June 13, 2017

Selesaikan Masalah Tidak Dapat Follow Blog Lain

Morning Guysss...Beberapa hari ni mood agak tunggang terbalik, disebabkan join GA tapi nda dapat follow blog penganjur dan sponsor, disebabkan sha ni jenis yang amanah, rasa sia-sia menang kalau nda ikut syarat kan..so sha cari penyelesaian bagi masalah Tidak Dapat Follow Blog Lain

Actually, ada juga blogger bagitahu, Clear Cookies and Cached pada history, sha dah buat emanpuluhlimabelaskali, masih juga nda dapat follow, haha..nakal betul kan ini system follow memollow ni

Dan sha terfikir untuk unfollow blog sendiri kemudian refresh blog, cehhh nda juga dapat haha..

Kemudian terpikir pula untuk reload page yang keluar error tu, dalam tigaempatkali juga sha buat, tadaaa..dapat akhirnyaa..mengkali masalah line lidut kali kan hahaha...iyakah? 





Lega akhirnya dapat suda follow blog sponsor semua, yeahh..harap ada lah sikit rezeki di bulan mulia ini..haha..menang INI pun jadilahh :P

June 11, 2017

Gastrik di Bulan Ramadhan

Salam 16 Ramadhan, entry pertama di bulan ramdhan, nampak sangat pemalasnya sharina nak update entry haha..selamat berpuasa korang semua, puasa kah tidak? eh mestilah sha puasa kawan-kawan, rugi nda puasa dibulan Ramadhan ni, setahun sekali ja kan..

Ok, sha nak story pasal Gastrik di bulan Ramadhan, sha memang pesakit gastrik yang agak teruk jugalah, bila nda makan nasi dalam sehari memang akan kena gastrik. Sebelum ni, sha nda pernah alami gastrik dibulan Ramadhan walaupun sha ada gastrik yang teruk, tapi puasa tahun ni kena pulakk

Dulu sha nda percaya akan terjadinya gastrik pada bulan puasa, now dah kena batang hidung sendiri, so kena jaga makan elok-elok, elakkan minum air bergas pada waktu berbuka.

Dan sha ada terbaca viral dekat Facebook yang pelajar 16 tahun maut disebabkan gastrik dan diet tengah malam, Masha Allah, semoga kita sentiasa beringat ya.

 Korang ada pengalaman sendiri kena gastrik dalam bulan Ramadhan? komen sikit..hihi

May 31, 2017

Maaf, Baru Dapat Komen Blog Korang

Image result for maaf

Baru hari ni dapat terjah beberapa blog yang selalu terjah blog sha, maaf korang, Google+ punya komen ada masalah, bila tukar template, hilang semua komen google+, semua komen dalam post dah jadi kosong haha..jahat betul google+ ni..nampak sangat blog sha sunyi sepi kan..aduhai

Template dah tukar, sebab Blogger Mad cakap blog berat sangat, lepas itu masalah domain pula,  belum settle lagi masalah domain, masalah follow blog orang lagi..sha dah berpinar mata satu hari depan komputer selesaikan masalah ni, ada siapa2 boleh tolong bagitahu kenapa sha tak dapat follow blog orang? hahaha..

Terima kasih semua sebab singgah dan komen..korang memang sporting la..



May 24, 2017

Tempat Kerja Baru

Image result for tempat kerja baru
Alhamdulilah, akhirnya sharina berjaya meng-update entry pasal tempat kerja barunya, haha..actually nda baru sudah, sebab mau dekat 2 bulan lebih sudah kerja sana, saja mau bagitau diblog, kot-kot orang kuat stalk blog ni hahaha, mau juga tau perkembangan terbaru sharina kan..haha perasan

Yeahhh, sesudah menghabiskan tempoh 5 bulan menganggur, akhirnya, sha dapat kerja di Sandakan, memang nekad sudah hati ini mau cari kerja di Sandakan sebab dekat sama keluarga dan tut..haha..nanti karau pindah randah mengangkut barang yang macam lari dari rumah saja bah.

Tempat kerja baru ni sha sebagai Admin Clerk di Company Aluminium dan Glass, sibuk tersangatlah sibuk. Sha ok ja kalau sibuk pun kan, yang penting persekitaran ok, tapi nda macam yang sha impikan, tempat kerja lama masih yang paling bagus didunia haha, dengan bos yang boleh buat kawan, (bos pandai stalk ini blog hahaha) malangnya boss sekarang sangat garang dan tegas, tapi masih boleh tahan jugalah, jadi sharina kenalah pandai fikir positif, dan kerja kena ikhlas

Tapi kalau betul nda tahan, apa boleh buat kan..hah
memang begitu kalau kerja makan gaji


Sha xda selfie dalam opis memandangkan busy kerja, tapi sha jumpa gambar opis dalam google 

Image result for hwa chai glass enterprise

Liang (cantik) bukan? untuk cleaning satu bangunan ni, memang sandi (teruk) juga awal pagi, hahaha..apapun. semoga Allah cekalkan hati sharina untuk terus berjuang dalam office ini..hahaha..aminnn

May 22, 2017

Sabahan Blogger ♥ Dibawah Bayu Kami Bersatu ♥

Logo Sabahan Blogger V2
Excited nya lah bila group Sabahan Blogger ini diaktifkan kembali, sebenarnya ada, cuma macam tiada haha..Sha dengan Mad memang dah plan lama dah sejak kami ambil kursus di AMC pada 2013 dulu, dah namanya blogger, bualan kami memang pasal blog ja, kalau orang nda tahu memang akan bosan haha..

Then ahli jawatankuasa yang lain pun ada bincang juga pasal penubuhan ni, hahaha, maka lahirlah Sabahan Blogger ♥ Dibawah Bayu Kami Bersatu ♥ logo by Rahmad www.rahmadgraphic.my, Tagline by Eca www.ecadwinkyasha.com dan blog tersendiri www.sabahanblogger.com artikel menarik tentang Sabah, InsyaAllah akan kami ceritakan disitu

Anda seorang blogger? dari Sabah? mari join komuniti kami, PM sha di FB or Email pun boleh, dan boleh follow rakan blogger yang lain, dan berkenalan, semua sporting..hihi


List Sabahan Blogger
1. www.ecadwinkyasha.com
2. dapurjirankuberasap.blogspot.com
3. shumie-dz.blogspot.com
4. www.unnianje.com
5. www.jun-zie.com
6. msvelentine.blogspot.my
7. blogashalya.blogspot.my
8. anumabdullah93.blogspot.com
9. lizaizara.blogspot.my
10. sukasukasurirumah.blogspot.my
11. www.kisahemasputih.com
12. www.opzzpinky.my
13. nnizati.blogspot.com
14. www.dayverampas.com
15. nourayuadieb.blogspot.com
16. www.rahmadgraphic.my
17. hunyieda.blogspot.com
18. hidayah97-bittersweet.blogspot.my
19. www.kakgojes.com
20. mrsyatie.blogspot.com
21. www.dedauncomel.com
22. www.elihjapahar.com
23. ciknurul23.blogspot.com
24. madey09.blogspot.my
25. walkstatic.blogspot.com
26. inikisahtia.blogspot.my
27. iamtiniamir.blogspot.my
28. www.mommyfiqa.com
29. Anda Sabahan Blogger...