Lepas dengar azan ja, sha terus pergi ambil air wuduk, dan selesai solat zuhur, kawan sha musykil tentang solat zuhur pada hari jumaat memandangkan khutbah pada ketika itu..persoalan ini telah dijawab oleh Mymetro

Dan jawapannya adalah solat Jumaat diwajibkan bagi golongan lelaki manakala wanita boleh menunaikan solat Zuhur pada Jumaat apabila masuk waktu Zuhur. 

Bagaimanapun, jika rumahnya atau dia berada berhampiran masjid, eloklah menghormati khutbah dan mendengarnya terlebih dulu, kemudian tunaikan solat selepas khutbah selesai.