6 Tahun Masuk Darjah 1

Bismillah, 
Assalamualaikum


6 Tahun Masuk Darjah 1 | Kenyataan ini telah diumumkan kemarin oleh Perdana Menteri Malaysia ketika pembentangan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 dimana anak yang berumur 6 tahun yang dahulunya masih berpra sekolah kini boleh di masukkan ke tahun 1 unuk tahun depan 2027 secara sukarela, tiada paksaan untuk ibu bapa. 

Benda ni sudah lama dipraktikkan, konsepnya macam siapa yang pandai dia akan lompat naik 1 darjah, seingat sha masa umur 10 tahun, ada ja kawan lompat darjah. Memang advance la, kadang ada yang satu darjah dengan abang dan kakaknya, hebat.

Anak perempuan sha kedua ni yang sekarang berada di Pra sekolah 6 tahun, al kisahnya awal tahun tu dia memang nak sangat naik darjah 1, memang dia terikut dengan kawan-kawan baiknya yang mana semua sekarang berada di darjah 1, tapi kalau di tengok dari persediaannya, cikgu juga cakap dia dah boleh naik darjah 1


Tak dinafikan zaman sekarang budak-budak cepat pandai, itulah sebabnya silibus budak darjah 1 tak di capai dek akal ibu bapa. Serius, tahun lalu anak sha sulung masuk darjah 1 bagi sha subjek matematik, bahasa melayu dan sains merupakan subjek yang terlalu awal untuk masukkan KBAT, kemahiran berfikir, ini cuma pendapat sha la, ada juga anak yang advance tapi anak yang sedikit lemah akan ketinggalan. Sha ajar anak di rumah pun fikir ini kah silibus darjah 1?? 


Untuk kualiti dan kuantiti pula, tahun lalu kelas sekolah anak sha tahun 1 ada 4 kelas, setiap kelas cecah 40 orang, bayangkan kalau tahun depan ada ibu bapa daftarkan anak 6 tahun masuk darjah 1, berapa pula murid dalam kelas? adakah kelas mencukupi, sedangkan kelas anak sekolah sha cukup-cukup ja, belum cerita lagi prasarana nya yang daif..kualiti pembelajaran dalam kelas? adakah cikgu akan fokus kepada semua pelajar jika murid melebihi 50 orang, sejujurnya ini patut di ambil kira.


Meskipun tiada paksaan, tapi sikap bersaing dalam persekolahan anak itu wujud, anak umur 6 tahun sekarang dah boleh handle secara keseluruhan Majlis Apresiasi, dari MC, baca doa, ucapan, persembahan dan lain-lain, anak-anak kita semakin hebat kan, terharu rasanya bila mereka dapat capai sesuatu luar dari jangkaan. Mekap pun dah pandai pakai, rasa kerdil pula acik yang tak pandai pakai mekap hihi.

Bak kata orang, dahulunya anak masuk sekolah untuk pandai, sekarang anak kena pandai dulu baru masuk sekolah.






Post a Comment

10 Comments

  1. Pada pendapat Kak SA langkah ini boleh dipertimbangkan, tetapi jangan dijadikan paksaan. Lebih baik jika ibu bapa diberi pilihan berdasarkan tahap kesiapsiagaan anak masing-masing kan..sebab
    Setiap anak ada masa mereka sendiri. Just Tak perlu berlumba, tak perlu banding...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul apa yang kak SA kata cuma kanak2 sekarang makin pandai..teringt dekat kita dlu zaman2 sekolah tabika ni..belum terdedah lagi dengan teknologi..bermain dengan alam semula jadi ja..tak pandai xapa..sebab periksa lama lagi hihi sekarang tiada upsr xtau apa ala tuju nya..utk aliran perdana..

      Delete
  2. Semoga dipermudahkan semua urusan ibu bapa dan anak-anak berkaitan darjah 1 ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya untuk permulaan ini semoga yang terbaik untuk semua pihak

      Delete
  3. Kalau budak yg masuk tadika 4 tahun, mungkin ms 6 tahun dia mmg cukup ready utk msk drjh 1.. sbb dh 2 tahun di tadika kan.. ada budak jenis cepat jemu.. better lah naik drjh 1 awal

    cumanya yg br masuk tadika 5 tahun tahun ni, mmg kesian lah.. so jgnlah fomo, naiklah darjah 1 umur 7 tahun nnt... kpm kata sukarela kan, x wajib

    kesimpulannya, jgn lah ikut org.. ikut progress anak sendiri.. sy pulak xde anak bawah 10 tahun dah.. hihi

    salam kenal ya sha.. kakmim dr kuching, sarawakkkk... yeehaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada betulnya juga kak mim cakap, 3 tahun tabika rasa macam lama sangat..cumanya cut 1 tahun sekolah..kita tgkla dlu cmna proses nya nanti

      Delete
  4. Salam kenal salam ziarah Sha...
    PH datang balas kunjungan :)

    Topik ni hangat sejak semalam kan... Kena bagi masa utk kesediaan semua pihak juga; ibu bapa, prasarana sekolah, bilangan guru, dan paling penting anak tu sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes..smua kena amik perhatian, apatah lagi guru dan prasarana sekolah tak mencukupi mungkin akan mjdi bebanan buat semua pihak

      Delete
  5. pendapat nieyl , persaingan yg hebat untuk anak² yg bijak pandai tapi jgn dilupakan anak² yg memerlukan lebih perhatian. Minda anak² perlu dalam keadaan yang sedia tanpa paksaan untuk teruskan proses pembelajaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..andai kata tahun akan dtg diwajibkan mungkin ibu-bapa perlu persediaan mula dari sekarang untuk menjadikan anak2 bersedia naik tahun 1..maka bermulalah awal persekolahan dari rumah..

      Delete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)