Majlis Apresiasi Pra Sekolah Sk Sungai Manila 2025
sHaRiNa (opzzpinky.com)
November 23, 2025
0 Comments
Bismillah,
Assalamualaikum
Isnin lalu, pra sekolah anak sha, adakan majlis apresiasi, dah lama plan start pertengahan tahun, jadi boleh lah ibu bapa prepare duit untuk majlis yang diadakan di Hotel Sabah ni, RM100 untuk murid dan 1 penjaga, walaupun eshal baru 5 tahun, sha bagi juga dia join ambil pengalaman, abangnya pun tadika 3 tahun tiga-tiga tahun juga sha bagi dia naik pentas, alhamdulilah, ini pengalaman pertama eshal naik pentas pakai baju convo..
eshal walaupun dia 5 tahun tapi dia aktif join persembahan dan pertandingan kali ni untuk majlis apresiasi dia join dikir barat, tu yang baju nya lain. semangatnya mahu pergi sekolah tu dari awal persekolahan sampailah dah nak habis sekolah ni balik-balik tanya hari ni sekolah ka tidak..harapnya sampai kebesar la ya.
ini sesi bergambar, ibu bapa boleh pergi, cuma baba dorang ni time tu ada kerja di kk, so sha ja yang pergi, abang nya ni sha jumpa time merayau disekolah..alahai anak..dah serupa bekerja di ladang pula kotornya tu, sha tak perasan pula kasut dan seluar abang tu kotor betul hihi..umie eshal dan fyirdhan dah macam adik dan kakak pula hahaha..
untuk harga RM100 dengan menu masakan yang dihidangkan sha memang puas hati, makanan dan kuih muih sedap betul..walaupun meja kami ramai orang tapi percayalah tak habis juga makanan ni hihi..
tahniah eshal dapat anugerah kreativiti dan estetika, actually semua murid pun dapat hihi cuma lain-lain anugerah lah..
al kisah dah tempah awal bouquet ni dekat orang lain tapi, ntah lah dimana silapnya last minit nak ambil dia berdiam diri, nasib ada jual dekat luar, harga pun murah RM15, bolehlah untuk menyemarakkan majlis bergambar, ada juga gambar dari photograper tapi belum dapat nanti sha update sini.
tahniah sekali lagi eshal dan kawan-kawan dari pra bijak 2025
pra sekolah sk sungai manila :)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)


