May 3, 2012

BEN ASHAARI : MAY 2012

May 03, 2012 1 Comments

BEN ASHAARI

siapa tak nak join bloglist Abg Ben memang rugi gila !
hehe..sebelum tu korang tlg dia dlu..klik cini

kenapa sha nak join bloglist Abg Ben?
sebab abg ben da follow sha..
dan sha da letakkan blog abg ben dlm bloglist sha
adilkan? hehe~ pndai

Apa pandangan sha mengenai blog Abg Ben?
simple but padat dengan infomasi
sekarang lebih update ttg baby dia..lagi sha suka baca :D


PLKN..Best bah..

May 03, 2012 4 Comments

Mimpi ngeri kah kalau dapat tawaran masuk PLKN?
haha~ betul..sha pun rasa macam tu dulu
nda mau..nda mau..nda mau..
tapi kita kena pergi juga tau !


Bila dah pergi rasa nak pulang ja kan? benci..benci..
tapi lama-lama korang akan biasa juga tu
sebab makan 6 kali sehari..confirm gemuk punya


camping tengah malam..memang best..ni kena masak sendiri..
makan ramai-ramai..nasi hangus pun kena makan juga hehe



ni time kenegaraan..kerja kita jalan-jalan ja..lawat rumah sakit, anak yatim..and so on..
time ni memang best..keluar dari kem...hehe~


ini kali terakhir sha di Kem Bagai Budi Sandakan
actually dekat ja dengan rumah hehe
tapi sha memang nangis gila bila berpisah dengan kawan-kawan

da 3 bulan bersama. da macam adik beradik 
susah senang bersama..makan minum pun sama-sama
mandi pun satu tab heheh~


ni cikgu yang paling sha sayang..k
ita memang rapat selain 2 orang lagi cikgu lelaki
dia memang layan sha macam adik dia..
rupa kami sama tak?
tak kan? hehe

banyak lagi cerita pasal sha di PLKN ni..yang penting korang tak lari dari kawat, kembara halangan, fly fox dan cinta kontrak..hehe~ perkara biasa tu..so jangan kata TIDAK untuk masuk PLKN
sebab nanti korang yang rugi tau !!


Projek Terbaru Yuna

May 03, 2012 2 Comments


paparan lebih menarik sila klik sini

cantikkan projek tu? macam hidup ja pokok tu..eh pokok ka tu?
ntah lah macam akar ja hehe
kalau korang nak dengar lagu just klik the song..best lagu yuna tu kan?


The Sparkle Project - Yuna's Inspiration

May 2, 2012

Babai Tambalut

May 02, 2012 10 Comments


surat apa yang spongebob peluk tu?
tu tiket terbang ke kampung halaman sabtu ni
excited...awal pula bagitau kan?
hurey..hurey..bestnya..
tapi spongebob nda ikut :( takut dia mabuk udara..haha

di sandakan nanti
sha nak dating dengan hubby


thats my hubby..bukan yang monyet tu..
tp pempuan yang pakai baju biru tu la my hubby
ada yang jeles ka? sila angkat tangan hehe~


ini my nephew tengah bunuh kucing kesayangan sha
ndalah dia tengah cari kutu..haha~
PERHATIAN
so sha akan off9 selama seminggu kot..sebab sana tiada internet..siapa-siapa yang ada deal sponsor dengan sha PM sha k sebelum jumaat ni sha bagi no telepon nak berkenalan dengan abg yang belum kahwin..eh..salah..nak korang inform sha kot-kot ada perubahan tarikh hehe~jangan risau sha setia..ngee~

#tolong jangan rindu sha k :P

May 1, 2012

Tazkirah : 99 Nama Allah

May 01, 2012 3 Comments

Sempena lagu blog sha telah ditukarkan kepada Asma ul Husna, diharap korang tenang ja singgah di dalam blog sha ni :D dan mudah-mudahan dapat membantu untuk menghafalnya kerana

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:

"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga" - Riwayat Bukhari

insyallah, kita semua dimasukkan dalam syurga Allah..

FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA

Doa-doa Yang Makbul:
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.

 Cara-cara Berdoa:
 1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"

 2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

 3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

 4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

 5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah  s.a.w & para sahabat.

 6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan   
sebagainya).


maka marilah kita sama-sama menghafal 99 nama Allah ini
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..."

Hadiah Dah Mai

May 01, 2012 10 Comments

alhamdulilah, hadiah da mai..betul ka logat utara sha ni heheh
actually hadiah ni da sampai semalam cuma abg ipar lupa nak bagi..



alala~ cute bebenor kan..hehe~
1st time dapat hadiah dari blogger
sebelum ni pernah menang tapi hadiah tak sampai-sampai..tipu ja lebih..

ni hadiah dr sponsor GA sha ari tu
kalahkan pemenang pla sha ni..hehe
ini sponsor cik fyza yang baik hati 

kalau korang nak tgk handmade dia bole PM di FB
cute-cute semuanya
thanks fyza :) love it so much

#tengah tunggu hadiah dari cik eryn pla hehe

Tazkirah : Memperkecilkan Pemberian

May 01, 2012 1 Comments

Mensyukuri nikmat lalu berkata Alhamdulillah, mungkin kita sudah lupa atau jua kita tidak pernah mengenali khalimah Allah itu, masyallah..jauh kita menyimpang sedangkan kita hanya penumpang dibumi Allah, bermati-matian mencari duniawi namun akhirat dilupakan..bersyukurlah masih diberi kesempatan dalam menebus kesalahan, masih diberi nyawa untuk bertaubat dan kembali ke jalan Allah, dan jangan lah kita memperkecil-kecilkan pemberian orang..Disini sha ingin menceritakan kisah bagaimana Nabi mensyukuri pemberian..


Dalam kisah Rasullulah dan Buah limau

Suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah s.a.w seulas demi seulas sambil tersenyum.

Biasanya Rasulullah s.a.w akan menjemput para sahabat makan bersama apa yang diterimanya, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah s.a.w terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah s.a.w itu.

Lalu mereka bertanya mengapakah Rasulullah tidak menjemput mereka makan limau yang nampak sedap itu. Dengan tersenyum Rasulullah s.a.w menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu TERLALU MASAM semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah s.a.w. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah s.a.w.