Tasneem Patchure Legakan Batuk Dan Selesma Anak

Bismillah, 
Assalamualaikum

Baru-baru ni anak sha yang sulung tu batuk dan selesma, maklumlah cuaca sekarang tak menentu sekejap panas terik sekejap hujan, kurang pula minum air, dah musim sakit sha taklah bagi dia pergi sekolah, kesian dia nak bagi makan ubat batuk dan selesma pun macam pergi berperang ya, nak tak nak kena bagi juga sebab itu ja cara untuk redahkan batuk dan selesma tu.

Tapi baru-baru ini sha ada nampak dekat IG stories neelofa letak Tasneem Patchure dekat belakang anak dia si bilal yang comel gebu, macam senang ja kan..tak perlu bertawaf dengan anak untuk makan ubat pula hihi.

Bila ada benda yang senang begini, kita sebagai mak mesti happy nak try iyalah orang bilang memudahkan 1 kerja mak mak lah untuk mencari jalan untuk sembuhkan anak..bila anak sakit, tidur malam nya tak lena, siang hari menghadap hingus meleleh mesti anak tak selesa.



Tasneem Naturel CF-Patch Patchure 

CF-Patch Patchure adalah sejenis pelekat yang menggunakan ekstrak herba sebagai rawatan tambahan untuk melegakan batuk dan selesma anak anda. Biasanya anak umur 2 tahun kebawah masih belum sesuai diberikan ubat batuk dan selesma, dengan adanya Tasneem Patchure ini, insyaAllah dapat membantu. Dan sesuai juga digunakan untuk kanak-kanak dan dewasa

Selain itu juga, manfaat lain CF-Patch Patchure adalah melancarkan pernafasaan anak, bila anak selesma, hidung mesti tersumbat..pernafasan agak tersekat..bila guna tasneem patchure ni dapat memudahkan anak kita bernafas dengan baik..tambahan pula ianya secara tidak langsung dapat membantu keringkan hingus, anak tidak selesa bila hidung mengeluarkan hingus tanpa henti, bila dilap lama-lama hidung boleh jadi merah dan luka..jadi bila kita lekatkan tasneem patchure ni..ianya dapat sembuhkan selesma, jika anak mengalami demam panas lekatkan saja pada badan..membantu turunkan suhu demam anak tanpa bersusah payah makan ubat..

Cara menggunakannya juga senang hanya buka pelekat dan tampal pada bahagian depan dan belakang dada. 



Antara bahan-bahan aktif yang ada di dalam CF-Patch :-
  • Tendrilleaf & Chekiang Fritillary Bulb - membantu menurunkan suhu panas tekak yang menjadi punca kepada batuk 
  • Akar Indigowood & Whiteflower Hogfennel Root - membantu membuat tekak lebih selesa dan membebaskan kahak 
  • Heartlef Houttuynia Herb - sebagai penyahtoksin dalam badan 
  • Pepperweed & Apricot Seed - membantu melancarkan & melegakan paru-paru


Tasneem Naturel Sleep Tight Patchure 

Kualiti tidur tak terjaga punca badan kita selalu penat dan tak bermaya untuk menjalani aktiviti seharian, terutamanya selepas mak jaga anak sakit semalaman, manalah sempat fikir nak tidur, curi masa tidur pun masih risaukan anak sakit. Sleep Tight Patchure ini juga sesuai digunakan untuk kanak-kanak dan dewasa.

Ianya dapat memberi jadual tidur yang teratur macam kita lekatkan pada badan, setiap malam dia akan konsisten tidur pada waktu yang sama, bagus untuk kita jugalah sebab kita pun dapat atur masa kita bila anak dah tidur awal.


Selain itu juga, penting tidur yang nyenyak dan berkualiti untuk tumbesaran dan mood bayi. Tidur di siang hari bagus untuk perkembangan fizikal dan mental anak dan bila mood dia baik, kurang untuk dia meragam dan merengek sepanjang hari. Kadang kita pun tak tahu punca kenapa anak kita selalu meragam tak tentu pasal, jadi dengan adanya Sleep Tight Patchure  ni insyaAllah membantu juga untuk bayi dapatkan tidur yang lena tanpa terbangun tengah malam. Nampak anak kita tidur lena kita pun senang hati. Selain itu juga ianya membantu mengurangkan keresahan akibat kurang tidur, letih macam mana pun tidur cukup buat kita bertenaga untuk melakukan kerja sepanjang hari..

Antara bahan-bahan aktif yang ada di dalam Sleep Tight Patchure :-
  • Thinleaf Milkwort & Silk Tree Albizia Bark - membantu meningkatkan kualiti tidur dan memori serta bertindak sebagai anti-depresi 
  • Amber & Raw Dragon Tooth -membantu menenangkan saraf, melancarkan peredaran darah dan mengurangkan keradangan 
  • Spine Date Seed & Caulis Polygoni Multiflori - dikatakan membantu menyah angin dalam badan 
  • Angelica Dahurica & Lotus Plumule - mempunyai fungsi antipiretik untuk kurangkan demam dan meredakan sakit-sakit badan
Bagus betul kan produk Tasneem Patchure ni, sha pun baru tahu juga dorang ada keluarkan produk terbaru yang membantu legakan batuk dan selesma bayi serta memberikan tidur yang berkualiti untuk bayi dan orang dewasa.

Patchure ini sangat mudah digunakan, kalau nak travel senang bawa, paling best patchure ni tidak berbau kuat walaupun bahan yang digunakan adalah herba dan tidak meruap macam koyok yang selalu kita guna tu. Tidak meninggalkan kesan gam sebab gam yang digunakan tidak kuat dan tidak menyakitkan bayi apabila kita tanggalkan, sangat selamat untuk bayi.

Tasneem Patchure Legakan Batuk Dan Selesma Anak


Tasneem Patchure diyakini selamat untuk kegunaan bayi & kanak-kanak. Rumusannya adalah 100% dari herba semula jadi.

Berita baik kalau korang nak cuba, Pihak Tasneem ada bagi 5000 patch secara percuma korang hanya perlu pergi ke laman web >> Tasneem Patchure << sha dah isi dah tadi hihi tapi kalau korang bercadang nak beli CF-Patch sekotak RM25 ada 6pcs dan begitu juga dengan Sleep Tight Patchure sekotak RM25 ada 36pcs

Korang boleh tengok IG Stories Neelofa cara dia gunakan atau lekatkan CF-Patch pada badan anak dia si bilal.






 

1 Comments

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

  1. The plumber near me from this company was fantastic! Explained the issue clearly, provided cost estimates upfront, and worked efficiently to resolve the problem. Will definitely recommend to friends and family.

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Previous Post Next Post