Water Bladder Bag 3L | Taobao


Apa itu water bladder bag? 
Mesti korang tertanya benda apa lah warna hitam ni? Beg ni adalah beg khas untuk pendaki atau pelari atau apa-apa yang berkaitan dengan sukan lasak. Khas untuk pendaki Gunung Kinabalu, [Link: Barang keperluan mendaki]  Kira macam korang senang nak bawa air naik bukit dan sedut ja air tu melalui hos. 

Kalau sha pergi hiking, beg ni memang kena ada, fungsinya macam sha cakap tadi, senang nak bawa dan air isi  sedia pada beg, bila nak minum ditengah jalan pun sha tinggal sedut ja air tu, tak perlu berhenti untuk ambil botol dan buka tutup botol macam sha sebelum ada beg ini. Mudahkan?

Ini dia gambar-gambar water bladder bag


Sha belanja satu gambar [Link: Naik Gunung Kinabalu] tahun lalu, naik puncak bawa beg ni sahaja, masukkan dalam tu, ubatan dan handphone.

Bahagian depan beg- boleh disambungkan ke beg hiking korang

Bahagian belakang beg

Bahagian dalam beg - memang limit space, boleh letak kunci kereta, spek, dompet dan handphone (tapi biasanya sha letak handphone dalam poket ja, senang ambil gambar)

Bahagian tank air - kuantiti 3L, biasanya sha tak pernah isi penuh, just isi half sahaja, sebab sha bukan jenis suka minum air putih hahaha

Bahagian Hos - sedut air melalui hos yang disediakan..senang

Beli di mana?
Ramai orang tanya sha beli di mana beg ni, sha beli dekat web site international iaitu Taobao [Link: Water baldder bag] tapi harga sekarang tak sama dengan harga yang sha beli dulu, time sha beli awal tahun lalu RM30+ termasuk postage dari China, sekarang korang bahagi dengan duit Malaysia, cari yang free postage dari China-Warehouse, order sampai dalam 2 minggu lebih.

Selain dari taobao, korang boleh cari di Sgshop Malaysia ataupun Lazada, harga memang beza sebab sha tengok market jual RM70+, online jual RM50+ mungkin belum masuk postage. 

Kalau suka hiking, tools mesti lengkap kan? sha dah terlebih excited dah, tapi boleh ja kalau mau bawah beg jalan pun..letak botol dalam beg, ikut kesesuaian masing-masing..

Rajin nanti sha review peralatan lain pula..selamat membaca semua..
jangan lupa komen tauu..terima kasih..

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Previous Post Next Post