May 2, 2012

Surat Cinta budak iskul



pernah tak korang buat surat cinta macam ini di sekolah?
ini versi sabahan, kalau korang nda faham boleh tanya :D
lucu gia...

BERSIH : Kelakuan kejam POLIS



video ini dirakamkan secara sembunyi
kenapa media mengatakan BERSIH ini berkelakuan kejam 
sedangkan yang berkelakuan kejam itu polis yang berada disana pada hari tersebut..



May 1, 2012

Tazkirah : 99 Nama Allah


Sempena lagu blog sha telah ditukarkan kepada Asma ul Husna, diharap korang tenang ja singgah di dalam blog sha ni :D dan mudah-mudahan dapat membantu untuk menghafalnya kerana

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:

"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga" - Riwayat Bukhari

insyallah, kita semua dimasukkan dalam syurga Allah..

FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA

Doa-doa Yang Makbul:
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.

 Cara-cara Berdoa:
 1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"

 2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

 3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

 4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

 5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah  s.a.w & para sahabat.

 6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan   
sebagainya).


maka marilah kita sama-sama menghafal 99 nama Allah ini
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..."

Hadiah Dah Mai


alhamdulilah, hadiah da mai..betul ka logat utara sha ni heheh
actually hadiah ni da sampai semalam cuma abg ipar lupa nak bagi..



alala~ cute bebenor kan..hehe~
1st time dapat hadiah dari blogger
sebelum ni pernah menang tapi hadiah tak sampai-sampai..tipu ja lebih..

ni hadiah dr sponsor GA sha ari tu
kalahkan pemenang pla sha ni..hehe
ini sponsor cik fyza yang baik hati 

kalau korang nak tgk handmade dia bole PM di FB
cute-cute semuanya
thanks fyza :) love it so much

#tengah tunggu hadiah dari cik eryn pla hehe

BERSIH : Saya org ISLAM



lihat bertapa biadapnya orang ini..

#BERSIH menjejaskan imej negara :(