September 1, 2013

Berbaju Kurung ke Pesta Arak Merderka


Berbaju kurung ke pesta arak merdeka

KUALA LUMPUR - Sambutan ambang merdeka yang sepatutnya berlangsung dengan penuh kesyukuran dicemari pesta minuman keras oleh pengunjung beragama Islam di sebuah kelab hiburan di Jalan Sultan Sulaiman, di sini.

Lebih memalukan apabila ia berlangsung dalam keadaan pengunjung wanita berpakaian baju kurung dan kebaya dipercayai sempena tema ‘rumah terbuka Aidilfitri’ anjuran kelab berkenaan.

Ketika serbuan dijalankan pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), kira-kira jam 2 pagi itu, rata-rata pengunjung sedang asyik berhibur bersama ‘bintang-bintang’ ternama dalam kalangan pengunjung tetap kelab berkenaan, yang menyertai pertandingan karaoke di situ.

Pada awalnya, serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu berlangsung aman, bagaimanapun beberapa pengunjung gagal memberi kerjasama membuatkan pihak penguat kuasa Jawi terpaksa mengambil masa lebih dua jam sebelum dapat menyelesaikan ketegangan yang berlaku.

Beberapa petugas media juga menjadi ‘mangsa’ sasaran pengawal kelab yang bertindak mengarahkan semua rakaman dipadamkan sambil mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Operasi Jawi, Mohamad Rais Rasid berkata, dalam serbuan berkenaan, seramai 30 pengunjung yang disyaki meminum minuman keras, ditahan untuk siasatan lanjut manakala 20 lagi diberi notis perintah hadir kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

“Setiap tahun kita laksanakannya tetapi kali ini agak mencabar kerana membabitkan pengunjung yang terlalu ramai dalam kalangan Melayu Islam dan itu amat menyedihkan kerana tempat ini tidak sesuai untuk sambut merdeka. Ada hidang arak serta pencampuran lelaki dan perempuan,” katanya selepas operasi berkenaan.

Operasi bermula jam 12 tengah malam itu berakhir kira-kira jam 4 pagi melibatkan 71 anggota penguat kuasa Jawi dan juga polis.

Mohamad Rais berkata, siasatan turut dijalankan ke atas penjual arak yang mana jika sabit salah boleh membawa didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, dalam operasi sama, dua remaja berusia 20 tahun ditahan kerana berkhalwat hasil serbuan ke atas sebuah hotel bajet di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras.

Pihak penguat kuasa Jawi terpaksa menunggu kira-kira empat minit sebelum pintu dibuka dan mendapati remaja perempuan itu cuba menyembunyikan diri dalam tandas bilik hotel dalam keadaan separuh bogel.

Kedua-duanya dibawa ke Jawi sebelum diikat jamin dan kes disiasat mengikut seksyen 27 kerana berkhalwat dan jika sabit salah denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Sumber : Sinar harian

Nota Pink : Mungkin kerajaan patut ambil tegas berkenaan isu agama..apa pendapat korang?

Edit Blog Lynn - Shaklee Agent


Assalamualaikum

Seharian siapkan blog tempahan terakhir untuk minggu ini..belum tengok design sebelum ini?..check it out here..so Agent Shaklee sangat banyak tempah design blog dengan sha..thnks korang semua hihi

Ok, Tema Pink actually, tapi sha mixed kan dengan Coklat, hope tuan punya blog suka..sebab nak cari kelainan..apa pendapat korang? cute kan? hehe..

Mari Belek2 blog cute ini --> http://shakleedhati.blogspot.com/

Segmen BKF by SH


[Satu, dua, tiga]

thanks :)

The Mortal Instrument : City of Bones


Assalamualaikum

Kemarin pergi tengok wayang dengan girlfriend, lama dah tak pijak panggung wayang, so nak release tension..jom teng Mortal instrument..memang best..actually nak pergi sebab nak tidur ja..tau2 tak dapat tidur sebab movie nie best, kena lagi sound effectnya..mana lagi 1st jalan cerita yang anjing bertukar jadi syaitan tu, dah berteriak haha..


Sha suka tengok heroin dari hero dia..cute ja perempuan ni..kalau korang nak tahu jalan ceritanya..google ja..tapi kalau nak tahu menarik atau tak..tengok lah sendiri hihi..

ENJOY !!

August 30, 2013

Edit Blog Mia - SinceYesterdayz


Assalamualaikum

Hari ini siapkan blog tempahan Full Template RM 20 + Review + Iklan sebulan dari Sumandak Manis lagi Comel..dari Sabah, dekat ja..jadi speaking pun Sabahan, lebih senang sikit dan 1st time dapat customer dari Sabah..lancar bah kami punya conversation haha..

Ok !! Tema Fully Purple sebab Tuan punya blog sangat suka purple..design kali ini amat unik sebab sha buat post title ada gambar owner..akhirnya berjaya juga buat haha..poning juga belek2 kod..huhu..

Btw, jom follow Mia --> http://sinceyesterdayz.blogspot.com/