Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Bismillah, 
Assalamualaikum


Raya Pertama Eshal 2021 | Eshal pada raya tahun 2021 sudah memasuki usia 10 bulan, ini adalah raya pertama eshal, umie akui tidak banyak cerita mengenai eshal dalam blog umie, akibat sibuk yang melampau haha, tak lah, ini disebabkan pengaturan masa yang tidak efektif, soon umie akan rajinkan diri untuk tulis pasal ehsal ya,

Untuk entry ini, umie saja nak catat yang perkembangan ehsal sangat laju, eshal umur 10 bulan sudah pandai berjalan sendiri tanpa diajar, alhamdulilah besarkan ehsal sangat mudah, semacam eshal anak yang cepat berdikari, dari bertiarap, berkaki empat, duduk, berdiri dan berjalan, semuanya mudah bagi eshal.

Disebabkan eshal lahir pada tahun virus covid-19 ini wujud, maka menghadkan pergerakan eshal untuk meninjau dunia luar, umie pun malas jalan sebab eshal belum pandai pakai mask, kena lagi 1 jun ni total lockdown, umie baru belikan eshal kasut untuk eshal berjalan di sejati walk haha..kita pakai di rumah saja ya hihi.


Tahun ini sha sambut raya berempat dengan baba, edan dan eshal, tak banyak rumah yang kami kunjungi dalam 4 rumah sahaja, boleh lah untuk lepaskan gian beraya, tahun ini kami beraya di rumah sendiri saja, memandangkan mertua sha decide untuk beraya di sandakan.

Baju raya eshal sha buat dengan tailor, upah jahit untuk baju kembang tu RM25 sahaja, kain pula sha beli dekat shopee, kain batik viral RM8+ beli 2 sebab nak matching dengan skirt sha kembang juga 2meter + 2meter maka jadilah baju raya kami yang simple 

Baju edan dan baba dorang tak beli baju baru so dorang pakai baju 2 tahun yang lalu, rasanya dah 2 tahun dorang tak beli baju raya maklumlah raya pkp juga, sha pun decide tak nak beli baju raya tapi semua baju raya lama dah tak muat haha, kebetulan time raya tu sterika pula buat hal, jadilah tudung sha berkedut, hantam ja la, oh ya tudung shawl bawal tu sha beli dekat blogger lyn 4 tahun lepas, pakai balik ja semuanya..blouse hitam sha pula beli dekat shopee

Tahun ni kami tiada gambar raya berempat, masing-masing buat hal haha..anak 2 susah sikit nak plan, nantilah gambar sendiri ja dirumah, oh ya tudung yang eshal pakai tu tudung sha haha..behind the scene dia tarik terus tudung tu rimas dia pakai, umur 1 tahun baru kita pelahan2 pakai tudung ya eshal

Apapun raya tahun ni, biarlah bersederhana kan, cuba bayangkan kalau tiada covid ni, semua nak nampak mewah biar hutang keliling pinggang, kunjung-mengunjung 24jam banding memanding..ada hikmah nya juga..cuma kita fikir positif ja ok.

selamat hari raya semua readers :)

Selamat Hari Raya 2020 | Assalamualaikum, Salam 7 syawal, raya tahun ini sangat berbeza dengan tahun sebelum ini, tapi lebih kepada kesederhanaan dalam menyambutnya, selain dari pandemik covid-19, tahun ini kami sekeluarga merayakan hari raya tanpa kedua orang tua setelah ibu kami telah pergi menghadap Ilahi pada awal tahun 2020, tapi raya tetap disambut untuk meraih kemenangan sebulan berpuasa di bulan Ramadhan.

Raya tahun ini, sha keseorangan membuat kuih, sha adun sha juga yang cetak dan bakar, selalunya  lepas sahur tu, mama yang adun, pagi nya sha akan tolong dia cetak dan bakar, sha rajinkan diri untuk buat 4 jenis biskut raya, iaitu Makmur, Semperit, Tart Nenas dan Popia Nestum, walaupun hanya belajar melalui google, alhamdulilah Allah permudahkan kerja sha, biskut semua menjadi. Bagi sha bukan mudah untuk sha yang tengah sarat mengandungkan baby kedua 8bulan untuk membuat biskut raya seorang diri, tapi sha gagahkan juga, nasib ada husband tolong jaga edan hihi..

Baju raya tahun ini, pakai balik baju tahun 2018, sebab time tu sha mengandungkan edan 6 bulan lebih, tahun ini mengandungkan adik edan 8 bulan tapi perut tak berapa nampak, sebab baby kecil saja hihi, baju raya edan ja hantar tailor, jadilah sepasang anak beranak hihi.


Juadah tahun ini pula hanya kuah sate bersama isi ayam goreng ini pun sha belajar melalui google haha, boleh ja belajar, asal cukup bahan dan yakin itu penting, alhamdulilah licin pada raya pertama haha. Tambahan lemang dan nasi impit instant tu jangan cakap tak tahu pula nak buatnya, hanya rebus ja tau senang gitu haha..bolehlah kalau nak makan sendiri kan
 
So, raya tahun ini save sikit dari segi belanja, tetamu pun tak ramai yang berkunjung so sha tak berapa penat nak cuci piring haha, tak apa lah ada hikmah semua yang terjadi kan..apapun selamat hari raya kepada semuanya, raya korang macam mana?



Assalamualaikum, Selamat hari raya semua readers yang dikasihi, alhamdulilah dah masuk bulan syawal walaupun sha lambat up entry busy yang teramat sangat guys, lupa nak buat schedule entry, once again SALAM 11 SYAWAL, eh sedar tak sedar dah 11 syawal kan? ok..sha baru nak share gambar 1st raya hakss..

Macam biasa 1st raya sha memang akan jadi wanita melayu terakhir yang stay dirumah, cuci piring, kemas rumah dan layan tetamu, penatss tauu, of cos tiada masa untuk keluar beraya tapi still excited pakai baju raya, haha. 

Raya tahun ini sha pakai baju color purple, tapi agak menyedihkan baju raya tahun ni ada cacat sikit, buatkan sha jadi pendek dan gemuk, atau memang semula jadi?? hahah..

Apapun, tetap boleh raya kan..tetap ada orang yang sayang haha..itu yang penting..


Soalan Popular tahun ini, sama dengan tahun lalu punya soalan, iaitu "bila nak kahwin?? dan Mr T bila datang beraya?" so sha tak kekok bila menjawab haha, dan soalan baru sha dapat dari orang iaitu, "bila kita nak duduk (bersanding) bersama?? erkkk??? hahaha sha apa lagi *tunjuk jari manis* hahaha..terus hilang chia chia chia dia...:P




Sikit ja gambar raya pertama sha, raya kedua pakai baju tahun lalu, raya ketiga pun sama, tapi raya tahun ini amatlah sederhana, mood pun kurang, mungkin sebab raya single kan? InsyaAllah tahun depan mungkin berdua..doakannn..hihhiii

Selamat Hari Raya 2017

by on July 05, 2017
Assalamualaikum,  Selamat hari raya semua readers yang dikasihi, alhamdulilah dah masuk bulan syawal walaupun sha lambat up entry bu...