May 5, 2018

Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa

Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa | Assalamualaikum guys, meet again dalam entry support blogger dengan join GA mereka, hihi..kali ini sha join GA dari blogger Siqa, sha suka betul dengan posisi gambar yang siqa ambil, oww sweet sangat dengan kolor pink dia..haha..guys kalau nak join prizes nya sangat exclusive tauu, cer klik banner :)


Nak kongsi lagi boleh? pun tiada dalam terma dan syarat nak join GA ini, tapi entahlah hari ini rajin pula nak sharing sesuatu hahaha..Siqa bagi hadiah GA yang dia suka untuk mereka yang lucky dengan harapan mereka itu juga akan suka dengan hadiah tersebut, oww best kann..sha dulu paling tak suka bila orang pakai, ambil benda yang sha sayang, lagi-lagi benda itu berwarna pink, maklum lah sha suka pink color, tapi lama kelamaan sha jadi matang, macam siqa cakap bagi benda yang kita suka, sha ada terbaca satu ayat tak silap sha la,  jika nak bersedekah bagilah barang yang kita sayang, terkesan dihati sha selama ini sha hanya bagi benda yang sha tidak suka, tapi hakikatnya itu dalam konsep sedekah tapi sebaik sedekah adalah benda yang kita suka.

Nak dekat bulan ramadhan ni, moral of the story rajin-rajinlah bersedekah hihi, berganda pahala nya kan..ok guys good luck yaaa :)

Balik Kampung Giveaway by Her Little Guilty Pleasures

Balik Kampung Giveaway by Her Little Guilty Pleasures | Assalamualaikum, hi guys, hari sabtu cuti begini sha duk rumah ja, haha memang hari-hari pun duduk rumah nama juga housewife, tunggu husband cuti baru bawah keluar. So dalam keboringan ni, sha nampak GA yang sedang berlangsung, sha pun dah lama tidak join GA. Simple ja GA kali ini, ikut syarat macam biasa ja. Korang boleh cehck it out dengan klik banner dibawah ya. Good Luck

Balik Kampung Giveaway by Her Little Guilty Pleasures

Tapi dah alang-alang tajuk dia 'Balik Kampung' sha nak story sikit pasal pengalaman sha berada di tempat orang, actually story ini tiada dalam syarat nak join GA ya, sha just nak sharing ja hihi. Lama juga sha merantau ditempat orang, kerja, sambung belajar, kerja balik dan jaga anak buah sha, mana sha pergi kampung halaman tetap dihati, di tempat orang kita belajar berdikari, susah senang sendiri fikir, tapi part balik kampung tu, jangan cakaplah, excited sangat, walaupun tempat sha pergi tu dengan kampung beza 6 jam ja kalau naik bas hahaha..bila nak balik time peak day memang akan serabut fikir cuti nak apply, balik naik bas, duit tambang kena prepare awal, segalanya decide sendiri, tapi sekarang bila dah kahwin menetap dikampung halaman sendiri terasa nak feeling 'balik kampung' tu lagi hahaha..sekarang ni fikir nak balik kampung husband ja la tapi tu pun dekat ja 1 jam haha, apapun balik kampung memang best.

Sekian cerita sha yang tiada kena mengena dengan GA :P
Good Luck guyss

May 3, 2018

Program Baiti Jannati bantu kurangkan beban rakyat Wilayah

Program Baiti Jannati bantu kurangkan beban rakyat Wilayah | Assalamualaikum, Rumahku Syurgaku, kita memang sinomim dengan ayat ini kan, tapi tahukah kita bagaimana caranya untuk mendapatkan sesebuah rumah kediaman yang diimpikan oleh setiap keluarga tapi tahukah kita bagaimana caranya untuk mendapatkan sesebuah rumah kediaman yang diimpikan oleh setiap keluarga, lagi-lagi mereka yang berpendapatan rendah atau ibu tunggal, mahupun orang kurang upaya, walhal harga rumah sekarang sangat mahal dan susah nak dapat. Jadi inilah entry yang sha nak kongsikan dengan korang semua mengenai salah satu program yang dapat membantu kurangkan beban rakyat wilayah sekaligus merealisasikan impian mereka untuk memiliki sebuah rumah.

Image result for baiti jannati
Kredit kepada Sinar Online

Menurut akhbar sinar online yang bertarikh October 2017, program ini telah berjaya membantu membaik pulih dan menyelesaikan baki pinjaman perumahan penghuni miskin tegar di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan telah dilanjutkan sehingga hujung tahun 2017 yang lalu.

Kredit kepada Sinar Online

Dalam akhbar yang sama, pada Februari 2018 yang lalu, sebanyak 10 keluarga dari Wilayah Persekutuan Labuan turut mendapat bantuan hasil peruntukan sebanyak RM150,000 oleh Kementerian Wilayah Persekutuan. Manfaat daripada program ini juga, sha dapat tahu sehingga bulan berkenaan sejumlah 56 keluarga dari golongan sasaran seperti miskin tegar dapat memiliki rumah impian masing-masing.

Program Baiti Jannati ini juga merupakan salah satu program yang melibatkan syarikat milik kerajaan (GLC) seperti TNB untuk turut sama turun padang membantu kerajaan untuk membaiki rumah kediaman golongan yang memerlukan seperti orang kurang upaya, ibu tunggal, warga emas dan penduduk miskin. 

MGF13042018_TR Projek Kesyukuran Projek Baiti Jannati TNB 2018_05
Kredit kepada TheRakyat

Pada 13 April yang lalu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah menurunkan tandatangan sebagai gimik penyerahan rumah pada Majlis Kesyukuran Projek Baiti Jannati TNB 2018 di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Alhamdulilah, dengan adanya program sebegini, pasti ramai lagi penduduk miskin tegar dapat merasai nikmat tinggal dirumah impian mereka seiringi dengan kepesatan ekonomi yang semakin mendadak . Dan ada baiknya jika program ini diperluaskan lagi dinegeri-negeri lain, sha yakin lagi ramai diluar sana yang memerlukannya. 

Rujukan :-
Sinar Harianhttp://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/program-baiti-jannati-wp-bantu-300-keluarga-1.741471http://www.sinarharian.com.my/edisi/sabah-sarawak/program-baiti-jannati-wilayah-persekutuan-taja-10-keluarga-1.796297
Utusanhttp://www.utusan.com.my/berita/nasional/tnb-peruntuk-rm5-8-juta-laksana-program-baiti-jannati-1.502620
TheRakyathttps://therakyat.com/2018/04/13/datuk-jo-mahu-sekolahkan-pembangkang-isu-kg-baru/mgf13042018_tr-projek-kesyukuran-projek-baiti-jannati-tnb-2018_05/

#AkarUmbiBinaNegara
#hebatkannegaraku
#ketuakampungkl

April 30, 2018

Bolehkah Ibu Hamil Puasa??

Bolehkah Ibu Hamil Puasa?? | Assalamualaikum, ada beberapa hari lagi Ramadan akan tiba, alhamdulilah ini kali pertama sha berpuasa sebagai seorang isteri, juga kali pertama berpuasa dalam keadaan mengandung, precious moment ! tapi bolehkah ibu hamil puasa? macam mana kalau lapar? sebab sha sekarang ni dalam mood nak makan ja, tidakkah menganggu proses pembesaran bayi dalam kandungan??


Mesti bakal ibu diluar sana sangat teruja apabila mengandung pada bulan Ramadhan, mana tidaknya, boleh puasa penuh kan..wish list setiap wanita tu hihi, tapi bolehkah ibu hamil puasa? boleh sangat selagi ianya yakin puasa nya tersebut tidak memudaratkan pada bayi yang dia kandung, sha pun ada tanya dengan doktor pakar, doktor pun kata benda yang sama, tapi kalau datang gastrik kena buka puasa, daripada nak capai impian puasa penuh, pikir kesihatan diri sendiri juga tau ibu-ibu hamil diluar sana.

Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu . (QS.Luqman: 14) 

Sesungguhnya Allah memberikan keringanan bagi orang musafir berpuasa dan shalat, dan bagi wanita hamil dan menyusui berpuasa. (HR. Ahmad)

Jadi bagi ibu-ibu hamil yang pasang niat untuk berpuasa penuh pada bulan Ramadhan yang bakal tiba, korang memang hebat, tapi jikalau mereka yang lain tidak dapat meneruskan wajib dignti pada hari lain dan bayar fidayah sama seperti kes wanita datang bulan hihi..harapnya dapatlah mengenapkan puasa penuh kan..

Beruntung tauu..kita yang mengandung pada bulan yang penuh dengan kelebihan, jadi grab banyak-banyak pahala

Semoga Allah permudahkan perjalanan ramadhan kita bersama baby dalam perut hihi
InsyaAllah moga entry ini bermanfaat kepada semua :)

April 25, 2018

LiveCollagen Minuman Kecantikan Dan Kesihatan

LiveCollagen Minuman Kecantikan Dan Kesihatan | Assalamualaikum, dah nak penghujung bulan april ini, sha nak kongsikan dengan korang minuman 2 in 1 dimana untuk kecantikan dan juga kesihatan, mesti semua sudah kenal dengan Collagen kan, ok hari ini sha nak bagitahu manfaat minuman 2 in 1 ini, jom baca LiveCollagen Minuman Kecantikan Dan Kesihatan.


Siapalah yang tidak mahu minuman yang merangkumi 2 manfaat penting untuk badan kan, jimat harga pun ia juga, jimat masa lagi, hanya minum sahaja boleh jadi cantik dan sihat, produk apa tu?

LiveCollagen adalah rumusan yang unik terdiri daripada hydrolyzed marine collagen dari France glycine (an amino acid) dan wild berry fruit complex from USA (9 jenis buah beri yang berbeza). Ianya adalah minuman yang lazat dan berkhasiat tanpa bau yang kuat.

Bahan-bahan :-
Hydrolyzed Marine Collagen (5000 mg), Glycine (1000 mg), Wild Berries Complex (4000mg) consisting Blackberries, Red & Black Raspberries, Blueberries, Strawberries, Boysenberries, Mulberries, Cranberries and Cherries.


Cara Pengambilan LiveCollagen
1 kotak LiveCollagen ini ada 20 Sachets, Campurkan 1 sachet LiveCollagen ke dalam 125ml atau bersamaan 1/2 gelas air atau jus dibawah suhu 50° C, Lebih baik ambil minuman ini sebelum tidur. Untuk 2minggu pertama amalkan 2 sachets setiap hari ( pagi dan sebelum tidur) selepas itu maintain ambil sehari 1 sachet.


Macam sha cakap tadi, minuman 2 in 1 ini memberi 2 manfaat kepada kita, antaranya adalah :-

Kebaikan LiveCollagen untuk Kecantikan

  • Menggalakkan kehilangan inci badan 
  • Mengurangkan selulit 
  • Meningkatkan kesihatan rambut dan kuku 
  • Menghilangkan garis-garis kerutan, kaki merekah, garis pada hidung dan juga kedutan 
  • Meningkatkan keanjalan dan kelebihan kulit 
  • Membantu kulit agar lebih bersinar dan berseri-seri 
  • Membaiki kulit kering, kulit merekah dan kulit rosak akibat panahan cahaya matahari 
  • Anti-Penuaan 
  • Membantu pembesaran payudara secara semulajadi 
  • Mempercepatkan keberkesanan produk penjagaan kulit
Kebaikan LiveCollagen untuk Kesihatan
  • Melindungi tulang rawan dan cecair sinovial 
  • Mengurangkan kerosakan oxidative kepada sendi dan mengurangkan sakit sendi 
  • Mengurangkan rasa sakit akibat gangguan keradangan seperti arthritis 
  • Mencegah pembekuan darah dan membantu mengekalkan jantung yang sihat 
  • Meningkatkan kemampuan dan corak tidur 
  • Mencegah kerosakan sel dari tekanan emosi dan fizikal 
  • Menggalakkan penyembuhan luka 
  • Menguatkan sistem imun badan 


Testimonial ringkas dari Sha sendiri
Sha sebagai ibu yang mengandung amat sensitif untuk mencuba pelbagai produk yang disarankan, tapi produk 2 in 1 ini, sha akui dapat membantu mencantikan kulit dimana kepentingan kologen juga khasnya untuk wanita lewat usia banyak kehilangan, so nak cover balik kena start minum kologen dari sekarang. Tentang bau pula, al-maklumlah ibu mengandung selalu alah dengan bauan yang kuat dan tidak menyenangkan, tapi minuman LiveCollagen ini membuatkan sha terkejut, tiada bau yang kuat yang boleh menggangu proses hadaman harian sha sepanjang sha consume produk ini. wow, cantik mulus lah ummi lepas ini kan..

Guna Promo Kod "opzzpinky5" untuk melayakkan korang dapat diskaun sebanyak RM5 untuk setiap pembelian mana-mana produk dari Dynamic Nutrition ini




No. Telefon +603 80812128 

Email enquiries@dyna-nutrition.com