5 Tips Pesan Makanan Online Untuk Nikmati Di Rumah

5 Tips Pesan Makanan Online Untuk Nikmati Di Rumah 


Berkerja terutama di bandar kota raya besar seperti Kuala Lumpur, benar-benar menguji bukan saja dari segi pengurusan kerja supaya semuanya siap sebelum pulang ke rumah tetapi juga pengurusan masa sewaktu pergi dan juga pulang. Kadangkala badan terasa sangat penat hinggakan bila tiba di rumah, sudah tak peduli rasa lapar dan terus baring untuk tidur lepaskan lelah.


Jika orang bujang mungkin boleh dianggap tidak mengapa, terasa lapar sangat bangun makan roti dan mee segera pun dah okay, tetapi bagaimana dikalangan mereka yang punya keluarga. Isteri yang berkerja pasti perlu fikirkan perasaan dan makan minum suami manakala ibu yang berkerjaya pula pasti perlu fikirkan kehendak anak-anak juga.


Hendak keluar makan di luar memang boleh, tapi sekarang dengan adanya corona virus ini, rasanya sudah tidak sesuai lagi. Bahaya untuk keluar bersama keluarga walau hanya untuk pergi makan. 



Oleh kerana itu, bersesuaian dengan teknologi yang semakin berintegrasi di dalam aktiviti seharian kita ini, ada baiknya kita memilih jalan yang paling mudah dan terbaik. Tambahan pula, banyak perniagaan telah menemui lebih banyak cara untuk menjadikan kehidupan kita lebih mudah dan salah satu daripada trend yang semakin meningkat adalah pesanan dan penghantaran makanan secara atas talian (online). 


Zaman sekarang ini sudah menjadi perkara biasa untuk memesan makanan dalam talian dan menghantarnya sehingga terus ke depan pintu rumah daripada pergi ke restoran dan duduk makan di sana seperti dulu. Peningkatan gaya hidup seperti ini kebanyakannya didorong oleh generasi muda yang bergantung pada aplikasi dan perkhidmatan ekonomi semasa. 


Buktinya, menurut USA Today, penyelidikan baru-baru ini mendapati bahawa 77 peratus dari kalangan anak muda di sana hari ini telah menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan dalam 90 hari terakhir, yang merupakan 26 peratus lebih banyak daripada semua pengunjung di Amerika Syarikat. 



Di Malaysia ini sendiri, semakin hari semakin ramai yang suka menggunakan servis pesanan dan penghantaran ke rumah. Tidak hanya untuk makanan saja malah semakin meluas dengan penghantaran lain termasuk barangan runcit untuk keperluan dapur dan rumah serta barangan keperluan harian bayi seperti lampin pakai buang dan lain-lain lagi. 


Bagi anda yang masih baru dengan servis pesanan dan penghantaran makanan secara online ini, berikut adalah beberapa petua bagus yang boleh diikuti untuk memastikan anda mempunyai pengalaman terbaik semasa memesan makanan secara online ini. 


#1 - Pesan Makanan Dalam Talian Lebih awal Supaya Sedia Semasa Pulang


Ramai orang menggunakan penghantaran makanan sebagai pilihan kerana tidak mahu memasak atau letih setelah bekerja. Namun, jika anda merancang lebih awal, anda dan keluarga tidak akan merasa lapar untuk menunggu makanan dalam tempoh yang sangat lama. 


Caranya, anda hendaklah memesan makanan sebelum keluar bekerja pada hari tersebut atau sementara anda sedang menunggu untuk menjemput anak-anak dari sekolah. Ini kerana sebilangan besar perkhidmatan penghantaran makanan ini memberikan anggaran masa penghantaran dalam tempoh 30 minit sehingga ke 1 jam lamanya. Kadangkala boleh memakan masa yang lebih lama dari itu. 


Maka, sekiranya anda tahu akan pulang sekitar jam 6:00 petang, mulakan pencarian makanan dan terus buat pesanan online sekitar jam 4:45 atau 5:00 petang. 


Sekiranya anda risau kalau-kalau makanan tiba lebih awal, boleh buat bayaran secara online dan tinggalkan pesanan supaya makanan tersebut diletakkan pada ruangan beranda jika tidak ada orang yang menjawab salam dan membukakan pintu.


#2 - Buat Pesanan Sebelum Tiba Rasa Lapar Yang Kemuncak 


Merancang penghantaran makanan juga dapat memberi manfaat kepada kesihatan. Sebagai contoh, sekiranya ingin makan lebih sihat atau menurunkan berat badan, boleh jadualkan penghantaran terlebih dahulu dengan membuat pesanan makanan yang kurang kolestrol, salad atau pilihan rendah kalori yang lain. 


Penting juga untuk buat pesanan sebelum tiba rasa lapar yang amat sangat kerana semakin lapar, bermaksud semakin banyak makanan yang diinginkan. 



#3 - Berikan Petunjuk Arah Penghantaran Yang Jelas


Sangat penting untuk membuat penghantaran semudah mungkin bagi pemandu yang akan menghantar makanan untuk anda. Tinggalkan petunjuk yang jelas semasa proses pesanan kerana sekiranya pemandu tidak mengenali persekitaran tempat tinggal anda itu, ia amat membantunya semasa melakukan proses penghantaran tersebut. 


Lebih baik, sertakan sekali petunjuk yang lebih detail seperti pintu dengan pintu berwarna merah, pagar berwarna hitam dengan jenis dan warna kereta yang ada di dalam pagar. Dan jika anda mempunyai anak-anak yang sedang tidur dan anda tidak mahu membangunkan mereka, tinggalkan juga nota arahan agar pemandu mengetuk pintu dan bukannya membunyikan loceng pintu tatkala tiba nanti. 


#4 - Buka Lampu Luar Jika Keadaan Sedikit Gelap


Penting juga untuk mempermudahkan pemandu anda setelah mereka sampai di rumah anda. Pastikan tidak ada halangan yang menghalangnya masuk ke pintu seperti haiwan peliharaan dan sampah. Pastikan juga bahagian luar rumah anda cukup terang dan mudah dilihat jika penghantaran tersebut pada waktu malam atau mungkin dalam keadaan gelap yang akan hujan. 


Ini bagi membantu pemandu mencari alamat yang betul dan sampai ke pintu rumah anda dengan lebih cepat. Pemandu juga ingin merasa selamat ketika menghantar, jadi pencahayaan yang tepat akan memastikan mereka tahu ke mana harus pergi dan dapat melihat siapa yang mengambil pesanan tersebut. 


#5 - Apa Salahnya Beri Sedikit Tip Sebagai Tanda Berterima Kasih 


Sebilangan besar pemandu penghantaran bergantung pada tip yang diberikan oleh pelanggan untuk memastikan mereka mendapat upah yang lebih. Pemandu juga akan dengan senang hati mengambil wang tunai, kerana ini adalah pembayaran segera, dan bukannya menunggu untuk dibayar oleh perkhidmatan pesanan. 


Menurut Glamour Magazine, pemberian 15-20% tip adalah tahap standard untuk pesanan makanan yang besar seperti beberapa pizza atau set makanan untuk beberapa orang. Sebaiknya beri lebih tip jika pesanan untuk penghantaran tersebut kebetulan dilakukan dalam cuaca yang agak buruk. 



Dengan pemberian tip seperti ini, jika buat pesanan lagi di lain kali, si penghantar pasti berasa senang hati untuk memberikan perkhidmatan di tahap yang paling baik.


Foodpanda Sedia Memberikan Perkhidmatan Pesanan Makanan Online Untuk Nikmati Di Rumah


Di Malaysia ada banyak pihak yang menawarkan servis online food delivery. Salah satu daripadanya adalah Foodpanda. Dengan Foodpanda ini ada pelbagai jenis makanan yang boleh di pesan. Caranya juga mudah. Hanya perlu memuat turun aplikasi Foodpanda di handphone masing-masing, sudah boleh membuat pesanan mengikut jenis makanan yang dikehendaki. 


Caj penghantaran juga sangat berbaloi dan menjimatkan berbanding perlu memandu sendiri ke mana-mana kedai untuk membeli makanan. Tambahan pula lepas balik berkerja tentu mahu rehat dan duduk makan dengan tenang sambil melepaskan lelah selepas seharian berpenat lelah di pejabat dan sebagainya. 


4 Comments

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

  1. semoga rider2 food panda dan yang lain selamat dan dipermudahkan kerja mereka

    ReplyDelete
  2. banyak suda servis hantar makanan online ni hari tu ada cuba foodnextdoor tapi entah rasa lagi selesa pakai food panda plus dia banyak pilihan compare dgn apps lain..
    grab food pun kawan kata ok tapi belum pernah cuba lagi hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..dah sebati di jiwa hahaha..apa2 mmg buka fpanda dlu..even beli brgan kperluan hihi

      Delete

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Previous Post Next Post