June 22, 2012

'Dia' nak datang bulan hadapan..




Picture from FB


Ahlan wa sahlan ya Ramadhan, kami semua menanti kedatanganmu pada bulan hadapan hanya tinggal beberapa hari lagi untuk kita ke bulan yang penih keberkataan, iaitu bulan Ramadhan


Dari abu hurairah : Sabda Nabi s.a.w: Berpuasalah kamu, nescaya kamu akan menjadi sihat..

Hadis riwayat Tabrani

Bulan ramadhan ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat, pertengahannya dipenuhi dengan keampunan, dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus dari neraka.

Diriwayatkan oleh ibnu khuzaimah dalam kitab sahihnya.

Dari abu hurairah: sabda Nabi: Barangsiapa menghayati malam al-qadr dengan mengerjakan solat dan pelbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya ia diampunkan dosa2 yang telah lalu.

Hadis sahih riwayat Bukhari.

10 Warming up sebelum menjelang Ramadhan

Picture from Facebook

Nota Pink : Sekadar pergkongsian bersama," Sampaikanlah dakwah Islam, biarpun dengan satu ayat" Semoga kita diberi umur yang panjang untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan..Insyallah :D

Alhamdulilah..she's back



-Loghat Sabahan-

Adui..punya gerigau sha semalam, berfikir sudah ni !!  kenapa nda boleh log in ni blog..google cakap kena remove sudah ni blog opzzpinky dan blog shanas..jiwa nda sudah tenang..nda sudah boleh blogging..tau-tau...




Rupanya begitu cerita nya..hahaha ingatkan kena apa ja..risau sudah ni..bah, korang yang akan kena macam ni nanti jangan korang gerigau ah..benda ni simple ja..the solution is verify by phone then fill in the code and log in macam biasa..tapi bila ingat balik..memang lucu juga semalam tu..heheeh..



June 21, 2012

♥ Tanda-Tanda Lelaki Sayang Part 1



Allah tidak melarang hambanya untuk bercinta malah, Dia yang telah menciptakan perasaan itu, maka beruntunglah bagi mereka yang menyucikan cinta itu..

Setiap manusia tidak lari dari perasan sayang, kaum adam juga begitu, mereka telah dikurniakan 9 akal dan 1 nafsu, maka kasih sayang itu lebih cenderung kepada mereka..sedangkan kaum adam yang tegas lagi garang akan luntur bila bertemu dengan pasangan yang dia sayangi..apakah tanda-tanda dia menyayangi pasangan tersebut..jom kita tengok 10 tanda-tanda itu..

 Dia bersungguh-sunguh melakukan sesuatu demi kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa. 
 Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap. 
 Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya. 
 Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap
 Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya. 
 Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
 Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya. 
 Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. 
 Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain. 
 Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja. 

Semua kaum hawa memang ingin disayangi apatah lagi dapat pasangan yang caring..tapi korang jangan tengok sekarang, tunggu lepas kahwin nanti barulah romantik kan??



 Nota Pink : Nantikan tanda-tanda lelaki sayang part 2..