April 2, 2020

Cara Daftar KWSP i-Akaun Melalui Email



Cara Daftar KWSP i-Akaun Melalui Email | Assalamualaikum, bagi sesiapa yang belum pernah berdaftar KWSP i-Akaun tapi semestinya korang MESTI ada akaun KWSP, sekarang dah boleh apply melalui email, sebab musim PKP ni memang tak boleh keluar rumah, jadi gunakanlah teknologi yang ada..simple kan tak perlu beratur panjang dekat kiosk, sesak nanti, pening kepala staff nak layan. Macam sha dulu pernah login tapi dah lama, 2-3 tahun rasanya..haha akaun wujud tapi kena kemaskini nombor telephone untuk dapatkan TAC dekat kiosk pun boleh guna cara ini.

Baca : Cara Memohon 1GB Internet Percuma

Cara Daftar KWSP i-Akaun Melalui Email

1. Isi borang dlm pdf
Borang itu korang boleh download di sini "Borang Pendaftaran i-Akaun KWSP (ahli) melalui email" 

Dalam borang tersebut ada panduan mengisi borang dan senarai dokumen yang diperlukan :-

2. Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang 

3. Gambar korang selfie sambil pegang Kad pengenalan

4. Account statement bill telefon / Screenshot dari Telco  apps membuktikan nombor telefon kepunyaan pemegang akaun

5. Bank statement / saving book yg ada nama dan nama dan no account

Convert semua dokumen ke dalam PDF file dan Email semuanya ke : iakaundaftar@epf.gov.my

Syarat Pendaftaran/Kemaskini Nombor Telephone

1. Warganegara Malaysia sahaja
2. Nombor telefon bimbit yang didaftarkan atas nama Ahli sahaja yang dibenarkan
3. Ahli berumur di bawah 55 tahun sahaja
4. E-mel yang dihantar melalui yahoo.com tidak dapat diproses disebabkan isu teknikal, so korang gunalah gmail ya
Makluman 

1. Kelulusan permohonan ini adalah tertakluk kepada semakan oleh KWSP 
2. KWSP berhak untuk menolak permohonan sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan kepada terma dan syarat pendaftaran i-Akaun (Ahli) yang ditetapkan oleh KWSP 
3. Ahli hanya dibenarkan membuat permohonan secara e-mel sebanyak satu (1) kali sahaja. Sekiranya permohonan ini ditolak, permohonan seterusnya hendaklah dibuat melalui Kios/Kaunter KWSP

Ok, buat perlahan-lahan, semak dulu sebelum hantar ya, masih banyak masa lagi kalau nak daftar, tapi better buat cepat nanti terlupa pula kan..haha..semoga dipermudahkan pengeluaran duit KWSP korang tu..

April 1, 2020

Cara Memohon 1GB Internet Percuma (Bantuan Kerjaan Selama tempoh PKP 2020)

Cara Memohon 1GB Internet Percuma (Bantuan Kerjaan Selama tempoh PKP 2020) | Assalamualaikum sedar tak sedar kita sudah masuk bulan april dan fasa kedua tempoh perintah kawalan pergerakan yang telah dilanjutkan oleh PM tempoh hari, maka dengan itu pm juga umumkan bantuan 1gb internet percuma selama tempoh PKP bermula 1 April 2020, 8 pagi hingga 6 petang setiap hari

1. CELCOM
- automatik terus masuk 

2. DIGI
- tebus data ini melalui aplikasi MyDigi

3. MAXIS
- tebus melalui aplikasi sama ada MyMaxis app, MyMaxis Biz app, Hotlink Flex app atau Hotlink RED app, atau UMB dan pilih 1GB Daily pass option

4. UMOBILE
- Prepaid - Dail *118*6# kemudian pilih Special Offer

Postpaid - Dail *118*7# kemudian pilih Special Offer

5. TUNETALK 
- sms STAYHOME ke 2222

6. ONEXOX
- tebus/redeem" melalui aplikasi ONEXOX Black atau
 USSD *150#.

Alhamdulilah diharap dengan adanya bantuan ini dapatlah sedikit sebanyak membantu mengurangkan bebanan untuk membeli topup..maklumlah kita ni duduk rumah ja..mesti bosan tiada internet kan..hihi..

Tapi sha pakai wifi..hopely unifi pun bagi diskaun pembayaran half ka..hihi

Terima kasih PM

March 31, 2020

Entahlah dengan Adsense ni



Entahlah dengan Adsense ni | Assalamualaikum, ermm malas lah dengan adsense ni, sekejap ada sekejap tiada, sha dah habis godek dah ni, still earning tak naik..haha maklumlah blog sendu ja, earning pun slow, bukan lagi slow..kadang langsung zero..rasa macam give up dah ni dengan adsense.

Bila naik, sha rasa macam nak ja hari-hari update, sha tak pernah lagi cash out..kesiannya haha..2017 sha start apply adsense, time tu laju ja earning masuk, start dari akhir tahun sha dah busy dengan persiapan kahwin, blog pun terabai..adsense merajuk kot..lagi la selepas kahwin sha dah macam jauh ja nak update blog haha..then sha perasan macam ada pernah tukar template sebab bosan konon..lastly earning pun dah zero haha..padan muka..

Kak pip cakap ala sha buat ja entry santai pasal edan, asalkan rajin up entry..betul juga kan..kadang kita buat sebab minat pun boleh jadi rezeki masuk..hihi baiklah kak pip..sha try sehabis baik..sekarang ni susah sikit buka laptop, edan nampak ja terus dia datang duduk sekali tekan-tekan keyboard..errrrr..kena tunggu dia tidur memang sha pun ikut tidur sekali haha..

Any tips dari sifu ads, maybe? hihihi..

March 30, 2020

Edan Berklinik 18 Bulan


Edan Berklinik 18 Bulan | Assalamualaikum, hari ini adalah hari pertama umie dan edan keluar rumah setelah sekian lamanya kami terperuk dalam rumah sejak PKP ni, tapi perasaan kali ni tak bestlah, bukan seronok keluar pun, takut ja ada, takut sangat-sangat, rasa mau cepat ja pulang rumah, lagi-lagi sorang ja boleh masuk klinik tadi, husband tunggu dalam kereta

Sampai ja kami di klinik terus kepala kena tembak dengan alat periksa suhu, kalau tak demam lepas lah, then dalam klinik pun tak boleh duduk dekat, jarak pun kena jaga, husband balik-balik ingatkan sha, jangan biarkan edan sentuh apa-apa, budak ni dah dapat kaki manalah dia faham erti duduk dia..kira lama jugalah sha tunggu tadi hampir sejam -.- edan dah meragam kena lagi time tu dia punya jadual tidur, maka sha lah yang terpaksa angkat dia ke hulu hilir dengan perut sha dah nak masuk 6 bulan tapi macam kecil ja hihi..

Tinggi edan 79.5cm berat pula 9.8kg, hari ini dia dapat 1 suntikan di lengan, karau dia menangis tadi..lepas tu turn sha pula berklinik, sepatutnya hari khamis ni, tapi malas mau keluar lagi sekali pergi klinik boleh ja kata nurse tu sekalikan dengan anak haha..lega hati sha..lepas settel semua terus sha balik..tak macam selalunya sha berklinik seorang diri, edan duk rumah dengan baba, sha akan stay dulu bungkus makanan then makan dalam klinik..hari ni tak boleh 3 beranak kebulur haha..

Semoga cepatlah sembuh dari wabak Covid ni, sha nak bersalin July nanti, semoga dipermudahkan semuanya..amin..

March 28, 2020

Terima Kasih PM


Terima Kasih PM | Assalamualaikum, alhamdulilah kemarin PM kita telah menyampaikan berita gembira mengenai Bantuan Prihatin Nasional yang berjumlah hampir 10 Billion kepada rakyat Malaysia akibat bencana Covid-19 yang menyerang seluruh dunia. Syukur tidak terhingga kepada kerajaan baru yang sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi rakyat sekarang. Terima Kasih PM dan menteri yang terlibat.

Bantuan ini akan diagihkan pada bulan April dan Mei, sedikit sebanyak dapat melegakan hati rakyat yang terpaksa menanggung kerugian akibat ketiadaan pendapatan di musim perintah kawalan pergerakan di lanjutkan selama 14hari lagi.

Baca : http://www.opzzpinky.my/2020/03/perintah-kawalan-pergerakan-dilanjutkan.html

Seluruh rakyat mendapat manfaat dari bantuan ini, terdapat juga beberapa bantuan lain yang telah PM umumkan :-
  • Penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020. Inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 174,500 peminjam 
  • Kerajaan akan bekerjasama dengan NGO, persatuan dan usahawan sosial yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan dengan peruntukan sebanyak RM25 juta 
  • Bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari bawah MySalam, turut dipanjangkan kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI)
  • Pengecualian pembayaran sewa bagi PPR dan Perumahan Awam selama 6 bulan
  • Bantuan RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan juga pada bulan April 2020
  • Kerajaan bersama TNB akan menambah peruntukan  RM530 juta untuk diskaun berperingkat antara 15% hingga 50% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kW sebulan bagi tempoh enam bulan mulai bil bulan April 2020 
  • Antara pakej khas yang akan ditawarkan syarikat-syarikat komunikasi adalah internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 selama tempoh pelaksanaan PKP 
Diharap dengan bantuan ini, semua rakyat Malaysia dapat memberi kerjasama agar terus duduk dirumah, jangan sebarkan virus, cukuplah PKP ditambah 14hari, jangan lagi tambah, semua perlu keluar rumah untuk menjalani aktiviti seperti biasa bila virus ini sudah pulih sepenuhnya.

Semoga Malaysia sembuh seperti sedia kala dan kita dapat menikmati Ramadhan serta Syawal dengan aman, amin