Showing posts with label Diary Mengandung. Show all posts
Showing posts with label Diary Mengandung. Show all posts
Bismillah,
Assalamualaikum


Perbezaan Mengandung Anak Lelaki dan Perempuan | Alhamdulilah dah dapat anak sepasang, rasanya dah boleh stop kilang dah ni umur pun dah lanjut haha..tapi bilang nurse boleh lagi kalau nak tambah 1 anak sebelum umur 35 tahun, hihi..tengoklah dulu nurse, tu la rugi sangat lambat kahwin kan..kalau awal kahwin, anak dah sebaya dengan mak..eh haha...tak apa guys..jodoh yang terbaik itu selalunya datang lambat haha.

So topik sha nak sharing dengan korang adalah Perbezaan Mengandung Anak Lelaki dan Perempuan. Semasa sha mengandungkan anak pertama rata-rata ramai meneka dengan tepat yang sha tengah mengandungkan anak lelaki, maka lahir pun anak lelaki..begitu juga dengan anak kedua..eh korang memang campin la..tahniah korang yang meneka tu haha..ada yang magik, pegang perut dha terus tahu jantina ya? Ada yang lagi pro tengok perut pun dah tahu lelaki..haha

Sejujurnya sha sebagai ibu yang mengandungkan anak pertama gagal meneka jantina anak pertama..maybe sebab sha nak anak perempuan kan haha..sehinggalah doktor sah kan sha mengandungkan anak lelaki..sebabnya sha ingat lagi time usia kandungan anak pertama 3 bulan, sha rasa teruja nak ada set mekap..haha sedangkan sha langsung tak pandai mekap pun, apatahlah punya barang mekap..

Jadinya..husbandlah yang jadi mangsa untuk dimekapkan hahaha..lucu la time tu sha dah lah xpandai mekap, mekap pun time kahwin ja, ada hati nak mekapkan husband..buruk benor muka dia sha mekapkan..jadi itu yanh menyakinkan sha, yang anak dalam kandungan itu perempuan hihi..then bila dah tahu jantina, perasaan gugurl tu dah hilang..muka sha jadi kusam..jalan pergi mana mana pun pakai ja ala kadar yang penting tutup aurat, beza ya dengan kandungan kedua ni..sha lebih kepada kecantikan dan kekemasan haha..

Ok kita cerita time mula mengandung ya, anak pertama dan kedua time sha mula mula detect mengandung of cos sebab sha tak datang period beberapa hari lewat, sebab sha jenis yang period on time 28 hari..senang kira hihi..terus feeling dia lain matchiam..anak pertama memang excited haha..anak kedua haru biru sebab anak pertama baru masuk setahun 1 bulan haha..fikir positif ja..Allah dah bagi rezeki awal, kena ready dah ni..dua2 ni sebab sha pergi berurut dengan bidan sha..so tambah subur lah jawab nya kan

Awal mengandung, anak pertama seingat sha dalam 2 minggu juga lah alahan sakit kepala, muntah di oetang hari, kuat kencing, tak boleh hidu bau asap, bau minyak wangi, kuat makan asam, mangga dan yang masam masam, anak kedua puladekat 3 bulan sha alami alahan tahap 1, lebih kepada sakit kepala dan muntah muntah, agak emosi sikit sebab anak pertama terlampau aktif..sha kuat menangis time ni..rasa nak husband beri perhatian lebih..haha..

Bila dah masuk 2nd trimester, anak pertama sha jadi pemalas, makan tak ingat dunia..makan makanan masam dan manis sehingga kena kencing manis tapi diet control, sha kuat tidur..tak boleh ada masa tidur ja kerja..banyak sangat sha mengidam secara tiba2 tapi yang selalu mau makan roti canai dan teh tarik..

Anak kedua pula, sha jarang tidur siang, sebab rajin sangat kemas rumah, urus anak yang aktif, buat kuih raya, memasak macam macam resepi..makan kurang sikit sebab tak ada selera tapi kena juga kencing manis siap pakej makan ubat metformin hahaha..sha selalu mau makan nasi kuning..sampai mak mertua kirim nasi kuning dari kampung.

Kalau dilihat memang banyak perbezaan mengandung anak lelaki dan perempuan, husband pun selalu cakap kalau time mengandungkan edan dulu, sayang malas betul, tau nya tidur ja hahah..time eshal ni rajin sampai tengok barang bertaburan pun kena kemas time tu juga kalau tak naik marah sha nampak rumah tak kemas..ahh mesti time eshal besar nanti jadi pengemas orang nya hahah..

Sampaikan satu tahap, edan sendiri kemas balik barang yang dia hambur bila dengar umie nya cakap, kemas balik!!  Hahaha selalu termarah dan kadang tercubit gak edan kerana emosi umie ni, maafkan umie nakkk..huhu

Apapun, mengandung adalah saat yang paling best dalam hidup sha..walaupun penat bawa perut yang besar, badan semakin gemu, hidung kembang, celah badan hitam, tidur tak lena, sakit pinggang, cepat emosi, nak makan ja kerja, tapi hakikatnya itulah yang dirindui oleh setiap ibu ibu..kan

Sha doakan korang yang tengah menanti zuriat, semoga korang juga berpeluang untuk merasai manusia kecil singgah di dalam rahim dan lahir kedunia..insyaAllah amin.


Bismillah,
Assalamualaikum
                                         Photo credit to google                                       

Sudah Masuk 3rd Trimester, Apa Ibu Mengandung Perlu Buat? | Berdebar rasanya bila sudah ke fasa terakhir mengandung ni, bagi ibu yang pertama kali mengandung dan bakal mendapat cahaya mata, mesti dah banyak kali tanya pengalaman ibu-ibu bagaimana rasanya bersalin, normal atau pembedahan? berapa berat baby? dan sebagainya hihi sha sampai mengandungkan anak kedua ini, soalan seperti ini memang tak lekang dari mulut, sebab orang tua bilang, mengandung pertama atau kedua memang berbeza caranya dan sakitnya.

Sedikit masa saja lagi, ibu bakal berpantang bersama si kecil comel yang dikandungkan selama 9 bulan 10 hari, Sudah Masuk 3rd Trimester, Apa Ibu Mengandung Perlu Buat? ada orang buat persiapan dari sejak dia tahu dia mengandung, ada orang rileks saja dah anak ke lima, buat persiapan pun simple saja, macam sha, pengalaman yang ada semasa mengandung anak pertama, sha nak buat yang lebih baik untuk anak kedua ini, lagi-lagi di fasa 3rd trimester ini, sha alami sendiri bagaimana sakitnya kontraksi, jahitan dan berpantang.


Sudah Masuk 3rd Trimester, Apa Ibu Mengandung Perlu Buat? berdasarkan pengalaman sha mengandungkan dan bersalinkan anak pertama, sha dapati semua list yang akan sha kongsikan sangat penting untuk sebelum, semasa dan selepas kita bersalin.


1. Sediakan barangan baby dan kelengkapan ibu berpantang, barang keperluan baby dan ibu berpantang, tidak semua perlu dibeli, sediakan ikut kemampuan dan keperluan saja.
2. Senaman dan banyakkan berjalan, senaman yoga untuk permudahkan bersalin dan banyakkan berjalan juga dapat membantu ibu bersalin dengan cepat
3. Urutan Perineum, kebanyakan para ibu mnegatakan bahawa asbab mereka bersalin tanpa koyakan dan jahitan adalah disebabkan urutan ini. Korang boleh google cara-caranya.
4. Minum minyak zaitun dan kurma, minyak zaitun memang sangat membantu sha dalam proses mengandungkan anak kedua ini, 5 Kelebihan minyak zaitun kepada ibu mengandung, kurma juga makanan sunnah yang korang boleh amalkan sepanjang 3rd trimester
5. Minum Susu Kambing bagi mengelakkan baby kena kuning semasa lahir
6. Belajar cara pernafasan semasa mengajan dengan betul, 
7. Ketahui perbezaan kontraksi palsu dan betul, pengalaman sha mengalami kontraksi palsu pada kandungan usia 32 minggu, sakitnya seperti senggugut pada pinggang dan tak perlu pergi hospital
8. Belajar mengenai penyusuan susu Ibu, susu ibu tidak akan keluar dengan banyak pada awal-awal bersalin, jadi korang kena belaraj mengenai penyusuan susu ibu beserta kuantiti nya
9. Penjagaan baby baru lahir, ibu yang pertama kali bersalin, perlulah pertolongan dari orang tua, jangan berpantang sendiri, sebab kita tak tahu apa-apa pasal penjagaan baby baru lahir
10. Penjagaan makanan ibu banyakkan makanan yang sihat untuk menghasilkan susu ibu yang banyak serta mepercepatkan luka jahitan sembuh.

InsyaAllah, dengan perkongsian ini, mudah-mudahan ibu-ibu yang baru pertama kali mengandung dan bakal bersalin sikit masa saja lagi, akan dapat ilmu yang bermanfaat, doakan sha dipermudahkan bersalin ya..amin

Bismillah,
Assalamualaikum




Tarikh Serah Diri Ke Hospital Untuk Bersalin Sebab ada GDM on Ubat | Bila ibu sudah ada kencing manis ketika mengandung, ibu perlu patuh pada nasihat doktor untuk memastikan baby dalam rahim kita lahir dengan sihat dan selamat, jangan main-main jika nurse sudah kesan ibu ada kencing manis, pemantauan oleh doktor sudah menjadi semakin kerap apatah lagi jika makan ubat atau insulin.


Sedihnya result BSP sha pada sebelah pagi sebanyak dua kali agak kurang memuaskan, maka dengan itu doktor decided untuk bagi sha makan ubat Metformin 500g 2 kali sehari, baru nampak result BSP sha cantik, apa lagi cara yang membuatkan sha patuh pada doktor untuk memastikan bacaan gula sha menurun selain dah control makan macam mana pun tetap naik, kata doktor memang segelintir ibu mengandung perlukan ubat juga, sebab pembawaan baby dalam rahim.

Yang tak bestnya, sebaik sahaja sudah makan ubat, ibu perlu bersalin awal 2 minggu sebelum due date, kalau tak bersalin juga kena induce, masuk belon dan jalan terakhir adalah operate, seriau rasanya dengar bila terpaksa bersalin secara paksa, mesti sakit kan. BFF sha sudah laluinya 2 tahun yang lepas, insulin, dan dimasukkan ke dalam wad 38 minggu, induce 2 kali jalan tak buka, masuk belon pun sama juga, akhirnya terpaksa lalukan operation, derita ibu melalui segala sakitnya bersalin.


Pada 22 Jun, doktor dekat KK suruh sha pergi Klinik pakar Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk scan baby dan dia akan bagi tarikh serah diri, apabila scan berat baby dah naik 2.7kg rasanya kalau nak bersalin pun dah boleh sebab berat dah cun, so tiada masalah untuk baby keluar awal. 

Tarikh Serah Diri Ke Hospital Untuk Bersalin pada 5 Julai ini masa ini usia kandungan 37minggu 6 hari, due date pada 20 Julai, anak pertama lahir pada 38minggu 4 hari secara normal walaupun time tu sha pun ada juga GDM tapi on diet, tak perlu makan ubat, Jadi sha harap sangat sebelum tarikh masuk wad tu, sha dah bersalin, semoga dipermudahkan. Korang doakan sha ya.

Bismillah,
Assalamualaikum.



Cara Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin | Ada orang sekejap saja sakit, dah bersalin. Ada orang pula sudah berhari­-hari sakit tapi bukaan tetap sama, tak bergerak langsung, padahal punyalah sakit. Allah saja yang tahu. Kalau ikutkan pengalaman sha mengandung anak pertama sakit menunggu bukaan tu kira-kira dalam 6 jam, anak kedua pula disebabkan induce maka sakitnya teramatlah sakit walaupun masa nak tunggu bukaan itu agak singkat berbanding anak pertama. InsyaAllah dalam entry ini sha kongsikan cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin.

Lain anak lain pengalaman bersalinnya, jangan cakap sudah melahirkan anak ketiga sekali pun tetap akan berbeza pengalamannya, ibu yang hendak bersalin ini bagaikan pergi ke medan peperangan untuk pertarungan nyawa. Sakit bersalin tetap ada. Jadi hargailah para isteri serta ibu kamu ya.


Cara Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin 




1. Banyakkan berjalan
Ya, memang sakit. Tapi kalau kita duduk sahaja lagi lambat pintu rahim akan terbuka. Tiap kali cek, bacaan masih sama. Jadi banyakkan berjalan. Minta suami pimpinkan kalau takut terjatuh. Kalau sudah berada diwad kerapkan berjalan keliling wad, berehat ketika penat dan sambung balik, ini salah satu cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin. Tapi 37 minggu rasanya dah boleh mula kerap berjalan, tak kisahlah pergi shopping mall ka pasarka, berjalan kaki lah, mesti kaki penat bila malam sebelum tidur, boleh tinggi kan sikit menggunakan bantal

2. Jangan minum air selusuh terlalu awal
Biasanya bila nak bersalin, ramai yang sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby dah sedia nak keluar. Tapi bukaan masih kecil. Banyak juga kes rahim pecah sebab ibu dah meneran terlalu awal sebab tak tahan sakit akibat minum air selusuh. Oleh itu, elakkan minum air selusuh awal­awal ye. Bila bukaan dah mencecah 6 cm dan anda dibawa masuk ke labor room, boleh minta kebenaran doktor untuk minum. Sha pun kurang pasti pengunaan air selusuh ini meski kedua-dua kandungan sha memang mak mertua pesan suruh minum sebelum sha bersalin tapi hasilnya tetap sama, adakah ianya tidak serasi, wallahualam hihi


3. Doa Nabi Yunus dalam perut ikan yu
Jangan putus baca doa ni. Minta pertolongan dari Allah. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Minta supaya kita dan bayi selamat. Insya Allah, Allah maha mendengar. Jangan lupa juga untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas nabi. 


4. Minta maaf dengan ibu bapa dan suami
Yang ni part paling syahdu. Dekat-­dekat nak bersalin minta maaf dengan ibu bapa, lebih­-lebih lagi suami. Minta dorang doakan supaya kita mudah bersalin. Minta dorang doakan agar kita dan baby selamat. Lagi bagus kalau kita minta maaf dengan semua orang. Manalah tahu kot ditakdirkan kita syahid sewaktu melahirkan, at least kita dah sempat minta maaf.

5. Baring mengiring sebelah kiri
Bila dah penat berjalan, ketuk ketampi, dan jalan itik mesti kita nak berehat kan? Bila baring atas katil pastikan kita baring mengiring sebelah kiri. Bukan terlentang. Mengikut pengalaman sha bersalinkan anak kedua, sha tak putus baca doa nabi yunus sambil miring ke kiri, alhamdulilah bukaan lancar ja. 

6. Banyakkan bersujud
Posisi bersujud akan membantu mempercepatkan bukaan jalan untuk kita bersalin. Ia juga boleh mengurangkan sakit bersalin yang kita alami. Sebagai orang islam, dalam solat, seharian kita akan sujud, kalau boleh sujud tu biar lama sikit, pujuk baby keluar cepat, dan minta doa, semoga dipermudahkan proses kelahiran

So, Itulah dia cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin yang boleh korang amalkan. Setiap ibu pasti ingin yang terbaik buat anaknya lahir ke dunia ini , tak kisahlah dia terpaksa merasainya sakitnya kontraksi berjam lamanya, atau sakit kena jahit bahagian alat sulit, ataupun melahirkan melalui pembedahan, semua itu kerana untuk melahirkan permatanya.


Sha doakan supaya korang melalui proses bersalin yang mudah tanpa sebarang komplikasi & semoga korang dan baby selamat. 
Bismillah,
Assalamualaikum



List Keperluan Persiapan Anak Kedua | Biasanya mengandung anak kedua dan seterusnya, pengalaman tu sudah ada, jadi bab beli barangan baby ni, kita dapat jimat sikit sebab boleh ja pakai baju anak pertama, itupun kalau korang mengandung jarak 2-3 tahun kan. Alhamdulilah mengandung kali kedua ini, sha hanya toupu ja barangan yang tiada, tambah sikit baju dan ubatan serta pampers itu penting.

Mengandungkan edan hari tu, semua sha nak beli, maklumlah anak pertama kan, lagi satu sha tiada pengalaman ubatan mana yang perlu dibeli sebelum bersalin dan mana barangan yang tidak berapa penting yang boleh dibeli selepas bersalin, macam set bersalin tu, sha beli sebelum bersalin tapi tak semua sha guna habis, ada yang langsung tak sentuh pun sampai sekarang, rugi ja beli mahal-mahal

So bersalin kali kedua ini, sha beli ja ala cart, contohnya mandian serai atau uncang , ini boleh pakai banyak kali untuk stabilkan emosi sambil-sambil ambil ketenangan ketika mandi, losyen panas tu boleh gantikan dengan balsem biasanya letak bahagian perut, paha dan tapak kaki. Minuman herba boleh dapatkan di kedai Cina, sha hari tu guna set Afiat memang bagus minuman akar kayu nya, sha nak beli tapi pkp sekarang lambat sangat sampai, so nanti iktihar cara dekat mydin kalau ada.

Untuk barangan baby, packing awal dari 30 minggu, takut beranak awal, anak kedua ni ada potensi beranak awal sebab nurse kata dah ada jalan kan. Bolehlah korang beli sikit-sikit mulai 30 minggu tu, musim pkp ni ibu mengandung susah sikit keluar, tapi bila dah beres semua barangan, rasa lega dihati tinggal tunggu baby keluar ja kan hihi.

List Keperluan Persiapan Anak Kedua

Ikut kemampuan ibu-ibu diluar sana, ada yang memang akan pakai balik baju, seluar, tuala anak pertama, itu lagi bagus, barang masih elok kan kita cuci saja, so duit lain tu boleh pakai time emergency pula, selepas baby lahir segelintir akan kena demam kuning, kena beli ubat lagi, so boleh save dekat situ

Bagi sha list yang sha ingin share kan ini atas pengalaman sha sendiri jika tertinggal bolehlah roger sha, kita tambah dekat entry ini, sha harap sangat dapat membantu ibu-ibu diluar sana, mana lah tahu kan anak pertama dengan kedua jaraknya lima tahun, dah lupa dah list nak beli apa yang penting hihi

1. Baju Hari Pertama - yang ini sha beli baru, dan semestinya warna putih, time edan dulu lahir pun sha belikan juga baju warna putih, pilih saiz newborn atau saiz s, baby sha kali ini kecil sikit hihi ikut badan sha kot, edan ikut badan babanya itu yang lahir 3.36kg. Sha beli baju jenis romper lengan panjang dan berstokin, beli sekali dengan swaddle, time edan shabxda beli swaddle, sha beli dekat servey sahaja. Barangan yang sha pakai balik anak pertama contohnya barut, tuala, alas tilam kalis air, bantal semua tu masih elok lagi. Make sure sebelum guna cuci dulu.


2. Barangan mandian dan ubatan - ini of cos kena beli baru haha..beli ja yang mini saiz, pilihan sha adalah mandian anakku..lembut pada kulit baby..1 box ada shampoo, losyen, mandian, dan bedak..bawa set ni..jimat ruang beg. Untuk ubatan sha beli minyak kayu putih dan minyak batu untuk luka jahitan sha hihi

3. Pampers dan Modes - dari pengalaman sha pampers yang sesuai untuk edan adalah pet pet, sebab lembut pada kulit, sebelum edan lahir sha beli huggies tapi timbul merah merah pada celah paha, jadi sha suka pet pet, sampai sekarang edan guna pet pet..untuk baby pula sha ambil saiz s, kalau new born kecil sangat, saiz s ada 80pcs, bawa ja 5 pcs ke hospital. Modes pun bawa ja 5pcs, sha pilih librease saiz besar dan panjang dan beli seluar dalam pakai buang..tak perlu cuci dan bawah balik..untuk dirumah pula beli ja kotex 1box besar 

4. Set bersalin - Macam sha cerita kan di atas tadi, set bersalin option ja..tapi kali ni sha hanya beli mandian yang menyegarkan ni bole beli dekat kedai cina dan minuman akar kayu dr afiat memang recommended, tungku dan bengkung  sha masih bagus lagi, bole guna untuk bersalin  anak kedua nanti.

5. Tilam dan kelambu baby - actually ini ok ja kalau tiada, tapi biasanya kita letak baby depan tv tinggal kejap buat kerja at leqst baby safe dalam kelambu tak kena kacau dek nyamuk, tilam sekali kelambu ni memang sha beli dulu sebelum bersalin kan edan pakai pun 2 bulan ja sebab baby cepat besar kan..dah tak miat masuk kelambu,..kalau korang belum ada, korang beli la katil, sebabnya sha takut  baby diganggu oleh abangnya pula hahaha..sha tengah suruh orang buatkan set katil.

6. Susu formula, botol dan pump susu - rasanya ini penting bila lahir anak 1st, ibu kekurang air susu, bukan langsung tiada ya..ada cuma sikit sahaja, kalau baby kuning boleh kerapkan minum susu formula, cadangan sha susu s26 membantu mengurangkan demam kuning. Pump susu pun penting juga kalau korang ada urusan tak perlu bawa baby, pump ja banyak2 susu..

7. Barang lain - ada ja baranga lain yang kita terlepas pandang contohnya pencek suhu dan sedut hingus, dari pengalaman sha dua benda ni penting sangat, sebab baby baru lahir senang sakit, so kena prepare awal. Ni pun sha dah ada bekas edan punya..masih elok lagi tapi kalau sedut hingus tu boleh ganti bila dah lebih 6bulan pakai.

InsyAllah semoga entry ini bermanfaat, sha pun kalau terkurang bahan dalam entry maafkan la ya..ini semua dari pengalaman sha ja..semoga dipermudahkan ibu ibu bersalin nanti..wassalam




Bismillah,
Assalamualaikum




Buat BSP Sendiri Di Rumah Semasa Mengandung | BSP adalah penting untuk memantau paras gula semasa ibu mengandung, walaupun tidak disenangi oleh para ibu-ibu yang mengandung, namun semua yang dilakukan oleh doktor dan nurse adalah untuk menyelamatkan dan memastikan bayi dalam rahim sihat dan tidak begitu besar sehingga ianya dilahirkan nanti.

Sebelum ibu mengandung membuat BSP sendiri di rumah, ada prosuder yang ditetapkan oleh klinik ibu dan anak di tempat masing-masing, selain perlunya ada mesin Glucometer, apapun jenis atau jenama mesin Glucometer, ianya mengikut ketepatan paras gula pada mesin tersebut dan juga pada mesin yang selalu digunakan pada klinik ibu dan anak


Dukacitanya, paras gula sha tinggi sebanyak dua kali pada waktu pagi, menyebabkan sha terpaksa mengambil ubat kencing manis sebiji 500gm sebanyak dua kali sehari, dan sepanjang sha makan ubat dan control permakanan alhamdulilah, paras gula semakin turun dan appointment BSP dijarakkan kepada 3 minggu sekali.bagi sha dengan adanya mesin glucometer sendiri sangat membantu untuk kita buat BSP sendiri dirumah, kerana dapat mengawal makan kita sehari sebelum ujian dilakukan.


Sebelum makan ubat, sha memang control makan yang manis, tapi oleh kerana pembawaan baby dalam rahim, maka sha memang perlu makan ubat juga..hihi..waktu edan pun sha ada kencing manis, tapi tak makan ubat pula, kali ini lain pembawaan, mungkin lain jantina, siapa tahu hihi..

Yang tak bestnya bila suda makan ubat, kena bersalin 2 minggu lebih awal untuk mengelakkan baby besar dalam rahim, so 22hb ini sha kena pergi hospital pakar untuk dapatkan tarikh temu janji masuk wad, berdebar rasanya, tapi semuanya untuk baby, insyaAllah umie akan kuat :)

Cara buat BSP Sendiri Di Rumah Semasa Mengandung, macam sha cakap tadi kena tepat pada kedua mesin yang korang sendiri punya dan yang klinik punya, caranya macam biasa, puasa jam 10 malam, check pertama di klinik jam 8 pagi, lepas tu check pula di mesin yang korang ada, begitulah juga pada tengah hari dan petang, bawah saja alat mesin korang untuk cek bersama dimakmal, tulis pada buku disebelah result yang diterima mesin di klinik untuk rujukan doktor bila petang nanti.

Guna Glucometer sangat senang bergantung pada mesin yang korang belilah, tak sampai 5 minit dah dapat result, sha memang syorkan korang belilah satu mesin ni, penting untuk kita tahu paras gula semasa mengandung ni, selain kawal makanan, sebab kadang kita pun tak sedar diri time makan sedap kan hihi

Semoga baby dalam rahim sihat walafiat hendakNya, semoga ibu mengandung dipermudahkan bersalin, amin ya Rab.






5 Kelebihan Minyak Zaitun Untuk Ibu Mengandung | Assalamualaikum, Minyak zaitun adalah minyak yang paling banyak kebaikannya seperti yang telah tertulis dalam hadis Al-Quran, sesiapa saja yang mahu sihat maka minumlah minyak zaitun setiap hari. Begitu juga kelebihan minyak zaitun untuk ibu mengandung, lagi-lagi penggunaan minyak zaitun ini sangat bermanfaat kepada kandungan sudah menjangkaui fasa terakhir.

Minyak Zaitun yang sha gunakan adalah Naturel Extra Virgin Olive Oil (EVOO), diperbuat dari zaitun organik berkualiti tinggi dan mempunyai rasa yang masih boleh dihadam, pertama kali mencubanya, sha agak loya sedikit, sebab sha mana pernah minum minyak haha walaupun pada kandungan pertama..tapi bila sha mula amalkannya, alhamdulilah mula rasa boleh telan dah, lagipun minyak ini banyak kelebihan nya. Minyak Zaitun ini sangat sesuai untuk membuat salad, harga minyak ini dalam RM11+ sha beli di Mydin. Tidak sesuai untuk digunakan dalam masakan ya.

1. MENGURANGKAN STRETCH MARK

Minyak zaitun mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang bermanfaat untuk ibu hamil, terutamanya yang mengalami masalah kulit kering atau stretch mark. Untuk mengurangkan regangan dan kegatalan, kandungan vitamin E yang terdapat di dalamnya sangat baik untuk mengekalkan kelembapan secara semulajadi.

Selain itu, kandungan squalane yang terdapat dalam minyak zaitun extra virgin menjadikannya sebagai salah satu kandungan utama dalam pelbagai produk kosmetik.

Pengalaman pertama mengandung, sha mengalami stretch mark yang sangat teruk, setiap malam akan menangis kerana gatal pada perut yang terlampau, sha sarankan kandungan 3rd trimester bolehlah mula menyapu minyak zaitun pada perut. Caranya, oleskan sedikit minyak zaitun pada kulit dengan perlahan-lahan di kawasan yang kering atau stretch mark. Seeloknya, cuba dalam kuantiti sedikit dahulu dan tunggu beberapa minit untuk melihat jika timbul sebarang reaksi.

2. MENINGKATKAN SISTEM PERTAHANAN TUBUH IBU & BAYI

Manfaat minyak zaitun berikutnya adalah meningkatkan sistem kekebalan tubuh, terutama bagi ibu hamil yang mengalami pelbagai masalah kesihatan, lebih-lebih lagi pada fasa awal kehamilan.

Vitamin A yang tinggi dalam minyak zaitun berpotensi mencegah risiko penyakit seperti demam pada ibu hamil. Selain itu, sebuah jurnal melalui National Center for Biotechnology Information mendapati bahawa pengambilan minyak zaitun untuk ibu hamil didapati mengurangkan risiko lelah atau wheezing pada bayi seawal tahun pertama kelahirannya. Selain itu, ia mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan ibu hamil dan juga bayi.

3. MENCEGAH SEMBELIT

Sembelit adalah salah satu masalah yang kerap muncul sejak seorang wanita mula hamil. Medical News Today melalui laman web mereka menjelaskan bahawa minyak zaitun berkesan untuk menjadi penawar semulajadi bagi masalah

Ini kerana, lemak sihat yang terdapat dalam minyak zaitun boleh melembutkan najis dan memudahkannya untuk disingkirkan melalui usus. Minyak zaitun juga membantu najis memerangkap lebih banyak air, lalu mengelakkan najis daripada menjadi keras.

4. MELENGKAPI NUTRISI

Minyak zaitun kaya dengan pelbagai nutrisi yang penting untuk perkembangan bayi dan keperluan ibu hamil seperti lemak, protein, kalori, zat besi, vitamin E, vitamin A, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 dan juga Vitamin C.

Di samping itu, ia membantu tubuh agar penyerapan nutrisi berlaku secara optimum.

5. MEMUDAHKAN KELAHIRAN

Salah satu petua memudahkan kelahiran adalah dengan melakukan urutan perineum pada bahagian faraj apabila menjelang tarikh kelahiran. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak kelapa dara atau minyak zaitun.

Selain melakukan urutan tersebut, minyak zaitun juga boleh diminum dalam kuantiti 1-2 sudu setiap hari. 


Insyallah dengan amalkan minyak zaitun, dipermudahkan ibu-ibu mengandung bersalin dengan mudah, tanpa koyakan dan jahitan, itulah impian setiap ibu yang mengandung..doakan sha juga ya