Showing posts with label Sabahan. Show all posts
Showing posts with label Sabahan. Show all posts

September 17, 2020

Pantun Sabahan Untuk Hari Malaysia

September 17, 2020 2 Comments
Bismillah,
Assalamualaikum




Pantun Sabahan Untuk Hari Malaysia | Selamat Hari Malaysia pada 16 Sept yang lalu, sha teramatlah sibuk dengan budak-budak so ada lambat sikit wish haha, memandangkan ada reader blog kesayangan sha ni minta buatkan pantun sabahan untuk hari malaysia, walaupun terlewat, sha tetap nak buat khas untuk you haha


Pigi ke kedai terjumpa biawak,
Dia datang dakat, takut pula sia,
Gabungan Malaya, Sabah Dan Sarawak,
Saya Ucapkan, Selamat Hari Malaysia.

Save ini date 16 September
Hari bercuti mau pigi mana tu
Jangan juga lupa panggil member
Join sekali patak-patak baitu

Sabah Sarawak Negeri yang kaya
Hasil buminya melimpah-limpah
Jangan kamu tembirang sana
kalau berani belanja dulu bah

oklah sekata ini 3 saja pantun sabahan saya untuk hari Malaysia, sha ni bukan pandai berpantun sangat, tapi waktu sekolah menengah ambil sastera melayu, dan pernah reka pantun untuk dipersembahkan di pertandingan antara kelas, sayangnya sha tak menang haha, apapun sha sudah cuba kan, yang penting kamu happy saja baca pantun dari sha ni hahaha..eh kalau korang tak faham boleh komen nanti sha terangkan haha..bahasa sabahan memang best untuk dibelajar kan..

February 11, 2016

Pertama Kali Naik Banana Boat Spitang, Sabah

February 11, 2016 2 Comments
 

Wahhhh...1st time sha join wet activity, apa yang boleh sha cakapkan..memang best..best sangat walaupun nervous lagi sha tak pandai berenang..ulang sekali lagi..sha tak pandai berenang..ahhhhh...menangis dalam hati bila kawan ajak sha naik Banana Boat..
Ok dipendekkan cerita, sha bercuti 4 hari dekat Beaufort untuk kali kedua..bersama Team Misi Tawan Kinabalu hari tu, so planning nak mandi sungai, memandangkan hujan kami singgah Pantai Taman Negara Spitang, bila tengok ada Banana Boat, laju ja kawan sha tanya..actually dorang yang punya Banana Boat memang nak pulang dah..kami lambat sampai..pujuk punya pujuk..dapat juga naik..
Fee : RM10/seorang (6 orang) time ni promosi, harga sebenar RM15
Bila dah selesai pembayaran, kami pun pakai life jacket, sedia naik Banana Boat..Ya Allah nervous nya bukan main hebat, sampai menitis air mata sha..lagi lucu silap terbaca doa makan..jangan risau ada guide yang tolong bila lemas nanti..tu ja sha fikir..haha
Big Thanks to Pakcik Pejal tolong rakam detik 1st time sha dan kawan2 naik Banana Boat..
Pertama naik tu, memang best..happy sangat berada tengah2 laut..haha..excited pun ada..dorang pandu boat memang slow ja..halus ja..bila part kemuncak tu..laju bukan main...kami tewas bila boat tu dahlah laju..selekoh tajam...semua jatuh..hahaha...bila dah jatuh sempat lagi ketawa..sha dah fikir lemas dah tu..nasib baik pakai life jacket..terapung la juga
4 kali juga kami jatuh naik balik Banana Boat, actually setiap permainan tu, diberi masa 15minit, tapi kami dapat setengah jam..untungkan..siap ada orang tolong rakam lagi..memang sporting guide tu..
Aksi cubaan untuk melompat, tapi tak dapat..haha..kuat ombak..apapun puas hati try benda baru..terima kasih team HashtagMITAKI ...

February 22, 2013

Kata Sabahan..mana loghat Sabahnya??

February 22, 2013 10 Comments
Assalamualaikum

best tak tajuk tu?? hehe...korang perasan tak blog sha dengn loghat yang lain..kalau dulu tak lari Sabahannya..tapi sekarang..mana? hehe..good question !! 

ok 1st of all sha memang orang Sabah, lahir di Sabah dan menetap di Sabah..kalau perbualan memang tak akan lari dari Sabahan..cer tanya mama mia..hehe..tapi dalam blog..sha nak biasakan guna bahasa rasmi..iaitu Bahasa Malaysia motif untuk kefahaman semua..

thnks for asking :)

January 16, 2013

January 5, 2013

Banner - Sabahan Blogger

January 05, 2013 9 Comments

untuk ambil banner <img src="http://i.imgur.com/C2JfC.png" />


Sa..aa..bah tanah airku..negeri kita yang tercinta..semangat menyanyi lagu Sabah tanah airku..siap mengalun2 lagi hehe..ok bagi orang sabah yang belum tahu group SABAHAN BLOGGER dijemput untuk join :) blogger lain pun dialu-alu kan :) 1 Malaysia bah !!

Dan disini sha ada buat banner simple untuk Sabahan Blogger, letaklah kat mana2 sidebar kamu..jadi kita tahu juga kan asal mana..nda kiralah yang sudah tinggal di semanjung..memang asal tu tatap dari Sabah !!

Blogger lain kalau nak request banner negeri boleh ja komen sini..FREE seja bah hehe..kekalkan bahasa jiwa bangsa..tiba2..oh ya..sha mau tanya..bagi sabahan la kan..mau tau juga bangsa..

Sha bangsa DUSUN..tapi nda campin cakap dusun hehe

December 20, 2012

August 8, 2012

I ♥ Sabah

August 08, 2012 11 Comments
Q : Kenapa Sabah tiada LRT?

A : Sebab kalau dipasang LRT nda juga diguna sebab orang Sabah kurang2 pakai Viva, mana ada pakai motor apa lagi mau naik LRT. nda percaya kamu boleh tengok di traffic light, boleh dikira berapa biji ja motor. :)

Q : Kenapa Sabah tiada shopping complex power-power macam 1Utama, Sunway Pyramyd,Times Square?

A : Sebab orang yang melancong pergi Sabah bukan mau tengok bangunan, durang mau tengok orang utan, mau tengok penyu, mau tengok hutan simpan, mau panjat gunung dan lain-lain lagi. kalau mau tengok bangunan bagus durang nda payah melancong, di negara durang lagi tinggi-tinggi lagi power-power shopping complex. :)

Q : Betulkah orang Sabah tinggal di pokok?

A : BETUL! tapi yang tu bukan manusia, itu orang utan. bulu orang utan coklat jingga perang, bulu manusia warna hitam. kena tahu beza tu, jangan jadi bangang. :)

Q : Sabah tiada highway? Oh My God! mesti jalan jammed.

A : Baguslah ba tiada highway. NO HIGHWAY NO TOL ! nda la kami membazir duit mau bayar duit semata-mata mau limpas jalan. duit TOL pergi kerja RM1.20, pulang kerja pun RM1.20. cuba kamu kumpul-kumpul dalam masa 1 bulan, dapatlah RM72. RM72 boleh sudah bayar Astro. Kalau teda astro buli bikin setel benda lain. Ada highway di sana pun ada juga jammed? Sia-sialah kamu bayar duit TOL. Now who's smart?? :)

Q : Dengar-dengar di Sabah selalu blackout. REALLY??

A : Ya.. kami nda jakun mau sambut EARTH HOUR setiap 31 Mac, sebab kadang-kadang selalu blackout kan. baguslah juga begitu, dapat mengasi jimat sikit duit kami hujung bulan. tapi kalau itu karan nda pandai hidup-hidup sampai 3 jam, itu bukan sudah mengasi jimat, tu mengasi PANAS sudah tu. :)

Q : LAST QUESTION! Apa yang bagusnya SABAH yang kamu bangga-bangga ni?

A : Di Sabah ni tiada apa-apa. KUNO bah..tiada LRT, tiada Highway LDP, Federal Highway, Terowong Smart, Jambatan Putrajaya, KLCC, KL Tower, Sunway Pyramyd, Sunway Lagoon.
tapi di Sabah ada Rumah Terbalik. cuba kamu kasi terbalik Sunway Pyramyd tu, berani ka?? :)

Kami nda bangga pun mahu ada bangunan sebab hasil koko, petroleum, sawit, getah, kayu balak dan lain-lain dari negeri ni lah yang dijadikan modal untuk membangunkan bangunan-bangunan disana..untuk apa mau berbangga dengan kejayaan yang diciptakan hasil usaha orang lain??? think smart before u talk! ^__^ v

Nota Pink : Ada segelintir masyarakat yang baru tinggal di Sabah berfikiran begini, sungguh mengecewakan..tapi ini adalah jawapan yang paling baik untuk mereka..I ♥ SABAH bah. :) tak mo gadu2 ahh..

Sumber : FB

July 5, 2012