Kurma Ajwa Madinah Makanan Terbaik Untuk Ibu Menyusu

Bismillah,
Assalamualaikum



Kurma Ajwa Madinah Makanan Terbaik Untuk Ibu Menyusu | Siapa yang selalu beli kurma memang akan tahu kurma ajwa adalah antara kurma yang agak mahal harganya. Ini kerana menurut sejarah abad ke 14, kurma ajwa adalah kurma yang ditanam sendiri oleh Nabi Muhammad di tanah berhampiran Masjid Quba, Madinah. Meskipun mahal harganya, kurma ajwa mempunyai pelbagai kebaikan dan manfaat kepada kita terutamanya bagi ibu menyusu.

Sha memang merancang untuk genapkan 2 tahun penyusuan kedua anak sha, memang struggle sangat nak susukan pada anak pertama sebab belum ada pengalaman lagi kan, sha belum tahu makanan apa yang bantu banyakkan susu badan, kaedah apa yang perlu dilakukan untuk meriahkan susu badan dan sebagainya, jadi bila lahir anak kedua alhamdulilah susu badan memang banyak, anak pertama turut tumpang minum sekali. Tapi serius sha cakap menyusukan anak ini memang penat.

Sha sudah habis pantang selama 44 hari, banyak benda nak buat lepas habis pantang, sebenarnya bila dah jadi mak anak dua ni, pantang tu dah tak macam pantang dah, terpaksa juga kena uruskan anak besar dan anak kecil sekali gus, bila dah selesai semua baru dapat rehatkan diri, itu pun kena sambung pula untuk buat makanan tengah hari, letih jangan cakap lah memang sangat letih, ada suami yang bantu dan tolong jaga anak itu satu kesyukuran dah, lagi-lagi tolong buat kerja rumah, ringan sikit beban di bahu.

Ibu menyusu sangat perlu makanan yang membantu perbanyakkan susu badan sekali gus memberi tenaga kepada ibu itu sendiri disebabkan seharian menyusukan badan, sebenarnya banyak supplement di luar sana yang kita boleh pilih, tapi sha jenis yang takut nak ambil sebab kesian pada buah pinggang jadi ada baiknya kita makan makanan yang baik untuk badan secara alami kan.

Kurma Ajwa Madinah Makanan Terbaik Untuk Ibu Menyusu


Kurma adalah makanan sunnah Nabi yang patut kita amalkan. Kurma ajwa ni adalah makanan terbaik untuk ibu menyusu, selain dari memberi tenaga ianya juga memperbanyakkan susu badan dan melindungi tubuh dari sebarang penyakit. Bila kita makan kurma ajwa, anak pun akan dapat khasiatnya juga, terutamanya zat besi. 

Yang penting korang jangan stress, fikir yang indah-indah ja, itu salah satu tips menyusu badan haha. iyala kalau susu meriah, anak kenyang, kita pun tenang kan.

Selain dimakan begitu saja, kurma juga boleh diblendkan bersama susu segar untuk milkbooster, korang cubalah, caranya senang sahaja, ambil 5 biji kurma ajwa yang direndam dengan air panas (buang biji ya) , campur 1 cawan susu segar.


5 Kebaikan Kurma Ajwa Yang Korang Patut Tahu

1. Rasa dan tekstur yang unik - Kurma ajwa lain dari yang lain, ianya berwarna gelap dan saiz agak kecil, isinya tebal dan manis pun tak seberapa, tapi kalau makan sekali pasti nak lagi hihi

2. Sumber Antioksidan - Bila makan kurma ajwa, ianya membantu menguatkan antibodi dan melindungi dari jangkitan, edan memang suka makan kurma ajwa ni, asal nampak sha kunyah memang dia menangis nak juga, so kena didik anak makan kurma masa kecil begini bagus untuk badan dia



3. Khasiat untuk ibu mengandung dan menyusu badan - ok ini macam yang sha cerita tadi beri tenaga, melancarkan susu badan dan zat beri yang tinggi, so baik untuk anak juga.

4. Melancarkan Penghadaman - Bila dah lepas bersalin tu memang kerap kena sembelit, so kandungan serat pada kurma ajwa ini sangat tinggi dan membantu melancarkan sistem pencernaan kita. senang buang air besar ya.


5. Sesuai untuk Pesakit Diabetes - Kurma ajwa ni sangat sesuai untuk pesakit diabetes type 2 sebabnya walaupun manis ja kita rasa kan, tapi gula dalam nya adalah gula yang tak perlu diurai dan paling ringkas

Selain dari itu, kurma ajwa juga membantu untuk :-

Dari Aisyah RA berkata bahawasanya RASULULLAH SAW bersabda :
"Kurmah Ajwah berasal dari Syurga dan didalamnya terdapat ubat penangkal racun, menjaga kesihatan dan airnya menyembuhkan penyakit pandangan mata." ( Riwayat Al Tirmizi )

Untuk kurma ajwa ini, korang boleh dapatkan di:-

FB : https://www.facebook.com/rihuraherbs/
IG : https://www.instagram.com/rihuraherbs/
Whatsapp : http://wasap.my/60105012717/KurmaAjwaAsli
Website : www.rihura.com

Rihura Herbs (Rihura Herbs Enterprise (002942099-U)) adalah Kedai Makanan Sunnah & Semulajadi yang menjual secara online produk seperti  Jus Aimra'a, Kurma Ajwa, Tea herbs. kalau korang berminat dengan lebih lanjut mengenai produk yang dinyatakan, korang boleh follow dan like media sosial untuk update terbaru.

Untuk entry seterusnya sha akan berkongsi mengenai produk kedua dari Rihura iaitu Slimming Roselle, stay tune :)

5 Comments

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

  1. Betul kalau bulan puasa, makan kurma je pun bf still lancar takde masalah.. mmg kurma milk booster terbaik.

    ReplyDelete
  2. Banyak juga kelebihan kurma kan kak. huhu

    ReplyDelete
  3. betul tu..anak-anak pun bagus kalau kita beri diorang kurma ni...yelah lurma ni kan banyak khasiatnya

    ReplyDelete
  4. Dah cuba Kurma Ajwa ni. Sedap rasanya tak manis sangat. Isi pun tebal.

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Previous Post Next Post