January 15, 2025

Hari Service Penapis Air Sendiri

January 15, 2025 2 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum

Hari Service Penapis Air Sendiri | Disember 2023 adalah hari terakhir sha bayar bulanan penapis air cuckoo, terasa bahagia setelah habis hutang selama 5 tahun, awalnya sha ambil penapis air dan penapis udara cuckoo RM159 sebulan waktu tu kami laki bini memang ejen cuckoo dan time tu anak sulung lahir, terus terang sha kata kan dua barang ni sangat berbaloi beli ianya memudahkan kami dalam kerja seharian.


Contohnya macam penapis air dah ada air panas dan sejuk tak perlu masak air kalau buat susu, sakitnya angkat botol mineral sampai tingkat 3 terasa bila air mati, hahaha time tu baru hargai penapis air cuckoo dan penapis udara sampai sekarang sha masih guna walaupun barang dah lebih 5 tahun, kalau sha masak di dapur kadang asap banyak kan..maklumlah rumah flat, penuh 1 rumah, sha pasangkan penapis udara cuckoo, asap akan hilang perlahan, oh ya sha pun ada juga beli pressure cooker cuckoo, sha masih guna juga sampai sekarang, semua tu hadiah dari suami untuk sha, walaupun bayar ansuran hakss

Hari ini sha service penapis air sendiri, senang ja kalau nak tukar filter, filter pun boleh beli dekat kedai oren harga dalam 50 ringgit termasuk ship ke sabah untuk 1 set free tubing putih, cara pasang pun banyak dekat you tube dan tik tok.

Pastikan filter berada dalam keadaan betul, ganti tube lama, lap tangki dengan kain bersih, flush air dalam 2 3 besen baru hidupkan semula mesin penapis air senang kan.

setahun tak service rasa air dah lain dah..tapi kalau di ikutkan setahun 4x tukar filter, dia tukar 1 filter ja setiap kali tukar, baik tukar setahun 1x semua kan..kalau coway pula dia just flush ja tak tukar pun..kalau ambik pula service cuckoo tahunan rm400 lebih juga errgghh..baik tukar sendiri jimat banyak disitu..pilihan di tangan anda hihi


 

January 8, 2025

Pindah Masuk Rumah PPR

January 08, 2025 6 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Pindah Masuk Rumah PPR | alhamdulilah dipermudahkan kami pindah masuk ke ppr bulan lalu, kami pindah pada 24hb disember 2024 time tu karan dah ada cuma air belum naik lagi, time tu pula kaunter cuti 2 hari so air buka pada 26hb, terpaksa angkat air di rumah bapa kawan sha..

dugaan kali ini pindah barang rumah banyak kena angkat pula naik tingkat 3..kami angkat guna 4x4 company husband punya dan bezza, ada lah dalam 4 kali trip, yang bawa naik barang anak buah, sha upah ja dia memang laju dia angkat..sampai ja di atas penuh 1 ruang tamu barang rumah..asyik pindah, kemek peti sejuk ja huhu..haraplah ini rumah last..penat nak pindah lagi..sampai sekarang belum ada masa sort lagi..gaji ja terus bayar hutang lucky bulan ni ada angpaw sempena chiness new year jadi sha plan nak beli kabinet dapur sangkut tu, barang dapur sha banyak sangat..tapi belum beli lagi..

alhamdulilah Allah permudahkan, tempat mengaji sebelah rumah ja, anak-anak dan sha belajar mengaji di situ setiap malam, harapnya sebelum raya sha dapat masuk al -quran, skg iqra 6, lama sangat tak mengaji lupa dah..kafa pun dekat senang hantar fyirdhan nanti..






December 22, 2024

Pasang Tikar ala Vinyl

December 22, 2024 8 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum

Pasang Tikar ala Vinyl | hari tu sha ada kemusyiklan nak pasang Vinyl atau Tikar Getah ? kira bajet dan bila ditengok keadaan lantai rumah, keputusan nya adalah pasang tikar, sebab lantai simen tak rata, sangat tidak digalakkan pakai vinyl nanti rugi ja vinyl patah, so kami beli tikar ala vinyl hihi


setelah survey beberapa kedai, kami pun beli tikar corak vinyl 20meter 1 gulung RM130 jenis yang nipis ja ni, sha beli di kedai perniagaan said sebelah KFC, so kami angkut guna bezza, seat belakang baringkan, tapi malangnya 20meter ini hanya cover ruang tamu dan laluan ke bilik sahaja..kami nak tambah lagi 1 gulung, sha tak pasti kalau ada lagi corak yang sama..

Cantik warna dan corak ni kan..sha dah beli dekat shopee wainscoting yang melekat dekat dinding untuk cover tepi tikar, sha pilih warna hitam macam tak matching pula..ka sha salah pilih hahaha?

December 21, 2024

FAIRUS Buat Giveaway

December 21, 2024 7 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


FAIRUS Buat Giveaway | ini giveaway pertama sha join untuk tahun ini, hihi sha baru nak aktif kembali jadi jom la kita support sesama blogger, syarat simple ja korang

Dan untuk jawapan no 2 tu, sebenarnya sha baru ja follow blog fairus ni, walaupun fairus dah lama berblog, tapi masih mampu bertahan samapai ke tahun ini, tahniah..tak semua blogger yang dulunya aktif sekarang diorang dah beralih ke media sosial yang lain, sha antaranya, salam perkenalan..sejujurnya blog fairus sangat simple dari segi template, header tak sarat, itu yang membuatkan ramai orang suka datang blog fairus.. sha pun bukan arif sangat nak komen..gud luck untuk give away ini


My Simple Birthday

December 21, 2024 8 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum
 
My Simple Birthday | 2 tahun berturut asal ja bulan 12, husband akan bawa family pergi kundasang dan kota kinabalu untuk jalan-jalan tahun ini kebetulan dapat PPR jadi kami ada sikit kekangan kewangan setelah bayar deposit rumah ppr, bayar sambung karan, beli cat dan pada bulan yang sama juga kami new roadtax dan service bezza 50km, pergh masih bertahan di bulan tua hihi..alhamdulilah tahun ni husband sambut dengan beli kek sahaja, itu pun dah memadai, dapat kesihatan yang baik dan rumah untuk berlindung adalah hadiah yang terindah tahun ini.


rumah dah 80% siap cat cuma tak kemas lagi, tandas dah bersih dapur pun dah cuci, walaupun air belum naik lagi, husband gagah ambil air dekat tingkat bawah..tambah sado encik husband hikhik..

36 tahun, lagi 4 tahun untuk melangkah ke 40an, cepatnya masa berlalu kan..tahun ini insyaAllah akan berakhir dengan episode yang cukup sempurna, Allah permudahkan semuanya..Terima Kasih Allah untuk 36tahun ini, pada 13 disember :)  terima kasih husband