February 21, 2020

Awal tahun 2020 yang menyedihkan

Image result for sedih

Assalamualaikum, sepanjang bulan january, sha teramat sibuk..lagipun sha berada diluar kawasan internet yang kuat..sha berada di kampung ulang alik jaga dan temankan mak, sedihnya mak meninggalkan kami pada 25 January 2020 jam 8.30 pagi di hospital dutchess of kent, sandakan, hari ini adalah hari yang ke 27 pemergian arwah..arwah menghadapi penyakit kanser payu dara pada awal 2017, lepas operate tahun yang sama sebelah kiri, pada akhir tahun 2019 pula disahkan merebak sebelah kanan, dan akhirnya terus merebak ke kepala arwah..

ajal arwah sudah sampai, dan selamat dari menanggung kesakitan yang arwah tanggung selama 2 minggu..sakit, sha nampak kesakitan nya..semoga arwah tenang bersama orang-orang beriman dan beramal soleh

al-fatihah juga kepada blogger doodle dayang deno meninggal pada hari yang sama

mereka sudah pergi, kita pasti akan menyusul..bila dan bagaimana itu rahsiaNya..

T.T


February 5, 2020

Barang Lepas Janganlah Dikenang

Image result for benda dah lepas"

Barang Lepas Janganlah Dikenang | Assalamualaikum, lately ada ja komen datang yang explain pasal hubungan lama..maaflah ya..entry ini saja-saja nak bagitau, yang diri ini tak mau dengar apa-apa ulasan mahupun alasan..kenangan yang lepas tu..stop sampai situ ja la..anggap ja lah itu batu lonjatan untuk kebahagian hari ini..haha..husband pun ada cakap..macam hal tu ada yang belum dirungkai kan..kah..kalau nak stalk blog sha, sila kan..mohon doakan yang baik2 untuk kelaurga kecil sha juga..sha sekarang bz jaga husband dan edan..so tiada masa nak kenang kembali hal lama haha..




Jawatan Kosong Online Sabah



Jawatan Kosong Online Sabah | Assalamualaikum, sha nak share dekat korang info jawatan kosong bagi warga Sabah korang boleh pohon sekarang di laman web Kerajaan Negeri Sabah di SINI, korang boleh pohon jawatan kosong bersesuaian dengan tahap pendidikan korang bermula dari PMR. SPM,Diploma, dan Ijazah. Tarikh tutup mengikut jawatan yang dipohon dibawah ini





Semoga berjaya..



January 21, 2020

Imunisasi Polio boleh didapati di Klinik Kerajaan Sandakan Secara Percuma

Imunisasi Polio boleh didapati di Klinik Kerajaan Sandakan Secara Percuma | Assalamualaikum, sha masih dikampung..sha dapat info dari kawan sha imunisasi polio boleh didapati di kawasan area Sandakan bermula hari ini secara percuma kepada warga negara dan bukan warganegara..

Info lanjut korang boleh tengok di gambar dibawah ataupun boleh pergi ke klinik berdekatan korang

Harap anak anak kita terhindar dari sebarang penyakit yang menular ganas awal tahun ni..amin

January 20, 2020

It Starts With Your First Letter of Your Name

It Starts With Your First Letter of Your Name | Assalamualaikum guys, ini entry game tau..kalau korang free dan rasa macam best ja game ni..boleh lah join sekali tempek ja pada entry korang..game ni sha follow kak pip di entry ini 

Rule nya korang jangan google tau, haha

Image result for huruf s


  • WEAR - Sandal
  • DRINK - Sky juice -.-
  • PLACE - South Korea
  • FOOD - Seafood (Jawapan selamat haha)
  • ANIMAL - Snake
  • GIRL'S NAME - Shazriana (amboi haha)
  • BOY'S NAME - Shafiq
  • PROFESSION - Sabahan Blogger (haha)
  • WORD TO DESCRIBE SOMEONE - Silly
  • SOMETHING IN YOUR HOME - Speaker
  • BODY PART - Shoulder
  • FIRST NAME - Sharina
ok guys..senang ja kan kalau capital S haha..korang try la ya..sangat mencabar minda haha..tanpa menggunakan mr google haha..