D'idiama Camp Site Kiulu, Tempat Camping Yang Bersih Dan Damai

Bismillah, 
Assalamualaikum

D'idiama Camp Site Kiulu, Tempat Camping Yang Bersih Dan Damai


Cuti CNY baru-baru ini sha dan husband plan last minit pergi camping with our kids dan my mertua, 10hb tu kami jalan dari sandakan jam 12 tengah hari, terus ke polumpong melangkap, kota belud sampai jam 7 lebih, lepas bermalam disitu kami pun check out dan pergi ke kota kinabalu plan mahu pergi bukit kokol, menggatal sebab sana pun ada camp site tapi malangnya full sudah tapak untuk camping, maklumlah plan last minit so sementara kami mencari camp site berdekatan kami singgah pacak khemah di teluk likas, santai dulu, bagi chance anak-anak main pasir, dan alhamdulilah rezeki dapat tapak yang available di kiulu


Sebenarnya sha ada dapat 2 pilihan camp site dekat kiulu ni, satu minurod camp site dan satu lagi d'idiama camp site, bingung diberi kuasa veto oleh husband untuk pilih mana yang siuk, so sha google dan terjumpa satu post dari kawan blogger juga si precious cla di https://www.cla-travel.asia/2022/03/one-of-best-campsite-in-sabah-didiama.html dia ada review tempat yang sha mahu pergi, dan korang bolehlah baca blognya

Selepas buat booking di WhatsApp kami memulakan perjalanan ke kiulu tamparuli, memakan masa 1 jam 19 min kalau dari tuaran, jalan agak tinggi jugalah, pastikan brake kereta korang dalam ok.

Sesampainya kami di lokasi, kami disambut mesra oleh owner camp site, siap temankan sha tengok tapak mana yang sesuai, memang friendly ownernya, tempatnya sangat bersih dari tapak, pondok, sungai sampailah ke tandas dan bilik mandi, begitu juga dengan setiap singki yang dorg sediakan semuanya dihias dengan cantik..camp site ini sesuai untuk budak-budak, ada disediakan beberapa kereta mainan, serta tapak yang lapang selesa untuk dorang bermain.



kami sampai camp site jam 6lbh, set up khemah, angkat barang, masak pun di sini juga


biru tu khemah kami, hijau tu khemah ipar sha, pinjam sebab mak mertua ikut sekali
kalau khemah kami tu memang muat kami 4 beranak, beli dishopee dalam 60ringgit++ macam tak tahan lama..haha sebab murah kan tapi senang buka dan tutup n waterproof


tapak khemah yang sangat luas


pinjam bergambar di khemah orang, insyaAllah ada rezeki beli yang macam ni, besar dan luas





bilik mandi


singki


dewan berbayar, sesuai camping ramai-ramai


kandang arnab, boleh bagi arnab makan kangkung


tangga ke sungai


sungainya ada yang cetek ada yang dalam, pastikan korang masuk sungai pakai selipar yang ada tali sebab batunya licin dan besar sakit kaki bila tidak guna selipar


boleh guna pelampung free


air sangat sejuk..bila masuk rasa tak mau keluar dah..hihi


ini kawasan sungai yang dalam




kesiukan betul c eshal, sampai biru bibirnya pun tak mau naik keatas..

memang puas hati camping disini, tapi tak puas mandi sekejap ja sini jam 10 dah nak balik sandakan, next time repeat lagi mungkin 3 hari 2 malam jadi puas mandi sungai..recommended tempat ini kalau korang jenis yang mahu santai-santai, yang bawa baby, anak kecil dan parent pun boleh bawa sini, sejuk tak macam di polumpong, bangun pagi memang embun membasahi khemah hihi..so sediakan selimut tebal dan stokin ok..happy camping guys..

 D'idiama Campsite ⛺
📍Lokasi: Kg. Pahu, Kiulu Sabah  https://goo.gl/maps/ABVko5dGPBuiWcLo7 

ENTRANCE FEE
----------
DAYTRIP
•Dewasa: RM5
•5-12 tahun : RM3
•4 tahun kebawah: Free

CAMPING (1 malam)
•Dewasa: RM10
•5-12 tahun : RM5
•4 tahun kebawah: Free

SEWA PONDOK
•Daytrip: RM25
•Overnight: RM30

SEWA KHEMAH
•4-person size tent
(RM 30)

CAMPING DALAM DEWAN
•RM50

SEWA KANOPI
RM15

Fasiliti
•Tandas 2
•Kamar Mandi 2
•Life Jacket
•Pelampung
•Lampu Solar

*Aktiviti selain mandi sungai*
•memancing (peralatan sendiri)
•tersedia bahan² bacaan; buku²
*boleh main carom, congkak...*

--------------------
Untuk BOOKING WhatsApp +60 11-1686 8246



Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Previous Post Next Post