January 22, 2013

Jom Tebus Rebat Rm200 untuk Smartphone

January 22, 2013 12 Comments

Finally dapat juga email pasal rebat ni..sebab hari tu sha pohon tapi lupa nak print..terus skip..haha..siapa yang mengalami hal yang sama dengan sha? ikut cara di bawah ini

Berikut langkah yang perlu dilakukan:

1. Copy dan paste URL berikut pada ruangan browser yang baru:

https://komunikasibelia.skmm.gov.my/Public/Success?ic=900622******

2. Gantikan 900622****** pada URL berkenaan dengan nombor kad pengenalan baru anda.

3. Tekan Enter.

Sumber : INI ..Tapi SKMM akan bagi melalui email..tapi kena tunggu la kan :)


so ini bukti sha dapat rebat tu..sha baru dapat juga ni..dah nak luput 7hb nanti..tapi happylah juga..nanti nak tebus hp yang murah2 ja..tak da duit..hahaha..kalau korang nak tahu tempat nak tebus check kat bawah ni










Sumber : INI 

sha pengguna prepaid umobile so nak tebus kat SenQ 1B dan senheng pun boleh :) 

‎4 JENIS PEREMPUAN YANG JADI PENGHUNI NERAKA

January 22, 2013 3 Comments


1] PEREMPUAN YANG JAHAT MULUT dan KELAKUAN, TERHADAP suaminya... 
Banyak komplen... Ada sahaja yang tidak kena.... " ABANG NI PUN SATU, BELI IKAN KECIL-KECIL SANGAT... Belilah yang besar sikit... Susah nak siang... " ... Esoknya.. " ABANG NI, BELI IKAN BESAR SANGAT, gelilah nak makan.." Komplen lagi... Ada sahaja yang tidak kena pada suami.... Suka MEMBURUK2AN SUAMI dibelakang suami samada kepada ibu bapa, saudara mara atau kawan2.... CURANG pada suami.... Si isteri membuat perkara haram atau BERGAYUT ATAU BERCHATTING dengan lelaki lain.... Menyakitkan hati suami dengan mengungkit segala kekurangan suami setiap hari. " SEDARLAH DIRI AWAK TU, kos perkahwinan pun saya yang keluarkan... Nak harapkan awak dan keluarga awak, tak merasalah hidup senang seperti sekarang ni..." sehingga suaminya tidak terkata apa-apa....

2] PEREMPUAN YANG MEMPERBODOHKAN SUAMI, 
memaksa suami membuat perkara yang di luar kemampuan suami.... MENGGUNAKAN ILMU HITAM AGAR SUAMI PATUH DAN IKUT SEGALA KEMAHUAN ISTERI... "Itulah engkau, kalau dari dahulu, kau dengar cakap aku, beri suami kau makan NASI KANGKANG, sudah tentu sekarang ni kau tidak dimadukan.. ".... “Suami aku, aku dah ‘ikat’ awal2 lagi...Dia tak boleh nak buat apa2 dahhh!!”... Memaksa suami untuk membeli sesuatu di luar kemampuannya, atau suami minta tangguhkan dulu sebab ada perkara lain yang lebih perlu... "ABANG, SAYA TAK TAHU, RAYA NANTI SAYA NAK LANGSIR BARU, KARPET BARU, PETI AIS BARU... ".... "Langsir dan karpet ni kan baru ganti jerr... Abang mana mampu, Yang... Yang tahukan, banyak benda nak kena bayar niii... "... "ITU SAYA TAK TAHU.. Yang saya tahu, saya nak langsir baru, dan karpet baru...!!" ..... ”Tak per lahh..abang berhutanglahh..”..... Suami tunduk mengalah....

3] PEREMPUAN YANG TIDAK MAHU MENUTUP AURAT... 
Yang memakai perhiasan untuk tujuan bermegah-megah... "Amboi, cantiknya isteri abang... Bila bergaya nak keluar rumah, mengalahkan artis..."... “Mestilah, bila orang tanya, isteri siapa yang cantik, bergaya, rambut ikal mayang tu.. haaaa.. abang juga yang akan dapat nama, kan?... "... "Iya tak ya juga... Bangga abang ada isteri cantik macam kamu ni." .............

4] PEREMPUAN YANG TIADA CITA-CITA MELAKUKAN AMAL IBADAH, atau MENAMBAH amal ibadah... 
melainkan makan, minum, MENONTON tv, berhias diri, tidur.... Hujung minggu, pergi ke kelas senam-robik.... Disuruh solat, tidak mahu... Disuruh berpuasa, tidak mahu.... Disuruh belajar membaca Quran tidak mahu.... Disuruh hadir kuliah agama di mesjid, tidak mahu.... Disuruh membaca buku2 agama, tidak mahu... Hidupnya hanya untuk bergembira dan berseronok... Hari-harinya di habiskan untuk tujuan itu sahaja..... Tiada kebaikan agama apa pun pada perempuan seperti ini ...

Sumber : FB

Masih ada bau dari KL..hahaha

January 22, 2013 5 Comments
Pulang ja dari sini, terus banyak tekanan..happy dr jalan2..belum hilang lagi, dah menghadap buku..dah lumrah seorang student apa boleh buat..hehe..nak cemerlang kenalah study kan..yup minggu ni ada 2 test pagi tadi dah lepas satu..move on another test besok..malam ni kena study..macam manalah nak kekalkan 300 ni..haih..besok kena buat projek luar kelas pula..
masih tak ada masa nak update pasal my trip ke KL em..gambar tak dapat lagi..soon ok :) apa yang masih ada bau dr KL tu? kalau makanan confirm dah habis haha..so nantikan entry seterusnya hehe..

Drive-Thru

January 22, 2013 3 Comments


haha..kreatif kan? siapa yang malas sangat nak beratur di counter boleh cuba cara ni..terbaikkk~

January 21, 2013

Sewa Chocolate Fountain dengan harga yang MURAH !!!

January 21, 2013 7 Comments
- Sticky Post - 

wah sedapnya..actually sha tak pernah rasa lagi coklat fountain ni..sebab kat sabah tak ada..hehe..so today sha nak iklankan business coklat fountain dari eida..
Beberapa pakej yang TERMURAH yang ingin sha kongsikan di sini..so siapa2 yang cadang nak kahwin tu bolehlah sewa coklat fountain ni..selain itu, majlis2 yang ala2 west pun boleh juga guna kan..macam open house, annual dinner..bagi special sikit hehe..



Pakej Sewa RM150

-Sewa Mesin Chocolate Fountain untuk 1 hari (3 tier mesin)
-2 kg Chocolate
-Urus sendiri/Self handling
-Mesin perlu di pulangkan dalam tempoh 24jam after pick up
-Pick up location, Cheras area (MCD Bandar Tun Hussien Onn)
-Mesin TAK perlu dibasuh selepas guna
-Deposit Keselamatan diperlukan RM200 --- deposit akan dipulangkan jika mesin dikembalikan dalam keadaan baik
Pakej Kasih RM200 (50pax - 100pax)
-Sewa Mesin Chocolate Fountain untuk 1 hari (3 tier mesin)
-2 kg Chocolate
-500 gram marshmallow
-500 gram biskut jejari (stick biscuits)
-Dadih Buah-buahan 20pcs
-Urus sendiri/Self handling
-Mesin perlu di pulangkan dalam tempoh 24jam after pick up
-Pick up location, Cheras area (MCD Bandar Tun Hussien Onn)
-Mesin TAK perlu dibasuh selepas guna
-Deposit Keselamatan diperlukan RM200 --- deposit akan dipulangkan jika mesin dikembalikan dalam keadaan baik
Pakej Rindu RM350 (100pax - 200pax)

-Sewa Mesin Chocolate Fountain untuk 1 hari (3 tier mesin)
-3 kg Chocolate
-1 kg mix fruit -- strawberry & anggur
-1 kg marshmallow
-1 kg biskut jejari (stick biscuits)
-Cupcake Orange Blended 20pcs
-Tisu & Pinggan kecil disediakan
-Urus sendiri/Self handling
-Mesin akan dihantar ke rumah (area KL & Selangor only)
-Mesin perlu dipulangkan dalam tempoh 24jam selepas diterima
(hantar ke Cheras area or MCD Bandar Tun Hussien Onn)
-Mesin TAK perlu dibasuh selepas guna
-Deposit Keselamatan diperlukan RM200 --- deposit akan dipulangkan jika mesin dikembalikan dalam keadaan baik
Pakej Sayang RM500 (200pax - 400pax)
-Sewa Mesin Chocolate Fountain untuk 1 hari (3 tier mesin)
-4kg Chocolate
-2kg mix fruit -- strawberry & anggur
-2kg marshmallow
-2kg biskut jejari (stick biscuits)
-Cupcake Orange Blended 30pcs
-Tisu & Pinggan kecil disediakan
-Urus sendiri/Self handling
-Mesin akan dihantar ke rumah (area KL & Selangor only)
-Mesin perlu dipulangkan dalam tempoh 24jam selepas diterima
(hantar ke Cheras area or MCD Bandar Tun Hussien Onn)
-Mesin TAK perlu dibasuh selepas guna
-Deposit Keselamatan diperlukan RM200 --- deposit akan dipulangkan jika mesin dikembalikan dalam keadaan baik
Pakej Cinta RM800 (400pax - 700pax) for wedding
-Sewa Mesin Chocolate Fountain untuk 1 hari (3 tier mesin)
-6kg Chocolate
-4kg mix fruit -- strawberry & anggur
-3kg marshmallow
-3kg biskut jejari (stick biscuits)
-Cupcake Orange Blended 100pcs
-100 stick donut
-Dadih 100pcs
-Tisu & Pinggan kecil disediakan
-Mesin akan dihantar ke rumah (area KL & Selangor only)
-Pembantu untuk menjaga booth
-Simple deco mengikut tema perkahwinan

Kalau korang berminat nak booking sila usah-usah empunya badan :)
Eida 012-2334792 Call/SMS/WhatApps

I'm back

January 21, 2013 7 Comments

wah..wah..penatnya..tak puas jalan2 KL..dah balik Sabah..sha holiday, blog pun ikut holiday juga..rindu nak update blog hehe..tapi jam 2 ni sha ada class nanti dah free sha cerita pasal trip ke kl jumaat - ahad hari tu..dan..paling best jumpa 2 orang blogger hehe..teka siapa?? mesti korang dah tau kan :P  

hehe :)