January 8, 2025

Pindah Masuk Rumah PPR

Bismillah, 
Assalamualaikum


Pindah Masuk Rumah PPR | alhamdulilah dipermudahkan kami pindah masuk ke ppr bulan lalu, kami pindah pada 24hb disember 2024 time tu karan dah ada cuma air belum naik lagi, time tu pula kaunter cuti 2 hari so air buka pada 26hb, terpaksa angkat air di rumah bapa kawan sha..

dugaan kali ini pindah barang rumah banyak kena angkat pula naik tingkat 3..kami angkat guna 4x4 company husband punya dan bezza, ada lah dalam 4 kali trip, yang bawa naik barang anak buah, sha upah ja dia memang laju dia angkat..sampai ja di atas penuh 1 ruang tamu barang rumah..asyik pindah, kemek peti sejuk ja huhu..haraplah ini rumah last..penat nak pindah lagi..sampai sekarang belum ada masa sort lagi..gaji ja terus bayar hutang lucky bulan ni ada angpaw sempena chiness new year jadi sha plan nak beli kabinet dapur sangkut tu, barang dapur sha banyak sangat..tapi belum beli lagi..

alhamdulilah Allah permudahkan, tempat mengaji sebelah rumah ja, anak-anak dan sha belajar mengaji di situ setiap malam, harapnya sebelum raya sha dapat masuk al -quran, skg iqra 6, lama sangat tak mengaji lupa dah..kafa pun dekat senang hantar fyirdhan nanti..






December 22, 2024

Pasang Tikar ala Vinyl

Bismillah, 
Assalamualaikum

Pasang Tikar ala Vinyl | hari tu sha ada kemusyiklan nak pasang Vinyl atau Tikar Getah ? kira bajet dan bila ditengok keadaan lantai rumah, keputusan nya adalah pasang tikar, sebab lantai simen tak rata, sangat tidak digalakkan pakai vinyl nanti rugi ja vinyl patah, so kami beli tikar ala vinyl hihi


setelah survey beberapa kedai, kami pun beli tikar corak vinyl 20meter 1 gulung RM130 jenis yang nipis ja ni, sha beli di kedai perniagaan said sebelah KFC, so kami angkut guna bezza, seat belakang baringkan, tapi malangnya 20meter ini hanya cover ruang tamu dan laluan ke bilik sahaja..kami nak tambah lagi 1 gulung, sha tak pasti kalau ada lagi corak yang sama..

Cantik warna dan corak ni kan..sha dah beli dekat shopee wainscoting yang melekat dekat dinding untuk cover tepi tikar, sha pilih warna hitam macam tak matching pula..ka sha salah pilih hahaha?

December 21, 2024

FAIRUS Buat Giveaway

Bismillah, 
Assalamualaikum


FAIRUS Buat Giveaway | ini giveaway pertama sha join untuk tahun ini, hihi sha baru nak aktif kembali jadi jom la kita support sesama blogger, syarat simple ja korang

Dan untuk jawapan no 2 tu, sebenarnya sha baru ja follow blog fairus ni, walaupun fairus dah lama berblog, tapi masih mampu bertahan samapai ke tahun ini, tahniah..tak semua blogger yang dulunya aktif sekarang diorang dah beralih ke media sosial yang lain, sha antaranya, salam perkenalan..sejujurnya blog fairus sangat simple dari segi template, header tak sarat, itu yang membuatkan ramai orang suka datang blog fairus.. sha pun bukan arif sangat nak komen..gud luck untuk give away ini


My Simple Birthday

Bismillah, 
Assalamualaikum
 
My Simple Birthday | 2 tahun berturut asal ja bulan 12, husband akan bawa family pergi kundasang dan kota kinabalu untuk jalan-jalan tahun ini kebetulan dapat PPR jadi kami ada sikit kekangan kewangan setelah bayar deposit rumah ppr, bayar sambung karan, beli cat dan pada bulan yang sama juga kami new roadtax dan service bezza 50km, pergh masih bertahan di bulan tua hihi..alhamdulilah tahun ni husband sambut dengan beli kek sahaja, itu pun dah memadai, dapat kesihatan yang baik dan rumah untuk berlindung adalah hadiah yang terindah tahun ini.


rumah dah 80% siap cat cuma tak kemas lagi, tandas dah bersih dapur pun dah cuci, walaupun air belum naik lagi, husband gagah ambil air dekat tingkat bawah..tambah sado encik husband hikhik..

36 tahun, lagi 4 tahun untuk melangkah ke 40an, cepatnya masa berlalu kan..tahun ini insyaAllah akan berakhir dengan episode yang cukup sempurna, Allah permudahkan semuanya..Terima Kasih Allah untuk 36tahun ini, pada 13 disember :)  terima kasih husband




December 10, 2024

Vinyl atau Tikar Getah?

Bismillah, 
Assalamualaikum



Vinyl atau Tikar Getah? | kemarin kami dah settle cat dalam 80%, tinggal dapur dan tandas sebab air belum naik lagi, tengah tunggu turn maintenance kata pemaju, so kami pun plan sebelum pindah masuk kena ada lah lapik lantai ni, terfikir juga nak letak vinyl atau tikar getah.

Jadi hari ni sha pun ajak suami pergi survey kedai vinyl dan tikar getah, kalau ikut bajet, tikar getahlah jawabnya, 1 roll 20 meter RM300 kalau jenis yang tebal, pattern pun ala-ala vinyl tapi stok untuk 1 roll tiada, yang ada hanya tikar PVC RM280 1 roll 20 meter juga, cumanya pattern agak gelap sikit sebab warna grey, sha nak ala-ala kayu oren begitu, tapi tak apa sha belum round 1 sandakan lagi haha..agak-agak dalam 2 roll tikar boleh cover rumah keluasan 700 sft tidak termasuk tandas dan dapur (betulkan sha kalau sha silap kira, namanya juga agak-agak hihi)

Husband sha pula pasang angan-angan percuma nak pasang SPC erm..kedai MR.borong harga sekotak dalam RM119 sekotak ada 16 keping kalau diikutkan ruang tamu sha tu kami agak-agak dalam 220sft so kalau sekotak boleh cover 24sft kena beli dalam 10 kotak total RM 1190 telan air liur kita mengira nya ini hanya untuk ruang tamu, bilik tak masuk lagi

Kalau vinyl pula kami ada dapat kedai yang murah di sabah eco shop harga RM2.60, tapi di K2 lighting, (lampu nya comel2) vinyl dia jual RM2.30 sekeping, sekotak RM56 untuk 24pcs dapat cover 36sft kalau untuk ruang tamu sha boleh pakai 6-7 kotak total RM392 (kita genapkan ke 7 kotak) tapi belum cover 3 bilik lagi tu.

jadi kira punya kira kami masih bingung nak beli yang mana, haha kalau ikut bajet nak saja kami beli tikar getah, tapi jenis yang baik punya tahan lama agak boleh sampai 3 kalau pandai jaga, biasalah tikar ni tahannya sekejap ja kan, tu yang fikir tanpa tengok bajet tu nak ambil vinyl dan spc untuk ruang tamu, masalahnya nak korek bajet kat mana ya hahah, duit dah habis mai pi deposit rumah, bayar sambung karan dan beli cat rumah..

kami berdua buntu sebab bulan ni dah nak pindah jadi sementara ni kami fikir dulu mana yang bagus dan long term, vinyl tu pun ada juga sha nampak post dekat tiktok cepat mengecut dan mengelembung, spc pun sama pandai terkopek lah, apatah lagi tikar getah hihi, nak buat tiles alahai banyak kerja..

mudah-mudahanlah kami jumpa solusi terbaik untuk rumah kami..doakan guys..