January 25, 2015

Rotan Anak Bakal Jadi Kesalahan Jenayah?

Terkejut sha apabila melihat satu artikel tentang Rotan Anak Bakal Jadi Kesalahan Jenayah..bagi pendapat sha ianya tak salah jika hanya membimbing atau bertegas terhadap anak tersebut, yang salahnya bila ibu bapa itu sendiri mendera berlebihan menyebabkan anak tersebut trauma dan cedera.

Memang banyak beza antara budak dulu dan sekarang, sebabnya sha adalah budak zaman dulu, nampak rotan pun dah menangis insaf tak buat lagi..haha..bila dah kena sekali, tak nak untuk kedua kali..sebagai pengajaran untuk kita..betul kan?

Setiap budak mungkin ada perangai berbeza, makin dirotan makin jajal tu kena minta doa dengan Allah, mungkin dia nak lebih kasih sayang..beri perhatian untuk dia..jadikan dia sebagai kawan baik..

Tapi budak zaman sekarang ni, terlampau aktif, kepandaian dorang tahan maksima, sikap ingin tahu tinggi kerana zaman sekarang sangat terdedah dengan media sosial..so dari kita macam mana nak membentuk dorang ni..Allahualam :)

Apa pula pendapat anda???

January 24, 2015

Zero memang LAWAK

Sha antara penyokong kumpulan Zero, pantang undur kecuali operasi..Sabah, of course lah kan..sha suka time dorang buat lawak KRU, artis undangan Stacy dan yang kompang tu..memang lawak gila, walaupun sha tak nampak live dekat TV, sebab tidur awal kerja kan..tapi sha memang akan tengok ulangan..

2 minggu lepas lawak dorang agak hambar, tapi minggu ni memang sepatutnya bagi 5 bintang..sha pun baru start tengok pun dah gelak berabis..ngam sangat tengok time stress..yang paling lucu, Saiful a.k.a Melati..kakakaka...

Untuk minggu ke 11, sha copy dari pencuri movie untuk korang gelak tengok..
Silent Comedy dan Karoot Komedia

Blog Kembali Wujud

Alhamdulilah, blog sha kembali wujud setelah 2 hari kena suspend, no view, no comment, all is zero..rasa give up pun ada, rasa nak abaikan domain pun ada, rasa malas nak blogging pun ada..erk? tapi bila fikir balik..sha sunyi bila tiada blog, tiada tempat nak sharing perasaan..ber"jauhan" dengan rakan blogger lain..then sha kuatkan semangat untuk solve this problem..

Ceritanya bermula dari sha, salah buat pembayaran domain 18 disember tu, so ingatkan dia masuk renew juga,jadi sha abaikanlah.. rupanya 15 january, dah kena suspend tanpa notis, buka blog ja dah tak da..ingatkan line streamyx lembap, sebab tak bayar lagi haha..

Dengan pertolongan Blogger Kak Innanie, sebab dia yang urus semua domain, satu malam dah settel semuanya..alhamdulilah thanks akak..memang responsibility person..muahh sangat2..hihihi

Now, dah boleh blogging dah..yeeppyy...
Blog www.opzzpinky.my masih wujud dalam dunia blogging
alhamdulilah..

January 18, 2015

Sinopsis Suamiku Encik Perfect 10

Sinopsis Suamiku Encik Perfect 10 Lakonan Lisa SurihaniSinopsis Suamiku Encik Perfect 10 Lakonan Lisa Surihani


Sinopsis filem Suamiku Encik Perfect 10 lakonan Lisa Surihani. Kisah Suamiku, Encik Perfect 10! bermula apabila satu pertemuan yang tidak diduga di antara seorang pelajar perubatan iaitu Aleeya Azmeen dan Zarief Danial, seorang ahli perniagaan ketika mereka sama-sama dalam penerbangan pulang dari Heathrow, London ke KLIA, Malaysia. Pertemuan itu akhirnya membawa mereka menjadi pasangan suami isteri. Namun, perkahwinan itu hanya lakonan semata-mata bagi mengaburi mata keluarga Aleeya dari mengetahui tentang kisah sebenar yang disimpannya.

Sementara itu, Zarief yang sudah pun bertunang dengan Azura Hanim mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangan itu kerana mula menyayangi Aleeya. Di saat cinta mula berputik di antara Aleeya dan Zarief, bekas kekasih Aleeya iaitu Syed Muzaffar kembali bagi menuntut cintanya. Konflik bertambah rumit apabila keluarga Syed Muzaffar turut campur tangan dengan cuba merebut anak yang dikandung oleh Aleeya kerana ingin mendapatkan waris demi harta dan kekayaan.

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar yang merupakan ayah kepada anak yang dikandungnya? Atau Zarief Daniel iaitu lelaki yang berjaya mengubat lukanya sebelum ini? Adakah Aleeya Azmeen akan memperolehi suami encik perfect 10 seperti yang diharapkannya selama ini?

Sinopsis Suamiku Encik Perfect 10 Lakonan Lisa Surihani

Sinopsis Suamiku Encik Perfect 10 Lakonan Lisa Surihani
Sinopsis Suamiku Encik Perfect 10 Lakonan Lisa Surihani
Sinopsis Suamiku Encik Perfect 10 Lakonan Lisa Surihani

Nasi Kerabu Paling Sedap di Kota Kinabalu, Sabah


Kali pertama makan nasi kerabu, time beli dekat Baazar Ramadhan, start dari situ, sha tak makan dah, sebabnya..nasi tu warna biru dan ada rasa pasisang (kumbang entah apa hahaha) langsung tak suka dengan nasi kerabu, then bila last week my BFF bawa makan nasi kerabu, dia bilang sedap sangat..ok fine sha ikut ja, lagipun cita rasa kami sama sejak dulu lagi..hihi

Restoran D'Bulan, Taman Putra Jaya, Jalan Tuaran, dekat ja dengan rumah sha..bahagian atas dekat perumahan tu, owner orang semenanjung, time kami pergi tu baru buka kot..tak ramai orang sangat..tapi kebanyakan orang yang pergi situ, adalah orang semenanjung..

So sha pun tryla nasi kerabu, sha pilih ayam goreng berempah..perghh..sedap sampai menjilat jari..licin habis..memang sedap..terima kasih my BFF bawa sha datang situ, lepas ni nak pergi makan situ lagi..haha..