Showing posts with label hotel. Show all posts
Showing posts with label hotel. Show all posts

August 24, 2025

Menginap di K Avenue KK, Hotel Moden di Tengah Bandaraya Sabah

August 24, 2025 0 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Cuti sekolah semakin dekat, kalau korang sedang merancang percutian ke Kota Kinabalu, Sabah dan masih tercari-cari tempat penginapan yang selesa, moden serta mampu bayar, sha syorkan korang wajib try menginap di K Avenue Hotel. Asal sha dan family pergi KK, kami sudah 3 kali menginap di sini, dan secara jujurnya, ia satu pengalaman yang sangat memuaskan.

💰Harga Berpatutan

Datang KK bercuti mestilah kita nak penginapan yang murah-murah saja, save bajet la katakan, kalau korang nak tahu penginapan K Avenue ni harga dari RM100 sampai ke RM200 mengikut jumlah orang yang menginap, kalau 2 dewasa boleh dapat RM100 - 1 queen bed. Baru-baru ni sha pergi sekali dengan mertua, dapat harga RM150 - 2 queen bed, ada pilihan lain juga macam 1 rumah tu ada 1 bilik, ada yang 2 bilik tapi yang sha selalu booking ala studio, so tiada bilik, harga juga bergantung kepada hari korang menginap, hari biasa ada murah sikit, sabtu ahad lain harga.

🛏️ Bilik yang Selesa & Bersih

Bilik di K Avenue ringkas tapi moden, fasiliti asas lengkap, ada TV, WiFi percuma, penghawa dingin, serta meja kerja sesuai kalau korang jenis suka bekerja dalam bilik atau sekadar mahu bersantai. Juga disediakan katil, almari dan tandas. Di setiap bilik juga lengkap di sediakan mini kitchen; pemanas air, microwave, peti sejuk, piring, gelas dan sudu.

Mostly, sha suka dekorasi minimalis pada bilik, warna dinding lembut, pencahayaan cukup. 

👍 Staf Mesra & Servis Pantas

Pengalaman check-in dan check-out sha di sini sangat lancar. Staf kaunter sangat mesra dan membantu, cuma jangan lewat check in, takut lambat pula korang tunggu di lobby sebab diorang ada waktu rehat dalam jam 9-10 malam. Sha suka tengok lobby nya memang cantik apatah lagi lampu sangat nampak exclusive. Di setiap lobby juga ada tandas bersih dan selesa. Ada 3 tower ya. 





Fasiliti yang lain

Anak-anak sha memang suka menginap di K Avenue sebab swimming pool.. cuma diwajibkan pakai baju renang. Paling best berenang waktu pagi, cuaca tidak panas, lagipun tak ramai orang, start jam 8am-8pm kepuasan anak berendam. Ada juga playground disediakan, sauna kering dan basah, laluan batu refleksologi, bilik mainan lego dan gym semua fasiliti ini berada di tingkat 3 percuma untuk semua yang menginap. Berdekatan kawasan K Avenue ada juga dobi dan pelbagai tempat makanan dan kedai 24jam.






Yang tak bestnya, korang kena parking kereta luar dari kawasan, kadang menyusahkan jugalah sebab kena jalan jauh dari parking, tapi ok apa boleh bakar lemak haha, kalau nak parking dekat, ada yang free itu pun first come first serve, ada juga yang berbayar kalau sha tak silap 1 hari RM30.

Booking di mana? sha booking awal melalui whatsapp, tapi boleh juga booking online melalui booking.com atau agoda tapi biasanya ada cas lebih untuk cleanning service. Untuk deposit RM100 akan dikembalikan selepas check out, korang kena hati-hati di facebook banyak scammer. Untuk contact staff homestay K Avenue boleh contact sha..

Penafian : post ini hanya suka-suka dan tidak berbayar.