December 23, 2019

Terlepas tengok Chandra Nandini? Jom Tengok Online



Terlepas tengok Chandra Nandini? Jom Tengok Online | Assalamualaikum, hi peminat Chandra Nandini..haha kita genk, hari ini ada tau, korang jangan lupa tengok pula, makin lama cerita nya makin best, oklah ada juga wayang yang sha ditunggu2 walaupun sha ni tak langgan astro..ini ja wayang sha setiap hari..

Drama Hindustan ini start pukul 4petang setiap hari Isnin-Khamis DiTV3

Terlepas tengok Chandra Nandini? korang jangan risau, sha tolong sort kan masa korang mencari channel mana nak tengok..sha dah berabis cari dekat you tube, jumpa tapi subtitle pula tiada, macam mana nak faham kan haha..

Cerita ni pasal apa ya? ok mari sha story sikit, awal-awalnya cerita dendam Chandra kepada ayah nandini sebab dia bunuh Bapa Chandra, then kebetulan dia ni keturunan Raja, lalu merampas tahta Nanda, ayah nandini, lalu jadilah dia Raja Magdad, kahwin terpaska dengan puteri nandini dan bermula lah bibit2 cinta didalam istana..

ok cukuplah tu kalau korang nak tengok full drama tu korang boleh tengok dengan page ANIME MALAY rajinkan like page dia ni, ada banyak lagi drama best dekat situ..hihi

ok can cin cau...


December 22, 2019

Happy 2nd Anniversary

Happy 2nd Anniversary | Assalamualaikum, eh tak sedar dah 2 tahun bersama..aishh cepatnya masa berlalu kan b, sha ingat lagi, 2 tahun yang lalu pada 22.12 iaitu hari jumaat jam 2 petang, kita diijab kabul, terasa berderai laju air mata time tu sebab dah sah jadi isteri orang..banyak tanggung jawab kena pikul bersama..


alhamdulilah, semuanya Allah permudahkan, walaupun hakikatnya masalah satu persatu datang diawal perkahwinan..terutamanya bila kami suami isteri buat keputusan untuk keluar berdikari didunia yang penuh dugaannya..hidup berdua dengan edan didalam perut umie..tinggal bersama di teratak kecil..syukur Allah permudahkan..

semoga di masa hadapan, kita akan terus bersama mengharungi suka duka kehidupan rumah tangga dengan penuh kesabaran, semoga dimurahkan rezeki anak-anak..

Happy 730 days anniversary, b..
edan and umie loves u so much..
jangan lupa baca entry ni tau hihi

Unifi Dah Pasang

Unifi Dah Pasang | Assalamualaikum, alahai rindunya dengan blog, lama betul sha tinggalkan tanpa entry, dekat sebulan juga, itupun selepas sha tukar sim kad ke Tune Talk =.=' terus line lembap..sayang ja sha subscribe data RM48 untuk unlimited data..bos tune talk ok ka? ermmmm..ntah lah hahaha..so memandangkan tempat tinggal sha ni dekat taman sejati baru nak up internet unifi so sha dan husband pun fikir lah nak pasang..


Kami daftar since 2 bulan yang lepas, then baru kemarin technician datang pasang, macam free sebulan kan? so sebulan tak payah bayar, tapi kontrak 2 tahun haha..oklah dari stress line tune talk lembap, bolehlah ambil plan RM89 ni so semua dapat pakai..edan pun happy tengok karton dia dekat you tube tanpa sekat sekat..hihi..

So, insyaAllah tiada lagi masalah tiada entry ya sharina haha..

November 16, 2019

Kekal Cantik Dan sihat Dengan 30 days Hydrolyzed Collagen Drink Malaysian

Kekal Cantik Dan sihat Dengan 30 days Hydrolyzed Collagen Drink Malaysia | Assalamualaikum, alhamdulilah hari ini sachet terakhir untuk 30 hari minuman hydrolyzed collagen, yes semua orang ingin cantik dan sihat, lagi-lagi diusia sedang meningkat ni, hujung tahun sha dah masuk 31 tahun haha, alahai cepatnya masa berlalu kan..sha perlukan banyak lagi collagen untuk recover balik semua yang hilang tu..

Baca entry : Terima kasih Jeanc bagi patung bunny


So, sha try lah minum collagen ini, terjatuh cinta pula, tak miss kena minum sebelum tidur, supaya kalau bangun terasa awet muda sentiasa haha, actually banyak ja sumber semula jadi korang boleh ambil hari-hari untuk dijadikan collagen, tapi rajin ka korang nak masak lagi, nak prepare lagi, sha tak rajin tau, sha ada anak kecil haha..memang nak singkatkan masa..kalau boleh nak minum sambil tidur..hahaha..simple ja

Kekal Cantik Dan sihat Dengan 30 days Hydrolyzed Collagen Drink Malaysian
JeanC 30 days Hydrolyzed Collagen diperbuat daripada kolagen laut 3000mg peptida dan tinggi antioksidan menggunakan vitamin C, vitamin E, astaxanthin dan
ekstrak superfood.

Berdasarkan kajian, Collagen adalah 75-80% kulit dan selepas kita berumur 25 tahun, badan kita akan kurang menghasilkan collagen yang akan menyebabkan berkedut, garis halus dan kulit kering, ada juga faktor lain yang menjadi penyebab kurangnya pengeluaran iaitu pengambilan alkohol, pengambilan gula tinggi, merokok dan terlalu terdedah  kepada matahari.

Antioksidan pula melindungi sel-sel kita daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh merosakkan sel badan dan DNA serta menyumbang kepada proses penuaan. Pembentukan radikal bebas yang berlebihan boleh disebabkan oleh beberapa faktor tekanan dan gaya hidup tabiat seperti pencemaran udara, merokok, pengambilan alkohol, tahap gula dalam darah tinggi
sejumlah besar asid lemak (makanan goreng), pendedahan berlebihan kepada matahari, dan lain-lain

Oleh itu, Collagen Drink Malaysian ini khusus untuk mereka yang mengalami masalah seperti diatas

Faedah Collagen:
- meningkatkan kelembapan kulit dan ketegasan
- memperbaiki kesihatan rambut dan kuku
- memperbaiki kesihatan bersama
- meningkatkan kesihatan tulang
- memperbaiki kesihatan usus

Faedah antioksidan:
- pembaikan dari kerosakan matahari (perisai radikal bebas)
- Membaiki kulit kusam dan nada kulit yang tidak sekata
- mengurangkan kedutan
- meminimumkan parut
- anti keradangan (kawalan jerawat)

Apa kebaikan yang ada pada 30 days Hydrolyzed Collagen Drink Malaysian

Collagen
- setiap hidangan mengandungi peptida kolagen 3000mg
- menggunakan kolagen ikan hidrolisis untuk penyerapan yang lebih baik
- meningkatkan kelembapan kulit dan ketegasan
- memperbaiki kesihatan rambut dan kuku
- memperbaiki kesihatan bersama

Vitamin C
- membantu sintesis kolagen
- Hadkan kerosakan uv
- Mengurangkan risiko kulit kering
- sokongan penyembuhan luka (rawatan parut)

Vitamin E
- berfungsi dengan baik bersama-sama dengan vitamin C
- mengurangkan kerosakan uv
- Pastikan kulit terhidrasi
- hormon keseimbangan
- membantu gejala PMS

Astaxanthin
- "raja karotenoid"
- 800X lebih kuat daripada coq10
- 75x lebih kuat daripada asid alfa lipoik
- melindungi kerosakan UV
- Meningkatkan kelembapan kulit & pengekalan lembapan

Butiran Superfood
Amla (India Superfood)
- 20X vit C berbanding dengan oren
- mengurangkan kesan penuaan pramatang
- menghidrat kulit
- mencerahkan kulit
- Kurangkan parut

Açai (Amazon Superfood)
- kaya dengan polifenol
- kaya dengan anthocyanin
- kawalan pigmentasi & jerawat
- meringankan parut

Baobab (Afrika Superfood)
- Afrika "pokok kehidupan" superfood
- dua kali antioksidan delima
- kaya dengan polifenol
- pelembab kulit
- meningkatkan pengeluaran kolagen

Lingonberry (Scandanavian Superfood)
- lebih banyak antioksidan daripada blueberries & cranberry
- mengandungi arbutin (pemutihan kulit)
- menghalang pengeluaran melanin
- mencegah hiperpigmentasi yang disebabkan oleh uv

Senarai Bahan Penuh
Buah Premix Juice Juice, Kolagen Peptida (Ikan), Isomaltulosa, Vitamin C, Vitamin
E, Ekstrak Amla, Ekstrak Acai, Serbuk Serbuk Bawang Baobab, Sucralose, Lingonberry
Ekstrak dan Astaxanthin.

Cara Pengambilan : Campurkan 1 paket dengan 150ml air. Kacau dan minum segera.. Ambil 1 paket setiap hari

AMARAN !! Ibu mengandung, menyusukan bayi, atau sedang menjalani rawatan, sila dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Tidak disyorkan untuk mereka yang mengalami alergi terhadap makanan laut

Korang boleh dapatkan produk ini di laman web JEANC dengan menggunakan diskaun kod yang tertera dibawah ini ya.

1. Buy 1 for RM79 - “JEANC79” to get RM10 off with FREE delivery (normal price RM89)
2. Buy 3 for RM219 - “JEANC219” to get RM48 off with FREE delivery (normal price RM267)


Jangan lupa untuk ikuti perkembangan mereka di:
Laman Web : https://jeanc.my



November 10, 2019

Patung Bunny

Assalamualaikum, lama sha tak dapat patung, last dapat time 2015 kot, terasa agak tua disitu haha, tapi bila dapat patung happy nya bukan main, ini bukan patung bunny biasa tau, selain patung ni comel, patung ni juga nampak macam real, bulu nya, tangan dan kaki..haha



Kalau korang nak tahu, bunny ni adalah power bank..yes..comel macam ni rupanya sejenis power bank..alahai..edan geram benda berbulu ni, haha..apapun tetap comel..boleh lah kalau nak sambung nyawa phone sha kan..

Terima kasih JeanC bagi bunny comel ni..nanti kita review produk dia ya..tunggu tauu