Bismillah,
Assalamualaikum
Alhamdulilah akhirnya kaki ini dapat juga menjejak ke kawasan utara di bahagian sabah yang paling hujung..masyaAllah dengan keindahan pantai di kudat, jernih biru cantik sangat, cuma sayangnya sedikit tak terjaga, rumput panjang dan kurang orang mungkin sebab kami datang tu waktu panas terik, hihi..jika dijaga dengan baik insyaAllah akan menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar negara.
The Tip of Borneo - Simpang Mengayau, Kudat
Simpang Mengayau adalah tempat paling hujung di kawasan utara kepulauan borneo, terletak di Kudat, Sabah.
Asal nama Simpang Mengayau adalah perkataan dari bahasa tempatan:-
Simpang bermaksud simpang jalan dan Mengayau adalah istilah dari suku kaum Dusun atau Rungus yang dikaitkan dengan aktiviti pengayauan iaitu satu amalan tradisional peperangan atau mempertahankan diri zaman dahulu
Nama lain iaitu the tip of borneo
Tanjung Simpang Mengayau adalah tempat pertemuan antara Laut Cina Selatan dan Laut Sulu. Menjadikan kawasan Simpang Mengayau ini sangat unik dari segi geografi dan permandangannya. Sedikit info menarik, pada adab ke 19, Kudat dikenali sebagai ibu kota pertama borneo dan menjadi sebuah pos perdagangan yang sibuk dan kini menjadi bandar yang berkembang maju seiring peredaran masa.
korang yang plan nak pergi ke mana musim cuti sekolah yang bakal tiba dan pastikan korang masukkan Simpang Mengayau tempat persinggahan sekeluarga nanti ya.
lama betul tiada gambar berdua..saja suami sha imbangkan ketinggian haha..
mengulu laitu haha
kami di sini
mini of me - nur eshal khadijah
jangan salah faham ya..ini anak..budak adik hahaha..
nmpk pendek la pula sha di sini haha
panas betul serius kalau kesini bawalah payung atau topi yg lebar tu..
ada jual juga ice cream RM2 dan pure coconut RM5
mencari harta karun tak jumpa juga..
korang juga boleh menikmati keindahan pantai,lepak santai tepi pantai..ada surau, tandas awam dan kedai..boleh camping disitu atas risiko masing-masing, pastikan korang camping ramai-ramai memandangkan kawasan agak suram..