May 25, 2012

Kes paderi AS cabul kanak-kanak berleluasa


pic from google

PHILADELPHIA: Seorang paderi kanan Amerika Syarikat menolak tuduhan menyembunyikan kes paderi mencabul kanak-kanak pada minggu ke-9 perbicaraan mengenai salah laku seksual dalam gereja Roman Katolik negara itu dalam tempoh lebih satu dekad lalu. 

Antara fakta yang menggemparkan ialah Laporan Persidangan Paderi Katolik Amerika lebih 10,000 tuduhan mengenai pencabulan seks oleh paderi di negara itu antara 1950 hingga 2002.
William Lynn mengaku mengarahkan seorang paderi tinggal di pekarangan gereja bersebelahan sekolah rendah apabila paderi itu dituduh mendera dan mencabul seorang kanak-kanak lelaki 10 tahun.
Lynn, 61, memberi keterangan mempertahankan diri atas tuduhan melindungi paderi yang didakwa melakukan penderaan seksual dengan memindahkan mereka ke gereja lain. Dia berdepan hukuman penjara 28 tahun jika disabit kesalahan. 

Sebagai setiausaha paderi di bawah Kardinal Anthony Bevilacqua, Lynnn menyelia paderi di sini selama 12 tahun. Dengan 1.5 juta anggota, Philadelphia Archdiocese (pentadbir paderi) yang keenam terbesar di Amerika. 

Lynn memberi keterangan cara dia menguruskan aduan penderaan pada 1990-an ke atas paderi Edward Avery yang dilucutkan jawatan. 

Avery, yang dijadual dibicarakan bersama Lynn, mengaku bersalah beberapa hari sebelum perbicaraan bermula dan kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas jenayah seks. 
Lynn memberi keterangan pada 1990-an, seorang pemuda mengadu Avery mencabulnya 20 tahun sebelum itu di kediaman paderi pada 1970-an. 

“Avery menyentuh dan mencabulnya,” kata Lynn yang memberitahu dia bersemuka dengan Avery dan apabila tertuduh menafikan tuduhan, Lynn mencadangkannya dihantar ke hospital Katolik untuk paderi bermasalah. 

Selepas beberapa tahun perkembangan menggalakkan di sana, Lynn mencadangkan paderi itu bekerja semula tetapi ditolak Bevilacqua, yang mengarahkan Avery ditempatkan ke sebuah asrama paderi. – Reuters

Nota Pink : Astagfirullah..kanak2 menjadi mangsa nafsu seraka

May 24, 2012

7 kanak-kanak maut akibat penyakit anjing gila di Peru


pic from google

LIMA: Tujuh kanak-kanak maut apabila diserang penyakit anjing gila di Peru sejak dua bulan lalu selepas digigit kelawar, kata pegawai Kementerian Kesihatan, Ana Maria Navarro. 

Mangsa berumur dari 11 bulan hingga 14 tahun dan berasal dari kawasan terpencil kira-kira 1,160 kilometer tenggara bandaraya Lima, kata pegawai itu.

"Berdasarkan laporan kesihatan, jelas menunjukkan tujuh kanak-kanak peribumi itu mati akibat penyakit anjing gila," katanya.
Pada Februari 2011, sekurang-kurangnya enam kanak-kanak di timur laut Peru, meninggal dunia akibat penyakit anjing gila yang dibawa oleh kelawar. - AFP

Sha : that's why sha takut anjing huhu

Cara Nak Letakkan Header



Selamat pagi semua, pagi ini kak eita tanya sha, macam mana nak letak header..al-maklumlah kak eita dah ada header baru..


kak eita boleh klik kanan pada header dan copy url gambar atau ringkasnya boleh save header ni

Cara nak Letakkan, Ikut Step ini

Step 1. Dashboard > Design > Page Element
Step 2. Header > Edit

akan kuar macam ini
Step 3.  kalau ada url header boleh paste terus pada kotak kosong tu, kalau xda boleh ambik dari komputer

Step 4. Save

Dah siap..hasilnya bole jerit sini, secepatnya sha BW hehe..insyallah :)

May 23, 2012

Bayi mempunyai kemaluan di belakang badan



Seorang Bayi Mempunyai Dua Kemaluan| Bayi ini bukan dilahirkan khunsa seperti bayi yang lain kerana mempunyai kemaluan lelaki dan perempuan. Tetapi kemaluan tersebut wujud di dua tempat iaitu di bahagian normal, dan satu lagi di belakang badannya.
Bayi Li Jun yang tinggal di Kota Hejian Propinsi Henan ini segera di bawa ke Hospital Kanak-kanak Tianjin oleh orang ibu bapanya yang berasa terkejut melihat adanya kemaluan kedua pada belakang badan anaknya.
Doktor terpaksa melakukan pembedahan bayi tersebut untuk membuang kemaluan keduanya tersebut. Para doktor mengklasifikasikan kes ini sebagai Fetus in Fetu (FIF). Ketika pembedahan dilakukan, doktor memerlukan waktu lebih dari tiga jam untuk membuang kemaluan kedua bayi tersebut.
Sha : Subhanallah, itulah kebesaran Allah !!

Orang Dulu-dulu kata....


Gambar hiasan

Masak Sambil Menyanyi

Sha : la..la..la ~ (melalak macam orang gila)
Mama : Jangan memasak sambil menyanyi, nanti jadi anak dara tua
Sha: eh?? ya ka mak?

Hehe~ memang hobi sha menyanyi di mana-mana saja, tapi betulkah masak sambil menyanyi jadi anak dara tua? 

Actually orang dulu-dulu kata begitu sebab takut air liur termasuk dalam masakan, nanti tambah sedap lah pula..

Banyak lagi sha dengar orang dulu-dulu kata contohnya nda boleh potong kuku malam, makan nda boleh pindah-pindah, kalau malam nda boleh bawa bantal keluar rumah, banyak lagilah, itu semua adatlah,orang dulu-dulu memang percaya sangat dengan adat, kan..kan..kan.. 

Korang pun mesti ada pantang larang orang dulu-dulu kan, mesti lagi banyak dari sha..share lah sini, sha pun mau tau juga..