December 5, 2024

Cara Tukar Penempatan Sekolah Daerah Sama Tahun 1 2025

Bismillah, 
Assalamualaikum

Cara Tukar Penempatan Sekolah Daerah Sama Tahun 1 2025  | alhamdulilah urusan PPR di permudahkan dan sha pun dah dapat kunci kali ini atur pindah sekolah anak pula memandangkan sekolah lama fyirdhan jauh sangat, sekolah lama di batu 5 dan PPR sungai manila di batu 12.

Sekolah baru yang bakal anak sha duduki ni adalah sekolah rendah lama sha..teringat sha dulu time pulang sekolah terpaksa jalan kaki dengan kawan kawan..agak jauh juga jaraknya tapi kami tak pernah merungut sebab dulu tak berapa mampu nak naik bas ataupun sewa van sekolah.



cara nak tukar senang ja..memandangkan sekolah belum bermula tapi sha dah hantar surat tawaran di sekolah lama..jadi sha hanya berurusan dengan sekolah lama saja..dapatkan no telephone penolong kanan HEM dan dia akan hubungi PPD bahagian sandakan untuk proses penukaran, proses ni agak lama sebab pegawai yang bertugas tu cuti jadi kena follow up dengan pihak sekolah lama, tadi sha tanya dia balik dan alhamdulilah dah tukar so sha hanya perlu bawa surat tawaran yang telah di tukar ke sekolah baru untuk cop di terima.

untuk pra sekolah, korang kena ambil dan isi manual borang permohonan pra sekolah sediakan dokumen lengkap dan hantar ke sekolah baru, tapi sebelum itu kena maklumkan dengan guru kelas pra yang korang mohon sebelum ni untuk dia cancel kan nama anak korang. sha belum dapat lagi resultnya..mungkin dalam bulan ni..semoga adik fyirdhan pun ditempatkan di sekolah yang sama untuk pra 2025



December 3, 2024

Deko Simple Ruang Tamu

Bismillah, 
Assalamualaikum


Deko Simple Ruang Tamu | dah lama sha idamkan kabinet tv, selama ni tv sha main sangkut di dinding ja sebab anak masih kecil lagi takut nak letak tv di atas kabinet tu, bila anak besar sikit baru dapat beli kabinet tv macam ni, tv sha 42 inci so kabinet tv ni 6 ini memang muat lah, boleh tambah perhiasan tepi tv tu, mana yang baru pindah deko simple ni sesuai untuk korang yang belum berapa ada bajet, tapi kalau sha pun suka deko simple begini sebab matching betul dengan cat dinding tak berapa semak di pandang..kan siapa setuju angkat tangan..hihihi


ini pokok berdaun sha beli di shopee harga pun baru RM17 termasuk postage, beli pasu warna putih di ecoshop sekali span baru RM20 lebih ja, korang kalau beli ni memang penaik seri ruang tamu, kalau ada duit lebih boleh tambah lagi satu..memang cantik simple ja..hihi senang jaga la sebab dia kan daun palsu 


ini kerusi rotan tiada pun tak apa, tapi laki sha ni suka tengok rotan ni, astetik katanya kerusi rotan ni pun sha beli dekat shopee harga dalam RM150 lebih shipping dari indonesia, free postage ke sabah, tapi kena tutup sikit mata sebab hasil tangan tak berapa nak elok, kerusi tak balance dan ada rotan yang tertanggan, boleh ja gam..oklah kot dengan harga hihi..sha suka nampak kosong tapi sha plan nak letak tepi pintu masuk..nanti dah pindah baru tambah satu sofa..


ini sha sangat love, bukan apa sejak pindah villa ni, sha suka barang-barang sha warna putih, nampak tenang ja kan..so try beli langsir putih dekat shopee sehelai dalam RM8 lebih jenis panjang punya, memang cantiklah bah, suka sha tengok..

tiada apa ruang tamu sha cuma ada barang-barang ni ja simple sangat hihi..karpet tu sha beli lama dah dari rumah seejati dulu, rasanya ikut kutu rm50 sebulan..tapi fikir juga nak beli karpet baru yang warna putih atau hitam, ada usha dekat shopee yang kecil pun ok juga..mungkin pakai dulu ini kot, nanti dekat-dekat raya baru tukar.

oklah semoga post sha kali ini memberi idea pada korang yang tengah nak deko-deko rumah, iyala hujung tahun kan kedai banyak promo mana la tahu nak beli kabinet tv ka hihi..sha baru plan nak beli kabinet kasut RM49 ja korang dekat sandakan ni..


December 2, 2024

Penyerahan Kunci Rumah PPR Sungai Manila

Bismillah, 
Assalamualaikum



Penyerahan Kunci Rumah PPR Sungai Manila | sabtu lepas sha dapat whatsapp dari Amal Maju dimana sha dah boleh ambil kunci rumah di kaunter diorang, alhamdulilah senang dan mudah nak kemas-kemas rumah bila dapat kunci awal, jadi kami pun pergi sabtu tu, sebab memang plan mahu pergi beluran cousin husband sha kahwin hari tu, jadi kami pun geraklah sebelum jam 2 kena sampai sana sebab samapi jam 2 ja kaunter diorang buka..settle ambil kunci kami pun gerak ke beluran


Besok paginya kami tengok rumah, agak kotor ya haha..dinding kotor boleh cat, tiada kerosakan hanya perlu tampal sedikit simen pada dinding yang terkopak, jadi kami plan bersihkan sawang dan beli cat.


Memandangkan pili air masih berkunci so kami pun cuma dapat cat rumah kemarin, husband mula cat rumah bahagian ruang tamu dan laluan ke bilik, kami beli cat kansai paint easy clean 1 pale ni 15liter  RM250 free 1liter cat putih dan free 1 rolling brush, bagus cat ni, cepat kering dan tiada bau cat..lepas tu senang cuci..setanding harganya, dapat cover banyak tempat sebab hanya perlu 1 2 lapisan pun dah cukup.





bila dah setel cat dinding sha kira nak cat pintu dan tingkap warna hitam bagi style premium..hihi banyak lagi yang kena bersihkan, bab tandas jangan cakap, sha xmampu nak bersihkan kotor sangat, nanti nak upah orang bersihkan..lantai simen sha rasa macam nak buat flooring ja bahagian ruang tamu, bahagian bilik sementara pakai tikar dulu, sebab bab pindah ni banyak sangat pakai duit, hihi..tak apa pelan-pelan kayuh kan, setel yang penting dulu, doakan sha dipermudahkan urusan :)





November 29, 2024

Lepas Tulis Entry Wajib Letak Link di Google Search Console

Bismillah, 
Assalamualaikum


Lepas Tulis Entry Wajib Letak Link di Google Search Console | sebenarnya entry yang kita baru tulis tu memang akan berada dalam google search tapi nak naik tu makan masa, so ini cara mempercepatkan proses nak naik ke dalam pencarian maklumat dan sekali gus boleh dapat first page, kalau key point atau key word korang betul-betul mengena dengan apa yang netizen cari..hihi




rujuk gambar, tutorial simple ja, kena save la page ni, supaya lepas tulis ja korang wajib letak link di google search console, actually banyak lagi functionnya, antaranya boleh buat perbandingan dan peningkatan view blog, boleh tengok entry kita yang paling orang banyak klik dan view lama atau klik tapi view kejap ja,*betulkan kalau sha salah..dan banyak lagi sha belum khatam lagi, insyallah kalau ada yang menarik sha kongsikan sini..





November 28, 2024

Buat Header blog di Web Canva

Bismillah, 
Assalamualaikum


Buat Header blog di Web Canva | kisahnya hari ini sha terajin nak buat header baru, lama dah tak update header, bila dah ada header baru maksudnya blog dah nak aktif balik lah tu haha, tadi pun baru habis blog walking blog kawan lama dan follow blog kawan yang baru, lama suda sha tak buat begitu rasa rindu sangat orang komen blog sha haha..so marilah kita aktif kembali..rugi renew domain setiap bulan kalau blog menyepi kan sesekali boleh ja borak-borak kosong dalam entry

Siapa yang tengah on give away atau segmen boleh lah paste dekat sini, nanti sha free sha akan join

ok kali ni sha buat header blog di web canva, sebab dah lama laptop sha rosak, hilang sekali apps photoshop sha, sha pun dah lupa cara nak guna, tapi ada lagi cara yang senang budak2 boleh buat punya..tadaaaa..canva la jawabnya, buat kad, edit gambar, buat slide buat video semua boleh di canvanya, yang bestnya terus link dari google, maksud sha kalau kita cari art atau gambar yang kita nak kita kena cari di google save dan upload balik kan..dalam canva bole ja seacrh ja dari situ banyak yang comel2 la wak, tapi sekarang dah banyak yang berbayar, korang kena langgan la yang premium punya..macam dishopee ada jual kan..mungkin sha boleh try sebab yang premium ni semua cantik2 iyala kan hasil kerja orang tak kan semuanya free pula

ok korang pun boleh juga buat header dekat canva, update header yang dah lama tu hihi..kalau nak letak dalam blog ada banyak tutorial dekat google senang ja wak..jom kita cantikkan blog kita supaya kita akan rajin update blog haha..simple kan header sha..oklah untuk mak mak..hahha