Perjalanan Saya Bersama Tiroid: Apa yang Perlu Anda Tahu
sHaRiNa (opzzpinky.com)
August 05, 2025
0 Comments
Assalamualaikum dan hai semua...
Hari ni sha nak kongsikan sesuatu yang mungkin ramai orang anggap kecil, tapi sebenarnya beri kesan besar dalam hidup kita iaitu tiroid.
Sha sendiri tak pernah terfikir pun akan ada kaitan dengan penyakit tiroid, dimana penyakit ini nampak simple tapi perit bagi sesiapa yang menghidapnya..
kenapa?? nanti sha ceritakan..Sejujurnya sha ada tiroid sejak dari bujang lagi..Pada tahun 2015, sha alami perubahan fizikal secara mendadak dan selepas itu sha disahkan ada tiroid.
Apa Itu Tiroid?
Secara ringkasnya, tiroid ni ialah satu kelenjar kecil kat leher kita, bentuk macam rama-rama. Kecil saja, tapi dialah yang kawal banyak fungsi badan seperti tenaga, metabolisma, dan suhu badan.
Ada dua jenis masalah tiroid yang biasa:
Hipotiroidisme – bila tiroid terlalu kurang aktif. Badan jadi lembap, berat naik, mudah murung.
Hipertiroidisme – bila tiroid terlalu aktif. Berat badan turun mendadak, jantung berdebar, susah tidur, sha disahkan mengalami masalah tiroid yg ini
Tanda-tanda Awal Tiroid
Seperti sha cakap diatas sha mula perasan perubahan dalam diri sha pada pertengahan tahun 2015 iaitu kurus, cengkung, cirit birit, alahan, mata luak, jantung berdegup laju..susah nak fokus, cepat marah, jari sha mengeletar..dan kuat berpeluh.
Antara tanda-tanda lain yang mungkin korang patut ambil tahu:
1. Letih walaupun cukup tidur
2. Sembelit
3. Suhu badan cepat sejuk/panas
4. Haid tak teratur
Pergi Jumpa Doktor
Akhirnya sha kuatkan semangat untuk jumpa doktor. Doktor akan buat ujian darah, biasanya akan ambil darah untuk check hormon TSH, T3 dan T4.
Masa tu jujur saya kata, saya takut. Tapi bila doktor terangkan satu-satu, saya mula faham..maklumlah zero information pasal tiroid ni..
Rawatan dan Cara Menyesuaikan Diri
Doktor akan bagi ubat harian (levothyroxine) makan ubat sampai 12 biji..untuk kurangkan kelajuan degupan jantung.
Lama kelamaan dose ubat akan berturun dan degupan jantung serta simptom seperti diatas kembali pulih..tidak secara mendadak tapi boleh nampak perubahan nya..
Sepanjang 1 tahun pertama, 3 bulan sekali sha akan ulang alik dari hospital untuk cek darah dan selepas sebulan akan jumpa doktor untuk diberitahu keputusan darah.
Selain itu doktor akan suggest buat ultra scan, sepanjang ada tiroid sha dah 2 kali kena scan leher, dan ketulan kecil 0.01cm dan tidak perlu pembedahan.
Ada tiroid susah untuk mengandung
lepas berkahwin, orang tua cakap orang yang ada tiroid susah untuk mengandung..sebenarnya tidak juga, sha sekarang dah ada 2 anak.. alhamdulilah..cumanya ibu mengandung yang ada tiroid banyak risikonya..dan perlu pemerhatian teliti oleh doktor dan nurse KK..dan akan ada appointment dengan doktor pakar untuk pemantauan rapi..boleh jadi semasa mengandung kena sesak nafas dan lain-lain..
sepanjang mengandung sha memang akan ikut segala temujanji dan makan ubat yang doktor bagi. tiada culas..sha takut kesan nya pada baby kalau sha tak ikut saranan doktor
dan alhamdulilah tahun lalu 2024 sha discharge dengan penyakit tiroid..sha tak pasti akan datang balik atau tidak..wallahualam..cuma doktor cakap..bagi pesakit ada penyakit ini disarankan untuk kahwin, mengandung dan beranak sebab dengan ini penyakit itu akan hilang dengan sendirinya..
Apa yang sha lakukan sepanjang ada tiroid
of cos jaga makan, bila salah makan nafas jadi laju, kurangkan makan kubis dan jangan minum kopi..ini pantang sha..hihi bila makan jadi tak tentu arah..tapi ada juga hari jajal..hihi..sha tiada amal apa2 ubat supplement seperti ada dalam iklan atau apa jua ubatan alami tradisional..cuma ikut cakap doktor dan pergi cek darah dan jangan skip temu janji doktor..
orang diluar sana yang tidak tahu penyakit ini akan cakap kita ni mengadanya..sikit saja sakit sudah minta puji..sebab ini sakit bukan dari fizikal..ini dari hormon..jadi tidak nampak betul itu sakit..kadang kita diam2 pun boleh kena..macam anxiety..susah mau kawal..sha harap dengan entry ini dapat lah kamu alert dengan orang disekeliling kamu..dan sha doakan pejuang penyakit ini dapat sembuh dan sihat selamanya..sha walaupun sudah sembuh dari tiroid namun masih berjuang meng-control emosi..
love ur self..