Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

April 25, 2022

Resepi Raya Biskut Koko

April 25, 2022 1 Comments

Assalamualaikum, masuk hari ni dah ramadhan yang ke 23, sha pasti ramai ibu-ibu dah mula buat biskut raya, ini biskut raya sha yang kedua, of coz yang adalah kuih makmur, dah jadi kebiasaan sha akan buat kuih makmur dulu hihi 

Resepi makmur conflakes rangup :- 
https://www.opzzpinky.com/2020/05/resepi-kuih-makmur-cornflakes-sedap-dan.html

Biskut kali ini simple ja bahan-bahan nya semua senang dapat dan tak perlu cari jauh jauh, tapi kebelakangan ni telur kurang jadi korang kena beli siap siap..sha susah sangat nak dapat telur..dan resepi ni hanya guna 1 butir telur

Ok seperti yang dijanjikan ini adalah resepi raya biskut koko

Butter 1cawan 
1 Kuning telur 
Gula halus 1 cawan 
1 sudu kecil esen vanila
Pukul hingga sebati, sha guna mixer, tapi kalau guna tangan pun boleh.

Ayak dan masukkan
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan serbuk koko

Gaul sekali menggunakan tangan sehingga tak melekat pada tangan

Uli dan cetak menggunakan bentuk yang disuka , sha lebih suka bentuk awan/bunga..bintang oun boleh..senang ja biskut ni cetak terus dapat banyak..masukkan dalam loyang

Panaskan oven 160'c 10 minit ikutla oven masing-masing ya. Api atas bawah, fan on.

Sementara tu dah siap cetak, korang sapu guna lebihan telur tadi pakai putih telur untuk gam rice coklat atau sprinkle..letak dibahagian tengah ja ya..sikit tak perlu banyak..sekadar hiasan semata..hihi

Masukkan dalam oven masak selama 20-30minit..bila dah masak rehatkan 5 minit baru ngap..eh puasala hahaha..susun la dalam balang seal elok-elok nanti habis pula anak makan..hihi

Simple kan..lepas ni sha nak buat biskut semperit pula..ini lagi senang guna 3 bahan ja..boleh buat 3 warna..colorful..

resepi biskut semperit 3 warna guna 3 bahan :-
https://www.opzzpinky.com/2020/05/resepi-biskut-semperit-3-warna-guna-3.html?m=1

Selamat mencuba

March 28, 2021

Resepi Ayam Bakar Padu

March 28, 2021 2 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Resepi Ayam Bakar Padu | Tak lama lagi nak puasa, mesti ramai cari menu buka puasa yang memukau, sebelum ni sha ada kongsikan resepi ayam berempah, memang resepi tu kegemaran sekeluarga, senang nak buat dan bahan pun senang dapat


So kali ini sha nak kongsikan pula resepi ayam bakar, cakap pasal bakar, mesti kerja leceh nak kena memanggang, mana nak cari ranting pokok, sha duk dalam flat ja haha, alahailah cik akaka, sekarang dah moden..oven kan ada..resepi ni guna oven guys..tak ada oven boleh pinjam oven jiran, dia tengah rajin buat tempahan kuih raya, amboi awal sangat hihi..tuk buat teaser la akak

Resepi ayam bakar ni bukan untuj juadah berbuka saja, mana yang berniat nak menjual semasa bulan puasa, di alu-alukan menggunakan resepi ini, cuma kuantiti ayam dan bahan kenalah selari ya..insyaAllah laris manis jualan, kalau bakar di tamu nanti pasti semerbak bau ayam bakar ni sebab bahan-bahan memang padu, sangat sesuai untuk jualan juga.

Ok sha dah panjang lebar macam sha nak ja menjual ayam bakar ni haha mana lah tau kan kot ada rezeki menjual ayam bakar di kampung suami time puasa nanti, insyAllah..jomlah semua pakat salin resepi ni

Bahan A
1/2 ekor ayam, cuci bersih & toskan

Bahan B
1 batang serai
5 ulas bawang putih
Sedikit halia

Bahan B ni boleh kisar atau tumbuk.

Bahan C (kuantiti sesuai selera ya) 
Sedikit sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Serbuk kunyit
Lada hitam serbuk
Lada hitam hancur
Sedikit lada putih
Garam
Sedikit minyak masak @ minyak bijan
Lebih kurang 1 sudu besar planta 

Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C, masukkan bahan B gaul sebati kemudian perap pada ayam sekurangnya 30min.

Bahan D
Gula atau madu. Boleh skip kalau x suka, sy letak madu supaya tak de la nnt rasa masin je. Kalau guna gula terus masuk & kacau bersama dalam bahan perap td.

Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10-15min nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.

Bakar dalam oven ikut suhu masing² ye. Sy guna suhu bawah 180, atas 150. Lebih kurang 1 jam 30min.

Perkongsian resepi ini dari Duang Promlikit

Korang memang kena cuba resepi ayam bakar ni, mana yang baru berjinak-jinak menggunakan oven, bukan sahaja boleh bakar kek dan biskut ya, oven juga boleh bakar ayam, so alang dah rajin, boleh lah cuba resepi ayam bakar ini..

February 12, 2021

Resepi Ayam Goreng Berempah

February 12, 2021 13 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum



Resepi Ayam Goreng Berempah | Pertama kali sha makan ayam goreng berempah ni masa sha menghadiri konvokesyen di UiTM Shah Alam, selama di Sabah, sejujurnya sha belum pernah rasa ayam goreng berempah ni, mungkin tidak berminat haha, tapi bila cuba ayam goreng berempah di negeri orang eh, sedap pula kan, sebab time tu ada satu kedai makan yang sangat popular dengan nasi kukus ayam goreng berempah, sha dah lupa nama kedai, tapi masakannya memang padu.

Bila dah mula datang rajin begini terasa nak makan menu yang jarang dibuat, untuk resepi ayam goreng berempah ini memang sangat sesuai dihidangkan bersama nasi minyak atau nasi lemak. Keistimewaan resepi ayam goreng berempah ni pada serai yang ditumbuk berasingan menjadikan tekstur serdak dan bertali membuatkan nya sedap dan rangup apabila digoreng. 

Untuk pengetahuan, ayam ni sebelum digoreng mestilah diperap semalaman untuk memastikan rasa bahan-bahan sebati pada ayam tersebut.

Bahan-Bahan Resepi Ayam Goreng Berempah 

Masa Penyediaan: 1 jam
Masa Memasak:20 minit, 
Jumlah Hidangan:10 orang
Resepi Oleh: Che' Nom
  • 1 ekor ayam
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 2 sudu besar serbuk cili * saya guna cili giling puteri
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar*
  • 1 sudu besar jintan manis*
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih*
  • 5 batang serai, potong panjang 1 inci dan tumbuk halus garam secukup rasa
  • 5 tangkai daun kari

Bahan-bahan untuk kisar halus:
  • 6 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 3 inci halia

Cara Penyediaan Resepi Ayam Goreng Berempah 

  1. Bersihkan ayam dan toskan.
  2. Untuk bahan bertanda (*), kalau tak ada serbuk boleh guna yang biji dan kisar halus bersama bahan-bahan lain.
  3. Gaul ayam bersama kesemua bahan termasuk bahan kisar halus. Perap selama minimum satu jam. Lagi lama diperap lagi sedap rasa ayam.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam di atas api sederhana sehingga masak.
Tips
  1. Kalau nak pastikan ayam masak dengan sempurna, semasa menggoreng ayam tutup kuali dengan penutup seketika. sehingga masak.
  2. Goreng di atas api sederhana kerana jika api kuat nanti ayam masak hitam di luar tetapi di dalamnya masih mentah.
Resepi credit to Che Nom 

July 1, 2020

Resepi Kek Coklat Moist Bakar Guna Blender

July 01, 2020 5 Comments
Bismillah,
Assalamualaikum

Resepi Kek Coklat Moist Bakar Guna Blender | Sejak dua menjak ni, sha teringin makan yang manis-manis, kalau menu nasi akhir trimester ni dah tiada selera nak makan, proses dalam pengurangan berat badan mungkin, so disebabkan sha besok kena BSP, start kontrol benda manis, memang kena kontrol lah takut baby dalam rahim besar pula kan lagipun 5hb ni dah nak masuk wad seram nya bila baca pengalaman mommies kena induce. Jadi nak dipendekkan cerita, sha nak makan juga kek, tak kira kek apa hihi so bagus buat sendiri kan, jimat, boleh kurangkan manis dan orang lain pun boleh makan sekali.

Happynya bila husband cakap kek sha buat ni sedap, hihi dah boleh buat bisnes katanya, hihi ntahlah sejak pregnancy kedua ni, sha rajin sangat buat benda yang tak pernah sha buat, memalukan kan ini sha baru terjinak nak melangkah masuk dapur buat kek biskut tu semua haha, tapi belum terlambat bah kan. oh iya, sha juga suka tanam bunga viral tu, ada 1 pasu ja haha, next nak tanam serai pula haha..macam-macam ragam ibu mengandung kan.


So mari sha share dekat korang resepi kek coklat moist bakar di oven dan adunan hanya menggunakan blender sebab sha belum beli mixer lagi haha, dan paling penting sukatan pakai cawan ja, bahan pun senang dapat..korang bolehlah try sendiri dirumah ya..walaupun sha bukan baker tegar, tapi sedikit sebanyak boleh lah bantu korang yang tengah mengidam kek coklat haha...

Resepi Kek Coklat Moist Bakar Guna Blender

Bahan A 
1 cawan tepung gandung
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Ayak bahan A dan ketepikan

Bahan B 
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan gula
1 cawan koko
3 biji telur

Baca : Resepi kek marble koko

Bahan B korang masukkan dalam blender, dan putar sampai sebati, kalau nak kurangkan manis, boleh kurangkan gula dan susu pekat kepada 1/2 cawan saja

kemudian korang masukkan bahan yang suda di blender ke dalam bekas dan masukkan sedikit demi sedikit bahan A tadi, gaul sampai sebati

Dalam loyang apa jenis pun korang sapukan minyak ataupun majerin, ratakan supaya kek tidak melekat dan letakkan kertas minyak dalam loyang tersebut. Masukkan adunan tadi dan hentak 2 3 kali untuk merata kan nya.

Kemudian panaskan oven 10 minit 180'c, ikutlah oven masing-masing, ceh macam ayat baker tegar ja kan haha, lepas tu masak lah kek coklat korang tadi pada suhu yang sama api atas bawah selama 20-25 minit sehingga masak, nak cek masak ka tidak guna lidi, kalau tidak meletak pada lidi maksudnya masak lah tu, rehatkan sekejap

Cara Buat Topping/Ganache Coklat

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
2 sudu majerin
3 sudu koko

Panaskan bahan diatas dengan api kecil sehingga pekat dan letakkan pada atas kek coklat tadi, taburkan coklat chip atau apa apa jenis yang korang suka

Siap untuk dimakan, senang kan, selamat mencuba :)


May 19, 2020

Resepi Biskut Semperit 3 Warna Guna 3 Bahan Sahaja

May 19, 2020 3 Comments

Resepi Biskut Semperit 3 Warna Guna 3 Bahan Sahaja | Assalamualaikum tahun ni ramadhan agak berbeza sedikit, pkp membataskan kita untuk keluar pergi bekerja, tapi hikmat disebalik pkp tu banyak sangat sebenarnya, bukan saja dapat berbuka puasa dengan keluarga, malah kita sebagai ibu atau isteri ada banyak masa untuk mencuba resepi baru, so apalagi jom kita cuba resepi biskut semperit 3 warna guna 3 bahan sahaja

Baca : Resepi kek sarang semut

Minggu terakhir ramadhan ni, bolehlah habiskan masa dengan ajak family membuat kuih raya, meskipun kita tidak dibenarkan berkunjung ke rumah orang lain, kuih raya yang ada bolehlah makan bersama keluarga dirumah sambil tengok tv..opss kuih raya wajib ada tau, hihi

Kadang kita ni pula malas mahu buat, takut pula nanti buat kuih tak jadi, akhirnya masuk dalam tong sampah, siapa pernah angkat tangan hahah, jangan risau, resepi kali ini sangat mudah dan  jimat sebab resepi biskut semperit 3 warna guna 3 bahan sahaja


Semperit adalah kuih raya yang sangat popular dizaman dulu kala, membuatnya juga tidak susah..jom kita cuba resepi biskut semperit 3 warna guna 3 bahan sahaja

resepi biskut semperit 3 warna guna 3 bahan sahaja


Bahan-bahan
5 cawan tepung jagung
1 cawan susu pekat
1 cawan majerin

2 titik pewarna hijau dan pink
*warna lain pun boleh
Coklat chip

Caranya
Adun sebati susu pekat dan majerin, kemudian masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga habis, adun menggunakan tangan dan pastikan adunan tidak melekat di tangan tandanya adunan sudah boleh d uli.

Bahagikan kepada 3, titiskan 2 pewarna kepada 2 bahagian dan biarkan 1 bahagian dengan warna yang asli.

Corakkan menggunakan acuan bunga, susun pada loyang dan letakkan coklat chip di atasnya


Panaskan oven 10minit, bakar kuih dengan suhu 150'c 20minit mengikut oven masing-masing

Senang bukan? Penyediaan juga memakan masa 2-3 jam sahaja, selepas itu korang boleh sambung resepi kuih raya yang lain pula. Itulah dia resepi biskut semperit 3 warna guna 3 bahan sahaja

May 17, 2020

18 Resepi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu

May 17, 2020 6 Comments


18 Resepi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu | Assalamualaikum, biskut raya orang dulu-dulu memang sedap, siapa setuju? resepinya sampai sekarang sangat popular apatah lagi sekarang dah boleh cari melalui online, yang baru pertama kali membuat kuih juga pasti akan berjaya jika ikut sukatan dan cara dengan betul, so entry ini sha himpunkan 18 Resepi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu supaya korang senang nak rujuk, maklumlah minggu depan dah start raya, cukuplah 4-5 jenis biskut raya, untuk makan sendiri kan..

18 Resepi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu ini adalah perkongsian daripada pemilik facebook page Resepi Masakan, korang boleh like page dia, memang banyak resepi selain dari Biskut raya.  selamat mencuba :)

1. BISKUT KACANG HIJAU

BAHAN-BAHAN:
110gm marjerin | dicairkan
100gm tepung gandum | diayak
75gm tepung jagung
45gm gula halus
1/2 cawan kacang hijau | tumbuk halus
1 sudu teh esen vanila
2 biji kuning telur
Sedikit pewarna hijau
Sedikit putih telur | hiasan

CARA MEMASAK:
Pukul telur bersama gula. Apabila sebati, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan kacang hijau tumbuk. Gaul rata.
Masukkan marjerin dan esen vanila sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan sebati dan tekstur doh seakan boleh dicanai.
Canai adunan doh dan terap menggunakan acuan kegemaran. Susun biskut diatas dulang pembakar yang telah disapu sedikit marjerin.
Bakar biskut dalam ketuhar pada suhu 160C selama 15-20 minit atau sehingga biskut masak.
Info chef: Jika adunan terlalu lembik, tambah sedikit tepung. Jika adunan terlalu keras, tambah sedikit marjerin.


2. BISKUT BUNGA KACANG TANAH

BAHAN-BAHAN:
185gm marjerin
250gm tepung gandum
185gm tepung jagung
95gm gula halus
60gm kacang tanah tumbuk
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur kuning | hiasan
Sedikit kacang tanah | digoreng untuk hiasan

CARA MEMASAK:
Pukul telur bersama gula. Kemudian masukkan marjerin namun jangan dipukul hingga kembang.
Masukkan tepung gandum, tepung jagung, kacang tanah tumbuk dan esen vanila. Gaul rata hingga sebati.
Keluarkan doh dari mangkuk adunan dan canai sederhana tebal.
Terap doh mengikut acuan kegemaran dan susun di atas loyang pembakar.
Sapu telur kuning diatas biskut dan hiaskan dengan kacang tanah goreng.
Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit.
Sejukkan dan simpan di dalam balang kedap udara.

3. BISKUT BIJAN

BAHAN-BAHAN:
100gm marjerin
120gm tepung gandum
70gm gula kastor
40gm tepung kastad
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
Bijan dan kuning telur secukupnya | hiasan

CARA MEMASAK:
Satukan mentega, gula, kuning telur dan esen vanila. Kacau hingga rata.
Masukkan kesemua tepung. Uli hingga sebati.
Canai dan terap dengan acuan yang bersesuaian.
Sapu kuning telur dan taburkan bijan sebagai hiasan.
Bakar di dalam ketuhar selama 15-20 minit pada suhu 160C.
Info chef: Biskut hendaklah disejukkan sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam balang bagi mengelakkan ia menjadi lemau.

4. BISKUT DURIAN BELANDA

BAHAN-BAHAN:
375gm tepung gandum
200gm marjerin
75gm gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Sedikit pewarna hijau
Jem nanas secukupnya

 CARA MEMASAK:
Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Setelah itu masukkan telur serta esen vanila. Pukul hingga sebati.
Masukkan pewarna hijau. Serta tepung gandum. Gaul lagi sehingga adunan rata.
Ambil adunan dan leperkan. Kemudian isikan jem nanas didalamnya. Bentukkan seperti bentuk buah durian belanda.
Sapu permukaan biskut yang telah dibentuk tadi dengan kuning telur. Sususn di atas dulang pembakar dan biarkan selama 20 minit.
Dengan menggunakan gunting bermuncung tirus, gunting permukaan kuih membentuk seakan duri buah durian belanda.
Bakar biskut pada suhu 160C selama 20-25 minit.
Info chef: Jika suka, boleh mencucuk bunga cengkih pada kuih bagi membentuk tangkai buah durian belanda.

5. BISKUT BUAH KANA

BAHAN-BAHAN:
150gm gula halus
175gm marjerin
300gm tepung gandum
1 biji kuning telur
1/4 sudu teh serbuk penaik
Sedikit esen vanila
2 sudu makan serbuk koko
Sedikit jem

CARA MEMASAK:
Ayak tepung bersama serbuk penaik. Ketepikan.
Pukul mentega bersama gula sehingga putih. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi hingga kembang.
Masukkan esen vanila dan serbuk adunan. Pukul hingga rata sambil dimasukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli hingga sebati.
Ambil sedikit adunan dan tekan Ke dalam acuan buah kana.. Ketuk acuan bagi mengeluarkan kuih dan susun di dalam dulang pembakar.
Bakar pada suhu 160C selama 15-20 atau sehingga masak.
Apabila biskut telah sejuk, sapukan jem dan cantumkan. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Pastikan acuan buah kana ditabur sedikit tepung bagi memudahkan kuih dikeluarkan dari acuan.

6. BISKUT BUNGA CINA

BAHAN-BAHAN:
185gm tepung gandum
190gm gula halus
95gm marjerin
30gm tepung jagung
1 suduteh esen vanila
Sedikit kismis hitam | hiasan

CARA MEMASAK:
Pukul mentega dan gula halus sehingga berkrim. MAsukkan esen vanila dan kacau rata.
Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan gaul sehingga adunan sebati.
Isi adunan ke dalam acuan. Terapkan bentuk bunga di atas dulang pembakar. Hiaskan dengan kismis.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga masak.

7. BISKUT SUJI

BAHAN-BAHAN:
125gm minyak sapi
125gm gula halus
250gm tepung gandum
Ceri merah secukupnya | dipotong kecil

CARA MEMASAK:
Pukul gula halus dan minyak sapi sehingga hancur dan putih.
Setelah itu masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli sehingga adunan tidak melekat.
Bentukkan adunan menjadi bulat dan hiaskan ceri merah diatasnya.
Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160C selama 15-20 minit.
Info chef: Waktu membakar mungkin berbeza bergantung kepada jenis ketuhar. Tambah waktu membakar jika biskut anda kelihatan belum masak dan begitu juga sebaliknya.


8. BISKUT BINTANG

BAHAN-BAHAN:
100gm marjerin | dicairkan
90gm tepung gandum
20gm tepung kastad
90gm tepung jagung
40gm gula halus
1 sudu teh esen vanila
2 biji kuning telur
1 biji kuning telur | hiasan
Ceri hijau secukupnya | hiasan

CARA MEMASAK:
Pukul gula dan telur sehingga sedikit kembang. Kemudian masukkan kesemua tepung. Gaul rata.
Kemudian masukkan marjerin sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang boleh dicanai.
Terap doh menggunakan acuan berbentuk bintang dan susun diatas dulang pembakar.
Sapukan kuning telur dan hiaskan dengan ceri  hijau.
Bakar dalam ketuhar bersuhu 155C selama 20 minit.

9. BISKUT BUAH GAJUS

BAHAN-BAHAN:
100gm tepung gandum
120gm marjerin | dicairkan
110gm tepung jagung
45gm gula halus
2 biji kuning telur
50gm kacang gajus | ditumbuk hancur
1 sudu teh esen vanila
1 biji kuning telur | hiasan
Sedikit biji gajus panggang | hiasan

CARA MEMASAK:
Pukul gula bersama kuning telur sehingga larut. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung  jagung, gajus tumbuk dan esen vanila. Gaul hingga sebati dan rata.
Masukkan marjerin sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan boleh dicanai.
Terap doh menggunakan acuan berbentuk buah gajus.
Hiaskan dengan biji gajus dan sapukan kuning telur dipermukaan biskut.
Bakar selama 20 minit menggunakan suhu 160C.
Info chef: Pastikan biskut mempunyai ketebalan yang sama bagi memastikan ia masak sekata.


10. BISKUT MILO

BAHAN-BAHAN:
125gm tepung agndum
105gm tepung jagung
50gm gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
40gm milo
95gm marjerin | dicairkan

CARA MEMASAK:
Ayak tepung gandum, tepung jagung dan milo hingga rata.
Pukul gula dan telur secara sederhana kemudian masukkan esen vanila dan juga tepung dan milo yang diayak bersama tadi. Gaul sebati.
Masukkan marjerin sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan boleh diterap.
Terap menggunakan acuan pilihan dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit.

11. BISKUT SARANG SEMUT

BAHAN-BAHAN:
185gm tepung gandum
95gm gula
125gm marjerin
86gm tepung kastad
1/2 sudu teh vanila
Coklat urai secukupnya
Cawan kertas secukupnya
Pemarut berlubang kecil

CARA MEMASAK:
Pukul marjerin, gula dan esen vanila hingga hancur dan sedikit kembang.
Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung kastad. Uli hingga sebati.
Ambil sedikit adunan, kepalkan dan parut menggunakan pemarut ke dalam dulang.
Isikan parutan doh ke dalam cawan kertas dan taburkan coklat urai dengan secukupnya.
Bakar selama 29-25 dengan suhu 160C.
Info chef: Bagi memudahkan proses memarut, doh boleh dikepal, dibalut plastik dan disimpan seketika di dalam peti sejuk. Doh yang sedikit keras mudah diparut dan tidak lembik.

12.BISKUT TAT NANGKA

BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum
135gm marjerin sejuk
180ml air berais
1/2 sudu teh garam
Jem nangka secukupnya
Kuning telur secukupnya

CARA MEMASAK:
Ramas marjerin di dalam tepung gandum sehingga menjadi seakan serbuk roti.
Tambah air berais sedikit demi sedikit dan uli tepung sehingga menjadi doh. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
Ambil sedikit doh dan terapkan ke dalam acuan tat yang telah disapu dengan sedikit marjerin.
Sudukan sedikit jem dan tutup permukaan tat dengan lebihan doh yang diterap mengikut kreativiti anda. Sapukan sedikit kuning telur di permukaan tat.
Bakar pada suhu 190C selama 40-45 minit atau sehingga masak.

13. BISKUT MAKMUR

BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum
50gm gula aising
1/2 tin kecil minyak sapi
BAHAN INTI:
100gm kacang tanah | digoreng tanpa minyak
65gm gula aising
BAHAN SALUTAN:
Gula aising secukupnya 

CARA MEMASAK:
Masukkan tepung ke dalam kuali. Sangai seketika kemudian ayak bersama gula aising.
Gaul campuran tepung bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.
bagi menyediakan inti, kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula aising.
Ambil doh, leperkan dan sudukan inti kacang di tengahnya. Bentukkan doh menjadi bentuk bujur.
Susun biskut di atas loyang dan bakar selama 15 minit pada suhu 160C.
Sejukkan biskut seketika dan salutkan dengan gula aising.
Sedia untuk dinikmati.

14. BISKUT BANGKIT KELAPA

BAHAN-BAHAN:
160gm tepung ubi
30gm tepung gandum
100gm gula halus
1 biji kuning telur
90gm santan pekat
1/4 sudu teh serbuk penaik

CARA MEMASAK:
Goreng tepung ubi dan tepung gandum seketika.
Kemudian campurkan tepung tadi bersama gula dan juga serbuk penaik.
Pukul kuning telur sehingga kembang lalu dimasukkan ke dalam bekas berisi tepung. Masukkan juga santan sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh lembut.
Canai doh dan terap mengikut acuan yang digemari.
Bakar pada suhu 160C lebih kurang selama 20-25 minit.
Info chef: Tepung digoreng bagi mendapatkan tekstur yang ringan.

15. BISKUT TAT RAGA NANAS

BAHAN-BAHAN:
125gm marjerin
185gm tepung gandum
100gm gula
86gm tepung kastad
1/2 sudu teh esn vanila
Jem nanas secukupnya
Sedikit kuning telur | hiasan

CARA MEMASAK:
Pukul gula dan marjerin sehingga sedikit kembang. Masukkan tepung gandum, tepung kastad dan esen vanila. Gaul hingga sebati.
Canai dan terap doh menggunakan acuan tat. Letakkan jem nanas di tengahnya.
Potong sedikit doh menjadi bentuk memanjang dan letakkan di atas jem. Sapu sedikit kuning telur.
Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit.
Info chef: Simpan di dalam bekas kedap uadar bagi memastikan biskut kekal rangup dalam tempoh yang lama.

16. BISKUT BUAH CAMPUR

BAHAN-BAHAN:
95gm marjerin
125gm tepung gandum
105gm tepung jagung
60gm gula
1/2 sudu teh esen vanila
2 biji telur
80gm buah-buahan kering campuran
Sedikit kuning telur | hiasan

CARA MEMASAK:
Putar mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur dan pukul seketika. Kemudian masukkan esen vanila dan buah-buahan kering.
Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Uli hingga sebati.
Ambil sedikit adunan, bulatkan dan susun di atas dulang pembakar. Tekan sedikit menggunakan garfu dan sapu sedikit kuning telur.
Bakar biskut selama 20 minit dengan suhu 160C.
Info chef: Guna buah-buahan kering yang berlainan warna untuk mendapatkan warna biskut yang menarik.

17. BISKUT ULAS LIMAU

BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum
210gm tepung jagung
185gm marjerin
95gm gula halus
1 sudu teh esen vanila
50ml jus limau Sunkist
Sedikit pewarna kuning
4 biji telur kuning
1 biji telur | sapuan pada biskut

CARA MEMASAK:
Pukul marjerin dan gula sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanila. Gaul rata.
Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul dan masukkan jus limau Sunkist. Uli hingga sebati.
Titiskan sedikit pewarna kuning untuk mendapatkan warna yang cantik.
Canai doh dan terapkan acuan berbentuk ulas limau.
Bakar pada suhu 160C selama 20 minit.
Info chef: Jika suka, boleh ditambah sedikit parutan kulit limau di dalam doh.

18.BISKUT BEBOLA CORNFLAKES

BAHAN-BAHAN:
95gm marjerin
105gm tepung jagung
90gm tepung gandum
95gm gula kastor
1 sudu teh esen vanila
2 biji kuning telur
80gm cornflakes | dikisar kasar
100gm conflakes | salutan

CARA MEMASAK:
Pukul mentea, gula, telur dan esen vanila sehingga sebati.
Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung dan cornflakes kisar. Uli hingga semua bahan sekata.
Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan. Golek di dalam mangkuk berisi conflakes dan susun diatas dulang pembakar.
Bakar pada suhu 160C selama 20 minit.

May 15, 2020

Resepi Kuih Makmur Cornflakes Sedap dan Crunchy

May 15, 2020 5 Comments


Resepi Kuih Makmur Cornflakes Sedap dan Crunchy | Assalamualaikum, dah nak dekat raya ni, mesti ramai ibu-ibu sudah mula buat kuih raya, bila ditanya pertama buat kuih apa, mesti jawapannya adalah makmur, sebabnya makmur adalah kuih yang paling senang nak buat dan bahan pun mudah saja, teringat dulu arwah mak, 15 ramadhan dia dah mula buat kuih raya, macam yang sha cakap, kuih makmur ni lah dia buat pertama, dia akan adun kuih ini selepas makan sahur, bulatkan dan bakar sebelah pagi, kadang tu, dia adun sha lah tolong bulatkan dan bakar, tahun ini sha yang buat sendirian..tapi tak samalah dengan resepi arwah mak, kacang stok habis, sha gantikan dengan cornflakes, sedap juga tau..

Oh iya resepi ni sha dapat dari best friend sha, Noramima, dia memang buat kuih makmur cornflakes ni tiap tahun, malah dia buat niaga jual dekat customernya, adalah untung sikit katanya, paling best kuih makmur ini tidak begitu manis..jom kita try buat

Resepi Kuih Makmur Cornflakes Sedap dan Crunchy


Bahan-bahan
1kg tepung gandum
1tin minyak sapi Ghee 400g
2pcs kuning telur gred A
2 cawan Cornflakes  
Susu tepung Eveyday
Gula 

Jom Try Resepi Biskut Opzzpinky


Caranya
1. Sangai tepung sampai naik bau, cairkan minyak sapi, hancurkan cornflakes menggunakan cawan, dan satukan semuanya sekali dengan kuning telur, sehingga adunan tidak melekat ditangan dan senang untuk di bulatkan
2. Bulatkan adunan dan susun dalam loyang
3. Panaskan Oven 10 minit 150'c api bawah mengikut oven masing-masing
4. Bakar selama 20 minit, periksa bawah kuih tadi, kalau warna kekuningan bolehlah angkat, kalau belum tambah lagi 5-10minit
5. Sejukkan selama 5 minit dan satukan susu tepung dan gula yang sudah diblend halus, agak-agak manis, dan gaulkan adunan tadi dan masukkan dalam balang

Untuk 1kg tepung boleh dapat 1 balang panjang, agak-agak dalam 90pcs, tapi sha bulatkan adunan besar sikit puas masuk dalam mulut, husband suka betul makan, sebab agak crunchy kan, dia jenis yang tak suka kacang..jadi korang bolehkan cuba dirumah..gud luck