July 11, 2025

Fyirdhan kena Demam Campak

Bismillah, 
Assalamualaikum


al kisahnya.. fyirdhan panas badan start sabtu..pada majlis sambutan birthday adiknya eshal..sebab tu fyirdhan dan baba tiada dalam gambar..dan sepanjang majlis tu..diorang berdua duduk dalam bilik saja..sebab dah setting awal majlis jadi sha tak boleh tundah..kek dah beli barang dah siap..kawan dah panggir..kita go on saja..



biarpun suda makan ubat demam..still tak turun juga..suhu diantara 38-39'c..kelam kabut juga baba pastikan suhu tak cecah 40..kami bawa pergi klinik..doktor cakap dia tonsil..dan kena neb..ambik antibiotic dan ubat anti radang..dokot bagi cuti 2 hari ..lemas jangan cakap..sampai tak mahu makan..kami paksa dia makan apa saja dia mau..asal ada alas perut ..kami bawa dia jalan2 walaupun tengah malam lepas habis majlis bday eshal..suhu turun tapi tetap panas juga..panas dalam..

so ok sikit sha suruh dia sekolah selesa dan rabu..pada khamis pula dia dah start naik ruam..kebetulan pula mata sha bengkak sebab makan terung..jadi kami pergi balik klinik butiza..badan tak panas cuma naik ruam

1 badan kena ruam merah ni..jadi doktor sahkan dia kena demam campak dan di quarantine selama 5 hari..sebab demam campak ni akan berjangkit..doktor ada juga check adiknya..alhamdulilah tak kena..cuma kena banyakkan minum air putih dan sha suruh dia makan air kelapa dan barli..semoga cepat sembuh..









Happy 5th Birthday Eshal

Bismillah, 
Assalamualaikum


lama tak bersiaran, bulan julai ni ulang tahun anak perempuan sha yang ke lima tahun..nur eshal khadijah..biasala budak2 ni happy bila kita sambut birthday dia..lagi2 ramai kawan yang join..kawan 1 aras..meriah sangat..sekali dengan goodies sha sediakan tuk anak2..walaupun rumah kecil..tapi muat semua tetamu..makanan pun alhmdulilah kenyang semua..





tahun ni tema kuromi..pink purple tapi baju princess elsa tu makciknya dah beli awal..so jangan membazir pakai saja..backdrop pula sha buat sendiri..last minit beli dan deco..alhamdulilah..

makanan pula ipar sha tolong masakkan..nasi goreng, mee goreng, ayam goreng, nugget, tembikai dan dadih..dadih pun buat last minit juga syukur dadih ni jarang fail..


misha dan eshal



banyaknya kek? ah sha dah beli kek kuromi tu half kg..kwn sha pula bagi hadiah kek juga tuk anak kwn 1 lg..dan eshal..yang warna kuning..oleh kerana nak sambut dengan pakcik eshal sama bulan..jadi baba nya beli 1 kek lagi di secret recipe.. alhamdulilah setel abis tiada membazir kek pun ramai suka sedap smuanya..








terima kasih sebelah mertua dan ipar sha..kwn2 eshal..guru mengaji, kwn2 sha..datang majis bagi hadiah dan imam tlg bacakan doa selamat.. insyaAllah ada rezeki kita makan2 lagi..

happy birthday eshal semoga jadi anak yang baik dan solehah..




May 20, 2025

Kes Budak Pra sekolah Tercucuk Pin Jalur Gemilang

Bismillah, 
Assalamualaikum

Allahuakhbar seram sungguh tajuk post kali ini, apa yang terlintas dalam fikiran sha selama pelaksanaan Bendera Jalur Gemilang, apatah lagi bila anak2 pra dan tahun 1 di beri jalur gemilang berbentuk pin..akhirnya terjadi juga benda begini..




langkah selamat sha beli jalur gemilang yang main jahit..sha beli di shopee..1 lencana tu RM3lebih..jahit di semua baju sekolah anak..senang cuci dan tidak mudah tercabut..







May 10, 2025

The Tip of Borneo - Simpang Mengayau, Kudat

Bismillah, 
Assalamualaikum


Alhamdulilah akhirnya kaki ini dapat juga menjejak ke kawasan utara di bahagian sabah yang paling hujung..masyaAllah dengan keindahan pantai di kudat, jernih biru cantik sangat, cuma sayangnya sedikit tak terjaga, rumput panjang dan kurang orang mungkin sebab kami datang tu waktu panas terik, hihi..jika dijaga dengan baik insyaAllah akan menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar negara.

The Tip of Borneo - Simpang Mengayau, Kudat

Simpang Mengayau adalah tempat paling hujung di kawasan utara kepulauan borneo, terletak di Kudat, Sabah.

Asal nama Simpang Mengayau adalah perkataan dari bahasa tempatan:-
Simpang bermaksud simpang jalan dan Mengayau adalah istilah dari suku kaum Dusun atau Rungus yang dikaitkan dengan aktiviti pengayauan iaitu satu amalan tradisional peperangan atau mempertahankan diri zaman dahulu 

Nama lain iaitu the tip of borneo

Tanjung Simpang Mengayau adalah tempat pertemuan antara Laut Cina Selatan dan Laut Sulu. Menjadikan kawasan Simpang Mengayau ini sangat unik dari segi geografi  dan permandangannya. Sedikit info menarik, pada adab ke 19, Kudat dikenali sebagai ibu kota pertama borneo dan menjadi sebuah pos perdagangan yang sibuk dan kini menjadi bandar yang berkembang maju seiring peredaran masa. 

korang yang plan nak pergi ke mana musim cuti sekolah yang bakal tiba dan pastikan korang masukkan Simpang Mengayau tempat persinggahan sekeluarga nanti ya.





lama betul tiada gambar berdua..saja suami sha imbangkan ketinggian haha..
mengulu laitu haha

kami di sini



mini of me - nur eshal khadijah





jangan salah faham ya..ini anak..budak adik hahaha..
nmpk pendek la pula sha di sini haha

panas betul serius kalau kesini bawalah payung atau topi yg lebar tu..
ada jual juga ice cream RM2 dan pure coconut RM5

mencari harta karun tak jumpa juga..

korang juga boleh menikmati keindahan pantai,lepak santai tepi pantai..ada surau, tandas awam dan kedai..boleh camping disitu atas risiko masing-masing, pastikan korang camping ramai-ramai memandangkan kawasan agak suram..









March 22, 2025

Kabinet Gantung Dapur

Bismillah, 
Assalamualaikum




Kabinet Gantung Dapur | beginilah suasana dapur sha..agak sempit sikit maklumlah tinggal rumah ppr..tapi sha bersyukur punya dapur sendiri hihi..boleh deko deko ikut kemahuan sendiri..tapi sejak berusia ni sha lebih suka minimize..tak suka banyak barang..dan mula suka warna putih..meski putih ni agak susah di jaga..tapi nampak luas dan cantik

kabinet tu sha dah lama beli..tapi ambil masa nak pasang..sha beli dekat kedai di batu 8 sandakan..kien yap trading, sebaris ar rahnu.. sana memang banyak perabot dan ini antara termurah di sandakan. so sha beli masih dalam kotak harga dalam RM239 begitu angkat sendiri pasang sendiri..

Mula2 pasang susah jugalah..kena guna tenaga lelaki juga..ukur angkat mencabar keimanan hahaha..tenaga kerja tidak cukup..end up terpasang megah di dapur sha..asal ja orang datang berkunjung ke dapur memang akan cakap kabinet sha ni cantik dimana beli..ahh korang boleh roger kedai tu..sofa pun ada..tapi belum cukup bajet nak beli sebab raya ni lebih kepada biskut raya dan lauk pauk kenduri nanti.. insyaAllah soon..

sha plan akan tambah lg 1 biji kabinet macam ni pasang di sudut sebelah..sebab banyak lagi barang nak kena sembunyi..barang kenduri..rumah kecil tiada stor so kena ada kabinet..