak,suri rumah dan mula ingin jana pendapatan melalui blog. Blog perkongsi resipi, travelog, info-info kesihatan dan panduan blog

6. Azlinda - www.azlindaalin.com
Blog Berusia 8 thn, bermula 2012
Mummy kepada 3 orang anak. Bekerjaya sebagai financial consultant AIA, business online dan menulis blog sebagai hobi. Seorang yang pentingkan keluarga, gemar habis kan masa lapang denganaktiviti bersama keluarga

7. Fuzy Rahamah Hamid - www.iamfuzy.com
Blog Berusia  15 tahun, bermula 2006
Umi kepada 6 anak, surirumah sepenuh masa, mulanya menulis di blog sebagai diari berkongsi pelbagai cerita, kisah kehamilan, tugas sebagai agen pelancongan, resepi masakan dan mengambil upah sebagai penulis upahan, penulis konten dan pegawai media sosial (PMS) 

8. Mamy Syu - www.annursyuhadah.com
Blog Berusia 8 thn bermula 2012
Mamy Syu merupakan Mommy Blogger Malaysia. Ibu kepada 3 orang anak. Naufal, Nufael dan Hawraa. Syu berkongsi pengalaman menjaga anak sendirian kerana PJJ dengan suami. 
Tak lokek berkongsi tip penyusuan susu badan,review,resepi serta lifestyle suami isteri jarak jauh. (PJJ selama 9 tahun)

9. Alia Farhan Said - www.aliafarhan.com
Blog Berusia 13 tahun bermula 2008
Mom of 2 princesses... Love cooking.. Travelling.. Mula berblog utk suka2.. Meluahkan perasaan n stress masa belajar dulu2

10. Wan Rokiah (Wawa) - www.mommywawa.com
Blog Berusia 8 Bulan bermula May 2020
Ibu kepada seorang anak. Surirumah sepenuh masa, dalam masa yang sama jana income bersama shaklee dan adsense.Juga seorang youtuber @wanrokiahwanismail & @vitaminwawa.

11. Chaza Xiaojie - www.cxopportunities.com
Blog Berusia 10 Tahun, June 2011
Mak kepada tiga orang anak. Mommy blogger sepenuh masa. Suka sangat menulis sejak kecil.  Azam sejak muda untuk dapat bekerja dari rumah sambil mendidik sendiri anak membaca dan mengaji

12. Nurul Aleya (apakatamommy) - www.apakatamommy.com
Blog Berusia 10 bulan - March 2020
Mommy kepada seorang anak. Sebenarnya sudah lama jadi blogger, 10 Tahun yang lepas dengan blog www.secantikmanis.com. Selepas tamat pengajian, mula bekerja blog pun semakin tertinggal. Tetapi minat menulis sentiasa ada, cuma tiada masa. Bila mula berpindah ke Jb, terus join jdt blogger dan buat blog baru. start baru dengan niche lebih kepada mommy blogger dan resepi. 

13. Nora (Izarra) - www.ummizarra.com
Blog Berusia 13 tahun, bermula 2008
Mak kepada 3 orang cahaya mata. Bekerja di sektor kerajaan (sekolah), asal ada blog suka2 update kisah peribadi, madah, dan macam dairy, dan sekarang banyak entri pelbagai perkongsian. 
Dulu aktif join event tapi bila dah berpindah blog pun kurang update sebab masih sayang pada blog maka masih ada www.ummizarra.com

14. Ciktom - www.ciktom.com
Blog berusia 11 tahun, bermula 2010
Ibu kepada sepasang cahaya mata. fulltime mommy blogger. awal berblog byk share tips, tutorial blogging & cara buat duit online. sekarang lebih banyak create awareness pasal parenting,homeschooling & emas sebagai hobi 😂 

15. Yaya Azura - www.yayaazura.com
Blog Berusia 11 tahun, bermula Jan 2010
Ibu kepada 2 oranv anak lelaki. Mula membuat blog sebagai diari menceritakan hal anak-anak dan kemudian mula menjadikan blog sebagai medium untuk menambah pendapatan. 

16. Rozita - www.ceritaita.com
Blog Berusia 13 tahun,  bermula 2008
Ibu kepada 5 orang anak,  4 lelaki 1 perempuan, kerja sebagai pegawai veterinar di sektor kerajaan, suka membaca dan menulis sejak dari zaman sekolah, menulis blog bermula sebagai hobi,  menulis semua cerita pengalaman hidup, kisah suka memasak dan mencuba resepi baru, pengalaman membesarkan anak-anak terutamanya melibatkan penyusuan susu ibu dan penyakit yang dihadapi anak anak, suka juga berkongsi kisah travel dengan perkongsian tempat yang diinap semasa bercuti,  tempat makan best dan tempat menarik untuk dikunjungi. 

17. Bonde Zaidalifah - www.bondezaidalifah.com
Blog Berusia 11 tahun, bermula 2010
Bonde kepada seorang puteri, Menulis Blog adalah separuh masa mengenai lifestyle travel, resepi, review novel, review drama, review produk kecantikan dan produk kesihatan dan juga fesyen

18. Meksah - www.meksah.com
Blog Berusia 8 bulan, bermula 2020
Ibu kepada seorang anak lelaki berumur 3 tahun. Kerjaya di Sektor Swasta bidang Essential Services. Mula membina Blog Jun 2020 untuk berkongsi informasi dan pengalaman.

19. Fadzi Razak - www.fadzirazak.com
Blog Malaysian Family Lifestyle termasuk tentang kekeluargaan, parenting, resipi, travel, organization, how to, tips dan review.

20. Maesarah - www.mysarahstories.com
Blog Berusia 13 tahun, bermula 2007
Mama anak 3. Asal menulis blog sekadar suka suka dan update tentang penyusuan anak, then jadi blog bisnes kejap. Pastu sharing tentang aktiviti seharian dan sekolah 

21. Atul Hamid - www.atulhamid.com
Blog Berusia 5 tahun, bermula Sept 2016
Merupakan Ibu kepada sepasang cahaya mata. Perkongsian blog mengandungi topik berkaitan business, kecantikan, kesihatan, lifestyle, dan personal.

22. Zaza Azman - www.zazaazman8.com
Blog Berusia 1 tahun, bermula Jan 2020
Kembali berblog setelah 12 tahun berhenti. Mengguna samaran sebagai Mama monsta, mama utk sepasang anak2 monsta comel. Full Time housewife, part time blogger. Blog berbahasa Inggeris. Blog lifestyle yg mengisarkan perkembangan anak2 

23. Marina Bashah - www.marinabashah.com
Blog Berusia 2 tahun,  Feb 2019 ibu bekerjaya. 
Ibu kepada 3 anak dara. selalu kongsi mengenai persekolahan anak. 
tentang program sekolah anak, aktiviti pembelajaran di rumah dan kelas online yang dihadiri oleh anak-anak

24. Aida Hanafiah - www.adianiez.com
Blog Berusia 11 tahun 9 bulan
Ibu kepada 3 orang anak yang sempurna. Bekerja sepenuh masa. Menulis blog secara separuh masa untuk berkongsi kisah hidup berkeluarga, aktiviti keluarga, bercuti ke sana ke sini, dekorasi dan susun atur rumah serta isu semasa. Suka menulis blog kerana ia satu cara meluahkan rasa dan idea dari kacamata seorang wanita, ibu dan isteri.

25. Siti Rohaida - www.kisahsidairy.com
Blog Berusia 11 tahun bermula 2010
Ibu kepada 2 orang anak perempuan, berkongsi cerita tentang kekeluargaan,kecantikkan dan apa jua yang rasa ingin dikongsi.Menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan yang paling disukai.

26. Norhana Rosmida - www.hannamaruku.com
Blog Berusia 4 tahun, bermula 2017
Ibu kepada 2 orang anak, sorang HR practitioner di pejabat dan part time blogger. Hobi suka menulis dari zaman University dan banyak blog pasal resipi, travel dan anak-anak. Seorang Young Living Distributor juga, suka share pasal pengalaman sendiri guna natural remedies untuk wellness anak-anak.

Actually ramai lagi mommy blogger yang best dekat luar sana, tapi ini adalah yang paling best sha listkan, so korang jangan lupa singgah dan follow mereka semua ni tau, selamat berbloging :)



January 15, 2018

Resepi Mudah Tempoyak Durian Merah

January 15, 2018 6 Comments
Resepi Mudah Tempoyak Durian Merah | Assalamualaikum, musim durian merah datang lagi, tapi sayangnya dua tiga tahun kebelakangan ini, musim buahan, durian merah amnya sangat sukar untuk ditemui mungkin cuaca yang tidak stabil membuatkan terbantutnya pertumbuhan buah ini. Tapi itu bukan alasan untuk tidak dapat makan, malah disini sha berkongsi Resepi memasak dengan cara mudah Tempoyak Durian Merah.

Kelihatan kelibat penjual durian merah area Sandakan sudah memunculkan diri, ianya mulai bertapak disekitar Jalan Batu 7, depan Pejabat hinggalah depan Masjid Pengeran, untuk harga sekilo agak mahal tapi berbaloi untuk menghilangkan rasa ingin makan durian merah. Sekilo RM35


Durian merah sangat popular di sekitar Borneo, mempunyai bentuk fizikal sama seperti durian biasa, namun perbezaan warna pada isi dan kulitnya. Rasa isi durian merah kurang manis dan berlemak. Ianya sesuai untuk dibuat tempoyak.

Resepi Mudah Tempoyak Durian Merah


  • Tumis bawang besar dengan durian merah yang sudah masak (tips memilih buah durian merah yang masa; kulitnya terbuka dan isi kemerahan) bersama biji durian merah, letakkan sedikit garam dan gaul sehingga baunya naik.


Kebanyakan pengemar durian putih secara automatiknya akan suka dengan durian merah ini, namun tidak kurangnya juga ada yang tidak suka makan durian putih tapi obses dengan durian merah, namun bagi sha agak malang bila seseorang tidak suka merasa kenikmatan kedua-dua durian ini, suami sha terutamanya hahaha, it's ok b, nda juga habis tempoyak durian merah sayang haha


May 31, 2018

Resepi Berbuka Puasa - Burger Sardin

May 31, 2018 5 Comments
Resepi Berbuka Puasa - Burger Sardin | Assalamualaikum, hi korang selamat berpuasa, alhamdulilah hari ini sudah puasa yang ke 15, tidak terasa cepatnya ramadhan berlalu, bagi korang yang masih tidak putus untuk membuat resepi berbuka puasa didapur sendiri, tahniahh, bukan mudah untuk tahankan hati lagi-lagi nak beli belah dekat bazaar ramadhan, maklumlah setahun sekali kan..hihi so hari ini sha nak kongsikan Resepi Berbuka Puasa - Burger Sardin


Comel kan? kalau korang nak tahu, ini adalah kali pertama sha buat makanan kegemaran sha ini, hihi dah berlaki baru nak berjinak-jinak buat kuih hasil tangan sendiri nak bagi suami makan lah kan..dapat pahala hihi. Ok sha kalau pergi bazaar mesti akan beli RM1 kuih burger sardin ini, tapi sha buat kuih ni memang puas hati, inti sardin banyak dan timun fresh punya, lagi kriuk kriuk bila dimakan hahaha.

Bahan-Bahan :-

4 cawan Tepung gandum
1/2 paket yis mauripan yang telah dikembangkan dengan air suam 
3 sudu gula pasir (blend gula biasa)
1 sudu majerin (sha pakai minyak masak)
2 sudu susu tepung (sha pakai susu cap junjung)
Sedikit garam 
Sedikit air untuk mencanai doh

Untuk inti sardin; Masak sardin bersama bawang putih, bawang besar dan sedikit garam


Cara buat :-
  • Campurkan dan kacau sehingga larut yis bersama gula pasir, biarkan sehingga berbuih
  • Masukkan tepung, buatkan satu lubang ditengah tepung tadi, masukkan majerin, susu tepung, garam, adunkan dengan sedikit air untuk menjadikan satu doh 
  • Biarkan sehingga 30-40minit, selepas itu, tumbuk perlahan doh tersebut untuk hilangkan angin
  • Buat bentuk mengikut saiz kesukaan sendiri dan biarkan doh mengembang.
  • Panaskan minyak dan goreng burger dengan api perlahan
  • Apabila kekuningan, toskan burger tunggu sehingga sejuk baru belah 2 (jangan belah sehingga putus)
  • Masukkan inti sardin dan timun


Untuk satu doh boleh buat sehingga 10-15 biji burger, so puas hati bila masak sendiri kan..jom try..selamat berpuasa :)


October 2, 2020

Buat Sendiri Kek Hari Jadi Edan 2 Tahun

October 02, 2020 4 Comments
Bismillah,
Assalamualaikum


Buat Sendiri Kek Hari Jadi Edan 2 Tahun | sha teringin sangat nak buat kek hari jadi sendiri di rumah, plan last minit ini akhirnya menjadi bila sha dan ipar sha pergi membeli barang baking dan bahan-bahan 1 hari sebelum tarikh hari jadi edan, so agak mencabar jugalah mana lagi kena belajar sendiri dekat youtube cara buat kek, dan dekorasi nya, syukur sha di bantu oleh ipar sha, thanks sarah

Yeah edan sudah memasuki usia 2 tahun, alhamdulilah edan masih lagi sampai sekarang menyusu badan, entah bila lah dia nak wean off, seusia edan 2 tahun dia sudah mempunyai seorang adik perempuan usia 2 bulan hihi, menjadi seorang abang pada masa sekarang sangat mencabar baginya terpaksa berbagi kasih yang dia sendiri belum puas, kesian edan tapi rezeki dapat adik tu Allah tentukan so kena didik edan jadi abang yang baik. 

Dan akhirnya, cabaran diterima dan sha berjaya hasilkan satu kek yang sha pun tak pasti berapa beratnya tapi kek ini agak besar juga untuk makan 5 orang, decorasi simple saja itupun ipar sha tolong deko, sha tukang buat kek, dan letak whipping cream pada kek, best sebenarnya buat kek sendiri ini, satu kepuasan bila dapat hasilnya walaupun tak berapa cantik haha.

Resepi kek coklat moist bakar guna oven dan hanya guna blender sukatan cawan sha buat menggunakan resepi ini


Actually sha plan nak beli kek pocoyo, ala kartun pocoyo, itu antara kartun kegemaran edan, google punya google macam susah ja kalau nak buat sendiri haha, ada ja orang boleh tolong buatkan tapi harga RM50+ half KG dan print gambar pocoyo tu, baba edan nak yang main lukis punya, so plan beli kek memang cancel, so sha buat kek simple ja la asal ada nama edan dah cukup hihi

Baba edan tak expect sha mampu buat kek sebegitu indah hahaha, sebab ulang tahun edan yang pertama buat kek buah, tak cantik, membazir buah ja, untuk menyelamatkan kek tu, baba edan beli 1 kek biasa itu pun RM30+ kan sangat membazir, so bila dia pulang kerja tengok kek yang sha dah adik dia buat, he was like wow..haha at least jimat duit dia sikit kan

Buat Sendiri Kek Hari Jadi Edan 2 Tahun



So dekorasi untuk majlis, haha sedangkan kami 4 anak beranak, 2 ipar sha,6 orang ja sambut, sha memang awal-awal beli belon dekat shopee, ipar sha tiup belon dan sha tampal dekat dinding, awal kami buat jam 3 petang sementara tunggu kek sejuk baru lepas dari masak dekat oven, sekali jam 5 dah tercabut dah tu belon haha, jadi nya lintang pukang lah belon tu, itu tak termasuk belon yang edan tarik, dah lah sha ni takut belon, edan sengaja tau bagi dekat sha belon tu, terkeluar suara jantan sha hahaha.

Tips buat kek hari jadi last minit haha


Sedia kan barang dan bahan, setkan kek yang macam mana korang nak buat, perisa apa, dan dekorasi macam mana, barang utama kena ada, macam oven, mixer, dan paling penting nak buat deko kek adalah turntable cake contoh dalam gmbar warna pink atas kek, dengan ada benda tu, senang kerja korang ratakan whipping cream, dan lagi senang kalau nak letak krim tu gunakan pipping bag, baru ratakan.

Selain itu boleh juga try guna resepi kek marble koko untuk buat kek hari jadi, pasti jadi punya


Alhamdulilah youtube sangat membantu, even last minit haha, sha tak ingat acc mana tapi sha belajar semua dari youtube, dari buat kek sampai dekorasi nya, walaupun hasilnya taklah sehebat orang lain buat, tapi cukup membuatkan orang yang makan terasa nak lagi haha, dan syukur majlis kecilan hari jadi edan berjalan lancar pada 24 September 2020.


January 7, 2023

Adakah Blogger Releven Di Tahun 2023

January 07, 2023 2 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Selamat tahun baru 2023, sedar tak sedar kita dah masuk ke tahun baru, maka bertambah lah umur kita 1 tahun hihi umur koang berapa tahun ni? tahun lalu famous betul tik tok yang tahun-tahun sebelum ni instagram pun tak kurang famousnya, dan kebanyakan blog dah sendu beralih kepada 2 antara media sosial ni,sha antara mereka ni haha, blog sha tahun lalu update pun sikit ja dek kerana laptop sha motherboard rosak, tak dapat diselamatkan.

Adakah Blogger Releven Di Tahun 2023


Disebabkan media sosial seperti facebook, instagram dan kini tiktok mudah sangat nak post status berupa text dan video, orang zaman ni lebih mudah memilihnya berbanding blog, apatah lagi media sosial sekrang ni dah boleh buat side income sendiri, di tik tok saja dah boleh berjual secara dropship, goyang kaki tup tup duit masuk

Tapi dimana dan apa jua caranya, usaha itu penting , macam kita selalu post dekat blog, post pula dekat media sosial, page view tinggi, client pun approch kita job banyak, ataupun kalau korang memang komited dengan blog boleh apply job dekat intellifluence job dibayar menggunakan mata wang usd, sha ja dah dapat lebih dari 2000 ringit malaysia untuk lebih dari 5 job kebanyakannya 1 job tu 100 usd cuba kira hihi, job senang ja korang apply bila lulus buat cepat dan post sebab payment bila dah approve akan dibaar melalui paypal selama 15 hari kalau 15 hari tu kena pada ari sabtu maka korang kena tunggu jumaat seterunya untuk withdraw maybe sha akan buat satu entry untuk terangkan lebih lanjut mengenai aplikasi ini

Blog boleh bantu orang saat memerlukan

Bagi sha blog ni masih releven dan evergreeen tak kisah berapa tahun akan datang sebabnya korang post dekat blog orang akan search then kena pula korang ja yang post pasal benda yang dorang cari tu, secara tidak angsung sangat membantu macam post sha ni pasal sim kad expired apa nak buat? page view untuk post ni dah mencecah 27 ribu memang antara yang paling hit lah sebab post ni ramai yang komen dan contact sha tanya pasal sim kad expired tu, tak kira malam pun wasap sha.. sampaikan sha dah boleh jadi agent tune talk hihi.

Selain share pengalaman, banyak benda sebenarnya korang boleh tulis dalam blog ni, ikut rentak blog korang nak, nak jadi diary pun boleh nak share resepi pun boleh itu pun ok juga sebab mak mak sekarang kalau rajin memang akan selalu save resepi buatnya tak tahu bila haha...tapi kalau mudah dan ada bahan memang akan buka juga blog korang kan. Lagi oran suka bila banyak resepi, bookmark terus

Website lain dah terkejar-kejar nak update post apa hari ni, sebab nak dapatkan tempat pertama di carian google, sekarang dah tak kira website formal pun dah tulis artikel pasal gosip sebab apa sebab ramai orang berpusu-pusu mencari maklumat tapi pstikan maklumat semuanya betul ya, tak pasti jangan kongsi hihi

Sha baru habis renew domain dot com, bila ada domain sendiri pembaca lebih trust dengan blog kita, senang hafal lah macam blog sha opzzpinky.com, the only one dalam dunia blog.. klien pun senang nak berurusan dengan kita sebab kita ada blog yang kita komited selain dari aktif post la hahaha..sekurangnya seminggu 3x atapun kalau rajin sehari 1 post, nak post apa tu kena plan, macam sha ni mak mak yang jadi suri rumah sentiasa banyak kerja yang tak habis, bolehlah draft mana tajuk yang muncul dalam kepala, bila dah siap terus post, takut hilang pula hihih

Selain pendapatan dari blog macam adsense, sha sejak 2017 duit dalam adsense baru 70 lbh hhahaha sehari dapat 0.10 ja bila lah nak withdraw 100 usd hahaha..makanya kena rajin sharinaaa, tu la orang lebih pilih media sosial lain sebab mudah dapat duit tapi diingat bila blog korang link dengan media sosial lagi deabak dia punya income

Mudah2an klien di tahun tahun lalu akan berkolabrasi lagi dengan blog opzzpinky di tahun ini..aminnn

Nak happening kan lagi blog korang carilah group support, macam sha ada group yang sha join untuk job blogger ni, dulu bayar 100 untuk seumur hidup sekarang macam pengasanya tak peduli dah group ni tapi kami tetap berbagi job antara ahli, kebanyakan job sha dapat dari group ni la..alhamdulilah payment tak banyak tapi adalah sikit, tak dari blog pun post dari media sosial lain dah kira ok 

so kalau korang blogger dari 10 tahaun yang lalu, cuba tanya diri sendiri adakah blogger ni releven di tahun 2023? blog dah terkubur? boleh hidupkan semula, repair apa yang patut dan banyakkan mempost kalau nak buat blog baru makan masa nak tempatkan di hati google, kecuali usaha dan rajin hahaa..apapun doakan semoga tahun 2023 ni banyak rezeki masuk dan mengalir seperti air di sungai hihi..






April 22, 2019

Resepi Kek Sarang Semut Menggunakan Periuk Cuckoo

April 22, 2019 1 Comments


Resepi Kek Sarang Semut Menggunakan Periuk Cuckoo | Assalamualaikum, 10 hari terakhir berpuasa, pasti ibu ibu sangat sibuk menyediakan persiapan raya, terutamanya buat kuih raya, sehari boleh siapkan 2 jenis kuih, amboi raya sakan kamu ya hihi, memandangkan masih dalam kawalan pergerakan, tidak salah untuk kita menghidupkan suasana raya tersebut, jadi buatkan kuih dan persiapan mengikut kemampuan ya, dekat nak Raya ni bolehlahcuba resepi simple kek sarang semut aka kek gula hangus, kali ni sha menggunakan periuk Black HN10 Cuckoo, hebat sekejap ja dah masak tau, hasil nya memang terbaik..terima kasih Cuckoo

Bahan-bahan
Gula hangus 1 cawan
Tepung 1 cawan stgh
Susu pekat 1 tin 
3 sudu mkn majerin
1 sudu mkn soda 
1 sudu mkn baking
1 cawan air
4 biji telur

Caranya
1. Hanguskan gula guna api sederhana perlahan. 
2. Bila sudah cair dan perang, masukkan air  
3. Bila gula sudah larut, tutup api dan masukkan butter, biarkan sejuk pada suhu bilik. 
4. Blender telur 10 minit atau kacau sampai sebati. 
5. Masukkan susu pekat kacau hingga sebati. 
6. Masukkan soda bikarbonat dan baking powder.
7. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, kacau sampai sebati (guna mixer pun boleh). 
8. Akhir skali masukkan air gula yg sudah disejukkan, kacau higga sebati atau smpai tidak berketul (guna mixer). 

Kemudian masukkan dalam periuk cuckoo dan set kan button oven, set masa 20minit dan siap

# untuk periuk ini, ada button khas untuk kek, tapi kalau nak ranggup diatas kek guna button oven..simple kan..nasib ada cuckoo..hihi