Cowboy Town - Sabandar Leisure Rides, Tuaran Sabah

Assalamualaikum dan salam petang ahad yang indah, alhamdulilah cuaca di Kota Kinabalu, dua tiga hari ini nampaknya baik walaupun panasnya memaksa peluh untuk terjun keluar dari anak tudung. Di hari yang cerah ini, ramai orang keluar untuk beriadah bersama keluarga, ambil lah masa terluang ini dengan mengunjungi Cowboy Town - Sabandar Leisure Rides yang berada di Tuaran Sabah.


Cowboy Town - Sabandar Leisure Rides dibuka pada 2015, dengan reka bentuk bandar koboi mini membuatkan Tuaran menjadi salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi oleh pelancong luar dan penduduk setempat. Tetapi sukar untuk mendapatkan pengangkutan awam kerana ianya mengambil masa kira-kira 20 minit dari Tuaran atau lebih bergantung kepada pemandu. Korang boleh mengikuti Google Maps : Lokasi jika ingin ke sana.


Tiket Masuk : Dewasa RM 10/Orang
 6-12 Tahun RM 5/Orang
5 Tahun Kebawah Percuma

Sebelum ini, sha difahamkan harga tiket masuk adalah percuma, tapi malangnya masa sha pergi telah berbayar seperti senarai diatas. 


Cowboy Town mempunyai keunikan seperti Kota Lama Texas dimana bangunan bilik air "Pee & Poo" juga dibina berkonsepkan koboi, namun sha belum berpeluang untuk meninjau keadaan ruang bilik air bangunan tersebut sebab belum ada yang boleh 'dikeluarkan' haha..Dan terdapat beberapa kereta antik dan kereta tunggangan kuda seperti dalam cerita Cinderella turut dipamerkan dihadapan bangunan bilik air "Pee & Poo" menjadikan tempat ini tumpuan para pengemar selfie.


Cowboy Town menyediakan 3 dorm memuatkan sebilangan kuda mengikut nama kuda masing-masing termasuklah Sunny, kuda yang rendah dan comel. Aktiviti memberi makan kuda disediakan dengan membeli rumput berharga RM2.00 seikat. Jika melihat kuda secara dekat, kuda sememangnya haiwan yang gagah, tidak hairanlah kuda dipilih untuk haiwan tunggangan ketika perang suatu masa dahulu.

Jadual Tunggangan Kuda 
Sesi Pertama : 08.00 pagi - 11.00 pagi
Sesi Kedua : 2.00 petang - 6.00 petang

Harga setiap 2 kali pusingan adalah RM15, tapi sha tidak pasti sama ada harga tersebut masih kekal atau berubah sebab sha sangat tidak beruntung untuk menunggang kuda atas sebab masa tidak mengizinkan untuk kami berada lama disana, bagi korang merancang untuk menunggang kuda, sila datang pada jadual berkenaan, InsyaAllah ada masa sha pasti akan kesini untuk merasai sendiri pengalaman menunggang kuda. 


Restoran Bambu dan Kawasan Payah Bakau
Dengan resit bayaran masuk yang telah dikeluarkan, pengunjung boleh menebus air teh ais percuma di Restoran Bambu disekitar Cowboy Town. Korang akan terpegun dengan sambutan luar biasa dari angsa yang berada dibawah Restoran itu, sepertinya korang adalah tetamu khas bagi mereka. 

Dan korang jangan lupa untuk terus ke kawasan payah bakau untuk menikmati alam flora yang semula jadi disepanjang jambatan penghubung jalan. Tangkaplah seberapa gambar kreatif yang korang inginkan kerana tempat berkenaan amat sesuai dijadikan sebagai latar belakang. 



Cowboy Town kelihatan besar dalam gambar tapi hakikatnya ianya sangat kecil sahaja. Namun begitu, banyak tempat menarik untuk diabadikan sebagai kenangan bersama keluarga. Jangan lupa untuk membaca Apa yang menarik di Sabah, dalam ruangan ini korang dapat mengetahui tempat-tempat unik untuk dikunjungi.

5 Comments

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

  1. Nextime kak pip mau terjah jugalah tempat ni...cantik.

    ReplyDelete
  2. Wah..bestnya..bla nk smpai sabah ni😊

    ReplyDelete
  3. cantekkk ! mgimbau kenangan dengan unii & eca d sni =D

    ReplyDelete
  4. tak pernah pergi Sabah. bila laa nak jejak nii hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Previous Post Next Post