Showing posts with label Jawatan Kosong. Show all posts
Showing posts with label Jawatan Kosong. Show all posts
Bismillah
Assalamualaikum,

Alhamdulilah terpilih untuk hadiri Temuduga Juruteknik Komputer FT19 Kali Kedua | Alhamdulilah bulan 2 hari tu sha ada apply jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sabah untuk jawatan Juruteknik Komputer FT19, cuba nasib mana tahu rezeki edan dan adiknya dalam perut..tadi pagi buka email, alhamdulilah sha terpilih untuk hadiri ujian kemahiran juruteknik komputer pada 19 Jun ini

Berdebar rasanya walaupun ini kali kedua sha hadirkan diri, pertama pada tahun 2009 lepas tamat praktikal di jabatan komputer cawangan kota marudu, tapi itu time sha bujang lagi..acuh tak acuh ja sha pergi temuduga tu, macam macam soalan sha tak dapat jawab sebab tak yakin pun dapat jawatan ni

InsyaAllah kali ini sha mesti yakin dapat, kena belajar balik lah pasal basic komputer, husband akan tolong hihi

Kali kedua ni pergi bersama baby dalam perut haha, perut dah besar ni sha takut ja dorang akan reject, korang pernah tak jumpa orang pregnent hadir temu duga? Ka sha orang yang 1st? Hahah

Korang doakan sha dapat jawatan ni ya..



Permohonan Jawatan Kerajaan dibawah Kementerian Kesihatan Menggunakan Sijil PMR/SRP | Assalamualaikum, disebabkan kekurangan staff KKM akibat bencana covid-19 ini, kementerian kesihatan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat untuk mengisi jawatan atenden hospital/pembantu perawatan kesihatan U11 hanya menggunakan sijil PMR/SPR sahaja



Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Mempunyai Kelulusan  Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • (Gaji permulaan ialah pada Gred U11: RM1,204.00).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Bidang tugas jawatan atenden hospital/pembantu perawatan kesihatan U11 ini lebih kepada membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.

Bagi permohonan jawatan tersebut sebanyak 1407 kekosongan diperlukan dan korang bolehlah memohon di lawan web rasmi SPA Malaysia klik sini

Tarikh Tutup 1 April 2020 Jam 11.59pm
Untuk maklumat mengenai iklan jawatan tersebut, korang boleh klik di sini

Semoga dengan pekerjaaan ini dapat membantu ramai lagi masyarakat yang memerlukan khidmat korang..semoga berjaya


Jawatan Kosong Online Sabah | Assalamualaikum, sha nak share dekat korang info jawatan kosong bagi warga Sabah korang boleh pohon sekarang di laman web Kerajaan Negeri Sabah di SINI, korang boleh pohon jawatan kosong bersesuaian dengan tahap pendidikan korang bermula dari PMR. SPM,Diploma, dan Ijazah. Tarikh tutup mengikut jawatan yang dipohon dibawah ini





Semoga berjaya..