August 10, 2012

Edit Blog Cik Zynie

arghh~ penat perah otak selama 3 jam rasanya..sambil layan karenah orang yang dah tidur sekarang..kata nak lepak sampai pagi..tau-tau dah tidur..eh..kami cuma lepak di sms ja ngee~ sapa lah tu kan :P..

ok mata pun dah layu, otak rasa macam nak bergabung dengan bantal busyuk..haha..
tadi sha edit blog best friend..
http://satubintangsepi.blogspot.com/
korang boleh follow dia..cute bah dia ni..modelling gitu lor~

ni header baru dia..

ni bahagian footer..

Layout 100% by SHARINA..baru buat semalam..saja nak test kat blog..bertuah dia ngee~kalau korang nak minta edit blog SINI murah dan berbaloi..

ok cau..nak tito..bye~~

Kad Raya Pertama Dari Cik Rongoks



Thanks Ika..kad raya kamu telah pun sha terima tadi..opss..sorry lambat sebab abg ipar sha lambat amik..apapun sha happy bah sebab ini adalah kad raya pertama sha..haha macam lah ada lagi yang mau bagi kad seterusnya..ngee


Tulisan kemas dan cute..selamat berpuasa dan selamat hari raya juga buat ika sekeluarga..thanks sebab bagi sha kad ni :)

August 9, 2012

Kalau sha DELETE Blog ni..ada tak yang rindu?


Sayu kan title tu..ya seriusly sha rasa macam mau delete ja ni blog..tapi this is a part of my life..jadi sha rasa sedih pula mau tinggalkan kawan-kawan maya yang banyak dan baik hati semuanya  :'[

Sebab apa sha mau delete ni?? emm..emm..emm..susah mau ditafsirkan dengan kata-kata..so jum kita layan video ni dulu..hehe~


Nota Pink : Baru sha faham apa erti "Mood ke laut" ngam juga tu depan bilik sha ada lautan yang sangat cantik..mau berenang la..kasih teman mood sha di sana..cau dulu..bye~

August 8, 2012

I ♥ Sabah

Q : Kenapa Sabah tiada LRT?

A : Sebab kalau dipasang LRT nda juga diguna sebab orang Sabah kurang2 pakai Viva, mana ada pakai motor apa lagi mau naik LRT. nda percaya kamu boleh tengok di traffic light, boleh dikira berapa biji ja motor. :)

Q : Kenapa Sabah tiada shopping complex power-power macam 1Utama, Sunway Pyramyd,Times Square?

A : Sebab orang yang melancong pergi Sabah bukan mau tengok bangunan, durang mau tengok orang utan, mau tengok penyu, mau tengok hutan simpan, mau panjat gunung dan lain-lain lagi. kalau mau tengok bangunan bagus durang nda payah melancong, di negara durang lagi tinggi-tinggi lagi power-power shopping complex. :)

Q : Betulkah orang Sabah tinggal di pokok?

A : BETUL! tapi yang tu bukan manusia, itu orang utan. bulu orang utan coklat jingga perang, bulu manusia warna hitam. kena tahu beza tu, jangan jadi bangang. :)

Q : Sabah tiada highway? Oh My God! mesti jalan jammed.

A : Baguslah ba tiada highway. NO HIGHWAY NO TOL ! nda la kami membazir duit mau bayar duit semata-mata mau limpas jalan. duit TOL pergi kerja RM1.20, pulang kerja pun RM1.20. cuba kamu kumpul-kumpul dalam masa 1 bulan, dapatlah RM72. RM72 boleh sudah bayar Astro. Kalau teda astro buli bikin setel benda lain. Ada highway di sana pun ada juga jammed? Sia-sialah kamu bayar duit TOL. Now who's smart?? :)

Q : Dengar-dengar di Sabah selalu blackout. REALLY??

A : Ya.. kami nda jakun mau sambut EARTH HOUR setiap 31 Mac, sebab kadang-kadang selalu blackout kan. baguslah juga begitu, dapat mengasi jimat sikit duit kami hujung bulan. tapi kalau itu karan nda pandai hidup-hidup sampai 3 jam, itu bukan sudah mengasi jimat, tu mengasi PANAS sudah tu. :)

Q : LAST QUESTION! Apa yang bagusnya SABAH yang kamu bangga-bangga ni?

A : Di Sabah ni tiada apa-apa. KUNO bah..tiada LRT, tiada Highway LDP, Federal Highway, Terowong Smart, Jambatan Putrajaya, KLCC, KL Tower, Sunway Pyramyd, Sunway Lagoon.
tapi di Sabah ada Rumah Terbalik. cuba kamu kasi terbalik Sunway Pyramyd tu, berani ka?? :)

Kami nda bangga pun mahu ada bangunan sebab hasil koko, petroleum, sawit, getah, kayu balak dan lain-lain dari negeri ni lah yang dijadikan modal untuk membangunkan bangunan-bangunan disana..untuk apa mau berbangga dengan kejayaan yang diciptakan hasil usaha orang lain??? think smart before u talk! ^__^ v

Nota Pink : Ada segelintir masyarakat yang baru tinggal di Sabah berfikiran begini, sungguh mengecewakan..tapi ini adalah jawapan yang paling baik untuk mereka..I ♥ SABAH bah. :) tak mo gadu2 ahh..

Sumber : FB

Bahasa Arab : Al Mufradat


Hari ini sha nak ajar bahasa arab tentang bab 5 dalam buku bahasa arab tahap 2 UiTM..memandangkan ustaz Mazuki ada bagi kuiz on9..tentang bab 1-5..tapi bab ni ja yang sha sangkut..haha..sebab sha tak pergi kelas time tu..so nak belajar sama-sama korang..boleh kan??

Sebelum itu Al Mufradat bermaksud Ibu Kota..

Menara berkembar petronas
Al-burj al-taw'amiyy li Pitrunas

Menara Kuala Lumpur
Al-burj Kuala Lumpur

Shopping Mall
Al-mahallatt al-tijariyyatt

Masjid
Masjid

Hotel
Funduq

Contoh ayat : 
Wasaltu ila Al-mahallatt al-tijariyyatt bi al-salamatt 
Saya telah pun sampai di pusat membeli belah dengan selamat

Itu saja setakat ini..harap dapat dipraktikkan..Insyallah..syukran :)