March 18, 2018

Loya dan Pening Semasa Mengandung

Loya dan Pening Semasa Mengandung | Assalamualaikum, dua perkara ini, sejujurnya sha cakap memang sha memang tidak akan lari untuk mengalaminya sepanjang tempoh hampir nak masuk 3 bulan mengandung, walaupun sha bersyukur sangat-sangat sha tiada alahan muntah yang teruk sepanjang mengandung seperti mana ibu-ibu mengandung alami.

Meskipun begitu, sha tetap dapat teruskan aktiviti harian seperti makan dengan baik, memasak dengan happynya, hidu bauan tidak berapa teruk, cuma ada beberapa bauan yang sha tidak suka, contohnya asap racun nyamuk boleh membuatkan sha pening.

Kalau korang ada simptom ini, tahniah anda mengandung---> LINK


2 benda ini dapat selesaikan masalah loya dan pening sha sepanjang sha mengandung, mudah didapati di toko ubat dan market. Adapun sebelum ini sha hanya tertarik pada buah mangga, dan campuran asam boi bersama limau kasturi sudah berlalu dan sha pun tidak lagi tercari-cari benda masam itu, hihi, sejujurnya sha bukan pengemar benda masam.

Apapun, semua ini adalah penghapus dosa-dosa kecil buat para ibu-ibu yang mengandung, ada beberapa bulan lagi nak tabah menghadapinya, insyaAllah semoga Allah permudahkan semuanya.

Itu Sahaja entry saja-saja hihi
Sekian dari sha dan baby dalam perut hihi


March 17, 2018

Resepi Ikan Bakar Berkuah Philips Air Fryer

Resepi Ikan Bakar Berkuah Philips Air Fryer | Assalamualaikum hi guys, dah lunch ke belum? mari sha nak share satu resepi mudah untuk korang yang tidak cukup masa untuk ketuk-ketuk didapur ataupun bagi korang yang suka masakan sihat tanpa lemak.



Ikan Bakar Berkuah, macam pelik ja kan? haha actually sejak mengandung ni sha suka makan makanan yang berkuah dan sup, lagi-lagi suka makan ikan, nyum nyum, jadi resepi yang sha nak share dekat korang senang sahaja, bahan pun mudah dapat yang penting korang ada air fryer, kalau oven sha tak pasti suhu berapa, korang boleh try and error ja, kan..

Resepi Ikan Bakar Berkuah Philips Air Fryer
1. Ikan 
2. 4 ulas Bawang Putih dihiris panjang
3. 1 saiz ibu jari Halia dihiris panjang 
4. Setengah gelas air asam
5. 2 sudu makan sos tiram 
6. Garam dan Ajinamoto secukup rasa

Masukkan ikan yang telah dipotong dua dan dihiris sedikit pada ekor dan kepala kedalam besen kecil, masukkan kesemua bahan-bahan tadi dan gaulkan sama rata, masukkan bahan tadi juga kedalam hirisan ikan bagi menimbulkan rasa pada ikan.

Kemudian masukkan ikan bersama bahan tadi ke dalam aluminium foil, tuangkan kuah dan pastikan tidak tumpah. Masak pada suhu 170c selama 15minit

Selamat mencuba :)


March 16, 2018

Sinopsis Drama Tiada Arah Jodoh Kita

Sinopsis Drama Tiada Arah Jodoh Kita | Assalamualaikum, siapa layan cerita ini kita geng, actually sha baru ja berjinak-jinak dengan drama ni, walaupun dah lama main, sha start tengok sebab jalan cerita dia makin menarik, dan itu sahaja channel yang ada sebab mama suka tengok drama pukul 7 haha.

Tiada Arah Jodoh Kita

Drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh Kita karya Ezza Mysara dan telahpun ditayangkan pada 13 Februari 2018 di slot Akasia TV3. Drama 28 episod ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dibawah terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd. Menampilkan lakonan Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson. 

JUDUL : TIADA ARAH JODOH KITA
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 13 Februari 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7.00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Ezza Mysara
SKRIP : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson, Mustaqim Bahadon, Azar Azmi, Livonia Ricky, Dian P.Ramlee, Aleza Shadan, Azhar Amir, Farisha Irwayu, Nada Nur Syuhada, Airis Yasmin, Rania, Alis Mariya

WATAK PELAKON 
Shukri Yahaya sebagai Megat Aathif
Aprena Manrose sebagai Afia Awliya
Hafeez Mikail sebagai Megat Wakeel
Erwin Dawson sebagai Fayyad Syakir
Livonia Ricky sebagai Nur
Mustaqim Bahadon sebagai Hazim
Azar Azmi sebagai Ain
Dian P.Ramlee sebagai Hajah Hamidah
Aleza Shadan sebagai Puan Maznah
Airis Yasmin sebagai Wardah
Farisha Irwayu sebagai Hajah Mariani
Azhar Amir sebagai Tuan Amiruddin
Elfaezah Ul Haq sebagai Aisyah
Alis Mariya sebagai Saidatul
Azzam Zamani sebagai Afwan
Halimah Naim sebagai Mak Siti
Rafe Sumanteri sebagai Dato Zainal
Rania Humairah sebagai Alisha
Puteri Adrianna sebagai Wanie

LAGU TEMA / OST 
Tajuk : Rahsia Tuhan
Penyanyi : Ippo Hafiz

SINOPSIS TIADA ARAH JODOH KITA
Mengisahkan percintaan Afia Awliya dalam mencapai kebahagiaan dalam kehidupan. Afia Awliya bercinta dengan Fayyad Syakir. Namun Fayyad Syakir tiba-tiba meminang Afia Awliya untuk sahabatnya, Megat Wakeel yang sakit. Afia kecewa kerana Fayyad mahu menjudikan cinta mereka begitu. Namun Afia kemudiannya bersetuju untuk mengahwini Wakeel kerana sifat penyayangnya.

Pada masa yang sama, abang kepada Wakeel, Megat Aathif yang turut mengejar cinta Afia menghalang cadangan Wakeel untuk mengahwini Afia. Namun Aathif redha dengan keputusan itu. Afia mengahwini Wakeel yang menghidap kanser buah pinggang. Sejak itu, Bermulalah kehidupannya berhadapan dengan Aathif yang tidak dapat menerima Afia sebagai adik iparnya. Namun, ketelusan yang ditonjolkan Pia berjaya membuktikan mereka bahagia.

Pemergian Wakeel menyebabkan Afia mengalami kemurungan. Dia kini berhadapan dengan Fayyad yang kembali menagih cintanya. Namun Afia memilih untuk berkahwin dengan Aathif, abang Wakeel yang sememangnya menaruh perasaan pada Afia sejak mula. Perkahwinan mereka mula diuji apabila Aathif perasan akan perubahan diri Afia yang suka bercakap seorang diri dan menuduh Aathif mempunyai perempuan lain. Apabila diperiksa doktor, Afia disahkan mengalami gangguan.

Pendaftaran ADAM50 - Bajet 2018

Pendaftaran ADAM50 - Bajet 2018 | Assalamualaikum, untungnya bagi bayi warga negara Malaysia yang lahir pada tahun 2018 hingga tahun 2022, sebabnya bayi-bayi tersebut akan diberi dana tabungan permulaan sebanyak RM200 dalam skim yang diperkenalkan oleh kerajaan semasa pembentangan bajet 2018 iaitu ADAM ataupun Amanah Dana Anak Malaysia 2050 



Pendaftaran ADAM50 hendaklah dilakukan dalam tempoh setahun selepas bayi dilahirkanContohnya, korang melahirkan bayi pada 20 Januari 2018, ibu bapa atau penjaga berdaftar hendaklah melakukan pendaftaran selewat-lewatnya pada 20 Januari 2019. Tapi kalau gagal berbuat demikian maka kelayakan untuk mendapatkan ADAM50 secara automatiknya terbatal, so korang ada masa setahun untuk mendaftar ya.

Ibu bapa atau penjaga berdaftar boleh datang ke Cawangan ASNB atau mana-mana ejen ASNB di seluruh negara:

  • Maybank
  • Maybank Islamic
  • CIMB
  • CIMB Islamic
  • RHB
  • RHB Islamic
  • Pos Malaysia
  • Bank Simpanan Nasional
  • Affin Bank
  • Alliance Bank
  • AmBank
  • AmBank Islamic


DOKUMEN PENDAFTARAN ADAM50
Berikut antara dokumen yang perlu dibawa ketika proses pendaftaran, antaranya:
  • Kad pengenalan (MyKad) ibu/bapa/penjaga berdaftar
  • MyKid bayi atau Sijil Kelahiran
  • Sebarang dokumen sokongan seperti Surat Pertalian Darah, perintah mahkamah dan lain-lain jika penjaga berdaftar bukan dalam kalangan ibu atau bapa bayi

SYARAT KELAYAKAN
Berikut kriteria dan syarat kelayakan permohonan ADAM50:
  • Lahir pada atau selepas 1 Januari 2018
  • Warganegara Malaysia
  • Ibu/bapa atau Penjaga berdaftar berwarganegara Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas
  • Peserta serta Penjaga Berdaftar tidak diisytiharkan muflis sepanjang tempoh pelaburan
  • Untuk makluman, 200 unit insentif tersebut tidak boleh dijual semula dan hanya boleh dikeluarkan setelah anak mencapai usia 18 tahun.

  

March 12, 2018

Cash Giveaway by FarhanaJafri

Assalamualaikum guys, Tahniah buat Farhana Jafri sudah mencapai target PV yang diingnkan, mesti happy kan, jom join GA beliau, syarat simple ja. korang boleh klik banner ya, good luck