July 1, 2012

Cara Nak Ringankan Blog



Kak Ros..thanks bagitahu sha yang 1st blog sha berat..so sha dah jumpa solutionnya..mungkin banyak sangat widget kat blog sha..dan tutorial ini, hope berkesan pada blog macam sha..

Step 1. Copy kod bawah ni

<script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4/jquery.min.js">
<script type='text/javascript' src='https://sites.google.com/site/jquery01/jquery.lazyload.mini.js?ver=1.5.0'></script>
<script type="text/javascript">
jQuery(document).ready(function($){
if (navigator.platform == "iPad") return;
jQuery("img").lazyload({
effect:"fadeIn",
placeholder: "https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGGft0pLLF2FN-c9coTuT8CIoFC8IU51JR19_ZmE7DULG-VOlZc8Pw1kP_PP6ZrRuQ8Y86GteROQtH2ZPsxZjXuXbk9-JonjWgA15yL2ZS9Qh0VQ0yX1FlUQbtqbrsGG2_wx4EpzgHvbU/s1600/grey.gif"
});
});</script>

Step 2. Dashboard > Design > Add HTML dan pastekannya pada kotak itu..
Step 3. Done !!

June 30, 2012

Blog Shanas Berwajah Baru


Ini adalah blog kedua sha, dan sepatutnya ini adalah header baru, tapi sha nak jadikannya watermark lah..ok blog ini sha buat untuk join GA dan contest sahaja..segmen pun boleh juga.. 

Kini blog shanas berwajah baru..


Sila berkunjung ke shanas-punya-blog.blogspot.com

Blog ini sha dah kemaskan petang tadi..yup very kemas lah..sha guna template dari google, tapi ada yang sha edit sikit..mencabar juga, alhamdulilah dah cute heheh..pada yang belum follow..meh follow sha sat !! hehe

Gambar Perkahwinan Irma dan Redza

 "Kahwinlah dengan wanita yang mencintaimu dan yang mampu beranak. Sesungguhnya aku akan membanggakan kamu sebagai umat yang terbanyak." (HR. Abu Dawud)



 


Cantiknya busana yang dipakai oleh Irma, menutup aurat, cantik dan sweet..sha suka sangat..insyallah sha nak pakai macam ini time wedding day sha..tapi sha nak warna pink heheh..Selamat pengantin baru buat Irma dan suami, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..

Lunch Time !!

Setelah mendengar perut sha bergendang-gendang jadi sha terpaksa merajinkan diri untuk ke dapur..lihat apa yang ada di peti sejuk, dan kali pertama sha masak sotong..tak pernah masak sotong sebelum ni..hehe..jangan gelak..cuba tengok apa kejadian sotong tadi..


Sotong masak..em..actually sotong ni sha nak masak kicap tapi terlebih kuah pula, so sha kasih nama dia sup sotong hitam..yaka?? apa-apa lah yang penting sotong ni pedas..nampak tak lada padi atas tu..perghh!!


Peria tumis kegemaran sha..yang ni memang selalu masak, tapi kalau yg selalu tu sha masak dengan telur tapi kali ni tidak..sebab telur habis hehe..tapi nampak pucatkan?? mungkin kuality gambar kot..hahaha..


Yang ni semuanya dah tahu kan..ikan goreng yang simple dan em..dah hancur hehe..tapi tak apa..benda ini senang ja masak, sedap dan sha suka..hehe

Sha bukan nak ikut masterchef, just share kat mama-mama yang pandai masak..banyak entry yang dorang publish tentang masakan semua sedap-sedap..jeles sha..hehe..nanti sha nak belajar..insyallah :D

Bapa rogol anak dipenjara 14 tahun, 10 sebatan

KOTA KINABALU: Seorang penduduk tempatan yang merogol anak perempuannya sendiri dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan 10 sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen kelmarin.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap seorang lelaki berusia 39 tahun selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap kesalahan itu.

Lelaki yang tidak diwakili oleh peguam, merogol anak perempuannya berusia 17 tahun pada 16 Jun kira-kira jam 9 malam di sebuah rumah di sebuah kampung di Kota Belud.
Dia melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Kesiksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebat dengan rotan.

Menurut fakta kes, mangsa yang tinggal serumah dengan ibu bapanya dirogol oleh bapanya sejak dia berumur enam tahun lagi.
Semasa kejadian, bapanya memintanya untuk memegang lampu suluh kerana dia mahu membina tandas di luar rumah mereka.

Mangsa yang hanya mengikut arahan bapanya tiba-tiba dipeluk oleh tertuduh sebelum memaksanya untuk menanggalkan pakaian dan kemudiannya merogolnya.
Pada 18 Jun, mangsa telah memaklumkan kepada gurunya tentang perkara itu yang selepas itu membuat laporan polis terhadap bapa mangsa.

Dalam rayuannya, lelaki itu meminta hukuman terhadapnya diringankan kerana dia mengaku bersalah terhadap perbuatan itu. Tertuduh juga memberitahu mahkamah dia juga mempunyai lima orang lagi anak untuk dijaga.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Aida Jaafar Mad Ariff yang bertindak sebagai pendakwa meminta mahkamah mengenakan hukuman berat kerana tertuduh melakukan kesalahan yang serius.

Beliau berkata tertuduh sepatutnya melindungi anak-anaknya dan bukan melakukan perbuatan itu.
Aida berkata tertuduh juga merogol anaknya sendiri sejak mangsa berumur enam tahun lagi dan ini membuatkan mangsa menjadi truma.