September 7, 2017

Happy Giveaway by Mrs Pip (28/8/17 - 16/9/17)



Klik banner kalau nak join

Assalamualaikum dan salam kegembiraan <-- merujuk kepada GA kali ini, malam ini sha teringin nak menyertai segmen-segmen yang dianjurkan oleh blogger lain, nak bagi support pada mereka, hah ! jumpa pun Give Away yang lama sha dah nak join. Sorry kak pip, sha baru nak join ni ahh..hihi.

Give Away ini sempena 5th wedding anniversary kak pip dengan suami, beserta kejayaan blog beliau dalam mencapai 100k page view bulan lepas dan tahniah kak pip dah berdomain sendiri iaitu www.mrspip.com, tahniah tahniah, rasa teruja kan bila ada domain sendiri, rasa semangat nak blogging tu lain dari yang lain..hihi..semoga terus success kak pip :)

Ok terma dan syarat korang boleh baca dekat entry beliau >SINI< dan kak pip tengah mencari 2 pemenang untuk memenangi hadiah-hadiah seperti di dalam banner, dan jika penyertaan melebihi 60 orang, hadiah misteri akan menanti, so apa tunggu lagi, jom korang join GA kak pip.

September 6, 2017

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1 | Mohd Zaki Yamani Azman 28, atau lebih di kenali dengan pangilan Zaki Bijak. Berasal dari Jerantut Pahang, Zaki di diagnos menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma Tahap 3, ekoran bengkak di belakang leher pada Julai 2014. Namun beliau telah berhasrat ingin melengkapkan misi Hitch Hike ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya berbekalkan RM1 yang telah bermula pada 29 Ogos 2017 lalu. Mari kita baca selanjutnya kisah Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1

Dengan membawa misi menjelajah #cancerbukantikeruntukmati dan erti kata lain cancer bukan bermakna kematian. Zaki mejelajah dengan hanya menumpang kenderaan orang awam dalam menyampaikan mesej tersebut. Negeri di bawah bayu, Sabah merupakan destinasi pertama beliau.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Gambar Zaki Bijak Ketika ingin bertolak ke Sabah.
Walaupun beliau menghidap kanser tahap ke 3 , namun beliau tak pernah berputus asa dan menganggap bahawa penyakit ini merupakan satu semangat untuk beliau terus berjuang dan mengembara bagi memberitahu kepada semua bahawa #cancerbukantikeruntukmati.

''Program ini diinspirasikan rakan saya dari Finland yang pernah menumpang di rumah saya semasa mengembara. 

''Jadi, untuk program ini saya menyiapkan diri dengan maklumat berkaitan perjalanan, dokumen penting seperti lesen, mykad, wang RM1, sedikit pakaian dan peralatan khemah. 

''Tetapi, saya sangat bersyukur hidup di bumi Malaysia yang tinggi budi pekerti.. Walaupun tidak saling mengenali, saya bukan sahaja dibenarkan menumpang kenderaan, malah diajak bermalam dan diberi makan di rumah mereka sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan hari,'' Zaki Bijak.

Menerusi laman Facebook beliau Zaki Bijak kini beliau telah 50% mengeliligi Kepulauan Sabah. Dan bakal menamatkan kembara Borneo Sabah dan masuk kepulauan Sarawak Pula. Sepanjang perjalananan beliau juga, beliau banyak memuji masyarakat Sabah yang sangat prihati dan bantuan dari pelbagai bentuk beliau dapat. Allahamdulilah Orang Sabah Bagus Bah !!!!

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.
Kalau korang nak ikuti kisah beliau yang penuh liku-liku, korang boleh la follow Facebook beliau, setiap detik perjalanan beliau akan kongsikan bersama anda. Yang pastinya kekuatan dan ketabahan beliau sungguh luar biasa bukan seperti pesakit Kanser.

Kalau-kalau nampak beliau jangan segan-segan hulukan bantuan tau.. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima. Bukan wang ringgit yang di pinta namun nilai kemanusia itu lebih bermakna.

Jom kita support Zaki Bijak dalam misi ''CANCER FIGHTER'' Jelajah Borneo Dengan RM1 #cancerbukantikeruntukmati.

Segala pertanyaann atau bantuan yang ingin di salurkan (mana tahu beliau singgah perkampungan kamu ) boleh la berhubung terus dengan beliau. PM je kat facebook Zaki Bijak.

Kredit : Sabahanblogger.com

September 2, 2017

5 Entry Paling Menyengat Ogos 2017

Assalamualaikum dan Selamat datang Bulan September, bulan kelahiran Blog Sha yang ke 7 tahun, 26 Septemper 2010, rasa macam masih blogger yang dikategorikan sebagai budak baru belajar, haha, maklumlah bulan sebelumnya baru terpikir untuk kembali aktif dalam dunia blog.
Berdasarkan daripada Google Analytic 
Alhamdulilah, sehingga kini, Blog OpzzpinkyDotMy masih bertahan dalam dunia blogger, masih berminat untuk berkongsi pengalaman dan tercabar untuk memenuhi kehendak SEO dalam penulisan melebihi 200-300 patah perkataan. Kalau korang perasan, entry sha kebelakangan ini agak panjang lebar, gambar pun seketul sahaja, macam entry ini, hihi sha sedang belajar membiasakan diri untuk menulis sebanyak mungkin patah perkataan walaupun hakikatnya sangat susah.
Pada bulan yang lalu juga, sha menghadapi masalah domain, dimana domain sha bila buka melalui opzzpinky.my jadi error, dan alhamdulilah dapat diselesaikan dengan menukar kod DNS dari provider atas kerjasama dan pertolongan dari blogger macho kita Rahmad Graphic, terima kasih mad. Dan hasilnya Google Adsense telah meluluskan permohonan sha pada 1hb September 2017.

5 Entry Paling Menyengat Ogos 2017

Inspirasi dari Blogger +Mrs Pip dimana beliau sendiri membuat ulasan untuk entry-entry yang telah hangat dan menjadi pilihan pembaca pada setiap bulan. Dahulu sha buat untuk setiap tahun, kali ini sha ingin memperbanyakkan entry yang ada dengan berkongsi kembali 5 Entry Paling Menyengat Ogos 2017, InsyaAllah sha akan buat setiap awal bulan.

1. Hari dan Doa Arafah 2017
Menghimpunkan doa-doa untuk rujukan pada hari Arafah 2017.

2. 2k Page Views
Kejayaan pertama blog opzzpinky mencapai 2k page view

3. Pengalaman membida di Chilindo
Berkongsi pengalaman mencairkan duit pada dompet selepas gaji, sila berhati-hati apabila membaca entry ini.

4. Pelamin biru bertemakan awan
Gambar pelamin yang bertemakan awan yang sha sendiri baru perasan. hihi

5. Cowboy Town - Sabandar Leisure Rides
Jalan-jalan, terasa diri ini berada di luar negara - Texas

Jumlah ke semua entry adalah 19 merupakan entry terbanyak pada tahun ini hahah.. sharina sila rajin update blog ya..hihi.

Top Referral pada bulan ogos adalah Cik ayu, dan sha ada letakkan feed percuma untuk blog ayu pada bahagian footer, korang boleh singgah dan baca blog menarik beliau

Itu sahaja 5 entry yang paling menyengat pada bulan lalu, sekian terima kasih kepada pembaca setia blog sha..korang memang awesome bogiaa..

September 1, 2017

Google Adsense Approved dan 3.3k Page Views

Assalamualaikum dan salam aidiladha, pastinya ramai yang balik ke kampung halaman masing-masing untuk merayakan hari qurban pada tahun ini jatuh pada hari jumaat yang mulia. Untuk halaman khas dua dalam satu ini, Alhamdulilah, akhirnya penantian untuk iklan Google Adsense telah pun diluluskan.


Ini antara impian seorang blogger yang baru terfikir untuk mengaktifkan diri kembali ke dalam dunia blogger, sekaligus berjaya memecahkan rekod peribadi blog ini Page View 2k, dua hari yang lepas, dimana page view blog Opzzpinky sebanyak 3, 377 pada hari khamis, 31 Ogos 2017 mendapat sambutan kerana halaman Hari dan Doa Arafah 2017

Beberapa tips sha kongsikan dihalaman Page View 2k, ingin sha tambahkan sedikit tips selepas menghantar permohonan google adsense, korang akan tunggu sampai 3 hari untuk menunggu keputusan, bilamana dalam tempoh itu, korang hendaklah berusaha untuk menaikkan page view di blog korang untuk menarik minat pihak Google Adsense meluluskan permohonan. Cadangan sha minimum page view untuk sehari adalah 1000 - 2000 page view.

Selepas google adsense diluluskan, korang boleh rujuk pada halaman Akaun Adsene sudah lulus - apa perlu buat? oleh Cikgu WayneHarraz, tapi dalam pemerhatian sha, Google Adsense sendiri telah memasukkan kod iklan tersebut ke dalam blog sha. Hanya korang perlu aktifkan dalam akaun Google Adsense dahulu, itu sha kurang pasti, sebab nak edit iklan yang ada di bawah post entry pun sha tidak tahu, kalau korang perasan double kan?

Itu sahaja entry di petang aidiladha, sha pun baru siap cuci piring, keluarga singgah beraya tadi, terus cepat-cepat pasang iklan Google Adsense, maklumlah teruja Google Adsense diterima. Alhamdulilah lega rasa iklan Google Adsense dah pasang, sha doakan korang lulus juga Google Adsense dan boleh kongsi tips menarik tentang Google Adsense. Selamat beraya korang :)

By,
Awak sangat asing, Mrs Stranger
Admin kedua :)

August 31, 2017

Hari dan Doa Arafah 2017

Assalamualaikum dan selamat Hari Arafah

Hari Arafah adalah hari ke-9 dalam bulan Dzulhijjah dan merupakan hari ke-2 dalam perlaksanaan ibadah haji. Hari Arafah merupakan hari yang istimewa karena pada hari itu Allah SWT membanggakan hamba-Nya yang berkumpul di Arafah kepada para malaikat.


Hari arafah adalah satu daripada hari yang termaklum dan sebut dengan pujian-pujian di dalam Kitab Suci – menurut ibnu Abbas: hari tertentu itu adalah hari kesepuluh Zulhijjah.

(لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ) [سورة الحج:28 ] .
“Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu”,

DOA ARAFAH 

Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.  

Untuk pengetahuan korang, Hari Arafah untuk Tahun 2017 kena pada hari ini 31 Ogos 2017 bermula dari jam 12.21 tengah hari (Khutbah Arafah). Doa yang mustajab untuk yang berada di Malaysia adalaha dalam waktu solat Asar selama satu jam, dimana istimewanya doa pada waktu ini, sangat mustajab dan akan diangkat ke langit Allah. InsyaAllah

Jom pohon doa banyak-banyak pada solat Asar.

Doa rujukan : Pesan Bonda