June 6, 2012

Remaja dirogol kenalan Facebook


PELAJAR Tingkatan Satu   dirogol remaja berusia 16 tahun yang ditemui  di Pusat Khidmat BN, Ipoh semalam.
PELAJAR Tingkatan Satu dirogol remaja berusia 16 tahun yang ditemui di Pusat Khidmat BN, Ipoh semalam.
Mangsa terpedaya pemberian barang kemas

IPOH: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menjadi mangsa rogol seorang kenalan yang dikenali dari laman sosial Facebook selepas terpedaya dengan janji manis serta pemberian barang kemas daripada remaja lelaki terbabit.
Pelajar Tingkatan Satu itu mula mengenali remaja berusia 16 tahun dan sering berhubung menerusi Facebook sebelum membuat keputusan mengadakan pertemuan kali pertama pada 25 Mei lalu.
Adik saya turut akui menerima pelbagai barang kemas, termasuk rantai dan cincin. - Lee, Abang mangsa
Malah, mangsa ponteng sekolah beberapa hari dan bersembunyi dua hari di rumah keluarga pasangannya itu untuk melepaskan rindu sebaik berjumpa sehingga menyebabkan keluarga mangsa membuat laporan polis, kira-kira jam 3 petang, 25 Mei kerana anak mereka tidak pulang ke rumah.


Bagaimanapun, selang dua hari kemudian, mangsa ditemui selamat selepas dihantar ibu teman lelakinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh. 

Abang mangsa yang mahu dikenali sebagai Lee, 29, berkata dia mengesyaki perubahan sikap ketara pada adiknya selepas menjalinkan perkenalan dengan teman lelakinya itu, termasuk sering ponteng sekolah, mengabaikan pelajaran dan berubah sikap.

“Adik saya turut mengakui pernah menerima pelbagai barang kemas, termasuk rantai dan cincin emas dihadiahkan remaja itu. 
“Saya percaya lelaki itu memperdayakan adik saya dengan pelbagai hadiah sebelum bertindak merogolnya,” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Barisan Nasional (BN) di sini, semalam.

Katanya, dia dan keluarga meminta polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap remaja lelaki terbabit, termasuk ahli keluarga lelaki itu kerana bersubahat menyembunyikan adiknya selama dua hari di rumah mereka.

Ketua Urus Setia Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak, Mohd Rawi Abdullah, berkata pihaknya menerima banyak aduan mengenai kes rogol yang berpunca daripada perkenalan di laman sosial sejak tahun lalu.

Katanya, empat daripada kes berkenaan membabitkan kes rogol di mana kebanyakan mangsanya berusia lingkungan antara 13 hingga 20 tahun.

“Justeru, saya meminta ibu bapa dan penjaga supaya dapat mengawasi tingkah laku anak masing-masing. Selain itu, pihak polis juga perlu memandang serius tingkah laku pelajar mereka dan segera memaklumkan kepada ibu bapa pelajar bagi mengelak masalah terus berlarutan,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Nota Pink : Sentiasa berhati-hati dengan orang yang ingin berkenalan dari FB..jangan sesekali jumpa tanpa teman..bahaya tu.. 

June 5, 2012

Nak tukar ke tak ??

Antara dua..owh..owh..yeah~~ buruknya suara..hahaha ok now, sha nak update pasal banner yang sha saja-saja nak buat tengah hari tadi, walaupun asalnya dah ada yang lama,lip-lap-lip-lap gitu ya..tak dah lah, sha cuma try buat ja, tup..tup..cute lah pula, perasan lah tu aish


banner baru yang sha maksudkan, apa pendapat korang? elok tak kalau sha tukar yang lama kepada yang baru? sebab yang baru ni..ada gambar sha cute gitu lor ok !! yang lama pun sama lah, tapi yang ini special sikit..sebab..em..sha suka color nya yang soft..korang tolong bagi komen sikit..!!
Yang ini pula banner yang lama, comot ja kan word tu, waktu ni, sha baru belajar buat, jadi ribut petir sikit..alhamdulilah jadi juga lip-lap-lip-lap nya, tapi pink tu terang sangat lah, tapi rasanya boleh tarik pengujung supaya datang singgah blog sha yang tak seberapa ni..ah..baru betul..ceh~~
Nota Pink : Korang pilih yang mana? nak buat survey jap hihihiikhlaskan hati ya, takda paksaan pun :) thanks ya

Alhamdulilah..Rezeki Bulan Jun

Dare you shurp?? http://my.churpchurp.com/opzzpinkyblogspotcom/share/NescafeUHT Kawan-Kawan Tolong Like yah..thanks

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.”
Riwayat Ibn an-Najjar
Dup..dap..dup..dap..alhamdulilah rezeki sha bertambah lagi, sudah menang Giveaway dua kali, kini menang hadiah dari Says pulak..actually sha betul-betul tak tahu sha pemenangnya sebab sha baru habis shopping pergi beli barang-barang keperluan nak balik hostel, tiba-tiba kak fieda PM sha di FB..thanks ya kak...eh..yaka sha menang? wah..bestnya..jom...tengok apa yang sha dapat...


kalau korang nak jadi pemenang macam sha..korang boleh pilih hadiah di sini http://shaelyana.says.com/recommendations/win-prizes-everyday

Nota Pink : Rezeki dan kemewahan datangnya daripada Allah S.W.T. 

Header 3 in 1


Churp-Churp said The Travalo from #PerfumeHall is the smart way to take your fav perfume with you on the go, just ask Fay Hokulani! @#$%^! entah apa dia merapuh...tapi tolong klik ya..thanks

Penatnya..2 jam duk depan laptop tanpa kelip jangan percaya semata-mata nak cantikkan header yang dah cantik perasan jap hik..hik..hik..apa pendapat korang tentang header 3 in 1 sha ni??

Yup, memang jimat ruang dan kemas kan..kan..kan?? em..doodle yg cekak pinggang tu dr Bunga Hati Mama baru kidnap petang tadi hehe..korang boleh kidnap juga..banyak yang cantik-cantik..pink color lagi tu..puh!! 

Korang mesti tertanya-tanya apa yang 3 in 1..kan? ala mengaku lah hehe~ ok..now tengok header tu baik-baik..ada header, semestinya hihi, ada shoutbox and twitter..so 3 in 1 blog la tu..kui..kui..kui..
Nota Pink : Sha takkan sedar diri bila edit blog, sorry pada yang tak kena layan..apa pun header ini memuaskan hati sha..hik..hik..hik..

June 4, 2012

Cara nak letakkan Button Like Fanpage

hello, ada tak yang request benda ni, mesti semua dah tahu kan? ala..buat-buat saja tak tahu ya, sebab sha nak ajar cara nak letakkan button like fanpage macam dibawah ni..


cer like cikit !! hehe

Ikut Step ini

1. Pergi sini kejap.. Klik..nak isi form..

2. Akan keluar macam ini, isi betul-betul ikut gambar ya..boleh tengok preview..dah jadi kan?? klik get code
** FB page URL contoh : https://www.facebook.com/pages/Blog-Opzzpinky/212530322104062


3. copy dan paste kan pada add gadget korang..alahai simple nya..
credit to Lyssa Secret
Nota Pink : Hope Mama Mia Faham, sha nak caw jap, nak pergi solat..da~