February 22, 2025

Minggu Pertama Sekolah 2025

Bismillah, 
Assalamualaikum



Minggu Pertama Sekolah 2025 | anak-anak sudah mula sekolah pada isnin yang lalu, fyirdhan pagi sekolah kafa selama 3 hari isnin sampai rabu, katanya belum mula belajar..pada waktu petang pula fyirdhan dan eshal sekolah macam biasa, tahun 1 dan pra sekolah, malam mengaji.

sha tak risau fyirdhan sebab ini masuk tahun ke4 dia sekolah, so dia memang pandai berdikari, cuma belum pernah pergi beli makanan di kantin, so tengah hari biasanya sha kasih dia makan dulu baru bagi dia RM1 kalau dia ada bekal dan RM2 kalau dia tiada bekal, so far dia pandai beli makanan sendiri di kantin, alhamdulilah.

Yang adik pula waktu pertama sekolah syukur dia jenis yang tabah, siap suruh umie jangan tunggu dia di sekolah..dia suruh umie balik hahaha..yakinnya kamu, tapi seriusly dia tidak menangis langsung sebabnya ada kawan satu aras tinggal sama-sama dan bersekolah sama-sama di kelas yang sama..alhamdulilah..makan disediakan dan dia pandai kencing sendiri di sekolah..eshal ni jenis yang mahu di tanya dia sudah kencing atau nda..bayangkan dia boleh lupa dia tiada kencing semasa 4 jam di sekolah..adeh..

pergi kafa baba hantar, pulang kafa sha ambil..pergi sekolah sha hantar, pulang pun sha ambil, bayangkan berapa kali naik turun tingkat 3 kalau tak kurus tak tahu lah haha..bertabahlah nanti time puasa hihi.

time dorang sekolah sha stay rumah..hari pertama, agak suram juga hidup sha..maklumlah pertama kali 1 orang dirumah..tak keruan dan asyik tengok jam..hari kedua sha plan tengok kdrama "queen of tears" pulang ja rumah ada pengisian dan boleh tidur sebelum ambil anak

alhamdulilah azam pertama sha tahun ni nak masuk al quran sebelum puasa tercapai, dan kini masih merangkak..dan mudah2an tahun ini dapat khatam bersama fyirdhan..eshal lambat lagi haha..



February 11, 2025

Persiapan Sekolah Anak 2025

Bismillah, 
Assalamualaikum

Persiapan Sekolah Anak 2025 | sedar tak sedar ada 5 hari lagi sekolah akan bermula, tahun 2025 anak sulung sha akan melangkah masuk darjah 1 manakala adiknya masuk pra sekolah. Sejujurnya persiapan sekolah anak sha beli dua bulan awal, seperti beg RM26.90, warna RM7.90 x 2 dan tudung RM3.90 x 3 helai sha beli di shopee menggunakan sea shipping, lambat sampai tapi masih ada masa sebelum sekolah buka. 




Untuk pakaian sha beli di kedai berdekatan memandangkan kalau beli online sha risau saiz pula tak tepat, jadi 1 set uniform dan kasut sha beli di kedai kesana di batu 8 harga baju RM19.90, seluar RM24.90 Kasut RM18.90 dan kebetulan baru ni ada promo jualan rahmah back to school sha beli lagi 1 set pakaian sahaja baju RM14.90, seluar RM17.90 sebab 1 set lagi sha dah beli awal..sayangnya kpdnkk buat promo begitu lambat..tapi walaupun lambat tetap dapat membantu ibu bapa untuk belanja pakaian sekolah dengan harga diskaun. 

Tahun ni fyirdhan masuk kafa, baju kafanya dan samping sha beli di suntos, sha beli 1 set sahaja, harga untuk 1 set baju melayu RM38.90 untuk size paling kecil, samping RM16.90, lagipun kafa hanya pada hari isnin - rabu, jadi sha boleh cuci setiap hari. tak jadi masalah. oh iya beg kafa, fyirdhan pakai beg yang lama saja, begitu juga dengan beg eshal, sha beli untuk beg mengaji tapi sekarang dah tak pakai sebab mengaji sebelah rumah ja..so boleh guna untuk beg pra sekolah, kasut abang pun masih boleh guna cuma abangnya tak muat kaki dah besar..jadi eshal boleh pakai sementara kaki masih muat, sha tak janji sampai bila boleh pakai sebab kaki eshal jenis cepat panjang hihi..

Botol air sha beli di kedai eco, RM2.60 x 3 (2botol 1bottle holder untuk eshal)..kalau hilang pun taklah sakit hati kan..stokin pakai yang lama tapi sha tambah 3 helai mana lah tau kan stokin senang hilang..pun beli di shopee 3 helai RM5

Baju uniform eshal pula, t-shirt lengan panjang warna putih RM15.90 x 2 helai dan seluar tracksuit warna gelap RM11.90 x 2 helai, baju sukan belum ada lagi dan setiap jumaat pakai baju kurung saja.

so total anggaran pembelanjaan yang sha kira-kira untuk 2 anak, darjah 1-kafa dan pra sekolah ialah RM275 lebih itu belum termasuk buku dan alat tulis, dan tidak termasuk untuk bayaran awal sekolah hari tu beli lencana, tali leher, fail, name tag, buku pra sekolah, yuran pibg..

lega persiapan sekolah anak dah setel, lepas ni kena order baju raya pula, hujung bulan depan kita nak raya..tapi sebelum tu puasa dulu..kita siap-siap untuk ramadhan..

February 5, 2025

Disan Baang, Kiulu Camp Site

Bismillah, 
Assalamualaikum

Disan Baang Campsite, Kiulu | cuti seminggu sempena tahun baru cina baru ni, kami plan nak pergi camping, tapi cuaca di sabah pada ketika tu memang hujan sepanjang minggu, tapi nak juga camping..tempat ni memang sesuai sangat..nanti sha cerita apa yang sesuainya camping time hujan hihi..




27hb kami gerak ke kundasang, bermalam di sana dan 28hb kami gerak ke kiulu untuk camping 3 hari 2 malam, hujan sepanjang hari pada 29hb tu tapi kami buka khemah dalam pondok ja untuk tidur, masak dan makan pun dalam pondok.

Hari terakhir pada 30hb kami bertuah sebab cuaca sangat baik, air sungai mulai surut tapi masih deras, anak-anak dah boleh mandi kolam 

Jarak dari pekan kiulu ke campsite ini tidaklah begitu jauh dan masih banyak kedai disekitarnya, untuk pengetahuan korang, kiulu adalah tempat paling banyak campsite dibuat sebab ada laluan sungai.. campsite tanpa sungai tidak lah lengkap kan..bertuah orang kiulu dapat jana pendapatan..tapi ada pasang surutnya disetiap perniagaan, bila waktu cuti ramai orang pergi camping, bila dah buka sekolah sunyi..begitulah kehidupan

Disebabkan hujan kami terpaksa menyewa pondok, didalam pondok disediakan 1 soket, lampu, meja dan tong sampah..tersedia juga bangku bambu panjang disetiap sudut pondok..tandas banyak jadi tak perlu risau berebut, ada di sediakan kolam untuk anak-anak tapi perlu pengawasan.

Campsite ini juga menyediakan mesin basuh auto untuk memudahkan cuci baju, bawa sabun cuci sendiri ya..oh iya surau pun ada untuk solat, dan ada masjid berdekatan campsite..





kami hanya bayar sewa pondok 2 malam RM60, entrance sekali saja bayar ; dewasa RM8, kanak-kanak RM6 untuk camping 4 beranak RM88 untuk 3 hari 2 malam.

Kalau buat family day memang best boleh water rafting dan ada dewan. 



info lanjut korang boleh tengok fb dan wasap owner nya..memang peramah..terbaik disan baang..nanti kami repeat lagi..

January 24, 2025

Semakin Benci Semakin Cinta By Shuib Dan Siti Sarah

Bismillah, 
Assalamualaikum


Semakin Benci Semakin Cinta By Shuib Dan Siti Sarah | saja petang ni sha nak share lagu favorite sha sejak arwah siti sarah meninggal dunia..lagu ni bagi kesan betul dari segi lirik nya melodi nya..siti sarah juga antara penyanyi berbakat kegemaran sha, lagu-lagu nya tak lapuk di telan zaman..of course antaranya kesetiaan. 

Arwah siti sarah meninggal dunia akibat covid19 ketika dia sedang mengandung dan terpaksa bersalin kan anaknya bertapa beruntungnya arwah meninggal di saat melahirkan dan akibat wabak, besar pahalanya..mudah-mudahan ditempatkan di syurga hendak-Nya..amin

bayangkan sha terima ja berita kepemergiaan arwah, seharian sha menangis sebab terasa betul kesedihan hati sebagai seorang mak yang bertarung nyawa melahirkan anak dan meninggalkan anak-anak yang masih kecil..

Sha teringat lagu ni sebab anaknya dekta viral nyanyi lagu ni dengan bapanya shuib..ia lah taklah sama macam maknya nyanyi tapi tetap ada iras samar suara diorang..dah nama anaknya kan..tak apa dekta, kalau minat dalam bidang nyanyian boleh belajar lagi.

dan lagu ini release 2 bulan sebelum arwah meninggal dunia..rasa macam lagu ni tersirat perasaan siti sarah yang akan terjadi selepas dia 'pergi'

"aku juga seperti mu, menyesali segala yang terjadi"

"bila tiba saatnya nanti harus bersama"

"sayang..kau tahu hati ini, haruskah ku tinggalkan, memori yang tercipta"

melodi lagu ni memang best, part siti sarah nyanyi dengan nada lenggoknya sendiri tu yang buat sha terkesan dan sedih dengar, Allah masih beri peluang untuk sha jadi seorang ibu dan isteri untuk suami dan anak2..itu sebenarnya buatkan sha sedih..sha pasti mom di luar sana pun begitu..

marilah kita sedekahkan al fatihah untuk arwah siti sarah dan kepada ahli keluarga kita yang telah pergi menghadap Ilahi..

January 23, 2025

Renew Domain Blog

Bismillah, 
Assalamualaikum

credit to google


Renew Domain Blog | sedar tak sedar tiba masa nya untuk renew domain blog untuk setahun, domain pula makin lama makin mahal, sekarang dah RM60 terdetik juga nak ja cancel pakai domain tapi doa ja banyak-banyak manalah tahu bila ada domain sendiri job banyak masuk, maklumlah 2,3 tahun kebelakangan ni job sendu ja, apatah nya update pun malas hihi, 

So tahun ini insyaAllah walaupun sesibuk mana sha tetap akan update, meski entry taklah ikut seo tapi sekadar luahan hihi..macam dulu2 kita update blog pun sebab nak meluah kan..itulah banyak betul entry dalam sebulan..zaman baru nak up begitulah..bila dah viral pasal entry seo ahh baru tergedek nak padam entry yang join GA segmen tu..alahai kenangan betul

Ramai juga blogger sha nampak dah tak aktif, ada yang dah padam dah blog dorang, sedih lahai tengok..mudah-mudahan sha kuat untuk terus berblog..