Showing posts with label Berpantang. Show all posts
Showing posts with label Berpantang. Show all posts
Bismillah,
Assalamualaikum



Pengalaman Sembelit Selepas Bersalin | Jika ditanya para ibu selepas bersalin rata-rata mengalami pengalaman yang agak perit iaitu sembelit, sampaikan ada ibu yang mengambil masa sejam berada di tandas untuk mengeluarkan najis yang agak keras. Ini juga akan menganggu emosi ibu selepas bersalin untuk ke tandas. Perasaan takut ini memburukkan lagi keadaan sehinggakan ibu menahan untuk membuang air besar selama berhari-hari.

Kenapa ibu kena sembelit di awal kelahiran baby?


Selepas melahirkan, doktor atau nurse akan tanya, mama sudah buang air besar? Mengikut kajian hanya 20% ibu mengalami sembelit selepas melahirkan baby, Beberapa faktor yang menyebabkan ibu kena sembelit antaranya adalah sistem pencernaan berfungsi agak perlahan dan ibu makan ubat zat besi yang berwarna coklat diberikan oleh pihak hospital.

Pengalaman Sembelit Selepas Bersalin

Dari anak pertama lagi, sha sudah mengalami sembelit yang agak teruk sehinggakan mengambil masa yang lama di dalam tandas, disertakan dengan tangisan, sejurus dari itu, sha takut untuk ke tandas sehinggakan sha berasa tidak mahu membuang air besar kerana mengalami luka pada bahagian tersebut. 

Apabila sha beritahu doktor masalah ini, dia beri sha ubat pencair najis yang sesuai untuk ibu menyusukan anak, iaitu Lactul, tapi tetap ada kesannya terhadap diri dan baby yang menyusu, jadi apa iktihar yang mampu sha dan husband buat adalah dengan mencegah dari sembelit dengan buat cara alami

Tips Elakkan Sembelit

Makan buah dan sayuran- Ini sudah semestinya, makanlah buah dan sayuran bagi melancarkan sistem pencernaan, makan buah seperti betik dan sayuran hijau, kalau macam sha, makan rebusan ja, untuk mengalakkan susu yang meriah, ipar sha rebus ayam + sayur hijau, contoh macam sawi, bendi, tomato, masukkan sekali dengan kurma cina, sedap makan time panas namun elakkan rebus bersama halia kalau baby masih kuning ya.

Baca : Tips Kurangkan kuning Baby


Minum Air Putih yang Banyak - siapa-siapa pun diwajibkan mengambil air putih yang banyak apatah lagi bagi ibu yang lepas bersalin dan menyusukan anak, jadi korang sedia lah air di tepi.

Jangan Bertangguh - Alahai ini tolonglah jangan bertangguh hasrat jika ingin membuang, dikuatiri nanti makin lama makin keras jadinya, maka korang segerakan lah ya.

Sembelit adalah perkara yang ditakutkan oleh ibu selepas bersalin, kalau boleh 1-3 minggu selepas melahirkan makanlah bubur dulu, sebab bubur cepat hadam, lepas tu boleh makan nasi yang dimasak tidak keras, banyakkan makan sup. Badan kena jaga juga, emosi kena stabil, jangan stress kesian dekat baby tiada susu nak hisap bila ibu stress kan..


Datang Bulan ketika sedang Berpantang | Assalamualaikum, alhamdulilah besok genap 44hari berpantang..besok ok..sekarang belum lagi haha..saja tengah free susu kan edan teringat minggu lalu darah banyak macam datang bulan..emm iyaka sha datang bulan?time berpantang?



Sha memang bab ni zero pengalaman haha semestinya la kan baru ja bersalin..adoi sha ni pun..seingat sha 20 hari memang darah nifas tu tinggal sisa baki ja..bau perghh hebat..haha rasa takut pun ada..tanya punya tanya memang darah nifas ada bau sikit..sha pun rasa happy nak habiskan 44hari..

Tiba-tiba masuk edan sebulan seminggu lagi nak habis pantang..darah datang pulak..aishh..banyak pula tu..3 hari datang siang malam sekali dengan pakej sengugut..bila dah lepas 3 hari 2 hari terakhir siang ja ada itu pun tinggal sisa ja..sha memang syak oww mesti datang bulan..tapi iyaka datang bulan? Macam awal ja haha..

Kawan sha cakap tak mustahil sebab lain orang lain ragam nya haha..so sha pun plan dengan husband tuk ambil ubat perancang..ermm kemarin dulu lupa makan sebiji..apa ya kesan nya? Hahaha..

Ok itu ja..korang jawab ya..bagila respond sikit dekat umie newbie ni hahah..

Salam dari umie edan